Wednesday 31 July 2013

Mencari Malam Lailatulqadar

10 malam terakhir di bulan Ramadhan...malam-malam ganjil inilah yang selalu disebut-sebut...satu malam yang bersamaan dengan 1000 bulan..
..sejak aku mengundurkan diri dari alam perkhidmatan awam..aku berjanji pada diri sendiri bahawa akan mempertingkatkan lagi bekalan untuk kesana..bimbingan dari en. somi yang ku kira lebih kepada nilai-nilai murni ini menguatkan lagi azam ku kearah itu...sembahyang berimam dengannya sangat menyentuh hati ku..dia juga banyak memberi ku ilmu keagamaan tatkala kami bersembang sama..mengajar ku akan tajwid al-quran dengan lebih mendalam...aku bangga dengan sahabat lama ini yang kini menjadi suami ku..aku tabik dengannya..banyak ilmu dunia dan akhirat diperturunkan pada ku..Alhamdulillah..itulah doa ku...aku bersyukur kerana Tuhan menunaikan hajat ku ..dulu aruah hubby juga agak kuat pegangan agamanya..saban waktu terluang akan sama-sama berjemaah ke masjid..kini Allah temukan aku juga pada insan yang begitu rapat dengan mesjid...
..jam 3 en. somi menggerakkan aku untuk berqiamulail di surau...dengan mata yang masih kelat aku tabahkan hati dan kuatkan semangat kearah itu....kalau diikutkan hati memanglah sedap menarik selimut..pendingin udara bilik membuatkan lena ku cukup nyaman...tetapi itu semua keduniaan..aku bangkit dan bersiap ke surau..en.somi tersenyum panjang bila aku masih terkulat-kulat dan masih rasa mengantuk...itulah nikmat Ramadhan yang...rasa letih..rasa penat..dahaga dan sebagainya..kalau ikutkan hati... semua tak jadi..lepas je berbuka..melingkar bak ular kekenyangan..mana nak cari Ramdhan selalu...pesannya pada ku dengan lemah lembut dan senyuman manis...memang betul!!!..bila kita selesai menunaikan solat isyak, seterusnya solat sunat..mata mulai segar...masuk je solat tarawikh..badan kembali segar dan kita rasa nikmat mengerjakan solat...selesai je witir..segala sendi yang lemah hilang begitu sahaja..itulah nikmat Ramadhan sebenarnya..kita dapat merasakan lazatnya beramal..
...berbalik pada cerita mencari malam laitaulqadar..kami serta jemaah yang begitu setia...memulakan dengan solat sunat taubat...solat tahajjud.solat tasbih 4 rakaat 2 salam....solat ni agak mencabar dan mengambil masa...tetapi jika dilakukan secara iklas dan khusyuk kita akan dapat nikmatnya..juga solat hajat..jam 4.45 selesai semuanya dan waktu untuk bersahur..
....yang seronoknya bila en.somi ketempat kerja..aku sambung projek buat tahi mata..hehehe..sementara menunggu solat israq dan dan solat dhuha...SELAMAT BERAMAL...

Sunday 28 July 2013

Syawal Kini tak seindah dulu

Hati kini tidak terasa gembira bila lagu-lagu hari raya berkumandang diradio..hati ku kaku dan tidak lagi seperti 2, 3 tahun yang lalu...sekembalinya aku dari solat tarawikh malam tadi sebuah lagu raya berkumandang dicorong radio kereta..en.somi berkata "yang lagu raya yang"..tak da ertinya dah...balas ku..sejak mak tak da semangat balik kampung totally hilang ..pergi bersamanya..last raya dikampung tahun 2011..walaupun aku berstatus IT masa tu..aku masih boleh senyum menatap damainya kampung kelahiran ku..kami adik beradik berkumpul walaupun mak dah terlalu uzur masa tu...
....dulu semasa akhir Ramadhan semangat hendak balik kampung memang tinggi..teruja betul aku menyusun kain baju untuk pulang ke kampung...sememangnya sejak mula berkahwin hingga akhir hayat hubby kami tak pernah bertelagah hendak beraya dimana..walaupun aruah orang Perak...dan aku orang selatan..tapi aruah amat suka beraya dikampung ku..waima setiap cuti sekolah jika tiada program mesyuarat pegawai kanan JKR yang kerap diadakan semasa musim cuti sekolah...(selalunya aku akan turut serta bersama-sama anak-anak..kerana setiap isteri pegawai kanan diwajibkan hadir kerana ada program tersendiri bersama isteri KP)..masa cuti nilah kami sekeluarga akan menatap wajah suci kampung ku.kadangkala hingga seminggu kami dikampung..memang damai..tenang..dan indah sekali..tanah tumpah darah ku..tempat aku dilahirkan dan dibesarkan...kini bila aku pulang..yang aku rasakan ..hanya sebuah kesepian..sejak abang ku pergi tahun 2005, diikuti hubby 2009 dan anak buah kesayangan ku ayong 2011..dan akhir sekali ..mak April 2012..semuanya suram dan terus suram..kampung terus sunyi..tak seindah dulu...tiada lagi gelak tawa anak-anak buah ku..tiada lagi gurau senda adik-adik ku..selalunya kami 3 beradik akan berkumpul bersama-sama..kakak ku jarang sekali join...kerna sudah punya hal tersendiri..so aku, teh dan ucu dan anak-anak masing-masing memeriahkan hari raya..aku , hubby dan maid mengambil tempat untuk memasak juadah...adik-adik mengemas dan menghias rumah..mak akan tersenyum puas bila melihat kami adik-beradik dan anak beranak tidur berselarakan..dan makan bersaprah panjang...indahnya waktu itu...kini tidak akan berulang lagi buat selama-lamanya...kampung ku tinggal kenangan..rumah tinggalan mak juga tinggal usang..terbayang-bayang dimata mak akan tersenyum menyambut kepulangan kami..dan yang paling aku rindu ialah nasi goreng mak...walaupun aku tidak dibesarkan olehnya..tapi nikmat panggilan seorang ibu..cukup indah..setelah kepergiannya baru aku tahu..keindahan itu tak dapat ku gamit lagi..tapi aku puas.... aku dapat berkhidmat untuknya..dari segi wang ringgit dan kasih sayang...sejak ayah pergi mekah dan tak pulang-pulang hingga kini sejak 1989 mak banyak menghabiskan sisa hidupnya dengan aku..dan yang memberi kesan dihati saat-saat akhir mak aku tak dapat menjaganya kerna aku bertugas dan kesibukan waktu kerna terpaksa berulang alik kerumah en.somi...mak aku hantar kerumah kakak...
.......kini semuanya pergi ...aku pulak mengambil tempat mak..tempat anak-anak berkumpul...dan aku bersyukur punyai anak-anak yang menyayangi aku..disini dan disana...dan punya seorang suami yang penyayang yang sedia berkongsi kesedihan hati...cuma kadangkala kenangan silam menghantui aku...membuat aku menangis ...entah bila kerinduan ini akan pergi...entahlah

Monday 8 July 2013

Ramadhan datang lagi


Ramadhan datang lagi...diawalnya adalah dipenuhi Rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan di akhirnya adalah perlepasan dari api neraka...Bagi mereka yang tidak  mempunyai beban dosa, sejak awal Ramadhan hujan rahmat dan nikmat akan datang mencurah-curah, bagi pendosa-pendosa kecil jika berpuasa sebagai imbuhannya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya dan bagi mereka yang banyak mempunyai dosa setelah sabar menjalani ibadah puasa mereka akan dilepaskan dari api neraka..begitulah cantiknya Ramadhan bagi mereka yang sentiasa rindu dan menanti-nanti akan kedatangannya...
..sejak kecil aku diasuh tentang berpuasa..tahan ke tak tahan ke ibadah ini tetap aku lalui..juga aku didik anak-anak ku sejak berusia 5 tahun lagi supaya mengenal apa itu puasa..sedikit imbuhan bagi mereka-mereka yang penuh sebulan bagi mengembirakan hati mereka..apa jua yang mereka teringin untuk makan dibulan ini,  akan aku tunaikan walau penat sekali pun...
..Nasi adalah menu utama keluarga kami..sejak kecil hingga aku berumah tangga itulah menu utama kami..berkahwin berlainan bangsa dan negeri tetapi sama citarasa..aku akan memasaknya sendiri setelah pulang dari pejabat..seboleh-bolehnya aku ingin cepat pulang..selalunya hubby akan menolong apa yang patut sekiranya pulang awal..tetapi sejak akhir-akhir hayatnya kesibukkan tugas membataskannya untuk sama-sama kedapur...selalu dia tidak cerewet tentang apa yang aku sediakan...baginya sedap belaka juga anak-anak ..bagi aku, lebih suka berbuka dengan apa jua jenis mee dan sedikit pengat..biasanya selepas menunaikan solat tarawikh hubby akan menikmati juadah sampingan ini...bagi anak-anak ku..selepas sahaja berbuka, semua dah jadi ular sawa..kekenyangan...
...Ramadhan 2009 adalah Ramadhan terakhir buat hubby..walaupun berulang ketempat kerja yang agak jauh, sebagai orang kedua kuat di pejabatnya di Ipoh dan dinegeri Perak khasnya..sementara aku bertugas di Teluk Intan dia setiap hari berulang alik.. jika sebelum ini dalam seminggu selama dua malam beliau menumpang tidur dirumah kakaknya di Ipoh, tapi sepanjang Ramdhan itu dia mahu berbuka puasa dengan ku..setiap hari tanpa mengenal penat lelah pasti sebelum berbuka dia akan muncul didepan pintu dan selepas bersahur akan ketempat kerja semula..rupanya kenangan itu amat meninggalkan kesan dihati ini hingga kini..yalah waktu itu aku hanya bersama sikecil dan seorang pembantu rumah..anak-anak yang lain semua menuntut dan bertugas di luar....
..aku ni seorang yang agak penakut..setiap kali bangun sahur untuk menyediakan juadah mesti ada peneman..hubbylah yang sentiasa setia disisi walaupun hanya mampu tidur diatas kerusi malas diruang dapur rumah ku...dikala hujung minggu biasanya anak-anak ku akan pulang kecuali yang kedua bungsu dimana beliau menuntut jauh di langkawi...biasanya waktu-waktu begini, aku akan memasak lain dari yang lain..special!!aku memang suka memasak dan selalunya jiran-jiran tetangga tidak pernah aku lupakan..kemana pun aku pergi.. jiran tetangga akan merasa air tangan ku...dengan itu ukhwah antara kami cukup rapat hatta pernah berjiran dengan bangsa cina tetapi perhubungan kami begitu kukuh..itulah hikmahnya jika kita rengan mulut dan rajin menghulur..biasalah dah memberi pasti menerima..hikmah namanya tu..
...kini semuanya hanya tinggal kenangan..jauh aku tinggalkan mereka, demi sebuah keluarga yang aku bina..kesunyian hidup dan status sebagai IT membuatkan aku mengambil langkah memulakan hidup baru...jauh aku tinggalkan anak-anak tercinta..dan aku tahu mereka memahami ku..kerana mereka semua anak yang baik dan memahami kesunyian hati ini..kerana sejak dulu lagi aku bergantung penuh pada seorang lelaki..kepergiannya membuat aku rebah dan tiada tempat berpaut...
.....Ramdhan kali ini aku harap bukanlah Ramadhan terakhir buat kami..kini sebagai suri rumah sepenuh masa aku berharap dapat menunaikan solat terawikh.bertadarus al-quran..seperti tahun lalu yang diimami oleh suami ku sendiri...dan  10 malam terakhir kami menyambut dan mencari malam lailatulqadar dengan solat-solat sunat selepas jam 4 pagi secara berjemaah disurau...dapat lagi aku rasakan betapa nikmatnya..dan aku mohon Ya Allah berikan aku semangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini..dan jika ditakdirkan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat ku...aku telah bersedia ya Allah...kerana aku datang dari Mu dan aku sedia untuk pulang kepada Mu...

Roh Di Bulan Ramadan



Tidak berjumpa dengan nas shahih yang menunjukkan bahawa roh akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan. Ada beberapa pendapat berkenaan dengan kepulangan roh ke bumi ini

1. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak berguna lagi padanya [Fataawa Muasyarah, 1/70]. Pada hakikatnya, roh berada suatu alam yang dinamakan alam barzakh yang sudah tentu penghidupannya sangat berbeza. Sheikh Walid al-Firyaan mengatakan bahawa alam barzakh adalah jangka waktu diantara kematian seseorang dan Hari Kiamat.
Bagi Roh orang yang beriman, ia akan menerima balasan yang baik di alam barzakh. Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. Sebagaimana sabda Nabi :saw:-
Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka"
Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali. Kekesanan Alam Dunia kepada Alam Roh adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith sahih iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermunafaat dan anak yang soleh yang mendo'akannya. Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memunafaatkan diri mereka.

2. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

3. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Orang yang telah meninggal dunia, rohnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali ke rahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."
Ayat al-Quran lain ada menyebut, "Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan roh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kononnya diambil daripada orang yang telah mati.Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."


Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.