Saturday 5 January 2013

Cerpen:dipenghujung kehidupan..


Terfikir dibenak ku berapa lama lagi usia yang tinggal..urat-urat tangan kian kelihatan..dulu tangan itu mulus ,lembut dan kini sebaliknya..
Ku usapi tangan yang telah banyak berjasa ini...sejak aku dilahirkan hingga aku telah melahirkan dan hingga kini tangan ini tidak pernah mengenal erti penat..tangan inilah yang pernah membelai aku, tangan inilah yang pernah membasuh punggungku, menyisir rambut dan menyuap makanan ke mulut ku dan tangan itu juga pernah memukulku demi mengajar aku erti kehidupan sebenar jika aku buat salah...seingat aku setelah aku berkahwin dan punya keluarga sendiri tangan ini jugalah yang saban hari membuat nasi goreng kampung dan cekodok untuk sarapan pagi kami setiap kali kami pulang bercuti kekampung..pagi ini tiba-tiba aku teringat akan nasi goreng kampung resepi mak..
.....sesekali kenangan itu mengusik hati dan perasaan ku..mak! keluh ku perlahan semasa jemari ku ligat menumbuk cili kering untuk  nasi goreng kampung resepi emak...aku sudah tidak berpeluang memanggil nama itu lagi......kini aku mengambil tempat mak dan meneruskan sisa-sisa usia entah bila penghujungnya...aku perhatikan setiap sudut tangan ku...urat-urat mula timbul tanda dia telah letih menjalan tugas sebagai seorang suri dan ibu pada anak-anak..aku tidak pernah kesal kerana itu adalah putaran alam sejak azali lagi.
Tapi kini anak-anak tidak seperti kami dulu-dulu..segarang mana pun seorang mak, kami tetap menghormati mak...tidak pernah berdendam dan tiada niat untuk memusuhi mak walaupun apa jua yang telah mak lakukan pada kami..bila mak dah tua, mak menjadi seorang yang cukup lembut dan memahami kami adik beradik..kalau diingatkan balik sebak jua rasanya..mak penat mencari nafkah untuk perut kami..mak penat..sebab itu jika sedikit sahaja kesalahan kami pasti tali pinggang hijau bapak atau apa jua hinggap dibelakang kami...bercucuran air mata menanggung sakit..tapi sedikit pun tidak memberi impak pada kami..mak tetap kami rindui..rindu untuk pulang kepangkuan mak dan merasa asam pedas air tangan mak..setiap bulan kami tidak pernah lupa menghantar sedikit habuan buat mak..kami mahu mak selesa..
...entah mengapa dua tiga hari ini hati bagai diruntun sayu..satu persatu kenangan bersama anak-anak ku datang silih berganti..sejak along lahir hingga sibungsu..mendidik anak banyak ditanggung dibahu ini..aku agak tegas dalam mendidik anak-anak ku..walaupun aku bertugas di pejabat seharian tapi aku masih mampu menjadi guru pada mereka...jika mereka salah atau nakal akan ku denda.aku mahu anak-anak ku menjadi orang yang berguna ..kasih dan sayang aku pada mereka tidak pernah pudar..tetap utuh hingga ke penghujung usia ku...tadi anak bungsu ku mengusap tangan ini dan kata ku padanya...adik! tangan mak ini banyak berjasa pada adik...sejak adik lahir hingga kini..tangan inilah yang pernah membasuh punggung adik, memandikan adik, menyisir rambut adik memakaikan pakaian adik, menyuap makanan ke mulut adik dan memasakkan makanan untuk keluarga..dan tangan ini juga yang pernah memukul adik jika adik buat salah..tapi adik patut bangga hasil didikan mak adik berjaya ditahap ini..adik jadi seorang anak yang baik dan mendengar cakap mak..sayu dan sebak bila kata-kata itu keluar dari mulut aku..tiba-tiba aku teringatkan mak..kerana penghujung hayatnya aku tak berpeluang mencium tangan layunya..
tapi apalah sangat panggilan mak pada anak-anak zaman sekarang..ada yang sanggup membenci mak, malah sanggup membunuh mak dan sebagainya demi kepuasan diri sendiri..