Saturday 31 March 2012

Hepi besday ayong...


Hari ini hati aku sungguh sensitif..entah kenapa..aku cukup benci jika perasaan ini datang...lebih-lebih lagi en.somi tak balik minggu ni..minggu depan...kerana kesibukan dan mesyuarat...aku jadi begitu sensitif..esok husaini akan masuk ke hospital..dulu jika macam ni aruah hubby akan ada bersama..aku jadi kuat..kini aku terpaksa menghadapi sendiri....terasa diri ini dah tak da tempat berpaut...rapuh!!!hati terusik bila aku terlihat gambar-gambar lama dimana seorang demi seorang orang-orang yang aku sayangi pergi mengadap Illahi...dalam pada itu hati sebak bila terlihat gambar ayong yang juga merupakan buah hati aku..hari ini hari lahirnya yang ke 24 tahun..dia pergi terlalu muda...pergi dalam keadaan semua orang sayangkan dia...aku mohon pada Tuhan agar mengambil aku pulang saat semua masih sayangkan aku...aku tak mahu jadi macam mak..aku tak mahu menyusahkan anak-anak waima suami aku sendiri..
Ayong..makndak tak pernah lupakan ayong..setiap solat makndak akan kirimkan doa ,fatihah dan ayt-ayat quran buat ayong dan pakndak..makndak tak pernah lupa..selamat hari jadi ayong..semoga ayong berbahagia dan tenang disana..tunggu turn makndak pulak jumpa ayong ok..


KEMATIAN TAKKAN MEMBUNGKUS DOSA DOSA KITA


KEMATIAN TAKKAN MEMBUNGKUS DOSA DOSA KITA
Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh, saudara saudari yang dirahmati Allah sekelian,marilah kita sama-sama mengingati akan sebuah kematian yang bila-bila masa akan menemui kita.

Sungguh banyak sekali diantara kita yang terlena..merasa kehidupan kita ini akan selama-lamanya..
Kita tak menyedari bahwa detik demi detik yang berlalu itu..sebenarnya sedang menghampiri hingga saat kepergiaan kita dari dunia...
Pergi yang tak mungkin akan kembali lagi disini...
Kita akan tinggalkan seluruh cinta kita yang tercurah dibumi..Itulah hakekatnya kehidupan sementara ini...

Namun..berapa banyak yang membuka mata dari lenanya...Hidup seolah tak akan bertemu dengan kematian...Menabur cinta pada duniawi yang akan lenyap tiada abadi...

Jangan mengira bahwa kematian akan membungkus segala-galanya bersama jasad yang tertanam dalam tanah...
Tapi Sebaliknya..kematianlah yang akan membongkar segala-galanya...
Tanggunglah segala apa yang kita perbuat selama ini. ..

Gambaran-gambaran tentang hari pembalasan sudah seringkali kita dengar...tapi lumrahnya manusia..Tersedar tapi akhirnya lupa..

Wahai orang yang sedang bersenang senang dengan dunia..siap atau tidak siap..
Kematian bisa saja mengancam sesaat lagi...

Tidakkah kau mengetahui bahwa kau akan segera meninggalkan duniamu..dan duniamu pula akan meninggalkanmu..?

Bersegeralah mulai untuk Perubahan diri dari sifat dan watak syaithani dan hewani..menjadi insan Islami..

Berubahlah dari kefasikan dan kekafiran menjadi keimanan..
Berubahlah dari kemunafikan menjadi istiqamah..
Berubahlah dari keraguan menjadi keyakinan..
Berubahlah dari kesombongan menjadi ketawadhu’an..
Berubahlah dari rakus menjadi rasa syukur dan sederhana..
Berubahlah dari pemarah dan pendendam menjadi kasih sayang dan memaafkan.. Berubahlah dari kelicikan dan kesewenangan menjadi kejujuran dan keadilan,..
Berubahlah dari kedustaan menjadi kebenaran..

Apakah kita lupa atau berpura-pura lupa dengan perjalanan panjang tersebut.. bahkan malah memilih dunia dengan segala perangkapnya..
Kemewahan..kecantikan..kekayaan..kedudukan yang semua nilainya disisi Allah Swt tak lebih dari sehelai sayap nyamuk..!

- Wahai yang tertipu oleh dunia…..!!

Kerjakanlah apa yang telah diperintahkan-Nya..dan sekuat-kuatnya untuk menjauhi larangan-Nya...

- Wahai yang selalu berangan-angan panjang..!!

Berusahalah untuk memelihara ketundukan..tawadhu’ dan syukur atas nikmat-Nya yang akan mengajakmu menuju pintu ketenangan dan kebahagiaan...

- Wahai yang sedang lengah dari ketaatan kepada Rabb-nya..!!

Berhiaslah dengan amal soleh dan keindahan akhlaqul karimah...

- Wahai yang sedang berpaling dari Allah Swt…!!

Semuanya akan mempertanggung jawabkan amalannya sendiri-sendiri..maka beramal-lah..!

- Wahai yang nafsunya selalu menolak nasihat..

Renungkanlah sesaat..sedarkan fikiran yang masih berfungsi ini untuk segera melakukan perubahan..Kerana inilah waktu bagi kita untuk berubah sebelum menjadi mayat.. —SELAMAT BERAMAL DAN RENUNG-RENUNGKANLAH...SERTA MAAFKAN DIRIKU ANDAI ADA YANG TERGURIS ATAU MELUKAKAN HATI KALIAN SAMADA SECARA LISAN ATAU SECARA BERTULIS.

doa ku...khas buat Pencipta



Ya Aziz..........
Jika cinta adalah ketertawanan
Tawanlah aku dengan cinta kepada-Mu
Agar tidak ada lagi yang dapat menawanku selain Engkau

Ya Rohim.........
Jika cinta adalah pengorbanan
Tumbuhkan niat dari semua pengorbananku
Semata-mata tulus untuk-Mu
Agar aku ikhlas menerima apapun keputusan-Mu

Ya Robbii..........
Jika rindu adalah rasa sakit
Yang tidak menemukan muaranya
Penuhilah rasa sakitku
Dengan rindu kepada-Mu
Dan jadikan kematianku sebagai
Muara pertemuanku dengan-Mu

Ya Robbii..........
Jika sayang adalah sesuatu yang mempesona
Ikatlah aku dengan pesona-Mu
Agar damai senantiasa kurasakan
Saat terucap syukurku atas nikmat dari-Mu

Ya Allah..........
Jika kasih adalah kebahagiaan
Yang tiada bertepi
Tumbuhkan kebahagiaan dalam hidupku
Di saat kupersembahkan sesuatu untuk-Mu

Ya Allah..........
Hatiku hanya cukup untuk satu cinta
Jika aku tak dapat mengisinya dengan cinta kepada-Mu
Kemanakah wajahku hendak kusembunyikan dari-Mu

Ya Ar-Rahman.........
Dunia yang engkau bentangkan begitu luas
Bagai belantara yang tak dapat kutembus
Di malam yang gelap gelita
Agar tidak tersesat dalam menapakinya

Ya Ar-Rahhim…….
Berikan alas kaki buat hamba agar jalan yang kujejaki terasa nikmat
Meski penuh dengan bebatuan runcing dan duri yang tajam
Hamba sedar semua ini milikMu dan suatu saat
Jika Kau kehendaki semuanya akan kembali jua kepada-Mu
Hamba pasrahkan kehidupan hamba kepada-Mu.

Antara rumah2 yg pernah aku diami..




Friday 30 March 2012

Hari Terakhir Sebagai Penjawat Awam..


30 Mac 2012..berkuburlah kisah suka duka hidup ku sebagai Penjawat Awam...bermula dengan melapurkan diri di JPA dan ditempat di Unit Operasi Isi penuh, dimana disitu jugalah aku bertemu jodoh dengan aruah suamiku yang pulang mendaftar diri setelah tamat pengajian sebagai seorang jurutera,cinta pandang pertama baginya... seterusnya ke Bahagian Latihan dan Kerjaya disini aku diuji bila bos aku (kini sudah allayarham) jatuh cinta dengan aku hingga aku takut untuk datang ke opis dan memohon bantuan ayah saudaraku untuk bertukar ke bahagian Rekod Kakitangan Kerajaan...ketika itu hidupku seorang diri mengharungi hidup di KL kerana suami bertugas jauh di JKR Terengganu hingga permohonan bertukar aku ke INTAN Wilayah Timur di Kemaman di luluskan..cuma sebentar disana kerana suami ditugaskan di UTM Jalan Semarak KL dan aku di bertugas semula di Unit Pandang Ke Timur JPA hingga suami dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Bangunan di JKR Sungai Besar..lebih setahun aku berulang alik sendirian kerana permohonan bertukar ketika itu agak sukar dan jawatan aku ditempat-tempat terpencil agak terhad..syukur..aku berjaya berpindah ke Sungai Besar di Jab.Pembangunan Koperasi dan aku dinaikkan pangkat disitu..hampir 10 tahun disana...cukup indah..anak-anak ku membesar sebagai budak kampung dan penghidupan disana tenang dan damai...
Rezeki Allah dah tentukan..suami aku dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Daerah Batang Padang dan aku bertukar di Mahkamah Teluk Intan..keakraban aku dengan Hakim Mahkamah ketika itu membuat suami meminta aku berhenti kerja walaupun ketika itu aku ditawarkan pangkat di bidang perkomputeran ..bagi aku perhubungan itu cuma sebagai bos dan pekerja semata-mata..ketika itu rumah tangga aku juga diuji...ermmm tapi kerana keikhlasan aku dan tiada niat sebaliknya kami bertemu jalan penyelesaian bila masing-masing tahu akan kesilapan masing-masing...Suami ku berkerja keras berulang alik ke JPA bagi merayu akan pertukaran aku ke Tapah diluluskan..ya..sekali lagi jawatan aku diujudkan (secara KUP) dan ditempatkan di JPJ Tapah..kemana saja aku pergi aku agak disenangi..selain sifat ramah, tidak memilih kawan dan tidak berbangga dengan pangkat suami..aku disenangi...Tuhan memberi rezeki lagi buat kami..suami ditawarkan kenaikan pangkat sebagai JD di Kinta dan bertugas di Ipoh..waktu ini ada special offer bagi isteri-isteri ketua jabatan..aku bertukar secara pentadbiran di JPJ Ipoh..disana aku diberi tugas khas dibahagian maklumat..sungguh bangga aku rasanya..kepercayaan ini bukan calang-calang...satu penghargaan buat ku..selama 3 tahun di situ..aku diuji lagi..aku sakit dan melalui pembedahan aku pulih sepenuhnya...syukur Tuhan masih memberi peluang untuk ku untuk terus hidup...selepas itu suami bertukar ke Teluk Intan sebagai JD disana..dan dihari perpisahan aku di JPJ ini masih memberi kesan..kesedihan mereka-mereka yang aku tinggalkan masih aku rasakan..
Aku bertukar pula ke KPDNKK dan mengetuai bahagian pentadbiran dan sekali gus dibahagian kewangan..disini beban tugas memang menguji aku..dan disinilah juga menjadikan aku pandai dikedua-dua bidang tersebut...aku pernah menangis bila "blance sheet tidak tally" aku ingat lagi, aku membawa pulang kerumah buku lejar yang "lari" hampir RM 70k akibat kecuaian "orang lama" yang tidak bertamadun itu..suami aku membantu aku tanpa jemu hingga bertemu jalan penyelesaian..aku tabik pada aruah..walaupun sebagai seorang jurutera dia begitu cekap dalam hal-hal pentadbiran dan kewangan..aku tersenyum puas..dan memeluknya erat bila punca masalah itu dapat dihuraikan..disini aku dicalonkan pekerja cemerlang..bila segala report2 aku tip top masa itu...tapi kerana aku baru saja disana..pencalonan ini ditolak.(perpisahan ketika meninggalkan pejabat ini juga meninggalkan impak yg mendalam..air mata tak ternilai lagi)...tapi Tuhan memberi peluang dan rezeki lain ada aku..aku dinaikkan pangkat lagi dan bertugas di HTI dibahagian pentadbiran dan dalam masa yang sama suami dinaikkan pangkat lagi sebagai orang kedua terpenting di JKR Negeri Perak..setiap hari dia berulang alik dari teluk Intan ke Ipoh yang mengambil masa 1jam setengah..disini terlihat betapa sayangnya aruah pada aku kerana walaupun penat beliau sanggup menempuhi ranjau berduri, penat lelah demi kasih sayangnya pada aku hinggakan aku menasihatkan agar dalam seminggu jika terlalu penat agar menumpang tidur dirumah kakaknya diIpoh..(sedihnya bila aku mengingatinya kembali..demi pengorbanan seorang suami) terbayang hingga kini kesetiaan ku menghantarnya hingga kepintu pagar jam 5.30 pagi dan menunggu pula aku masuk kembali kerumah..Alfatihah buatnya...dan nantikan aku disana...disini aku berjumpa dengan manusia cukup sadis..tidak berhati perut dan cemburu dengan kelebihan orang lain..tidak aku nafikan kedatangan aku amat disenangi oleh staff disana kerana sifat "bossy" pegawai berkenaan menjadikan mereka semua mengadu pada aku dan amat sayangkan aku...sikap aku yang memang tak suka mengampu bos dan gedik menjadikan pegawai ini semakin marah pada aku...atas hasutannya aku dilemparkan ke unit kewangan dan mengetuai bahagian aset..aku ingat lagi..aku berjanji pada pengarah pada masa itu yang aku akan menyelesaikan tugas yang baru ujud itu dalam masa 4 bulan sahaja...sesungguhnya aku bekerja keras..ya amat keras..bila pada permulaannya aku tak tahu
mana nak mula dulu..stor penuh dengan peralatan hospital yang tidak dilupuskan..beberapa buah kenderaan hospital tersadai tidak diperbaiki..dan kerusi meja lama bertimbun-timbun tak tentu hala..aku memasang strategi sendiri bagi menangani masalah ini...dan dalam tempuh 3 bulan aku berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi...disini aku mendapat anugerah APC bagi tahun itu...
Sesungguhnya kita hanya merancang..aku dan suami berkongsi untuk membeli sebuah bungalow ..dan bercadang akan menetap disitu bila pencen kelak..aruah amat sayangkan rumah tersebut..dengan kedudukan berhampiran masjid memang menjadi idamannya..aku tak nafikan aruah memang sukakan keadaan itu..sifatnya yang sederhana dan suka mengimarahkan mesjid setiap waktu jika terluang menjadikan dia amat disegani..amal jariah memang menjadi minatnya dan hanya berbasikal jika kesurau waima diwaktu subuh...sebab itulah Tuhan mengambilnya dlm keadaan khuznul khotimah..perginya pada waktu subuh hari jumaat dan masih berada diatas sejadah....ketika itu aku berkursus di Penang..itu ujian yang amat berat bagi aku..tapi mereka yang bersifat cemburu bertepuk tangan.aku hilang punca ketika itu..ialah aku cukup dimanjakan oleh suami..semua disediakan..waima mengisi minyak kereta pun aku tak tahu......
dalam kebuntuan itu aku sendirian menghadapinya...anak yang bungsu ketika itu mengikut kakaknya berpindah ke KL...khairul anak kedua ku berkorban menangguh semester semata-mata menjaga aku yang ketika itu tak tentu arah..hingga bos aku di JPJ Ipoh menalipon ku mengatakan KL terdpat kekosongan pos untuk jawatan aku dan hanya 10 minit dari rumah aku di KL yang ketika itu disewakan...Tuhan memberikan Hidayahnya lagi..aku dengan mudah bertukar ke JPJ KL dan ditempatkan di bahagian kewangan dan aset yang ketika itu hampir setebal 2" di Quiry oleh pihak audit...dan disinilah aku menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bantuan mereka-mereka yang amat aku sayangi.dan kesihatan aku bertambah pulih atas sokongan orang atasan dan juga bawahan....selain mengetuai bahagian stor hingga 30 Mac 2012 setelah aku membulatkan hati untuk bersara awal setelah bertemu jodoh dengan kawan lama setelah 2 tahun menjadi balu dan kini aku bahagia bersamanya..limpahan kasih sayang yang diberikan membuat aku tak sabar-sabar untuk hidup disampaingnya dimana kami tinggal berjauhan dan terpisah demi tugas masing-masing.kini...yang tinggal hanya kenangan yang tak mungkin padam lebih-lebih lagi buat mereka-mereka...mazian, syahni,iqbal,duan,zakiah,azran,andy,kentang,lan,usop,wak rahman dan yang lainnya...salam mesra buat kalian..............................

Wednesday 28 March 2012

Aimi oh Aimi...



Terusik hati aku petang tadi bila melihat aimi memegang gambar ayahnya sambil menangis bila dimarah oleh ibunya...Ayahnya yang tiada dirumah kerana menghadiri kursus di Penang..seolah-olah masih ada dirumah ..ditatap dan diciumnya gambar ayahnya dalam esak tangis yang begitu meruntun hati kecil ku...dia begitu rapat dengan ayahnya...dalam hati aku berdoa..semoga Allah panjangkan usia ayahnya agar dapat melihat aimi dan adiknya membesar...Ya Allah kau panjangkanlah usia ayahnya ..sesungguhnya kehilangan ayah dalam kehidupan ini begitu meruntun perasaan..hilang tempat bergantung..tempat bermanja bagi anak-anak...
Aimi ..begitu manja dan saban kali ayahnya pulang dari tempat kerja dia akan berlari mengejar ayahnya..yang kecil ,alis juga sudah pandai mengenali ayahnya..papapapa! bila setiap kali ayahnya pulang dan mengejar laju walaupun masih didalam "walker"...
mami....aimi nak abah..aimi nak abah..bila abah balik!..dalam keadaan petah bercakap..usia baru tiga tahun tapi ia begitu petah ..menyanyi dan agak pandai berbahasa inggeris..bila aku keluar berjauhan mereka berdua ini sering diingatan..lebih-lebih lagi alis...matanya yang bulat dan wajah comel nya tidak sesekali dapat aku lupakan..
Kasih sayang antara anak dan ibu..anak dan ayah begitu erat..sejak sebesar dua jari hingga mereka membesar hubungan ini begitu erat....kebahagian, kasih sayang dalam sebuah keluarga akan datang dan subur jika sesebuah intitusi kekeluargaan itu bahagia..semoga kebahgiaan itu akan terus dapat dinikmati dan jika berlaku sebuah perpecahan yang menjadi mangsa ialah anak...kasihanilah mereka....semoga aimi dan alis akan terus menikmati kasih sayang ayah dan ibunya..Amin!!

Sunday 25 March 2012

saya bangga menjadi suri rumah sepenuh masa..

BIsmillahirrahmanirrahim
Kemuliaan Isteri didalam Islam.
1. Apabila suami pulang ke rumah dalan keadaan letih dan isteri melayan dengan baik,maka dia memperolehi pahala jihad.
2. Wanita yang menyebabakan suaminya keluar rumah ke jalan ALLAH SWT dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lbh dulu drp suaminya. Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari.Dan wanita itu akan dimandikan didalam syurga dan menunggang kuda yg di perbuat drp permata yaqut.
3. Wanita yg menjaga solatnya,puasa,dan taat kpd suami,Allah SWT izinkan dia memasuki syurga dr mana-mana pintu yg disukainya.
4. kalau isteri melayan suami tanpa khianat,dia mendapat pahala 12 tahun solat.
5. Wanita yg mati didalam keredhaan suaminya akn masuk syurga.
6.Jika suami mengajar isterinya satu masaalah agama,akan dapat pahala 80 tahun beribadat.
7.Isteri yg memandang suami dgn penuh kasehsayang dan suami yg memandang isteri juga dgn kaseh sayang,maka ALLAH SWT memandang dgn penuh Rahmat.
8. Jika suami mendatangi isterinya kemarahan,tetapi isterinya
melayan dgn baik,maka mendapat separuh pahala jihad. 

Tuesday 20 March 2012

Amalan Untuk Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri

Amalan Untuk Mewujudkan Kasih Sayang Suami Isteri
MEMBACA SURAT ALI' IMRAN AYAT 31
Firman Allah: Katakanlah (wahai Muhammad):"Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan(Ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihi." Apabila sampai kepada ayat "yuhbibkumullah (nescaya Allah mengasihi kamu), maka niatkanlah nama suami (isteri), barulah disambung dengan ayat seterusnya.

MENGAMALKAN SURAT YUSUF AYAT 4
Firman Allah:"(Ingatlah peristiwa) tatkala Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:"Wahai ayahku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan: aku melihat mereka memberi hormat kepadaku." (Ayat ini juga elok dibaca ketika hendak ditemuduga)

MELEMBUTKAN HATI SUAMI DAN JUGA ANAK, AMALKAN MEMBACA SURAH AL-HASYR AYAT 21
Firman Allah:"Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya."

MELEMBUTKAN HATI SESEORANG - SURAH ASY-SYURA AYAT 19
Firman Allah:"Allah Maha Lembut tadbir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) kepada hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

PASANGAN SUAMI ISTERI JUGA HENDAKLAH SELALU MENGAMALKAN MEMBACA SURAH TOHA
Baca dan tiupkan di ubun-ubun anak dan suami/isteri ketika mereka tidur. Surah ini bukan sekadar dapat melembutkan hati pasangan masing-masing serta anak, tetapi juga memberi kesan kepada hal-hal lain. Misalnya, ketika berhadapan dengan orang yang berdolak-dalih untuk membayar hutang, maka bolehlah dibaca ayat ini. Ayat ini juga sesuai dibacakan pada air minuman dan ketika membasuh beras.

Semoga bermanfaat ...
 selamat beramal...

Sunday 18 March 2012

Duhai hati...

 
Aku...
Yg tak pernah berharap mencintaimu...tetapi ALLAH yg telah
menundukan Hatiku untuk memberikan cinta ini padamu
Aku...
Yg tak pernah memilihmu untukku...tetapi ALLAH telah memilihkanmu untukku

Aku...
Yang tak pernah bermimpi, untuk mendampingimu.,tetapi ALLAH lah yang telah menentukan hidupku untuk mendampingimu..

Aku...
Juga tak pernah berharap menanggung Rasa ini atas cintaku padamu, ttp ALLAH tlah memberikan rasa ini dan harus ku tanggung atasmu

Itulah..aku adanya
Aku yg tak pernah kuasa mampu mengatur hatiku sendiri kerana Sang PEMILIK  yg tlah menentukannya...


'' ya TUHAN ku...Tenggelamkanlah aku di dlam kecinta'an-MU..supaya tiada suatu apapun yg mampu memalingkan aku daripada-MU..

Ya ALLAH...Karniakanlah kepada kami keAmpunan-MU,bukan Azab-MU...masuk ke dalam Syurga-MU tanpa Hisab,melihat Wajah-MU tanpa Hijab,jagalah kami dengan Karunia-MU, dari kejahatan orang2 yg Hasad,ketika duduk, berdiri,dan tertidur...peliharalah kami dari rasa dengki...dan aku mohon kan memimpin jemari kekasih ku..untuk sama melangkah ke syurga firdausi Mu...

Aamiin ya Rabbal'Alamiin ...

Khas buat mu...


JIKA BENAR AKU MENCINTAIMU KERANA ALLAH

Assalamu'alaikum Warahmatullahi wabarakatuh

*•Yaa Rabbi•*´¯)Ajarilah kami bagaimana memberi sebelum meminta,berfikir sebelum bertindak,santun dalam berbicara,tenang ketika gundah,diam ketika emosi melanda,bersabar dalam setiap ujian.Jadikanlah kami orang yg selembut Abu Bakar Ash-Shiddiq,sebijaksana Umar bin Khattab,sedermawan Uthman bin Affan,sepintar Ali bin Abi Thalib,sesederhana Bilal,setegar Khalid bin Walid radliallahu'anhum....Amiin ya Rabbal'alamin.


Wahai diri..
Jika memang kau mencintainya karena Allah
Cintailah dia dengan cara yang benar
Cintailah dia pada saat yang tepat


Ya Robb..
Aku tak akan memaksakan diri hanya untuk sebuah perasaan

Ya Robb..
Jika dia memang jiwa yang telah Kau pilihkan untukku, berikanlah kami jalan dan petunjuk
Jika dia memang takdir bagi ku, pantaskanlah dia untukku dan pantaskanlah diriku untuknya


Ya Robb..
Aku memilihnya karena sebuah keyakinan..
Aku terima seluruh kelebihan dan kekurangannya..
Aku terima seluruh luka dan bahagia yang menyertai hidupnya..
Aku terima dirinya dengan seluruh apa yang telah Engkau berikan untuknya..


Ya Robb..
Jika ada dua pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada sepuluh pilhan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Jika ada seratus pilihan dan diantaranya adalah dia, tentu aku akan memilihnya
Dan jika hanya ada satu pilihan, dan tidak ada dia dalam pilihan itu…
Maka aku pun akan menerimanya sebagai pemberian terbaik dari Mu…

Karena Engkaulah yang Maha Mengetahui
Karena Engkaulah yang Menciptakanku
Karena Engkaulah yang Memelihara diriku


Ya Robb…
Jika dengan menutup cinta ini yang menjadikan Mu Ridho kepadaku..
Jika dengan mengorbankan perasaan ini Engkau menyelamatkanku..
Di saat manusia tergelincir dari jalan-Mu..
Maka aku serahkan cinta ini untuk Mu..
Sebagai wujud bakti ku pada Mu..
Sebagai wujud syukurku pada Mu..


Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qolbi ‘ala Diinika..
Aku yakin bahwa tidak ada Ketetapan Mu yang salah
Aku yakin bahwa semua Kehendak Mu sangat terukur
Buatlah aku mencintai pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku setia pada pilihan yang Kau berikan
Buatlah aku menyayangi pada pilihan yang Kau amanahkan


Ya Robb..
Dengan segala Kekuasaan Mu..
Dengan segala Kekuatan Mu..
Dengan segala Keagungan Mu..
Hamba mohon pada Mu,
Kuatkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa sempit..
Tenangkanlah hati ini saat ketetapan Mu membuat hati ini terasa berat..
Sesungguhnya hanya dengan PertolonganMu,
diri ini bisa menjalani semua ketentuanMu.


Ya Robb ..
Buatlah diriku mencintai Mu lebih dari segala makhluk yang telah Engkau Ciptakan

Ya Robb

Buatlah diriku mencintai Rasulullah, karena Engkau pun mencintainya

Inilah isi hatiku, inilah harapanku, inilah keyakinanku…

Aku tidak hanya mencintaimu..
Tapi aku ingin mencintaimu karena Allah..
Aku ingin mencintaimu dengan cara yang benar..
Aku ingin Allah Ridho dengan cinta ini..
Tak usah khwatir jika engkau adalah Qudrah dan Irodah Nya
Karena semuanya pasti akan terwujud,
Hanya waktu yang akan menjadi saksi kekuasaan Nya
Tak usah memaksakan jika dia memang bukan untuk diriku
Karena pasti aku bukan yang terbaik untuk mu
Sehebat apapun cinta ini…
Tidak akan pernah bisa menyelamatkan kita,
Saat matahari hanya satu hasta di atas ubun2 kita..
Karena yang terbaik adalah…
Kita menjaga perasaan dan keyakinan ini dengan sebersih-bersih ketauhidan
Kita diwafatkan bersama hamba-hamba yang berbakti
Hamba-hamba yang mengorbankan sesuatu yang paling dicintainya untuk Tuhannya

Semoga Allah mempertemukan kita kembali disatu tempat
Dimana para abid melihat Robb-nya dengan penuh keridhoan dan kebahagiaan
Kulakukan semua ini, karena aku mencintaimu karena Allah swt..


Aamiin..



Wednesday 14 March 2012

Dalam Gembira ada sedihnya..

Hari ini dah 15 Mac..bermakna tinggal dua minggu aja aku akan meninggalkan dunia perkhidmatan awam buat selama-lamanya dan aku redho demi suami tersayang..tak sanggup lagi aku nak berpisah dengannya..walapun perit aku gagahi juga..mereka-mereka yang akan ku tinggalkan semakin dihimpit pilu dan kesedihan..rata-rata tidak mahu aku meninggalkan mereka dan JPJ..khidmat aku masih diperlukan..tapi terus terang aku rela meninggalkan ini semua demi dia yang aku sayangi..dah aku janjikan pada diri sendiri
akan berkhidmat bakti untuknya disamping mencari lebih bekalan untuk kesana kelak..aku mahu bila tidak bekerja nanti aku nak tumpukan pada ilmu agama, solat sunat dan mengaji Quran..tak mahu nak fikirkan yang remeh lagi..selain memberi khidmat pada suami tercinta masa inilah aku akan gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri pada Illahi..dan jika ada masa nak tenangkan fikiran..makan angin.. sebelum diri dijemput...sebab itulah kalau boleh aku tak mahu terlibat dengan kerja-kerja lain dah..selain urusan rumah ..anak-anak dah besar..tak payah nak di ambil pusing..kewangan rasanya tidak menjadi masalah..dan anak-anak aku pun aku lihat sudah mulai cerah dalam bidang perniagaannya..berkat usaha gigih mereka..along, yan dan husaini aku kira sudah mengenal alam bisness tinggal khairul yang tinggal beberapa bulan saja akan tamat pengajian..tinggal yang kecil...bagi aku tiada masalah bagi mereka..budak-budak asrama penuh ni biasanya telah ditanam dengan sifat-sifat positif yang membawa kecemerlangan...husaini minggu depan akan diketahui untung nasibnya..adik hujung tahun ni..aku tahu mereka boleh!!
....memang sukar untuk berpisah dengan dunia perkhidmatan yang telah lama aku ceburi..pelbagai asam garam dan ragam manusia aku temui..sapalah tak sayangkan dunia ini..bila aku pandang sekitar bilik aku ini..dipenuhi keperluan canggih, kondusif dan ketenangan.. aku terfikir sampai bila?hidup bebas bergaul..dan agak sosial antara lelaki dan perempuan tanpa batas akan mendatang fitnah...kesian kat suami aku..aku semahunya tidak mahu menambah dosa yang sedia ada..tekat ku untuk menjadi isteri solehah disamping memberi ketenangan dan kesenangan dihati suami ku..bahagia dan kemesraan antara kami begitu kukuh..seolah-olah Tuhan memberi peluang untuk kami menempuh alam baru..alam percintaan dan sentiasa dipenuhi dengan rasa sayang dan kerinduan ..begitu juga dia suami ku..aku bersyukur ditemukan dengannya..dan berdoa agar kami sama-sama menempuh alam perkahwinan yang di payungi kebahagiaan ini ..Buat suamiku tersayang..doakan diri ini semoga sentiasa disayap kanan mu..memberi senyuman dan ketenangan buat mu..dan sama-sama berdoa jauhi sifat cemburu antara kita..
saling mempercayai...dan sentiasa hidup dalam berkasih sayang..luv you so much dear!

Tubna Ya Allah - Akhil Hayy

15.03.2012- kismis!!Aprikot!!apa khasiatnya?

Sebelum ke Ofis hari ini anak ku khairul dan husaini dah siapkan nasi lemak kerang..pagi-pagi lagi dah keluar  dan mohon aku jangan ke ofis dulu..mereka ni memang tahu febret mak mereka kalau makan nasi lemak, suka jika ada sambal kerang..makanlah sikit..tu lah anakku..kasih pada ibu yang membesarkan mereka..tidak pernah lekang..doaku setiap hari agar mereka berjaya dalam apa jua lapangan!!!!.. perut aku baru aja didisi dengan jamu atika beaty untuk kecergasan diri...biasalah orang pompuan ni..jamu itu..jamu ini..ha.. bukan apa nak menten walaupun dah berusia...dan yang penting tubuh aku bebas dari penyakit..
setibanya di ofis aku dah tercongok depan komputer desk top yang setia tu..buka you tube zikir akil hay (zikir munajat) sekurang-kurangnya dalam hati aku diisi dengan zikirullah ini...dan seperti biasa,  rutin harian aku ke kantin..biasalah aku akan memesan teh '0' limau suam..nak buang lemak tepu di badan ni..mata melirik ke rak makanan kering..dan tangan mencapai satu pek kismis dan aprikot ..kudapan kesihatan..dan aku cuba kongsikan apa khasiat makanan tersebut..jangan aja kita asik bercemilan dengan makanan yang tak tentu gizinya..selain tambah berat badan..ianya aku rasa tak menyihatkan..betul tak?antara khasiat kismis dan aprikot  yang aku tahu...

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian".

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih".

Imam Ali berkata: "Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi".

Imam Ali berkata: "Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa".

Pada riwayat lain dari Abi Ja'far At-Thusi disebutkan bahawa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa".

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):
Potassium     746 mg  
Phosphorus  115 mg  
Calcium         52 mg  
Magnesium  33 mg  
Sodium          12 mg  
Iron                 1.7 mg  
Vitamin B       11 mg  
Vitamin C       1.3 mg

Khasiat Kismis:

  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
  • Memperbaiki circulation (termasuk  varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  •  
Bagi buah aprikot pula yang aku tahu -
 Aprikot kering – buah ini mengandungi zat besi, potassium, beta karotena dan serat yang sangat tinggi.
Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet.

Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.

Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.

Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.

Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur.Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi.Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...

Aprikot pulihkan badan selepas berhenti merokok

Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.

Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian tenggorok, paru-paru dan pankreas.Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.

Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.
 selamat mencuba!

Sunday 11 March 2012

warna baju pilihan anda..cermin keperibadian...betul ke?

Warna baju boleh mencerminkan keperibadian anda, atau paling tidak, memanifestasi perasaan anda pada saat-saat tertentu. Kerana itu, pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.

HITAM. Ini adalah warna paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan seksi.

PINK. Warna ini memang sesuai dengan kesan feminim dapat diperolehi di kedai. Penampilan lembut dan cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga.

MERAH. Ia mencerminkan keberanian, ketegasan, dan seksi serta menggoda.

BIRU. Mencerminkani kecerahan. Jika anda menggemari warna biru biasanya anda sukakan ketenangan. Jika anda  ingin merasa nyaman dan  meningkatkan keyakinan diri, warna biru boleh menjadi pilihan.

OREN. Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa anda gemar perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang menarik. Warna cerahnya juga akan membuat mood akan naik.

KUNING. Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi. Kuning juga sering disamakan dengan warna “outdoor”. Anda seorang yang optimis, berani dan tahan lasak.

PUTIH. Semua orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih juga termasuk warna paling aman selain hitam, keranaa boleh dipadukan dengan segala warna.

HIJAU. Sangat sesuai dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Orang yang gemar warna hijau adalah orang yang menyukai alam semula jadi dan pencinta kedamaian.

sukar tidur???


Petua Mengatasi Masalah Tidur

1. Amalkan mandi sebelum masuk tidur, pastikan badan anda sentiasa segar. Badan yang segar mengundang tidur yang lena.

2. Cuba biasakan diri masuk tidur dan bangun pada masa yang sama setiap hari.

3. Pastikan tempat tidur dan bilik selesa. Tidak panas dan tidak bising.

4. Sebelum tidur, cubalah lakukan senaman ringan. Ini bertujuan melancarkan perjalanan darah.

5. Lebih banyakkan relaks/merehatkan diri sebelum tidur. Contohnya dengan membaca atau mendengar muzik yang lembut/instrumental.

6. Fikiran kusut sudah tentu mengganggu waktu tidur anda. Jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, cuba tulis dalam buku catatan (luahkan peristiwa yang membelenggu fikiran) dan beritahu diri sendiri: Masalah akan boleh diselesaikan pada esok hari.

7. Jika memang tidak boleh tidur dan rasa tidak mengantuk, jangan berbaring, sebaliknya cuba lakukan aktiviti seperti membaca, menonton TV atau mendengar muzik.

8. Buka sedikit tingkap agar udara dari dalam dan luar masuk atau berkitar dengan baik.
9. Jika anda tidak dapat tidur semalaman, jangan cuba terus tidur waktu siang pada esok hari. Ia boleh mengakibatkan anda sukar tidur pada malam berikutnya. Jika terlalu letih cuba tidur lebih awal.

10. Jangan makan dan minum dengan banyak bila larut malam. Perut yang terlampau kenyang akan menyulitkan tidur anda.

11. Elakkkan daripada mengambil minuman seperti teh, kopi atau minuman berkarbonat kerana ianya boleh menyukarkan tidur anda.

12. Berwudhuk sebelum tidur

13. Membaca Al-fatihah, Ayat Qursi, 3 Qul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass)

14. Mengucap 2 kalimah syahadat

15. Membaca doa tidur

16. Bercakap/berdoa menyatakan impian-impian anda dalam hidup di dunia dan akhirat

17. Tutup mata dan beristighfar di dalam hati sehingga terlelap.

Friday 9 March 2012





Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:


1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."


2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."


3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."


4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."


5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.


6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."


7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."


8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."


9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."


10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."


11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."


12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."