Sunday 29 April 2012

:-(


Semalam aku tidor agak awal..kekenyangan bila En.Somi bawa makan kat hadralmawt almadinat..nasi arab..sedap juga ..tapi bukan nasinya yang aku pulun..roti arabnya..itulah En.somi..selalu menghiburkan hati dengan membawa aku keluar dan makan-makan. selain sifat pengasihnya yang mat tinggi pada diri ini....sememangnya semua yang ada di BP ni sedap-sedap belaka..Batu Pahat ni memang sinonim dengan makanan yang lazat-lazat..agak mahal juga malam tadi..berdua makan hampir RM 50..
..Aku mimpi mak lagi..mungkin aku tidak pernah melupakan mak..sejak mak pergi aku selalu mengirimkan apa yang diperlukan dibarzakh...semuga semuanya sampai untuk bekalannya..kesian mak dah tak da anak lelaki..semua yang tinggal hanya perempuan..tapi doa anak yang soleh tu akan sampai jua jika kita mengingatinya...hanya 3 perkara yang kekal mengikut kita semasa berhijrah nanti.
Mak senyum tanpa sepatah kata pada aku..berkain batik dan kebaya putih mak rehat dalam satu rumah ..sunyi tapi ada seoranng wanita lain..cantik orangnya..aku tak mengenalinya..mak bawak aku ke satu tempat..macam taman..ada bunga semua warna purple..yang herannya rumputnya pun warna purple..ada satu pondok macam pagola..mak tunjuk kat aku,  kat situ ada bak..tapi mak tak kasi aku panjat..dgn isyarat kepala mengeleng2 bila aku cuba panjat..mak pimpin tangan aku keluar dari taman tu dan aku pergi kat tepi sungai..mak hulurkan pancing kat aku..aku memancing dengan mak..celup aja..dapat ikan..celup aja dapat ikan..banyak!!aku beritau mak..mak ambik semua ikan-ikan ni..aku tak lapar..mak masukkan ikan dalam kain batik mak dan pergi..aku kejar mak tapi mak hilang......malam tu ari En.Somi dengar aku sembang dengan mak..dia dengar biji butir apa aku sembangkan..Hanya Allah yang Maha mengetahui apa yang tersirat..cuma aku selalu doa pada mak semoga dia  aman disana..bak kata pok teh..muka mak bersih, senyum dan tanah makam mak walaupun hujan tapi cukup cantik..peroi..tiada ketulan tanah..macam pasir!! dulu sebelum mak sakit..mak selalu jaga amal..mengaji dan Tuhan bagi mak sakit untuk hilangkan dosa mak yang dulu-dulu..bila dah bersih..mak diambilnya..wallahualam..itulah yang aku baca dan aku dapat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai..
....muhasabah diri...jagalah solat, perbanyakkan solat sunat, basahkan lidah dengan zikirullah kerana itulah makan rohani yang akan kita bawak bersama..kita tak tahu bila mati itu akan menjemput...aku selalu berdoa..semoga Allah panjangkan usia En.Somi dan anak-anak..semoga dunia yang kita huni ini sebagai satu wadah untuk kita menambah bekal akhirat..dan jangan sesekali lupa pada kedua ibu bapa kita yang masih hidup atau yang pergi...Al_fatihah..

Tuesday 24 April 2012

sayu..sebak..itulah aku hari ini...

Hari ini hati aku masih sayu..maghrib semalam aku dan En.Somi ada membuat tahlil untuk dikirimkan kepada mak yang baru berpulang ke barzakh..kenangan demi kenangan menusuk jantung hati aku..teringat saat-saat terakhir dia, penderitaannya menghabiskan sisa-sisa usia...dulu dalam jagaan aku, aku dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan apa yang dimintanya, keperluannya..semua yang kami makan itu yang dijamahnya.aku masih ingat jika mak tak berselera makan..aku akan buatkan lempeng kelapa atau ikan singgang buat mak..dah tentu sepinggan habis dia makan...kami tidak pernah sesekali meminta itu ini pada adik beradik yang lain , hatta duit pencennya pun aku tak usik...walaupun ketika itu aku berstatus ibu tunggal..rezeki untuknya tetap ada..tapi yang aku kesalkan sisa-sisa hidupnya agak terbiar ..kesian dia...aku sendiri tidak berdaya..ialah En.Somi jauh..di KL aku bertugas..bergilir-gilir jika ada waktu terluang..macamana aku nak jaga mak..kesian mak..tapi aku sempat menziarahi mak sebanyak 3 kali semasa dibawah jagaan kakak.selama 3 bulan kebelakangan ini...ketara setiap kali aku ziarahi dia..kesihatannya semakin merusut...yang aku mampu hanya mengirimkan wang belanja keperluan makan minumnya..
memuhasabah diri..bagaimana pulak jika aku ditempatnya..disaat-saat terakhir aku sebelum giliran untuk dipanggil pulang..adakah anak-anak ku sanggup memelihara aku.semuanya masih samar-samar..ketika masih wangi dan kuat semua orang suka, tatkala sebaliknya.??...memang pepatah ada menyatakan seorang ibu mampu memelihara sedozen anak..tapi sedozen anak tak mampu memelihara seorang ibu...jika di fikirkan memang....anak itu lambang kasih sayang, najisnya tidak menjijikkan, muntahnya tidak memualkan..semuanya cantik, semuanya comel...tapi bila kita dah tua...semuanya memualkan...sukar nak kita tafsirkan kerana itu adalah kebenaran...
ketika tanah makamnya dikambus..aku hayal mengenangkan mak..jika di BP dah tentu makamnya digenangi air, kotor dan berlumpur maklumlah mak dimakamkan tatkala hujan lebat..guruh petir baru saja reda..tapi aku bersyukur keadaan alam serupa itu membolehkan aku menatap wajah terakhir mak yang mana aku kira aku tak berpeluang menatapinya apatah lagi memandikan dan mengkapankanya buat kali terakhir...syukur pada Tuhan atas anugerah itu..setidak-tidaknya aku tak rasa terkilan...cantiknya tanah merah peroi menutupi makam mak..suasana redup petang ketika talqin dibacakan sungguh menyentuh hati aku...aku dah tak da mak rupanya...  :'-(
Teringat nasi goreng cili kering  berbilis mak setiap kali kami pulang kekampong..itulah sajian sarapan pagi yang hidangkan..selain jemput-jemput bilis..masa tu mak masih kuat..beras wangi sakura ..beras yang amat mak suka...setiap kali kami pulang kekampong kami cukup santai..kadangkala aku dan family menghabiskan seminggu cuti sekolah untuk sama-sama menikmati alam kampong..kini semua dah tak da...sejak hubby pergi aku jarang sekali balik kampong..coz mak juga mulai sakit...kadangkala bila teringat ini semua sebak dada aku ni...dulu bila berlaku satu kematian..aku sedih sekali...kini tak lagi,,kerana aku tahu aku juga akan menyusul mereka semua..cuma aku pinta agar Tuhan beri aku peluang untuk memperbanyakkan bekal untuk kesana..aku dah berniat jika aku tak bekerja lagi aku nak tambahkan bekal untuk kesana...mudah-mudah Allah terima apa yang aku kerjakan..
Dua minggu sebelum mak pergi aku kerap mimpi mak..mak tercari-cari bilik dalam satu rumah besar..semua penghuninya aku tak kenal..mak  ajak aku cari juga..akhir mak dulu yang jumpa bilik tu..aku masih mencari kat mana aku nak tidor, kemudian aku mimpi mak dan nenek juga dalam satu rumah, nenek dah ada bilik tapi mak bentang tikar , tidor di bawah katil nenek..dan sekali aku mimpi nenek marah-marah kat aku..tak tahu mengapa, mungkin aku tak jaga mak..dulu sebelum nenek pergi mak jaga nenek dengan baik..dan neneklah yg jaga aku sejak aku kecil..sebab tulah nenek marah-marah kat aku..dan malam sebelum mak pergi aku mimpi mak lemas dalam perigi..mak minta aku tolong..itulah petanda mak akan pergi..yang hairannya semua dalam keadaan mak masih muda..
Mak..sekarang mak dah tenang kat sana..kata En.Somi..yang! apa yang awak nak sedihkan..mak dah tak sakit, mak dah tak lapar, mak dah ada teman dekat sana...jika awak sayangkan mak..jangan lupakan dia..hadiahkan dia tanda ingatan awak padanya....
Insyaallah mak..sekarang mak dah jumpa atuk balik, bak, baha, abang man, abang ali ,ayong dan orang-orang yg mak sayang..Alfatihah buat mak...

doa ibu bapa




Sesaorang  anak itu.tidak boleh mengecilkan hati kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).” (Al-Isra : 23)

“Ya Allah ya Tuhanku, cucurilah rahmat dan kasihanilah kepada kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengasihani dan menyayangi aku sewaktu kecil dahulu”.


..sayangilah selagi ada....jika telah dinisan dua...segala tak berguna...hanya doa dan Fatihah sebagai ganti..buat ibu yang dikasihi....

Monday 23 April 2012

Perginya seorang insan yang bernama "Mak" dalam hidupku





Gratisan Musik

Pagi itu dalam solat sunatku aku menadah tangan buat sekian kalinya..juga sebelum itu , itu saja pinta ku pada    Allah..Tapi hairan hari ini  hati aku berasa sungguh pilu dan sedih ketika doa ku panjatkan.." Ya Allah ,Ya Tuhan ku..kasihanilah Ibu ku..ku mohon sekiranya hidup itu baik untuknya, Kau panjangkan usianya dan sembuhilah penyakitnya, jika sebaliknya aku redho Ya Allah kerana aku tidak sanggup melihat penderitaannya..Ampunilah dosa-dosaku sekiranya dengan lafaz ini telah mendatangkan dosa buat ku..Ya Allah ,Kau yang maha mengetahui akan penderitaannya...Amin Ya Robblaalamin..air mata ku tak dapat ku tampung lagi..meluncur laju ke pipi ku..memang terlalu sayu rasanya...tak pernah kurasakan sebelum ini ..Jam 11.00 pagi 23.4.2011 ku terima berita yang ibu telah pun pergi menghadap Penciptanya buat selama-lamanya..dua minggu lepas aku dan adik ada menziarahinya ..Ibu telah terlalu uzur, segalanya tidak dapat dapat berfungsi lagi..hubby memotong rambutnya yang memutih bak bunga lalang dan aku bertanya..mak sapa ni?foziah..dalam nada perlahan.dia masih mampu mengenali aku....aku sempat mencium pipi dan tangannya sambil memohon kemaafan dan minta dihalalkan air susunya dan apa yang telah diberikan pada ku.....aku serba salah..bukan tidak mahu memelihara ibu..dengan keadaan aku begini...sukar untuk aku memberi tumpuan padanya..

Walaupun aku tidak dibesarkan olehnya..tapi 1/4 dari usianya banyak bersama aku..semenjak aku di Sabak Bernam-Tapah- Ipoh- Teluk Intan ibu banyak tinggal bersama aku..sejak ayah meninggal 1989 di Mekah ibu tinggal kesaorangan dikampong..setiap kali aku pulang aku akan membawa ibu tinggal bersama ku buat beberapa ketika..jika dia mulai bosan dia akan pulang semula kekampong..aku tidak pernah lupa mengirimkan wang untuk keperluannya..malah aku bersyukur berjaya membantu ibu mengerjakan haji dan membina rumah yang agak selesa baginya dengan wang aku sendiri..kelahiran putri bungsuku yang tidak cukup bulan, ibulah yang banyak mengasuhnya..sejak itu ibu banyak bersama aku..hingga hubungannya dengan sibungsu begitu akrab ..November 2009 ibu mulai sakit bila dia terjatuh dirumahku dan patah tulang pinggul..satu pembedahan telah dilakukan tapi ibu takut untuk berjalan semula..sejak itu dia hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda..disebabkan aku bekerja dan baru kehilangan hubby..aku hantar ibu kerumah kakak ku di Kulai..tetapi bila saja aku pulang..dia mahukan aku memeliharanya..tambahan aku mempunyai maid yang amat baik hati..hasanah..dia meladeni ibuku bagai ibunya sendiri..dalam masa tu aku masih lagi memandikannya dan mengerat kukunya. begitu juga anak-anak ku..begitu menyayangi dia....walaupun dia agak cerewet dan panas baran tapi hasanah  tak hiraukan itu semua....aku hantar semula ibu dirumah kakak ku di Kulai..kami dua beradik dari empat orang yang banyak bergilir-gilir memeliharanya..ingat lagi raya tahun lalu.ibu tersenyum puas bila anak cucu kembali berkumpul dan lepas tu dia mahu mengikut aku pulang ke KL..dan aku penuhi hajatnya..hingga aku bertemu jodoh kembali dan menghantar ibu ke Kulai sebulan selepas itu..  walaupun ibu agak keberatan..tini maid kami juga menjaga ibu dengan baiknya..kadang-kadang ada juga teguran aku pada ibu bila dia marah-marah dan cepat-cepat aku memohon maaf jika ianya berlaku..aku tahu aku berdosa padanya..Allah Maha Mengasihi diberinya aku peluang untuk menatap wajah terakhirnya.ya.. kami dua beradik yang banyak memeliharanya...walaupun aku kira aku tak berpeluang menatap wajah terakhirnya.kerana terlewat sampai...Hanya Allah yang Maha  Mengetahui...
..ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita..begitu agung..apa pun yang dilakukan terhadap kita walaupun salah jangan sesekali diungkit..di perlekeh ..kerana setitik air mata ibu yang mengalir kerana kita..akan berenang diakhirat kelak dalam lautan air mata ibu..anak-anak zaman sekarang. agak terlalu manja..apa saja dituruti..sedikit khilaf ibu akan di persoalkan.tanpa menghiraukan air mata ibu yang mengalir kerana kita...tidak seperti anak-anak zaman dahulu..walau segarang mana pun ibu kami tetap menghormatinya..bila rasa bersalah dan telah mengecilkan hati ibu ..cepat-cepat mohon maaf takut jika kita mati tak sempat memohon maaf..betapa besarnya dosa...ya ..kerana syurga itu dibawah telapak kakinya..apa pun yang dilakukan..dia tetap ibu kita..jangan sesekali menjadi anak derhaka...Nauzubillah...!!!kerana sekaya mana pun kita ..kita tidak akan dapat membeli "mak" didunia ini...bila dah tiada mereka esok baru kita tahu betapa bergunanya dia..begitu berharganya dia..tapi..dah tiada berguna...!!!walau menangis air mata darah sekali pun..

Sunday 1 April 2012

ADENGAN YANG SELALU KITA LIHAT..


BAK KATA EN.SOMI..LELAKI YG KAWIN LEBIH DARI SATU AKAN JADI MACAM AYAM TOGEL TU...PA TAKNYA...BILA BALIK RUMAH BINI MUDA...SIISTERI MENCABUT UBAN..AGAR SISUAMI NAMPAK MUDA...TAPI BILA BALIK RUMAH ISTERI TUA..SIISTERI MENCABUT PULAK RAMBUT HITAM AGAR SISUAMI NAMPAK TUA...HEHEHEHE...FIKIR-FIKIRKAN........BERINGAT SEBELUM BUAT..DAH BUAT KALU..ITU AYAM TOGEL JUGAK LAH ADA NAMPAK?

April 2012


selesai solat subuh disebabkan hujan aku menarik "gebar lagi".hahaha hujan..apalagi sambunglah buat mata segaris...zzzzz..sempat aku bermimpi dah siap-siap nak ke opis dengan pakaian purple sedondon..tiba-tiba bila nak sarung kasut ..aku terfikir..kan hari ini 2 April..aku dah tak perlu keopis??pelik!! rupanya mimpi pun terigau-iagau akan rutin selalu bila hari isnin...dah tak dah!...semua tu tinggal kenangan aja...
...Aku tak pernah rasa setenang hari ini..aku rasa bebas..bebas dari rutin harian ku..ke opis...kerja..meeting...melulus itu ini..tandatangan surat..melayan kerenah mak-mak dan pak-pak bahagian,unit..kini aku bebas..terasa santai dan tenang sekali aku hari ini..cukup bulan dua pencen masuk..tapi aku kena ingat ..aku masih punya perbelanjaan besar untuk 3 anak-anak..hutang kereta, rumah..semua nak kena hadapi...tapi hari  ini aku rasa cukup seronok...otak aku blank..tak fikir apa-apa dah...cuma rindu pada En.Somi yang jauh dimata...
Kuala Lumpur tenang setenangg hati aku...walaupun ditengah-tengah kota suasana taman ni bila pagi hari.sunyi sepi..kedudukan didepan sekolah agama tidak begitu hingar bingar..santai..
aku mengerjakan solat dhuha..tidak perlu tergesa-gesa seperti diopis..relaks..itu janji ku..ke dapur buat apa yang patut...bertanya khabar "anak-anak" diopis dan ternyata semua bermuran durja..penghabaran yang kawan rapat opis ..wak raman juga berjaya bertukar ke JPJ Seremban sedikit sebanyak meninggalkan kesan pada JPJ KL ..dimana dia juga orang harapan Big bos.. semuanya down bila aku undur diri..syahni juga mohon untuk kenaikan pangkat...mazian juga akan berhenti kerja..wan mohon bertukar unit...dan macam-macam hal..kesian mereka...tapi bagi aku semua itu asam garam kehidupan...
Yang penting aku become menjadi suri hati En.Abu yang aku sayangi..suami tercinta ..aku tak mahu lagi kehilangan..perit!!! ya amat seksa..aku mahu menjadi isteri solehahnya..jaga dunia..jaga akhirat...!!
 

Gratisan Musik