Monday 27 February 2012

lelaki oh lelaki


Mempunyai jodoh dengan seorang lelaki yang baik adalah idaman setiap wanita.
Manakala menjadi lelaki yang mempunyai sifat-sifat yang didambakan oleh wanita adalah idaman setiap lelaki.
Jadi, apa yang aku tulis di bawah ini adalah sesuai untuk lelaki dan juga wanita.
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat ini.
10 sifat calon suami yang baik:
  1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
  2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
  3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
  4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
  6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
  7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
  8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik.
  9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
  10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.
Wallahu a’lam.

Kelebihan Ayatul Kursi

 
Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. 

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT sehingga sembahyang yang lain. 

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya. 

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala Nabi2 serta Allah melimpahkan padanya rahmat. 

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid. 

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya. 

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah saw bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

 

Thursday 23 February 2012


:::::Amalan pemakanan:::::::::



8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan: KISMIS, KURMA MADU, KURMA AJWAH, MADU, BUAH TIIN, MINYAK ZAITUN, ZA’FARAN, HABBATUS SAUDA’.

KISMIS adalah satu “gula-gula” asli ciptaan Allah SWT. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang paling berkhasiat di dunia, Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam. Ia membekalkan tubuh badan dengan banyak vitamin dan minerals yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.


Kismis mengandungi 70% fruktosa(suatu bentuk gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera. Ianya sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.

KURMA/ RUTOB Berdasarkan kajian Prof Madya Aslah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).


Prof Madya Aslah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

Saidina Ali a.s. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”. kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.

BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA (HABBATUS SAUDA) Pada zaman sebelum sains dan ubat-ubatan kimia diperkenalkan, bagaimana kesihatan dan kecantikan manusia dapat dikekalkan pada setiap waktu

Manusia sebenarnya mengamalkan sumber-sumber semulajadi pokok-pokok, tanaman, biji-bijian dan buah-buahan.

Sejak kurun ketujuh sejenis buah bunga nagella sativa (habatussauda) telah terbukti mempunyai banyak khasiat dalam mengekalkan kesihatan manusia dan kecantikan penggunanya. Buah bunga nagella sativa (habbatussauda) ini ditanam di negara-negara Mediterranean dan diusahakan di India, Sri Lanka, Kamistan dan digunakan di Arab Saudi, Syria, Amerika Eropah Utara, Holand, Finland, Siberia, Iceland, Turki dan diamalkan oleh orang Mesir seajak 5000 tahun yang lalu.

BUAH TIIN adalah buah yang paling istimewa dikalangan orang Islam kerana Allah SWT telah menggunakan Buah Tiin  dan menamakan satu surah di dalam Al Quran dengan nama Al-Tiin. Ini kerana padanya terdapat sumber makanan, buahan dan nilai ubatan.

Dikenali sebagai Fucus carica dan dianggap sebagai salah satu sumber pemakanan yang tinggi dengan serat.

Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan tentang buah tiin yang mempunyai nilai ubatan dengan Sabda Nabi “Makanlah kamu semua dan makanlah darinya (buah tiin) dan Sabda Nabi lagi, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata “inilah buahnya” kerana buah syurga tiada keraguan, sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan faedah bagi sendi-sendi.”

Kajian yang telah dijalankan membuktikan bahawa buah tiin benar-benar memberi kesan dan penawar kepada pemyakit buasir, bengkak-bengkak pada badan, melawaskan air kencing serta membantu mengatasi batuk yang berpanjangan.

Ulama Tafsir Fakharuddin Ar Razi dalam kupasannya mengenai Surah At-Tiin ini, menyatakan khasiat buah Tiin di antaranya mencuci hati, mengurangkan panas badan, membersihkan kahak, lelah, membersihkan buah pinggang, sendi2 dan juga buasir.

Jumaat....

 Assalamuailkum..Bismillahirrahmannirrahim..Wahai Tuhanku..aku menadah tangan kepada Mu dan bersyukur kerana diberi peluang untuk menikmati alam jumaat Mu buat sekian kali..Kau ampunilah dosa-dosa ku, suami,kedua ibu bapa/mertuaku, anak-anak ku dan Kau lindungilah kami dari segala bala bencana dan ujian-ujian berat kepada kami, limpahilah Rahmat dan kasih sayang Mu kerana Kaulah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Salam Jumaat dari saya (bidasari) di dhuha ini..terpanggil untuk berkongsi apa yang saya dapati hasil penelitian dan pembacaan  saya...jum!!!

HARI Jumaat adalah penghulu segala hari atau disebut ‘sayyidul aiyyam’ kerana mempunyai kemuliaan dan keistimewaan di sisi Allah SWT. Bagi umat Islam, hari itu amat berharga dan hari untuk beramal ibadat bagi merebut kelebihan penghulu segala hari.

Berdasarkan penjelasan hadis, hari Jumaat adalah hari pertama kemunculan matahari di dunia, pada hari itu Allah SWT menciptakan Nabi Adam, berlakunya hari Kiamat dan Allah SWT mengizinkan ahli syurga untuk memasuki syurga.

Manakala malaikat pula menamakan hari Jumaat sebagai hari penambahan disebabkan banyaknya pintu rahmat dibuka dan Allah SWT akan melimpahkan kurnia-Nya serta menabur kebaikan-Nya.

Hakikatnya, menjadi tetamu Allah SWT pada penghulu segala hari adalah saat istimewa kerana memberi peluang menilai ketakwaan dan membersihkan dosa.

Kita perlu insaf walaupun pada zahirnya penampilan diri kelihatan cemerlang tetapi dari segi batin orang yang melakukan dosa seperti rasuah, menzalimi, menganiaya, memfitnah, minum arak, berzina dan sebagainya bagaikan berada di tempat kotor diselaputi najis.

Malah, apa yang menakutkan kita ialah meninggal dunia dalam keadaan berdosa dan tidak sempat bertaubat. Oleh itu, insaf dan sedarlah bahawa untuk keluar dari tempat bernajis atau kotor, caranya ialah meninggalkan, menjauhi tempat itu serta mencari tempat yang suci.

Kemuncak ibadat bagi tetamu Allah di masjid ialah mendengar dua khutbah dan solat fardu Jumaat. Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.” (Surah al-Jumaah, ayat 9)

Perjumpaan tetamu Allah setiap minggu di rumah Allah mampu membaiki keimanan, meningkatkan persaudaraan sesama Muslim dan perpaduan ummah. Oleh kerana besar pengaruh perjumpaan tetamu Allah ini, maka sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur dibenarkan syarak, mereka dikira sebagai orang yang lalai.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang meninggalkan Jumaat tiga kali berturut-turut tanpa uzur, Allah akan menutup mata hatinya.” (Hadis riwayat al-Nasa’ie)

Menurut Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya Ulumudin, pada malam dan siang hari Jumaat ada satu saat yang mulia di mana segala permohonan doa akan dimakbulkan dan saat itu dirahsiakan. Siapa meninggal dunia pada hari Jumaat atau malam Jumaat, Allah mencatat untuknya pahala orang syahid dan menjaganya dari azab kubur (semoga Aruah suami ku Hj.Baharudin tergolong didalam golongan ini..Al-Fatihah)
Amalan sunat hari Jumaat seperti qiamulail, sujud syukur, berzikir, beriktikaf dan membaca al-Quran seperti surah al-Kahfi, Yaasin, Sajjadah dan al-Mulk.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya Allah menerangi cahaya yang akan menerangi dirinya antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Hari Jumaat adalah hari penuh keberkatan. Bagi mengambil peluang keemasan ini, mari kita membudayakan bersama keluarga dan anak memuliakan hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Mudah-mudahan dengan cara ini ia mampu memperkukuhkan institusi keluarga dan memantapkan keimanan anak kita. Ini amalan nabi, wali dan orang salih. Bagaimanapun, berdasarkan pemerhatian, kerana kesibukan dunia dan pengaruh sosial menyebabkan kita lupa kemuliaan hari Jumaat (macam saya lah..sebagai penjawat awam kadangkala sibuk dan keletihan)..Malah apa yang menyedihkan, ada kalangan umat Islam menjalankan aktiviti pada malam dan hari Jumaat yang menyemarakkan lagi gejala sosial.

Rebutlah peluang untuk membersihkan diri dan bertaubat pada penghulu segala hari. Marilah bersama merenung firman Allah SWT yang bermaksud: “Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatkanlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya di dunia dan di akhirat.” (Surah al-Jumaat, ayat 10)


Oh suami ku..Oh suami mu...


HIDUPAN suami isteri memerlukan persediaan mental dan fizikal, justeru persediaan amat perlu dalam melayari kehidupan yang berpanjangan, ibarat berperang, kita perlu bersedia supaya tidak dikalahkan musuh.
Baik suami mahupun isteri, mereka mempunyai peranan masing-masing. Sebagai isteri misalnya, apa yang patut dilakukan bagi memastikan suami sentiasa melekat di rumah..tak keluar berhibur sesuka hati....kuang kuang kuang..maaf ya En.Somi...
Ada suami yang seronok di rumah dan tidak sabar untuk pulang dari tempat kerja semata-mata mahu bersama isteri dan anak-anak tetapi ada juga lelaki yang sentiasa mengelak untuk pulang awal dan lebih gemar memerap atau menghabiskan waktu terluang di pejabat.
Apakah puncanya kedua-dua situasi ini, ia tentu berkait rapat dengan layanan atau kemesraan kedua-dua pasangan. Jika masing-masing membuat hal sendiri dan teguh dengan ego, rumah bukan lagi syurga tetapi neraka dalam kehidupan suami isteri.
Di sini, ada beberapa panduan yang boleh diikuti golongan isteri untuk menambat hati suami.
- Berdoa agar disayangi
- Sambut, tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain apabila dia balik ke rumah.
- Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang baik)
- Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
- Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah simpati.
- Beri suami masa berkualiti sekurang-kurangnya 30 minit.
- Masak makanan kegemaran suami.
- Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah dan pakaian.
- Pujuk suami bila dia marah atau kecil hati.
- Minta bantuan sesuai pada masa, tempat dan jenis kerjanya.
- Elakkan daripada suami menunggu terlalu lama apabila bersiap atau bersolek.(pin sana. pin sini)
- Bila suami memberitahu dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
- Bila suami meminta bantuan, buatlah serta-merta secara ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
- Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.atau lebih
Agak-agak ok tak? selain cakar harimau ....
Selamat mencoba!!!

Wednesday 22 February 2012

Berkat Sabar...



Semasa  saya berada didalam zon bermuhasabah diri dahulu...  berbagai buku saya rujuk antaranya Bimbingan Mukminin, La Tahzan(Jangan Bersedih), Roh dan banyak lagi untuk memujuk diri sendiri maupun untuk mencari kesilapan diri.
Muhasabah diri amat perlu untuk kita memperbaiki diri dan keluarga.  Muhasabah tidak sama dengan berkeluh kesah.   Mungkin hampir sama tapi tidak serupa. Mungkin orang menganggap kita berkeluh kesah(bergantung pada cara kita bercerita /menyampaikannya)..Tidak saya kesali apa yang terjadi cuma saya sering memikirkan kesilapan diri sendiri untuk memperbaiki diri dan memohon keampunan dari Ilahi.
Sebagai hamba Allah atau manusia biasa ini, tiada rasa sedih maupun berkeluh kesah itu adalah mustahil bagi saya.  Cumanya saya cuba meminimakan sehabis mungkin.  Islam juga tidak menghalang untuk kita bersedih/berkeluh kesah asalkan tidak keterlaluan.  Bagi saya ia boleh menerbitkan rasa insaf dan taubat pada diri sendiri maupun orang lain, asalkan kita tidak menjaja cerita-cerita yang kurang baik.  Pun begitu saya sentiasa memohon keampunan dari Allah Yang Maha Pengampun.  Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa saya.
Mengakui kesilapan diri adalah satu sikap yang terpuji tetapi bukan bermakna menghina diri, tidak juga cuba untuk mengaibkan diri sendiri, tidak juga untuk bercerita seantero duniawi.  Cuma mencari masa bersunyi-sunyi dengan Ilahi untuk memohon keampunan dan juga taubat sejati.
Manakala menulis di sini adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan pada diri sendiri  , semoga saya dijauhkan dari niat untuk menagih simpati .
Saya juga tercari-cari bagaimana yang di katakan berkeluh kesah juga bagaimana yang dikatakan tentang sabar.  Maka saya menjumpainya dan saya ambil sedikit apa yang di katakan tentang nya;
Keluh kesah dalam jiwa manusia adalah hal yang wajar. Sifat ini mempunyai kehendak yang didalangi oleh syaitan..Sifat keluh kesah ini sama sekali tidak boleh dituruti kehendaknya. Ia akan senantiasa menggambarkan ketidak upayaan dalam mengarungi kehidupan , jauh dari nilai-nilai kesabaran dan kepribadian yang qana’ah. Jika diikuti kemahuannya maka stress dan putus asa akan selalu menghantuinya.
Allah SWT. menegaskan sifat negatif ini dalam firman-Nya;
..: Sesungguhynya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan (keuntungan) ia amat kikir. (QS. Al-Ma’aarij:19-21)

Pada dasarnya setiap penyakit ada penawarnya, hal ini terungkap dalam shahih Muslim “Bagi setiap penyakit itu ada obatnya”, termasuk juga penyakit keluh kesah.
Berikut ini antara lain terapi untuk mengantisipasi keluh kesah yang melebihi kadarbatasnya, yaitu:
1. Sabar dan Sadar
Salah satu pengertian sabar adalah menerima cobaan yang datang dari Allah SWT, kemudian diiringi dengan keikhlasan dan ketabahan serta usaha yang maksima. Ketiga istilah ini merupakan komponen dari kesabaran.
Secara sedar, bahwa segala apa yang Allah timpakan kepada hamba-Nya yang berupa musibah, pasti di dalamnya terkandung nilai-nilai kebaikan dan pahala dari-Nya sebagaimana tergambar dalam hadits: “Barang siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka diberinya cobaan”.  

Benar,  Setiap yang berlaku pasti ada sebab musababnya.  Allah ingin menguji saya apakah yang diperkatakan itu mampu dan boleh saya lakukan?  Adakah benar saya mencintai-Nya  maupun rasul-Nya lebih dari segala-galanya didunia ini walaupun suami saya sendiri.?


Kelmarin ketika sedang memandu untuk pulang ke rumah  tiba tiba aku berhenti sejenak, bila terlihat sebuah kereta jenazah .. berhenti sekadar memberi penghormatan terakhir dan ALLAH memang sedang menunjukan kepada aku bahwa suatu hari nanti kita yang saat ini berada didalam kendaraan mewah  akan berada di keranda bertutupkan kain hijau bertuliskan “Innalillahi wa inna illaihi rajiun“, kereta jenazah yang  menuju ke tanah perkuburan itu  suatu hari akan kita tumpangi, siap tidak siap, suka tidak suka kematian pasti datang, ertinya di bumi ini kita hanya singgah sebelum meneruskan perjalanan  yang kekal dan abadi 
Kemudian aku diam sejenak, memerhati keranda yang lalu didepan kereta ku sambil berfikir, jika aku  hanya singgah didunia ini, kenapa aku dan manusia lain terpedaya dengan segala kenikmatan sementara yang disajikan ditempat persinggahan ini, padahal ALLAH memberi peluang untuk kita mencari bekalan samada "makanan" dan "minuman" untuk dibawa bersama diperjalanan yang seterusnya..mahukah kita kelaparan dan kehausan di sepanjang perjalanan tersebut dimana peluang semasa kita singgah tidak kita gapai sepenuhnya..alangkah ruginya...
Kembali aku merenung ..   jika hidup ini adalah persinggahan sejenak saja maka  semestinya aku harus jadi tetamu yang baik, tetamu yang menurut, menghormati apa kata siempunya rumah dan tetamu yang tahu diri untuk bersiap siap beranjak pulang,  terbayang bayang rumah yang sebenar-benarnya yang pasti dituju oleh semua mahkluk yang hidup difana ini, seperti janji ALLAH bahwa di ujung perjalanan nanti ALLAH menyiapkan sebuah rumah yang sangat indah, yang dibawahnya mengalir air sungai, yang tamannya penuh dengan buah dan bunga bunga indah, yang menemani aku nanti adalah lelaki tampan yang ketampanannya seribu kali dari amitabachan,beto khusyairi yang aku minati 
 untuk sampai ketempat seindah ini tentu syaratnya tak mudah… beli apartment di Kuala Lumpur yang tanpa tanah saja syaratnya berderet apalagi rumah seindah rumah ALLAH
Justru itu untuk mencapai apa yang dijanjikan oleh Allah kepada hambanya yang taat dan sentiasa mengingati kita sebagai hambanya yang lemah dan naif seharusnya mempertingkatkan amalan-amalan ,pengisian ilmu , berbuat kebaikan, tinggalkan segala yang dilarang dan tidak berbuat dosa sesama manusia..sensungguhnya dosa sesama manusia amat sukar di hapuskan jika tuan punya badan mempunyai sifat pendendam dan bukan pemaaf...dan bagi diri ku..sebagai seorang isteri selain dari Allah juga taat kepada suami tercinta agar pergi ku nanti diiringi sinar cahaya dan semoga di penghujung jalan ku Allah memberikan maghfirah dan keampunanNya...

Yuk, perbanyakkan bekal pulang, percaya lah disini tak seindah disana, rumah kita sendiri …
:)

22.2.2012

cantiknya angka hari ini..walapun kerja-kerja diopis agak berkurangan tapi fikiran aku bercelaru tak tau apa puncanya.......aku hanya melayan kehendak hati dan terlelap di sofa...membilang hari-hari berlalu dan ketentuan yang akan aku hadapi..terharu bila berkongsi rahsia hati dengan sesaorang yang agak rapat dengan ku..terasa sungguh hati ini ..aku bayangkan jika aku ditempat beliau..sudah tentu limpahan air mata sentiasa membening di kelopak mata ini...itulah kehidupan..setiap kejayaan dan kebahagiaan kita kena lalui jerit perih dan suka duka dan ujian demi ujian..titik kemuncak akan kita capai jika bersabar dan bertawakkal...diiringi doa dan berserah..
.

Saturday 18 February 2012

Kerinduan pada adik..

Sayu betul hati aku kala ini...langit begitu muram selepas menangis sejak pagi tadi..sepi sesepi hati ini..aku merindui adik...anak ku yang aku sayangi dan manja..jauh di sana sedang mengharungi jerih getir menghadapi PMR yang bakal tiba..aku sentiasa berdoa agar adik cemerlang dan menjadi anak yang berguna...itulah harapan mak dan abah..Roh abah akan tersenyum dengan kejayaan adik...kalau aku bersayap dah lama aku terbang untuk mencium pipi adik..rindu betul aku padanya....
Tuhan maha pengasih..saat-saat aku merindui adik...tiba-tiba dapat panggilan darinya...terubat rindu ini sedikit sebanyak bila suara adik ku dengar....adik! mak rindu adik!

Friday 17 February 2012

LA TAHZAN..

Seusai doa ku pohonkan selepas salam sunat dhuha pagi ini dan bagi mengisi masa terluang aku membaca buku La Tahzan jilid dua dan ingin ku kongsikan apa yang ku jumpai dalam isi kandungannya..antaranya..
"jangan biarkan masa mu berlalu tanpa pengorbanan..sepanjang roh masih setia dijasad..kegembiraan tidak selamanya menemani hari-hari mu..terkadang datangnya kesedihan..tidak boleh kamu tolak"  justru itu Allah memilih orang-orang yang disayangiNya untuk diuji samada kita redho atau tidak kerana Allah mengantikan perkara yang lebih baik..dan terkandung hikmah disebalik ujianNya..
juga sabda Rasulullah alaihi wasallam "tidaklah seorang mukmin ditimpa kecemasan,kegelisahan, rasa sakit dan keletihan hingga tertusuk duri sekali pun melainkan semua itu Allah akan menghapuskan dosa-dosanya"..perkara ini berlaku bagi orang-orang yang bersabar, ikhlas dan bertaubat kerana Allah mengetahui bahawa amalnya hanya untukNya.
dan firman Allah " supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari mu dan tidak pula terlalu gembira dengan nikmat yang diberikan kepada kamu"...
Kematian itu pasti datang kepada setiap orang, baik yang zalim, yang dizalimi yang kuat mahu pun yang lemah, kaya atau miskin dan manusia tidak boleh lari dari kematian..renungkanlah...

Wednesday 8 February 2012

GEMUK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! TAKUTNYA!


Mengapa seseorang bisa gemuk? Ada beberapa faktor yang mempengaruhinya. Faktor yang menyebabkan seseorang menjadi gemuk diantaranya sebagai berikut:
Faktor makan yang melebihi keperluan tubuh
Pertama  disebabkan oleh kebiasaan makan yang berlebih,  cara memilih makanan yang salah menggoreng dan memasak dengan santan. Lalu, kebiasaan "ngemil", melupakan makan pagi,  makan yang tidak teratur dan selalu menghindari nasi.
Kurang menggunakan energi.
Pekerjaan yang dilakukan sehari-hari dapat mempengaruhi gaya hidup seseorang. Gaya hidup yang kurang menggunakan aktiviti akan mempengaruhi kondisi tubuh seseorang. Aktiviti   tersebut diperlukan untuk membakar kalori dalam tubuh. Bila pemasukan kalori berlebihan dan tidak diimbangi dengan aktiviti  maka seseorang akan menjadi gemuk.
Faktor keturunan.
Faktor keturunan dapat mempengaruhi terjadinya kegemukan. Pengaruhnya sendiri sebenarnya belum jelas, tetapi memang ada bukti yang mendukung fakta bahwa keturunan merupakan faktor penguat terjadinya kegemukan. Dari hasil penelitian gizi di Amerika dilaporkan bahwa anak-anak dari orang tua normal mempunyai 10% peluang menjadi gemuk. Peluang itu akan bertambah menjadi 40-50% bila salah satu orang tua menderita obesiti, dan akan meningkat menjadi 70-80% bila kedua orang tua menderita obesiti.Oleh karena itu, bayi yang lahir dari orang tua yang obesi akan mempunyai kecenderungan menjadi gemuk. Gemuk di saat bayi atau anak-anak mempunyai kemungkinan sulit menjadi kurus pada waktu dewasa, disebabkan pada anak-anak sudah membentuk sel yang jumlah nya lebih dari normal.
Faktor hormon
Pada perempuan yang sedang mengalami menopause dapat terjadi penurunan fungsi hormon thyroid. Kemampuan untuk menggunakan energi akan berkurang dengan menurunnya fungsi hormon ini. Hal tersebut terlihat dengan menurunnya metabolisme tubuh sehingga menyebabkan kegemukan.
Faktor kecepatan metabolisme basal yang rendah
Hal ini disebabkan energi yang dikonsumsi lebih lambat untuk dipecah menjadi glikogen sehingga akan lebih banyak lemak yang disimpan di dalam tubuh. Penderita obes yang mempunyai metabolisme basal yang rendah, apabila tidak melakukan olah raga dan diet yang benar mempunyai kecenderungan bertambah gemuk, karena semakin membesarnya otot akan menyebabkannya mudah lapar.
Risiko-Risiko yang Mengintai Orang Gemuk:
Penyakit-penyakit yang sering menyertai kegemukan antara lain yaitu penyakit jantung koroner, hipertensi, diabetes mellitus, kanser, penyakit batu empedu, stroke, osteoarthritis dan gout.

Sunday 5 February 2012

MULIANYA SEORANG IBU..


Aku baru sahaja pulang menziarahi ibu ku yang sedang sakit tua...tidak boleh berjalan dan hanya terlantar dan masih berupaya duduk dikerusi roda...walaupun aku tidak  dibesarkan olehnya...namun aku terpanggil untuk menziarahinya dan melihat keadaannya...dia masih boleh mengenali aku dan suami...sebelum pulang aku sempat memohon kemaafan, mohon halalkan apa yang telah diberikan pada ku dan juga air susunya..sapa tahu...kehendak Allah mengatasi segala...mungkin aku pergi dulu darinya...sapa tahu...Ibu Maafkan aku!!.......
Islam amat memuliakan ibu dan kemuliaan ibu menduduki tempat kedua selepas mentaati Allah s.w.t. Justeru, Allah s.w.t. telah mewajibkan anak-anak memulia dan menghormati ibu sekalipun berlainan pegangan agama. Allah Azza Wajalla juga secara tegas mengharamkan segala bentuk penderhakaan kepada kedua-dua orang tua selagi ibu bapa berada atas landasan syarak. Ini ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada keduanya sekalipun perkataan ‘ah’, dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” (Surah al-Israa’:23)
Adalah satu hakikat bahawa ibu mempunyai kedudukan yang lebih tinggi berbanding bapa. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan anak-anak lebih mengasihi, dan mengingati serta sering menyebut nama ibu berbanding bapa. Jika sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Kalau ingin tidur, kita mahu ibu yang tidurkan. Kalau ingin berkahwin, ibu juga yang kita risaukan. Malah sehingga saat menghadapi kematian pun, kita akan menyebut nama ibu.
Kuatnya ingatan anak-anak kepada ibu ialah kerana ibulah yang mengandungkan kita, ibu yang menyusukan kita, ibu yang menyuapkan kita makan dan minum, ibu yang mendodoi dan menidurkan kita, ibu yang membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita. Oleh itu, wajarlah Allah s.w.t. memuliakan ibu sesuai dengan pengorbanannya.

Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:
Maksudnya: “Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Fahamilah bahawa ibu bapa adalah perantara yang menyebabkan kita berada di dunia ini. Mereka terlalu banyak berkorban tenaga, masa dan harta demi kebahagiaan anak-anak. Sedarilah bahawa ibu bapa kita kini telah tua, lemah tenaga, kabur penglihatan dan kurang pendengaran. Mereka sangat mengharapkan pertolongan dan perhatian anak-anak. Gembiralah ibu bapa andainya mereka di kasihi dan dimuliakan dan hancurlah hati ibu bapa jika kita menderhakainya. Sesungguhnya jasa dan pengorbanan ibu bapa amat besar dan tidak mungkin kita dapat menebusnya.
Dalam hal ini, Imam Bukhari telah meriwayatkan sebuah kisah daripada Said bin Abi Burdah tentang seorang lelaki Yaman yang bertawaf sambil mendukung ibunya dengan penuh cermat. Sesudah selesai tawaf, beliau bertanya kepada Ibnu Umar: Apakah dengan khidmat dan pengorbananku ini telah dapat membalas jasa bakti ibuku?. Jawab Ibnu Umar: Tidak, apa yang telah kamu lakukan tadi tidak akan dapat menebus jasa ibumu sekalipun sekadar hembusan nafas ketika kesakitan melahirkan kamu.
Kita hari ini merasa dukacita kerana masih terdapat kes penderhakaan yang dilakukan oleh segelintir masyarakat kita terhadap ibu. Antaranya ada yang menunjukkan kedegilan melawan cakap ibu, lari meninggalkan rumah kerana tidak suka dinasihati ibu, membiarkan ibu yang sakit bersendirian, meminggirkan ibu tanpa khabar berita, mengherdik ibu, mengkhianati harta benda ibu, menjadikan ibu sebagai orang gaji, malah ada yang sanggup memukul ibu. Apa yang ganjilnya, ada segelintir dari kalangan kita yang berebut-rebut mencium tangan orang lain tetapi jarang sekali mencium tangan ibu sendiri yang sebenarnya ada keberkatan.
Insaflah, perbuatan menderhakai ibu bapa akan mendatangkan kecelakaan kepada kita di dunia dan di akhirat. Di dunia kita akan menerima giliran diderhakai oleh anak-anak kita, dan begitulah seterusnya. Manakala di akhirat akan menerima kemurkaan Allah Azza Wajalla. Ini selaras dengan hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
Mafhumnya: “Amat malanglah! Amat malanglah! Dan amat malanglah. Maka Rasulullah ditanya: Siapakah orang yang amat malang itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Seseorang yang mendapati kedua ibu bapanya atau salah seorang daripada keduanya telah tua namun dia masih gagal memasuki syurga (lantaran gagal berkhidmat kepada mereka).”
Ini adalah diseru bagi pihak ibu-ibu kepada anak-anak sekalian, marilah kita bersegera mengubat kerinduan ibu sebelum mereka didatangi ajal. Gembirakanlah mereka dan carilah keredhaan mereka serta perbanyakanlah doa keampunan kepada mereka. Budayakanlah amalan memuliakan dan menghormati ibu bapa di sepanjang kehidupan kita dan janganlah hanya dibuat pada masa-masa tertentu sahaja. Inilah kewajipan anak-anak yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
(Sural al-Israa’:24)

Friday 3 February 2012

KITA KAN KESANA JUA


Ku merintih, aku menangis,
Ku meratap, aku mengharap,
Ku meminta dihidupkan semula,
Agar dapat kembali ke dunia nyata

Perjalanan rohku,
Melengkapi sebuah kembara,
Singgah di rahim bonda,
Sebelum menjejak ke dunia,
Menanti di barzakh,
Sebelum berangkat ke mahsyar,
Diperhitung amalan,
Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah,
Semerah mawar dan juga rindu,
Tujuh langkah pun baru berlalu,
Seusai talkin bernada syahdu,
Tenang dan damai di pusaraku,
Nisan batu menjadi tugu,
Namun tak siapa pun tahu resah penantianku

Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,
Seakan ku dengari,
Tangis mereka yang ku tinggalkan,
Kehidupan disini bukan suatu khayalan,
Tetapi ia sebenar kejadian

Kembali oh kembali,
Kembalilah kedalam diri,
Sendirian sendiri,
Sendiri bertemankan sepi,
Hanya kain putih yang membaluti tubuhku,
Terbujur dan kaku,
Jasad didalam keranda kayu,

Ajal yang datang dibuka pintu,
Tiada siapa yang memberi tahu,
Tiada siapa pun dapat hindari,
Tiada siapa yang terkecuali,
Lemah jemari nafas terhenti,
Tidak tergambar sakitnya mati,
Cukup sekali tak sanggup untuk ku mengulangi

Jantung berdegup kencang,
Menantikan malaikat datang,
Menggigil ketakutan gelap pekat dipandangan,
Selama ini diceritakan,
Kini aku merasakan,
Di alam barzakh jasad dikebumikan

PENGINGAT MATI

Thursday 2 February 2012

New Life



I've been sitting around this life for years,
Not enough laughs and too many tears.
Trying to figure out where it all went,
These wasted years that I have spent.

Searching for something to go beyond,
Life's a stone skipping across a pond.
At the last skip, it hits with a splash,
Down the stone sinks, gone in a flash.

Pushing and pulling, it's tearing apart,
Poking and prodding an underused heart.
This dark velvet curtain that hides my soul,
Living this life has taken it's toll.

In a flash of bright light, the curtain is torn,
Tumbling down all tattered and worn.
Revealing new life, a child within,
Born free of hate, of suffering and sin.

Now my eyes see what has never been told,
Striving forth happy, confident and bold.
Into a world that's unfamiliar but friendly,
Into this new life my spirit will send me.

Living and laughing, loving it all,
I stood myself up and answered the call.
The darkness has gone, replaced by the light,
I gave up the darkness with hardly a fight.

I've been sitting around this life for years,
With laughter aplenty and hardly a tear.
Now I can see just where it all went,
Cherish every moment of this new life I've spent.

4 lelaki yang ditarikh keneraka


Pertama: Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.


 

Kedua: Suaminya
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri.. walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.
Ketiga: Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM.. tunggulah tarikan adiknya di akhirat.
Keempat: Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak.. nantikan tarikan ibunya.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat…maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidak silap firman ALLAH S.W.T.:-
“Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka, di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu..”
Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda…kesiankanlah mereka dan diri kamu sendiri.. jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas..
Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik.. oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga.. janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


DIMANAKAH KITA SEBAGAI SEORANG ISTERI?


Seorang isteri bukan sahaja menjadi kunci kebahagiaan dan ketenteraman jiwa suaminya. Malah ia menjadi kunci kejayaan hidupnya. Kenyataan bahawa di belakang setiap lelaki yang berjaya itu terdapat seorang perempuan yang bijak dan berjiwa besar merupakan satu kenyataan yang lumrah diterima di mana-mana.
Si isteri mempunyai serampang mata dua yang sakti, ia boleh membuat suaminya hidup bersemangat, bercita-cita tinggi, gigih dan ia boleh membuat suaminya menjadi seorang yang lemah, patah hati, tidak percaya diri sendiri, pengecut, ragu-ragu dalam membuat keputusan-keputusan dan bertindak.
 
Sikap dan perhubungan seorang isteri dengan masyarakat juga merupakan satu faktor yang menentukan nama baik suaminya di khalayak, kerana tingkah laku sosial seorang isteri tidak boleh dipisahkan dari nama baik suaminya.
Dalam kehidupan rumah tangga ada enam isteri yang membawa kesiksaan-kesiksaan jiwa kepada suaminya sehingga membuat suami itu tidak bersemangat untuk melaksanakan kejayaan-kejayaan baru dalam kehidupan.
( 1 ) Isteri yang tidak tahu membuat keputusan
Dia seorang isteri yang kaku tanpa inisiatif. Dia hanya tahu menyelesaikan perkara-perkara mengenai kepentingan-kepentingan diri setiap hari dan tugas-tugas kecil mengenai hal-hal rumah tangga saja. Selain dari itu seluruh persoalan hidup yang lain dibebankan ke pundak suaminya. Dia tidak mahu mengambil keputusan bagaimana hendak menyusun perabut-perabut rumahnya dengan yang lebih menarik, tidak tahu mengambil keputusan terhadap kelakuan dan tindak tanduk anak-anaknya, tidak tahu membuat anggaran rumah tangga yang wajar dan teratur, tidak tahu membuat sesuatu yang membina terhadap dengan jiran tetangga, sanak saudara dan kawan temannya, malah ia tidak tahu menentukan barang-barang yang perlu dibeli untuk kepentingan rumah tangganya, malah kadang-kadang ia tidak tahu menentukan jenis-jenis masakan yang patut di sediakan hari ini. Segala-galanya dirujukkan kepada suaminya. Pendeknya dia tidak akan bertindak melainkan dengan arahan yang jelas dari suaminya.
Suami yang mendapat isteri yang sedemikian terpaksa memikul beban-beban tambahan yang berat di samping pekerjaan hariannya. Ia terpaksa memikul beban-beban rumah tangga serentak dengan beban-beban pejabatnya. Dia selalu saja diganggu oleh pertanyaan-pertanyaan yang tidak putus-putus dari isterinya bagaimana hendak membuat itu dan ini. Akibatnya bukan saja membuang waktu suaminya yang berharga malah menghalangi dari memikirkan sesuatu yang lebih serius dan berguna kepada kemajuan dan kemajuan hidup.
( 2 ) Isteri yang selalu mengomel / berleter
Dia selalu tidak puas hati biar apa pun yang dibuat oleh suaminya. Dia mengomel, mengeritik, dan mempersenda semua tindak tanduk suaminya. Segala galanya tidak kena dan ada saja cacat celanya. Suaranya seperti suara nyamuk yang terus menyerang dan menganggu. Dia tidak segan-segan memperkatakan kelemahan-kelemahan suaminya kepada orang lain.
Dia seorang yang selalu mementingkan dirinya dan tidak sabar. Dia mahu segala-galanya cepat, sempurna dan memuaskan. Lebih jauh dari itu dia begitu lancang membuat pertandingan-pertandingan yang tidak adil dengan suami-suami orang lain.
Untuk mencari hiburan dan ketenteraman, suaminya lebih suka berlabuh di kedai-kedai kopi hingga jauh petang dan jauh malam, dan suka melupakan diri dengan permainan-permainan catur dan daun terup,atau mencari kedamaian pada perempuan-perempuan yang lain atau pada minuman-minuman keras.
Seorang suami yang bernasib baik sedemikian tidak lagi mempunyai kegairahan atau inisiatif untuk bekerja keras bagi memajukan hidupnya dan hidup anak-anaknya. Ia seorang suami yang begitu bosan dengan hidupnya.
( 3 ) Isteri diktator
Dia seorang isteri yang gila kuasa. Dia melayani suaminya sebagai tawanan atau sebagai kanak-kanak yang kecil. Dia mahu semua keputusannya dipatuhi oleh suaminya dan dia mahu menguasai semua perbelanjaan rumah tangga. Setiap hari terima gaji dia akan menunggu suaminya di muka pintu untuk mengambil semua gaji itu dan mengawal semua perbelanjaan-perbelanjaan suaminya.
Setiap kali suaminya pulang dari luar dia akan memeriksa saku suaminya dan meminta laporan kemanakah suaminya akan membelanjakan wang yang diambilnya petang tadi.
Dia bukan saja mengawal perbelanjaan suaminya, malah dia menyoal setiap gerak-geri suaminya dan tidak silu-silu mengkritik tindak tanduk suaminya di depan kawannya. Akibatnya si suami itu menjadiseorang yang tidak berperibadi, lemah dan lumpuh di dalam segala-galanya. Dia menjadi bahan ketawa kawan-kawannya dan tentulah suami yang seperti itu tidak mempunyai kesempatan-kesempatan dan dorongan-dorongan yang wajar untuk hidup dengan lebih maju dari kedudukannya yang ada sekarang.
( 4 ) Isteri yang suka campur tangan
Dia seorang isteri yang bercita-cita tinggi, tetapi menyalahgunakan kedudukan suaminya untuk melaksanakan cita-cita itu. Dia mahu suaminya naik pangkat dan merasa kewajipan nutuk campur tangan agar suaminya cepat naik pangkat. Kerana itu dia membuat hubungan-hubungan dengan isteri ketua pejabat atau isteri majikan suaminya atau membuat hubungan lansung dengan ketua pejabat atau majikan itu sendiri dengan tujuan untuk mempengaruhi mereka agar suaminya mendapat kenaikan pangkat. Ia tidak sedar bahawa campurtangannya itu merosakkan imej suaminya di mata ketua pajabat atau majikannya dan manimbulkan kebencian pada mereka. Kadang-kadang hubungan lansungnya dengan ketua pejabat dan majikan itu menimbulkan tomahan-tomahan yang menjatuhkan maruah suaminya pada pandangan orang lain.
( 5 ) Isteri yang boros
Dia hidup dengan satu anggapan yang salah iaitu tugasnya bukan mencari duit, tetapi membelanjakan duit. Tugas seorang suami ialah mencari duit dan sebagai suami yang tahu harga diri dia harus pandai mencari duit sebanyak yang diperlukan oleh isterinya. Atas anggapan inilah ia memboroskan pendapatan suaminya dengan membelikan barang-barang yang mewah dan mahal seperti alat-alat kosmetik, permaidani, pinggan mangkuk yang tinggi mutunya, dan pelbagai lagi barang mewah yang tidak diperlukanya.
Suami terpaksa mencari pendapatan dengan mencari kerja-kerja lebih masa atau melakukan rasuah di pejabatnya untuk membayar bermacam-macam hutang yang meyerabut kepalanya. Biasanya dia tidak berunding dengan suaminya semasa hendak membeli sesuatu barang melainkan barang itu sudah sampai di rumah dan di sana dia akan meletakkan suaminya yang sabar dan lemah itu di depan kenyataan yang pahit.
Akibatnya suami menjadi begitu lemah dan lumpuh. Jiwanya ditekan berbagai-bagai kerunsingan yang menjejaskan kecekapan dalam menjalani tugas-tugas hariannya dan tidak lagi mempunyai kesempatan-kesempatanuntuk memajukan dirinya.
( 6 ) Isteri sosial
Dia seorang isteri yang sentiasa berpakaian cantik. Dianggap kewajipan utamanya bukan terletak di rumah tangga, malah menghadiri pertemuan-pertemuan, majlis-majlis keramaian, melawat rumah-rumah teman dan bergiat dalam berbagai-bagai kegiatan sosial tanpa menghiraukan rumah tangganya. Dia tidak sempat menghiraukan sarapan pagi untuk suaminya, kerana ia masih nyenyak tidur akibat balik jauh malam. Suaminya tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa ikut sama ke mana-mana majlis yang dihadirinya untuk memperlihatkan keperibadiannya sebagai seorang suami yang bermaruah.
Untuk memenuhi tuntutan-tuntutan hidupnya yang begitu sosial itu dia terpaksa berbelanja lebih yang memberatkan suaminya. Kemudian dia meyiksakan suaminya dengan membandingkannya dengan suami-suami sahabatnya yang bergaji besar dan mewah dengan tujuan agar suaminya juga berusaha mencapai taraf hudup seperti itu. Oleh kerana suaminya tidak mempunyai asas pelajaran yang sama dengan mereka, maka sudah tentu pemberangsangan itu sia-sia saja, malah membuat suaminya semakin lemah dan oatah semangat dan berakhir dengan kejatuhan-kejatuhan yang menyedihkan.

Wednesday 1 February 2012

ERTI KEMAAFAN DALAM HIDUP

Tentunya dalam kehidupan kita ini begitu banyak individu yang sering menyakitkan hati kita, mengguris dan melukakan perasaan kita bahkan menjadikan jiwa kita berserabut dan penuh kebencian. Seringkali senyuman kita kehilangan serinya, tawa kita menjadi sumbing dan air muka kita kehilangan cahayanya setiapkali kita bertembung wajah dengan mereka. Bahkan ada yang begitu dengki dan sengaja menyakitkan hati kita malahan sering mereka-reka fitnah dan onar untuk mencacatkan kewibawaan kita.
Ya, inilah sebahagian dari warna warni hidup kita yang menjadikan perjalanan hidup kita lebih unik dan jiwa kita akan menjadi lebih matang jika kita mampu menyikapinya dengan betul..Apa perasaan kita berdepan dengan golongan ini, walaupun bilangannya mungkin tidak begitu ramai? Apa pula perasaan kita jika yang sering menyakitkan hati kita itu ialah orang-orang yang begitu hampir dengan kita?
Bagi saya, tidak ada yang lebih baik selain memberi KEMAAFAN. Ya, MAAFKAN MEREKA agar jiwa kita lebih lapang dan bahagia. MAAFKAN MEREKA sehingga kebencian tidak lagi mampu mencemarkan keindahan budi atau merubah rupa jiwa kita. MAAFKAN MEREKA agar kita mampu tersenyum melihat kehidupan.
Adakah kita merasakan kebencian kita itu menguntungkan kita atau akan merugikan mereka? Apa yang kita dapat dari kebencian itu kalau bukan keserabutan jiwa, kemarahan yang meluap-luap dan terusirnya ketenangan dan kedamaian dari hati nurani kita? Bahkan setiapkali kebencian mula bertahkta dan menguasai hati maka hati kita itu akan makin keras, gersang, kasar dan merosak air muka kita. Hingga akhirnya dunia yang begitu luas terasa begitu sempit, hidangan yang lazat hilang kenikmatannya dan tidur kita tidak lagi merehatkan jiwa kita untuk mendepani hari baru. Jadi, nyatakan pada saya, apa untungnya kebencian dan kemarahan kita itu kalau bukan menambahkan penderitaan keatas penderitaan yang sudah sedia ada?
Jadi, MAAFKAN MEREKA kerana dalam kemaafan kita itu Allah SWT menjanjikan keampunan. Bukankah dosa-dosa kita masih terlalu banyak sedangkan kematian sering mengintai kita disetiap simpang siur kehidupan. Bagi jiwa-jiwa yang menyakini hari pertemuan dengan Allah SWT tentunya kita benar-benar rindukan pengampunan Allah SWT bahkan pengampunan itu lebih berharga dari pertambahan usia. Apalah gunanya bagi umur yang bertambah tetapi dosanya tidak berkurang. Apa yang kita harapkan dari kehidupan begini?

MAAFKAN MEREKA kerana kita juga sering membuat kesalahan dan setiapkali kita membuat kesalahan, kita begitu rindu dan mengharapkan orang lain menyikapi atau menghadapi kelakuan buruk kita dengan baik bahkan menasihati kita dengan penuh hikmah. Kenapa apabila orang lain melakukan kesalahan kepada kita, kita lalu marah-marah dan pamerkan wajah yang buruk dan penuh kebencian.
MAAFKAN MEREKA, agar jiwa kita menjadi lembut bahkan membuahkan kesabaran dan kepasrahan hingga kita mampu mengukirkan kesenyuman dari relung hati kita yang paling dalam. Biarkan kemaafan itu menghiasi jiwa kita dengan bunga-bunga kecintaan dan kasih sayang hingga mereka tertunduk hormat dan malu kepada kita.
Pernah satu ketika, jiwa saya begitu menderita ketika menghadapi salah seorang dari orang atasan saya. Dia merasakan dirinya yang paling benar. Dia bukan sekadar menolak pandangan orang lain bahkan tidak memberikan ruang untuk pandangan itu dikemukakan. Sedangkan apa yang dilakukannya terlalu salah, buah fikirannya sudah ketinggalan zaman dan cara pengurusan kerjanya sudah terlalu usang dan antik walaupun dari satu sudut saya yakin dia begitu ikhlas dalam kerjanya. Tidak sesiapa yang selesa mengemukakan pandangan kepadanya apatah lagi menegur kesalahannya walaupun kesalahannya terang lagi bersuluh. Bahkan tingkahlakunya sering menjadi buah mulut rakan sekerja.
Jiwa saya begitu menderita. Setiapkali ingin menyuapkan makanan kemulut lalu terpandang wajahnya selera makan saya hilang serta merta. Setiapkali saya pejamkan mata untuk tidur, wajahnya sering muncul dan bermain dalam fikiran saya. Ketika berehat seringkali minda saya mengangankan saat-saat saya berhujah dengannya dan dia menyikapi dengan sikap dingin dan keras kepala hinggakan angan-angan itu menjadikan jiwa saya dililit kegelisahan dan kemarahan. Ya, berbulan-bulan saya hilang kenikmatan jiwa ketika menginjakkan kaki di tempat kerja.
Jiwa saya terus menderita hinggalah saya menemui penawarnya yang begitu mujarab iaitu KEMAAFAN. Saya katakan pada diri saya, kenapa saya harus membencinya. Dia telah lakukan yang terbaik dengan apa yang dia faham, walaupun mungkin caranya salah tetapi itu yang dia faham dan tentang keikhlasannya, Allah yang lebih mengetahui. Kenapa saya harus membencinya sedangkan kebencian saya tidak akan menjadikan dirinya betul atau membetulkan keadaan yang salah. Kenapa saya harus membencinya sedangkan setiap manusia memikul beban dosa yang begitu banyak dan saya sendiripun tidak terlepas daripadanya. Bahkan apabila tua nanti mungkin saya akan akan lebih teruk daripadanya dan orang lain akan lebih membenci saya.
Lalu saya pejamkan mata saya, saya suarakan hati saya pada Allah yang Maha Mengetahui; Saksikanlah ya Allah, aku maafkannya dan aku juga mengharapkan keampunanMu. Saksikanlah ya Allah, aku kasihkannya kerana aku tahu dia ikhlas beramal untuk keredhaanMu. Walaupun dia punya banyak kelemahan tetapi didalam ilmu Mu ya Allah, dosa-dosa ku lebih banyak, walaupun aku rasakan aku lebih baik daripadanya belum tentu ketika aku sampai keusia sepertinya aku akan terus istiqomah diatas jalanMu yang benar ini ya Allah. Semoga Engkau menerima amalnya dan amalku ya Allah.
Disaat itu saya terasakan seolah satu hijab gelap yang menutupi hati saya terangkat dan limpahan cahaya kehidupan kembali menerangi hati saya. Tidak ada lagi kebencian dan keresahan. Kemudiannya saya mencari kesempatan untuk bermaafan dengannya. Semenjak itu hati saya kembali menemui nikmat ketika ditempat kerja. Setiapkali bertembung wajah, senyuman begitu mudah terukir pada wajah saya bahkan kami mampu duduk berbual dan bercerita.
Saya tidak maksudkan kita tidak perlu membetulkan yang salah. Kata Ibnu Qayyim; Jika kamu ingin menyuruh yang ma’ruf pastikan ia menjadi ma’ruf. Ya, jika kita inginkan kebaikan, biarlah tindakan dan cara kita menghasilkan sesuatu yang baik atau lebih baik. Maknanya, setiap tindakan kita perlu disesuaikan dengan niat, cara dan masa yang baik. Kalaupun usaha kita tidak berjaya, yakinlah Allah menjanjikan ganjaran diatas usaha dan kesabaran kita.
Maafkan mereka
agar jiwamu petah berbicara
mengajar insan erti bahagia
dan tersenyum dalam duka
Maafkan mereka
Agar hatimu lapang segala
Menikmati hari-hari baru
yang penuh duka lara
Maafkan mereka
Kerana jiwamu sedar mengerti
Hidup ini ada hari datang dan pergi

siapa kah wanita pertama masuk kesyurga??


Pada suatu hari Fatimah bertanya Rasulullah, siapakah perempuan pertama yang bakal masuk syurga. Baginda menjawab, seorang wanita yang bernama Muti’ah. Fatimah terkejut, ternyata bukan dia seperti yang dibayangkannya. Mengapa orang lain, pada hal dia adalah puteri Nabi ?
Timbul keinginannya untuk mengetahui siapakah Mutiah itu. Apakah gerangan yang dilakukannya sampai mendapat penghormatan begitu tinggi ? Sesudah meminta izin daripada suaminya, Ali bin Abu Talib , Fatimah berangkat mencari rumah Mutiah. Puteranya yang masih kecil Hasan menangis ingin ikut lalu didukungnya Hasan ke rumah Mutiah.Fatimah mengetuk pintu rumah Mutiah dan memberi salam. Wa’alaikumussalam! Siapa di luar? Terdengar jawapan lemah lembut dari dalam. Suara cerah dan merdu.
“Saya Fatimah, puteri Rasulullah”
“Alhamdulillah, alangkah bahagianya saya hari ini, Fatimah sudi berkunjung ke gubuk saya” terdengar kembali jawapan dari dalam. Kali ini nyata lebih gembira lagi makin dekat dengan pintu.
“Sendirian Fatimah?” Tanya Muti’ah
“Aku ditemani Hasan” Kata Fatimah
“Aduh, maaf ya” suara Muti’ah terdengar menyesal.
” Saya belum mendapat izin suami untuk menemui tamu lelaki” jawab Muti’ah
” Tapi Hasan masih kecil” jelas Fatimah
” Meskipun kecil, Hasan lelaki. Esok saja datang lagi, saya minta izin kepada suami,” sahut Mutiah tidak kurang kecewanya.
Esoknya Fatimah datang dengan membawa Husain sekali. Selepas memberi salam dan dijawap gembira, Mutiah berkata dari dalam.
“Datang dengan Hasan Fatimah? Suami saya sudah memberi izin”
“Ya dengan Hasan dan Husain ”
“Ha? Mengapa tidak beritahu dari kelmarin?”
“Yang dapat izin cuma Hasan. Husain belum. Saya terpaksa meminta izin dari suami” jawab Muti’ah.
Hanya esok harinya baru mereka disambut baik oleh Mutiah di rumahnya. Keadaan rumah itu sangat sederhana. Tidak ada satu pun perabot mewah. Namun semuanya teratur rapi membuat tetamu senang berada di rumah itu. Fatimah kagum melihat suasana yang menyenangkan itu. Sehingga Hasan dan Husain yang biasa di rumah orang, kali ini nampak asyik bermain.
“Maaf ya, saya tidak boleh menemani Fatimah duduk. Sebab saya sedang menyiapkan makanan untuk suami saya” kata Muti’ah sambil sibuk di dapur.
Hampir waktu tengahari, masakan itu sudah siap semuanya lalu diletakkan diatas talam. Mutiah mengambil rotan dan diletakkan di sebelah hidangan.
Fatimah bertanya kepada Mutiah “suamimu kerja di mana?”
“Di ladang” Jawab Muti’ah
“Sebagai pengembala?” soal Fatimah.
“Bukan. Bercucuk tanam” Jawab Muti’ah lagi.
“Tapi mengapa kau bawakan rotan juga?” tanya Fatimah.
“Rotan itu saya sediakan untuk keperluan lain. Kalau suami saya sedang makan , saya tanyakan apakah masakan saya sedap atau sebaliknya. Kalau suami saya jawab, “sedap”, takkan terjadi apa-apa.Jika tidak sedap, rotan itu saya berikan kepadanya agar dirotan punggung saya sebab ia tidak menyenangkan suami”.
“Atas kehendak suamimukah kau bawa rotan itu” tanya Fatimah.
“Oh, sama sekali tidak. Suami saya seorang yang penyayang. Ini semata-mata kehendak saya agar jangan sampai menjadi isteri derhaka kepada suami.”
Fatimah lantas meminta izin pulang. Dalam hati berkata, patut kalau Mutiah menjadi perempuan pertama masuk syurga, lantaran baktinya kepada suami begitu besar dan tulus.
Diberitakan dalam berjuta-juta wanita di dunia ini, Muti’ah yang paling awal akan masuk ke dalam syurga. Apakah keistimewaan beliau mengatasi wanita lain?
Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi daripada sejarah cerita yang di khabarkan, saya membuat andaian, Muti’ah sangat sangat menghormati suaminya. Sangat sangat taat kepada suaminya. Layanan beliau kepada suaminya mungkin yang terbaik mengatasi wanita lain.
Wallahu a’lam