Tuesday 4 September 2012

Mulut Berbau?


Jom dengar ini sherita..semalam bila teman ke kedai..adalah seorang kakak tu bercakap dengan teman..perghhh..bau mulut dia tak tau teman nak sherita..punyalah busuk..mau terloya teman..mak tuan..nak jaga hati dia punya pasal,rasa dah naik julin mata teman menahan bau tersebut..kesian kat suami dia ya..



Nafas berbau agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya orang menjauhkan diri dari kita semasa bercakap, ia mungkin menandakan nafas kita berbau.

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi  untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

Apa yang menyebabkan nafas berbau?
Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulutTerdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.

Bagaimanakah untuk menjadikan nafas kalian berbau segar?

1. Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehariSelain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3. Jangan merokok

4. Berus lidah semasa memberus gigi

5. Amalkan diet yang seimbang

6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

7. Rawatan asas seperti “scaling” dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau

bagi teman selain dari diatas tu amalkan berkumur-kumur dengan cecair listerine..selain dari nafas rasa segar dan cepat bertindak...ok!! 

Tip nak diet...


Rasanya semakin hari semakin berisi badan teman ni..malam atau selepas balik koje je en.somi pasti ajak round bandar dan "mematuk"..hehehe..dia oklah badan kecik molek..teman ni cepat sangat naik badan..yalah semenjak dua menjak ni..hati teman senang, tido cukup, apa nak aja dapat.. dipenuhi dengan kasih sayang dan gurau senda..en.somi tu kan penghibur setia teman..ada aja idea nak menyakat dan mengusik teman..terpekik terlolong lah teman bila di sergah ke..atau menakutkan teman..teman dah lah sinonim dengan sifat penakut..hisss mau gugur jantung teman dibuatnya..
Teman cuba amalkan diet ni..nampak ada perubahan...nak cuba? Jom..




1. Minum air masak yang banyak. 

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. 

2. Makan perlahan-lahan. 

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. 

3. Kurangkan garam dalam makanan. 

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. 

4. Makan makanan yang penuh serat. 

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini. 

5. Kesan pengambilan ubat. 

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit. 

6. Hindari sembelit. 

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. 

7. Lakukan senaman atau bersukan. 

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


1-6 tu teman bolehlah...tapi yang no.7 ni ada malas sikit...penat!!!

my besday


Sep.2..ahad..ia datang lagi buat sekian kali..setahun lagi usia ku menapak dan ini bermakna setahun lagi usia ku berkurang..Usia bagi ku adalah satu garisan dari titik mula menuju ke titik akhir...dan disitu penamat kehidupan...
Aku benar-benar keletihan mana taknya menempuh 5 jam perjalanan dari kuantan ..sempat jugak kami picnic dicerating bersama ipar duai..rata-rata aku amat senang dengan mereka ..mereka dapat menerima aku dalam keluarga ini...selain sifat hormat mereka kepada aku...mungkin status en.somi dalam keluarga mereka..dan terus terang aku senang dengan mereka...keletihan menyebabkan aku lena awal sekitar jam 10.30 malam...aku bermimpi aruah hubby datang membawa sekuali besar lauk daging..nampak amat sedap macam inti kebab..ada bawang besar, tomato dan daun bawang..siap dimasaknya..ni untuk jee katanya..lantas memeluk aku..tapi aku hairan mengapa tangan aruah lebih satu?ada 5 tangan termasuk tangan  aku kat pinggang..dalam kehairanan aku terjaga..disebabkan bunyi talipon dari adik nak wish hepi besday tuk mak tersayang..jam tepat pukul 12.00.. lama aku termenung..aruah, walaupun sudah dialam baqa masih lagi meningati hari lahir aku..ya lah seperti selalu bila hari lahir aku atau anak-anak kami akan makan diluar ramai-ramai..selain kek untuk mereka yg sambut besday...sayu hati aku...walaupun jasad aku sudah berpindah tangan tapi aruah masih lagi mengingati aku...tidak lama selepas itu along pula dengan sms berjela membuat air mata aku mengalir tanpa sedar...itulah anak..bukan hadiah yang aku minta..cukup sekadar mengingati hari-hari istimewa dalam hidup aku..selagi nafas ini masih lagi aku hela..tahun depan entah dapat ke lagi aku tatapi sep 2 ini...kepada anak-anak aku yg tidak pernah lupa akan tarikh keramat ini mak ucapkan jutaan terima kasih..mereka sentiasa mengingati tarikh lahir ibunya...!!!