Monday 30 June 2014

Menyambut Ramdhan..2014


Alhamdulillah berjumpa lagi Ramadhan...Ramadhan pada tahun ni kakak sulong aku pula telah pergi meninggalkan fana ini buat selama-lamanya..begitulah putaran kehidupan...entah bila pula turn aku dipanggil pulang sedangkan tabungan yang aku simpan tidak mencukupi lagi..tapi aku pasrah..Allah itu maha pengasih dan penyayang..segala taubat hamba yang dipohon dengan penuh rasa tawajjuh insyaallah akan diterima dan hati ini hendaklah sentiasa bersangka baik pada Sipencipta...
...Semua anak-anak ku berkumpul...riuh rendah dengan suara halus dan lunak cucu-cucu ku yang nakal dan manja..terhibur sungguh hati ini bila melihat anak-anak ku berkumpul...dulu aku pulang kekampung aruah mak bila hari libur atau hendak menyambut Ramadhan...kini aku pulak mengambil tempatnya..mak dan ayah kini dialam aruah..Al-fatihah ..semoga segala doa yang ku titipkan saban hari Allah sampaikan kepadanya..itu saja yang aku mampu buat kepada kedua orang tua ku sebagai seorang anak...
Hari pertama Ramadhan ku lalui sungguh bermakna..azam untuk khatam Al-Quran pada bulan ini telah pun aku mulai..aku lihat anak ku Husaini pun begitu..target nak khatam Quran sebelum syawal katanya..selain kita memperbanyakkan solat sunat dan bersedekah hendaklah juga memelihara adap-adap berpuasa...semenjak aku menjadi suri rumah sepenuh masa ni , aku berazam nak memenuhkan tabungan yang dulunya pengisiannya tidak begitu aku hiraukan..sibuk dengan alam perkerjaan yang rutinnya sejak 6.30 pagi hinggalah 6.30 petang...bayangkanlah mampukah aku mengisi tabungan jika dihambat dengan pelbagai persoalan pejabat yang semakin hari semakin mencabar dan mendesak..aku kira langkah untuk bersara awal adalah yang terbaik..semua adik beradik aku pergi menghadap Tuhan dalam usia yang masih muda..kakak, abang dan adik telah mendahului ku..pergi menghadap Tuhan..kini tinggal aku sebagai pengganti kepada adik-adik yang tinggal dua orang itu sebagai tempat mengadu...muhasabah diri setiap hari jika jangka hayat aku juga demikian..yang pentingnya selain dari menambah tabungan jangan pula lupa memjaga kesihatan...semoga pengakhiran aku kelak tidak menyusahkan anak-anak ku yang rata-ratanya sibuk dengan tugas masing-masing..
Aku bersyukur dianugerahkan anak-anak yang cukup menghormati orang tuanya..tahu akan tanggungjawab dan tidak sesekali lupa membalas jasa .tidak pernah ku pinta balasannya ..hanya sekadar ingatan terhadap ku sudah puas aku rasa..tapi Alhamdulillan aku dikurniakan zuriat yang tidak mendatangkan masalah pada aku..mungkin didikan yang aku beri samada ilmu dunia dan akhirat amat berkesan dijiwa mereka.. semoga Allah melindungi anak-anak dan cucu-cucu ku..
Riuh rendah suara anak-anak ku dimeja makan sewaktu berbuka...aku tidak sedikit pun terasa lapar...kehadiran mereka sudah membuat aku kenyang sepanjang hari...seronoknya..agaknya aruah mak juga begitu sewaktu kami pulang kekampong dulu...semasa ada hayatnya dia akan tersenyum puas bila kami adik beradik duduk berkumpul...cucu-cucunya saling bergurauan sesama sendiri dan tidur berselarakan...semua itu hanya tinggal kenangan..jika aku tahu...betapa indahnya waktu itu saban minggu minggu aku akan pulang menziarahi dia...tapi hambatan tugas membatasi itu semua.....
saat paling menyedihkan dikala tangan-tangan kecil melambai  untuk pulang...dan ciuman demi ciuman singgah dipipi dan ciuman ditangan dikala anak-anak beransur pulang semula demi tugas..walaupun aku tersenyum tetapi air mata tersangkut direngkung..dalam hati aku berdoa supaya anak-anak ku sampai dengan selamat ke destinasi..dan 
mata  ini tidak akan lelap selagi pengkhabaran ketibaan mereka tidak aku terima...dan kini rumah ku sepi kembali!!!

Tuesday 24 June 2014

aku ingin mati dimadinah..




Seusai majlis tahlil dan majlis ilmu dimadrasah kami pulang kerumah..kami begitu ceria bercerita itu dan ini...biasalah en.somi akan mengusik-ngusik saya sebagai mana biasa...kesunyian malam kami habiskan dengan bercerita kisah-kisah lalu ....dan en.somi melayan seketika piala dunia kegemarannya sebelum kami ketingkat atas untuk tidur. Amalan yang biasa kami lakukan ialah membaca surah Al-Mulk sebelum tidur...dan juga Surah Al-Waqiah kerana banyak kelebihan jika diamalkan secara istikomah

Apa azam awak Ramadhan tahun ni yang? tanya en.somi....saya nak khatam Quran..balasku..ada tinggal sedikit saja lagi quran yang saya baca selepas solat zuhur secara iktikomah akan tamat..yang pastinya sebelum Ramadhan saya akan khatam balas  saya lagi...saya tak tahu mungkin ini Ramadhan terakhir buat saya.....en.somi mengenggam jejari saya dengan erat..bungkam.
..kalau saya mati dulu awak kahwinlah..buat peneman awak bisik saya pada en.somi.......abang takkan kawin lagi..abang nak abdikan diri ke jalan Allah..tak mahu nak fikir-fikir hal perempuan..abang nak mujahadah..nak cari ilmu agama sebanyak mungkin sebelum abang mati...balasnya...dan awak pulak jika abang mati dulu..awak duduk lah disini...rumah ni..dan pergilah kemadrasah..kariah wanita sini dah kenal awak..mereka semua sayangkan awak..buat apa awak nak balik KL atau ke Teluk Intan tu..baik habiskan hari-hari akhir awak disini...balas en.somi sayu..sebak rasa dihati...saya nak mati dulu sebelum awak..jika awak redho..mana-mana pintu syurga boleh saya masuki...balas saya....jauh disudut hati saya ..saya ingin mati diMekah atau diMadinah!!!

Seingat saya menjejakkan kaki ditanah suci ini buat sekian kali..tidak banyak ujian saya lalui..semua dipermudahkan..sebelum melakukan ibadat haji saya pernah mengerjakan umrah..bagi  musim haji yang saya lalui cukup indah...amat senang mengerjakan ibadah dimana jua..ada saja tempat kosong walaupun pada hakikatnya semua tempat dah penuh sesak..menjalani ibadah puasa disana juga cukup selesa..walaupun panas terik tetapi tidak terasa lapar atau dahaga..bayangkanlah ketika saya berpuasa en.somi jatuh demam..ketika tu lift mengalami kerosakan...bilik kami ditingkat 7 dan dewan makan ditingkat 1 ..saya terpaksa menuruni dan menaiki anak tangga untuk tapau makanan en.somi yang tak larat nak bangun..dan turun kembali untuk tapau juadah berbuka disebelah petangnya..seingat saya selama 3 hari keadaan yang sama saya lakukan...badan terasa amat ringan.tidak terasa penat langsung dan waktu berlalu terasa amat pantas.. walaupan ada saya lihat ada jemaah yang termengah-mengah menaiki anak tangga...masyaallah..begitu juga semasa saya mengerjakan solat malam..badan terasa melayang bak kapas..sebelum tidur berniat saja hendak bangun jam berapa..insyaallah tepat waktunya mata akan terbuka luas...saya rasa cukup selesa mengerjakan ibadah solat malam...juga semasa diMadinah ..saya dapat mengerjakan solat sunat di Raudhah beberapa kali berbanding dengan ketika saya melakukan umrah dulu..nak solat pun tak tentu arah..dan ada diantara mak-mak arab yang memeluk dan mencium saya ketika saya memberi mereka sedikit ruang untuk solat walaupun terpaksa berhimpit atau berkongsi sejadah jika ruang solat hanya berlantaikan marble.

Rindu pada Kaabah kadangkalanya mengimbau saya untuk lebih kerap kesana..memohon kepada Allah agar dilimpahi rezeki supaya saya dapat lagi menjejaki kaki kesana..hidup ini terasa puas..4 masjid suci islam telah saya jejaki..termasuk al-Aqsa dan Masjid Nabi Ibrahim..syukur!!..
melewati perkuburan Maala semasa disana, air mata saya tumpah tanpa saya sedari..saya tahu salah satu penghuninya adalah almarhum ayah saya..walaupun yang tinggal hanya tulang sulbinya sahaja dan belulangnya telah dipindahkan..saya tahu ayah akan bangkit bersama golongan ahli baqi di hari kiamat kelak..antara golongan pertama yang dibangkitkan..beruntungnya ayah kerana terpilih menjadi ahli Maala..
Kota Mekah tidaklah seindah yang kita dengar..bagi saya kebersihan rata-rata tidak begitu dijaga..jemaah suka-suka saja berludah dimerata tempat dan sampah sarap bertaburan serta longkang-longkang berbau..berhabuk..tapi bagi saya yang penting ialah hendak beribadah disana..bak kata mutawif ..disini kita bayar hutang kad kredit..kita berhutang masa di tempat kita..disini kita buat sebanyak mana pahala..semua digandakan 100 ribu kali..rebutlah!..rugi kalau tak rebut..TAPI kita juga kena ingat begitu jugalah gandaan yang kita dapat jika berbuat dosa disana...
Berbeza jika kita memasuki kota Madinah..aman, damai, tenang dan bersih...warga kota Madinah dan Ahlul Madinah cukup menghormati kota Madinah dan memelihara kemurniannya ..ini mungkin jasad Rasullullah s.a.w. ada disini..kedamaian yang kita rasa tidak dapat digambarkan..rasanya saya tak mahu balik ke hotel hanya duduk berihtikaf diMasjid Nabawi..lebih-lebih lagi terpandang akan kubah hijau dimana dibawahnya tempat Rasulullah s.a.w disemadikan...
En.somi sempat bertemu ahlul Madinah ketika beliau berada disaf hadapan dalam Masjid Nabawi..wajah mereka bersih, tenang dan menyapa en.somi dengan lembut..dengan sedikit sebanyak pengetahuan bahasa arab yang ada pada en.somi dapatlah mereka berkominikasi..memang lembut dan bersopan mereka-mereka ini..kata en.somi...
melewati perkuburan baqi saya terlihat usungan jenazah yang hendak dimakamkan..sesungguhnya setiap waktu solat ada saja sembahyang jenazah dilakukan..baik dimekah atau dimadinah..dan saya seronok melakukan solat jenazah dikedua tempat ini..kelihatan ramai yang berebut-rebut untuk mengusung jenazah kerana mereka tahu akan kelebihannya...

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menunaikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.
Allah swt telah memfardhukan solat jenazah kepada seluruh umat Islam dengan fardhu Kifayah. Malangnya, ramai umat Islam mengambil sikap acuh tak acuh je dengan kefardhuan ni.. dengan alasan hanya fardhu Kifayah. Sedangkan Allah SWT telah memberi ganjaran yang amat besar kepada orang yang solat Jenazah dengan balasan pahala sebesar Gunung Uhud.. Kita lihat ramai yang bertandang ke rumah simati, tetapi yang solat jenazah hanya sekerat dua sahaja.. Apakah mereka tidak mahu kepada pahala yang amat besar ini ???
Lihatlah hadis-hadis Rasulullah SAW yang disenaraikan di bawah ini...
عن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar..
disini betapa besarnya gunung uhud..sesiapa yang pernah berziarah ke Mekah pasti akan tahu betapa besarnya gunung uhud tersebut...
..terpanggil untuk diri ini..alangkah baiknya jika saya dapat mati disini..berjiran dengan Rasulullah dan para sahabat serta isteri-isteri Rasulluah s,a.w.kecuali syaidatina Khadijah di Maala Mekah..
saya tahu betapa bertuahnya jika kita dapat mati disana..disolati ribuan jemaah..dan orang akan berlari-lari nak turut sama mengusung jenazah kita...masyaallah..tapi siapa lah saya.insan kerdil...miskin ilmu agama dan tidak layak..tetapi saya meminta supaya Allah kabulkan doa saya untuk mati disana..semoga Allah terima doa saya..
Ya Allah jika Engkau hendak mengambil ku, ambillah setelah aku tunaikan sekelian hak Mu dan hak hamba-hamba Mu, pada pagi hari Jumaat dari bulan Ramadhan dalam keadaan sujud atau mati syahid didalam kota RasulMu, dalam keadaan Engkau redha akan daku.”
Nabi s.a.w. sangat menganjurkan agar jika dapat kematian kita diMadinah. Sebagaimana sabdanya, “Sesiapa yang boleh mati diMadinah hendaklah doa mati diMadinah”. Ini adalah kerana ahli kubur yang pertama sekali mendapat syafa’at Nabi s.a.w. diYaumil Qiyamah ialah ahli Kubur Baqi diMadinah.

Saya juga selalu berdoa agar dijauhkan dari kematian yang hina..dan semoga penghujung hidup yang Husnul Khotimah
 Dapat mengucap syahadah ketika hampir mati. Sabda Nabi Muhammad SAW didalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Haa-kim:
مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ ” لاَ إِلهَ إِلاَّ الله ُ” دَخَلَ الْجَنَّةَ
Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya لا إله إلا الله ia dapat masuk syuga.

Insyaallah amin..semoga Allah perkenankan niat saya...


Sunday 8 June 2014

Disinilah tempat ayah ku...aku juga ingin mati disini...

Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah

Keadaan Jenazah Dikebumikan Jika Meninggal Dunia Di Makkah


Kebiasaannya jika seseorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke Malaysia, tetapi terus dikebumikan di Makkah. Ini boleh dianggap satu peluang yang diberi Allah SWT untukdisemadikan di Makkah.
Kebiasaannya rakyat Malaysia yang meninggal di Makkah, adalah sewaktu sedang mengerjakan ibadah umrah dan haji. Di bawah ini menunjukkan gambar antara proses yang dilakukan jika terdapat jenazah yang meninggal dunia di Makkah.
Kebumi Di Makkah 2
Jenazah disusun di bawah tempat Muazzin ( bilal ) di dalam Masjidil Haramsebelum di solatkan.
Kebumi Di Makkah 3
Kebumi Di Makkah 4
Proses pengkebumian jenazah yang meninggal dunia di Makkah.
Beginilah ‘perjalanan’ yang perlu dilalui sekiranya anda meninggal dunia di Makkah. Di sini, anda disemadikan tanpa batu nisan, memungkinkan tiada ahli keluarga yang dapat menziarahi anda kemudian hari. -Sumber
Cita-Cita Mati Di Tanah Haram
Bolehkah bercita-cita untuk mati di Makkah atau Madinah?
Nabi SAW menyebut di dalam sebuah hadis,
Maksudnya: “Barangsiapa yang mampu untuk mati di Madinah maka lakukanlah. Sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada sesiapa yang mati di sana.” (riwayat Ahmad dan At-Tirmizi)
Ini menunjukkan satu perkara yang diharuskan oleh Islam, di mana ulama telah meng-istinbat (mengeluarkan) hukum dari hadis tersebut seperti yang dijelaskan oleh Al-Imam An-Nawawi, Ibnu Hajar dan lain-lain bahawasanya harus untuk berniat untuk mati di tempat yang baik dan dalam keadaan yang baik.
Apatah lagi di Madinatul Munawwarah, ganjarannya sangat jelas iaitu Nabi akan memberi syafaat. Bukan pergi kesana dan terjun bangunan hotel (bunuh diri). Itu tidak akan mendapat syafaat (malah kufur).
Jadi kita berdoa kepada ALLAH SWT agar kita mati di dalam keadaan yang baik dan di tempat yang baik. 
Wallahu’alam…