Wednesday 11 February 2015

Morocco- Gibraltar-Spain - Portugal - Spain- musim sejuk 14 hari 12 malam




26 & 27Nov.2014 : Kuala Lumpur-Bangkok-Cairo-Casablanca

Usai sahaja majlis pernikahan anak lelaki saya pada 23 November 2014 saya dan hubby pun bersiap-siap untuk projek cuti sekolah pada kali ini. Tahun ini kami memilih untuk bercuti ke 4 negeri nun jauh dibahagian barat dunia kita ini. Morocco,Gibraltar, Portugal dan Sepanyol.

Pada petang 25 Nov  2014 kami bertolak ke Kuala Lumpur untuk menginap disana. Penerbangan kami pada jam 930 malam 26 Nov.2014 . Kami diminta berkumpul di KLIA jam 6.00 petang untuk taklimat dan urusan bagasi.


Kali ini pihak travel agent  yang sudah saya kenali sejak saya di JPJ Ipoh lagi memilih terbang bersama Egypt Air.  Pesawat singgah sebentar di Bangkok untuk mengambil penumpang. Hampir 1jam 30 minit juga kami berlegar-legar di International Airport Bangkok sebelum peneruskan penerbangan ke Cairo untuk transit dan meneruskan 3 jam lagi perjalanan ke Casablanca.
                               























 Pesawat yang akan membawa rombongan kami terbang.


   Seperti biasa formula geografi BRT (Barat Rugi Tolak)oleh itu  kami menempuh malam yang tak sudah-sudah hampir lebih 9 jam perjalanan menuju ke Cairo  akhirnya kami tiba disana jam 5.30 pagi waktu tempatan. Kami berehat hampir 4 jam disini untuk meneruskan perjalanan ke Casablanca.


       Jam 9.30 pagi kami menaiki pesawat ke Casablanca. Kami mengalami sedikit gangguan dimana awan terlalu tebal untuk ditembusi semasa pesawat hendak mendarat, pesawat bergegar dan bergoncang agak kuat, apa yang terdaya saya lakukan ialah berdoa dan membaca ayat-ayat suci semoga dipermudahkanNya. Alhamdulillah akhirnya kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Casablanca. Rombongan kami pada kali ini hanya seramai 9 orang sahaja . Suhu agak sejuk di sini, nasib baik kami diingatkan supaya membawa baju yang agak tebal.Winter coat dan pakaian panas yang lain.

























awan yang begitu tebal semasa hendak mendarat



bandar Casablanca dari udara, cantik bukan! lihat ombak yang memutih jelas kelihatan Masjid King Hassan 11
                                  

Kami disambut oleh Pemandu Pelancong yang mengenalkan diri bernama Huda. Warga Morocco berasal dari bandar Tangier dan seorang Pemandu.



















inilah Huda (Baju hitam)..manis dan petah 

  
Kami dibawa ke sebuah Restoran  makanan islam, disini dikatakan 95% dari penduduknya beragama islam dan disitu kami diperkenalkan dengan sejenis makanan tempatan yang terkenal diMorocco dipanggil "Tanjin" dihidangkan didalam bekas porselin berbentuk bulat dan diatasnya seolah-olah tudung saji juga dari porselin. Makanan ini terdiri dari bijirin,daging, kentang,karot dan sayur-sayuran disamping beberapa hidangan lain seperti nasi dan roti. Sebagai pencuci mulut kami dihidangkan dengan potongan buah limau ditaburkan dengan sedikit serbuk kulit kayu manis dan gula. Agak sedap!

                                        























 
inilah makan tradisional Morrocco. Tanjin

Seterusnya kami dibawa ke Mesjid King Hassan 11 yang terletak ditepi laut. Hujan ketika itu. Ombak laut jelas kelihatan begitu tinggi membadai pinggir pantai. Kami agak sedih kerana tidak dapat menunaikan solat dimesjid tersebut yang dikatakan rata-rata mesjid di Morocco hanya dibuka ketika waktu solat sahaja. Ketibaan kami agak lewat. Waktu solat asar warga tempatan   telah pun berlalu.


Mesjid King Hassan 11 ini juga dikenali sebagai "Casablanca Haji " adalah sebuah Mesjid yang terbesar di Maghribi dan di Afrika juga yang ke 7 terbesar di dunia. Menara  tertingginya 210 meter (689 kaki).  Pembinaan Mesjid ini siap sepenuhnya pada tahun 1993. Rekabentuknya dicipta oleh Michael Pinseau, menaranya dilengkapi dengan pancaran laser. Pancaran cahayanya diarahkan ke arah Mekah  dan kedudukan mesjid ini menghala  ke Lautan Atlantik dan dasar laut  boleh dilihat melalui lantai kaca dewan dalam bangunan ini  Dindingnya adalah buatan tangan dibina dari batu-batu marmar begitu juga bumbungnya. Mesjid ini boleh menampung seramai 105,000 jemaah , 25,000 jemaah di dalam dewan mesjid dan 80,000 lagi di atas dataran dikawasan  luar mesjid



Mesjid King Hassan 11 

 antara ahli rombongan kami dihadapan mesjid King Hassan 11
didataran mesjid yang luas

hubby dihadapan Royal Palace


Sebelum bertolak ke Bandar Marrakesh untuk bermalam kami sempat singgah di Royal Palace  dan Old Medina.

Old Medina di pagari oleh satu tembok batu yang agak tinggi dan kami menyusuri lorong-lorong  dan melihat bagaimana masyarakat islam menjalankan perniagaan dan cara hidup hari-hari walaupun kami kesejukan akibat hujan tetapi pengalaman ini meninggalkan kesan yang mendalam dihati. Disini pelbagai barang dagangan, rempah ratus, pakaian, perhiasan , barangan kering dan basah semua boleh didapati. Agaknya jika saya pergi saorang diri pasti sesat entah kemana. Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Marrakesh yang dikenali sebagai "The Pearl of the south"


Hampir 4 jam perjalanan, kami sampai di Hotel Tulip Marrakesh. Penat dan letih tidak dapat digambarkan, apa tidaknya hampir 24 jam kami tidak dapat berehat dan mandi untuk menyegarkan diri sejak bertolak dari Malaysia.


kami dihadapan Tulip Hotel Marrakesh


28 Nov.2014 hari ketiga : Marrakesh

  Jam 9.30 pagi kami dibawa melawat sekitar Marrakesh antaranya Djema El Fna Square dan Bahia Palace dan sebuah mesjid lama yang amat cantik dikenali dengan nama Mesjid Kaotouba. Hari ketiga juga masih hujan. Kemana-mana pergi kami menggunakan payung dalam cuaca sejuk yang mengigit. Setelah makan tengahari, kami dibawa untuk membeli belah dikedai menjual produk minyak argan. Minyak argan disini agak murah , selain elok untuk kulit, minyak argan juga digunakan sebagai bahan perubatan. Minyak ini agak mahal jika dibeli dinegeri lain kerana Morrocco satu-satunya pengeluar minyak argan yang terbesar didunia misalnya semasa lawatan saya ke Korea minyak argan ini saya beli dengan harga yang agak mahal 


Di Djema El Fna Square waktu siang hari, disini amat sibuk bila malam menjelang


geli!10 MAD (magribi dirham) untuk tangkap gambar dengan ular ni. 
Di Djema El Fna Square



dalam kedai yang menjual barangan minyak Argan
   Huda menjadi perantara kami dikedai produk argan
                     




Mesjid Al-Koutoubi adalah sebuah mesjid yang terbesar di 

Marrakesh Morrocco ( Kutubiyya Mosque) juga dikenali 


sebagai Jami' al-Kutubiyah mempunyai sebuah menara 


setinggi 77 meter  dibina sekitar tahun 1184 hingga 1199 


dibawah pemerintahan Yaqub al-Mansur 



3 bulatan di puncak menara melambangkan 3 kitab utama 



iaitu Al Quran, Injil dan Taura. Bulatan-bulatan tersebut



diperbuat daripada emas.



Menurut Huda dahulu emas mudah diperoleh dengan 



menukar 1 kg gula untuk 1 kg emas








Seterusnya kami dibawa melawat ke Tombeaux Saadiens

Makam tinggalan Dinasti Saadin



 

Tombeaux Saadiens merupakan makam-malam yang diukir


 begitu cantik di zaman pemerintahan Sultan Ahmad 


 al-Mansur (1578-1603). Makam ini telah ditemui pada tahun 1917 dan telah pelihara dengan baik. Makam-makam ini  mempunyai kehalusan dan keindahan dan diperbuat dari batu-batu marmar yang berwarna warni. Didalam bangunan ditempatkan makam-makam sultan dan keluarganya dan dianggarkan kira-kira enam puluh anggota Dinasti Saadin bersemadi disini dimana  dikatakan mereka berasal dari lembah Sungai Draa. Di antara yang terbesar ialah makam Ahmad al-Mansur dan keluarganya. Bangunan ini terdiri daripada tiga bilik.yang paling terkenal adalah bilik yang mempunyai dua belas tiang. Disini jasad putera Sultan Ahmad al-Mansur disemadikan . Semua monumen diperbuat daripada marmar Itali Carrara.

Manakala di bahagian luar bangunan itu terdapat kubur-kubur  askar dan hamba sahaya dihiasi dengan taman yang dipenuhi dengan pelbagai pokok bunga dan pokok buah-buahan. Kawasan permakaman ini amat indah.
makam-makam diraja dan kelurga Dinasti saadin yang halus dan cantik


Hari keempat 29 Nov.2014 Marrakesh-Khenifa-Ifrane-Fes 

Setelah check out hotel kami menuju ke bandar Fes untuk lawatan seterusnya.Perjalanan mengambil masa 6 jam. Kami singgah dibandar Khenifa untuk makan tengahari. Kami juga singgah sebentar dibandar  Ifrane untuk menikmati panorama dari puncak bukit yang begitu indah. Perjalanan yang jauh ini tidak membosankan kerana panorama dikiri kanan jalan begitu cantik, dari kejauhan pergunungan Atlas yang dipenuhi salji memukau pandangan kami.


pergunungan Atlas yang indah..dipuncaknya dipenuhi salji

dalam restoran di khenifa untuk makan tengahari


pemandangan indah di Ifrane











Antara tempat-tempat yang sempat dilawati

Akhirnya kami sampai dibandar Fes hari sudah pun gelap dan kami bermalam di Zalagh Hotel sebuah hotel 5 bintang untuk berehat..


hubby di hadapan Zalagh hotel








Antara tempat yang dilawati

Hari kelima :30 November 2014 - Fes

Selesai sarapan pagi kami dibawa melawat ke satu tempat yang digelar sebagai Old Medina di Fes. Seperti juga di Marrakesh  rombongan kami melewati celahan-celahan bangunan batu yang dikelilingi tembuk tinggi dan melewati pasar yang basah dan berbau. Berjalan dilorong-lorang yang agak sibuk dengan urusan jual beli dan agak jauh di lorong-lorong yang berliku-liku. 


pusat memproses kulit binatang di Old Medina, Fes

Rupa-rupanya terselit satu keindahan didalamnya. Kami diberi kesempatan melihat bagaimana orang-orang morocco memproses kulit-kulit binatang terutama kulit  lembu untuk dijadikan beg, pakaian, perabut dan sebagainya. Bau busuk menusuk ke rongga hidung kami. Kami diberi seiikat daun pudina bagi menghilangkan bau tersebut, disini timbul keinsafan tika mana kami bergelut dengan kemelut bau yang meloyakan, para pekerja dibawah sana tekun membersih, mencelup kulit dan memprosesnya demi mencari rezeki tanpa mengenal jijik dan dalam kebasahan hujan.Semasa perjalanan pulang ke hotel kami sempat singgah dibazar yang memang terkenal didunia dan telah saya lihat disatu program National Geography "Eat Street Around The World". seterusnya kami dibawa ke beberapa tempat yang menarik dan kedai-kedai menjual cenderahati sambil membeli beberapa barangan untuk dibawa pulang ketanah air.


bazar-bazar di Old Medina di Fes



dikedai barangan seramik




sewaktu membeli belah di sebuah kedai di Fes
makan tengahari kami ketika di fes
pemandu kenderaan yang agak warak orangnya..



ditangan "Pak wa" sebelah saya itulah bekas tempat untuk menghidang tanjin










   Antara tempat-tempat sejarah dan menarik yang  telah kami lawati


                                           























perkuburan islam di Morrocco


Hari ke enam:1 Disember. Isnin : Fes-Meknes-Tangier


Selesai check out hotel kami bertolak ke Tangier. Terletak diutara Morrocco. Kami singgah disebuah bandar lama yang dipanggil Meknes yang seronoknya di sepanjang perjalanan kami nikmati panorama  yang cukup indah dengan ladang-ladang buah limau, zaitun, kaktus yang ditanam bagi tujuan kosmetik dan  terpukau dengan jaluran-jaluran panjang tak ubah macam ulat gonggok gergasi, rupa-rupanya bawang-bawang yang siap dituai, dibiarkan begitu tak taulah berapa lama dan apa tujuannya tidak pulak diterangkan oleh pemandu pelancung kami dan saya juga hairan bila terlihat pokok-pokok pisang ditanam dalam sebuah rumah plastik yang besar tak tau juga  apa tujuannya. Pokok-pokok berangan ditanam dengan meluas dikiri kanan jalan. 





deretan bawang-bawang yang siap dituai,kelihatan macam ulat gonggok gergasi

 Minyak dari kaktus ini dikatakan amat mahal sebagai bahan membuat kosmetik

Harga pisang dikhabarkan memang begitu mahal disini. Di Meknes kami sempat melawat sebuah makam Maulana Ibrahim.Kami dilarang mengambil gambar . Pada hari keenam ini saya mula terkenang akan asam pedas, teh tarik dan nasi lemak di Malaysia.Tekak saya sudah mula tidak mahu menerima makanan disini, takkan nak betoho (berlapar) kot! nak tak nak jolok jugaklah, nasib baik saya ada membawa sedikit  bekalan makanan berupa sambal tumis bilis , daging dendeng dan kicap yang dibawa oleh kak yati, orang kuat Ustaz Kazim menjadi rebutan kami, jika di Malaysia kicap ni bukanlah febret saya, tetapi disini itulah yang menjadi pemangkin selera saya. Hampir 6 jam menempuh perjalanan dan akhirnya kami tiba dibandar Tangier. Hari sudah pun malam ketika kami tiba. Huda sempat menunjukkan kepada kami rumah kediaman beliau dibandar tersebut. Kami bermalam di Hotel Ibis..

Ibis Hotel Tangier

                                           





antara pemandangan di bandar Tangier

 feri yang kami naiki untuk ke Tarifa



Hari ke tujuh : 2 Disember . Selasa : Tangier-Tariffa-Gibraltar-Granada

Kami meninggalkan bandar Tangier yang terletak di pinggir pantai Selat Gibraltar yang amat cantik ini untuk menaiki feri menuju ke Tariffa, disini berakhirnya perkhidmatan Huda bersama kami. Sedih terasa almaklumlah sudah seminggu kami bersama, keletahnya, gelak tawanya dan kepetahannya berbicara membuatkan kami terasa beliau  telah menjadi sebahagian dari ahli rombongan kami. Feri yang kami naiki memang first class dan mewah. Perjalanan menuju ke Tariffa mengambil masa lebih dari1jam






                                                    
























    hubby didalam Feri














Di Tariffa kami meneruskan perjalanan ke Gibraltar. Kami dibawa oleh pemandu pelancong yang bertugas disana . Kami dibawa kebuah mesjid untuk solat Zuhur yang terletak di pinggir pantai. Mesjid King Fahad. Seterusnya kami dibawa ke St Michael Cave yang terletak diatas bukit di Gibraltar. Pemandangan disekitarnya  tersangatlah indah. Nun jauh dibawah kelihatan pelabuhan Gibraltar dan bangunan-banguanan yang cantik yang tidak terucap dengan kata-kata. Kami memasuki gua yang  agak anih.Disini juga saya bertemu dengan seorang mat salleh yang fasih berbahasa Melayu, rupa-rupanya beliau pernah tinggal di Sabah beberapa tahun yang lalu mengikut bapanya yang menjadi guru diSabah. Seterusnya kami dibawa ke Muzium Perang yang terletak tidak jauh dari situ. Saya hanya betah tinggal didalam bas kerana saya mulai mengalami sakit dikaki akibat banyak berjalan. Hubby dan beberapa rakan yang lain pergi meninjau ke muzeum manakala saya dan tiga orang rakan hanya berehat di dalam bas dan berbual-bual panjang dengan pemandu bas . Sebelum bertolak ke Granada rombongan kami sempat membeli belah dibandar Gibraltar Saya membeli beberapa botol minyak wangi yang berjenama terkenal dengan harga yang begitu murah dan sedikit barangan cenderahati untuk dibawa pulang.




cantikkan bandar dan selat gibraltar

 


anak mat salleh yang fasih berbahasa melayu
  didalam St Michael Cave
Shopping di Gibraltar

kami sampai  di Granada hari sudah pun gelap. Disana jam 6.00 petang seperti jam 8.00 malam waktu di Malaysia. Kali ini kami menginap di Hotel Granada Center untuk berehat. Nasib baik pihak Travel agent menyediakan sebuah bas yang cukup selesa buat rombongan kami. Bayangkan sebuah bas yang begitu besar dan kami hanya 9 orang sahaja, tentu selesa bukan?
























 dihadapan Hotel Granada Centre



Hari kelapan: Rabu 3 Disember 2014 : Granada- Cordoba


Sesudah sarapan pagi di hotel kami dibawa melawat ke AlHambra Palace, disini banyak tinggalan tamadun islam dibekas istana ini .Tulisan ayat-ayat al-quran masih jelas kelihatan di dinding istana. Ini diantara dua daerah diAndalusia  yang amat menarik untuk dilawati, selain  Cordoba


Tak ubah seperti sebuah lukisan Alhambra ini








AlHambra adalah nama sebuah kompleks istana  yang 

merupakan benteng yang megah dari zaman  Khalifah Bani 


Ummayyah di Granada. Alhambra ini adalah simbol kota 


Granada. AlHambra ini dibangun pada masa pemerintahan 


Dinasti Nasrid , pertengahan abad XIV.

Ketika ini Granada sebagai salah satu pusat budaya dan 


kota yang harus dilawati dan salah satu mercutanda  


terindah di Sepanyol . Alhambra sangat  luas  dan  terbahagi 


beberapa tempat utama yaitu: Alcazaba, Nasrid Palace, 


Rauda, Medina dan Generalife .perghh!!! tidak terucap 


dengan kata-kata, betapa indahnya Alhambra ini 


Pemandangan yang kami ambil seolah-olah sebuah lukisan!


Istana AlHambra adalah antara kesan sejarah Andalus yang agung kerana keindahan dan keunikan seni binanya. AlHambra asalnya adalah sebuah kubu kecil pada kurun ke empat hijrah. Apabila Badis bin Habus dari puak Barbar berjaya menguasai Granada, beliau telah menjadikannya sebagai pusat pemerintahannya. Tembok yang besar dibina di sekeliling bukit tempat terletaknya sebuah kubu  dan di dalamnya dibina qosobah. Ia kemudiannya menjadi kubu Granada yang kuat.
Ketika Muhammad bin al-Ahmar memasuki Granada pada tahun 635H (1238M) beliau mencari sebuah tempat yang kuat dan kukuh. Akhirnya beliau menemui AlHambra di timur laut Granada. Di tempat tinggi ini beliau meletakkan asas kubu barunya iaitu istana AlHambra. Beliau mengarahkan agar dibina sebuah empangan di atas sungai Hadrah disebelah utara bukit supaya air dapat disalurkan ke kubu. Sultan sendiri bergotong royong membinanya dan memberi ganjaran kepada para pekerja yang rajin. Saya dapati aliran air tersebut masih ujud disaat saya mengunjunginya. Jernih dan bersih.


jalan masuk ke Alhambra

Ibn al-Ahmar menjadikan istana tersebut sebagai pusat pemerintahannya dan membina beberapa menara di dalamnya. Beliau juga membina tembok besar yang memanjang hingga kawasan bukit yang landai. Pada zaman Muhammad al-Faqih beliau menyempurnakan binaan kubu dan istana. Apabila Muhammad III menaiki takhta beliau membina Masjid Jamek di didalam kawasan Istana.
Zaman pemerintahan Yusof I dan anaknya Muhammad V adalah zaman keemasan pembinaan istana AlHambra. Semasa pemerintahan Yusof I,  tembok yang mengelilingi AlHambra telah dibina dan dilengkapi dengan buruj dan pintu besar yang dinamakan Pintu Shariah atau Keadilan. Selain itu banyak lagi pembinaan yang dilakukan oleh beliau termasuklah menara, istana dan Hammam. Apabila anaknya mengambil alih, beliau menyempurnakan pembinaan yang telah dimulakan bapanya.






















Meskipun warnanya sudah pudar, namun saya masih boleh 

melihat dengan jelas sedikit warna biru dan merah di setiap 


kaligrafi. Kebayakannya ditulis dengan ayat-ayat Quran.



Manakala Generalife pula yang merupakan komplek taman yang indah dan luas tempat raja-raja bersantai.













Mengelilingi Alhambra selama seharian penuh, terasa  tidak puas bagi saya. Komplek istana seluas 14 hektar ini benar-benar memukau pandangan . Saya membeli senaskhah buku yang menceritakan sejarah penubuhan Alhambra bagi tatapan saya dan juga sebagai koleksi bahan bacaan

Hari kesembilan: Khamis 4 Disember : Cordoba- Lisbon (portugal)
 Setelah bermalam di Cordoba, di Hotel Cordoba Center , kami dibawa melawat sekitar bandar Cordoba. Seterusnya kami dibawa melawat Mezquita Cordoba sebuah Mesjid agong di Cordoba. tetapi kini telah dijadikan Gereja.



 dihadapan Hotel Cordoba Center

Pada abad ke 8, Mesjid Agung Córdoba (the Mezquita) pada ketika ini juga dikenali Katedral Roman Katholik  menjadi kebanggaan orang-orang  muslim di negara barat pada masa itu dan menjadi monumen yang paling hebat dari Dinasti Umayyah, dimana ibukota Al-Andalusia ketika itu berada di Cordoba.

              















 Pada ketika  ini seluruh bangunan mesjid sudah digunakan sebagai gereja


 Mihrab Mesjid


kini patung-patung memenuhi ruang ini

  Pembangunan mesjid yang mencakupi kawasan  seluas 23,400 meter persegi berlangsung selama lebih dari dua abad dan dilakukan beberapa tahap. Dimulai tahun 784 M di bawah pengawasan emir Cordoba, Abd ar-Rahman I. Beliau mendapat ilham dari masjid di Damaskus. Pembangunan mesjid dilanjutkan oleh Abd ar-Rahman II (822-852) dengan memperluas ruang sembahyang dan halaman luar, serta menyediakan salinan asli Quran. Mesjid ini mengalami banyak perubahan di zaman pemerintahan  Abd ar-Rahman III pada abad kesembilan. Beliau memerintahkan pembangunan menara baru. Pada masa Al-Hakam II , beliau memperluas  bangunan tersebut dan membina  mihrab pada tahun 961. dan siap keseluruhanya  oleh Al-Mansur Ibn Abi Aamir pada tahun 987.Terletak ditengah-tengah Mesjid (seolah-olah jantung) tempat dimana imam mengimami sholat yang menghadap ke kiblat (Mekkah). Berbentuk cekungan langit-langit yang diukir dari blok marmar dan ruang-ruang di kedua sisinya dihiasi dengan mosaik Byzantium indah dari emas. Di sekeliling mihrab diukir dengan tinta emas dan biru  99 nama-nama  Allah SWT.

Peralihan kuasa pada tahun 1236 mesjid ini telah dijadikan gereja , hingga kini saya perhatikan begitu banyak patung-patung dan monumen didalamnya. Selesai lawatan di sini kami melawat beberapa tempat menarik disekitar bandar Cordoba. Disini saya dapat menimati nasi beriyani yang agak sedap. Alhamdulillah.  Rombongan kami meneruskan perjalanan ke Lisbon Portugal, disana kami bermalam di Hotel Mundial.













tempat menarik yang kami lawati ketika disana
 
hubby dan rakan-rakan serta pemandu bas..lihatlah bas yang membawa kami . Mewah
dan selesa

Mundial Hotel Lisbon diwaktu malam

Hari ke 10: Jumaat 5 Disember: Lisbon


Selesai sarapan pagi (diLisbon ni yang boleh masuk hanyalah buah-buahan dan telur) bagi mengalas perut.  Saya ada membawa sedikit bekalan nasi yang saya masak sewaktu dihotel dan ahli rombongan juga ada membawa bekalan masing-masing dan sebagaimana biasa kami berkongsi makanan kerana disini status halal sukar hendak kita kategorikan. selain makanan Turkie (kebab) saya kurang berkeyakinan, yang boleh saya terima hanyalah cai (teh) Kami dibawa melawat ke Rosario Square, St George's Castle, Tower of Belem dan beberapa tempat yang menarik disana,


Kedudukan hotel kami ditengah bandar, dihadapannya saya lihat sebuah castle lama yang dipagari oleh dinding-dinding batu yang tinggi dan diatas bukit yang begitu menarik perhatian saya. Rupa-rupanya bangunan itu St George Caslte.Untuk kesana saya terpaksa mendaki bukit yang agak tinggi



St George Castle yang kelihatan dari bilik kami


St George Castle atau Istana Lisbon dapat dilihat dengan jelas dari jauh lagi terletak diatas bukit yang tertinggi diLisbon menghadap laut Atlantik .Ia merupakan kubu tentera yang dibangunkan diabad ke 6 , dibina oleh orang-orang Rom, Visigoth dan Moors. Istana ini diklasifikasikan sebagai monumen kebangsaan pada tahun 1910 dan mencerminkan nilai-nilai  sejarah, arkeologi . Gempa Bumi yang kuat melanda Lisbon pada tahun 1755 sedikit sebanyak menjejaskan kota disekitarnya. saya tertarik dengan kisah gempa bumi yang melanda Lisbon ni kerana akibat gempa tersebut begitu besar.

Gempa Lisbon 1755, juga dikenal Gempa Besar Lisbon, terjadi pada 1 November 1755 pukul 9:40 pada pagl hari. Gempa tersebut diikuti oleh tsunami dan kebakaran, yang menyebabkan kerosakan  total di Lisbon dan kawasan sekitarnya. Ahli Geologis saat ini memanggarkan gempa Lisbon mencapai magnitude 9 Skala Richter. Dianggarkan jumlah kematian antara 60000 hingga 100000 orang, dan gempa ini menjadi salah satu gempa paling teruk dalam sejarah dunia.

Kawasan istana lama ini agak luas.Ia mempunyai 77 menara dan perimeter 5,400 meter (17.700 kaki).  Masih terdapat beberapa laras meriam lama dimana munjungnya menghala ke arah laut dan disekitarnya. Pohon-pohon zaiton yang berusia ratusan tahun masih lagi dijaga dengan baik. Dari atas istana ini bandar Lisbon dan Laut Atlantik jelas kelihatan begitu juga dengan Vasco da Gama Bridge 




pokok ini spesis pokok getah, berusia lebih 400 tahun

bandar Lisbon



 dari atas istana libon, kelihatan bandar Lisbon

 pohon-pohon zaitun ratusan tahun di belakang saya



Seterusnya kami dibawa melihat tower of belem. Bangunan 


warisan sejarah disini. Menara ini telah diklasifikasikan 


sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1983 


dan dimasukkan dalam daftar Tujuh Keajaiban Portugal


pada tahun 2007


 dan seterusnya ke dibawa melawat ke AlFama& Mosteiro dos Jeronimos dan meninjau disekeliling bandar lisbon.














Hari kesebelas: Sabtu 6 Disember : Lisbon- Madrid (spain)


Sebelum bertolak ke madrid saya sempat shopping barangan kulit berupa beg tangan, beg pakaian dan kasut di kedai kepunyaan Mundial Hotel. Saya diberi potongan 33% kerana tinggal dihotel tersebut.Bila tukaran wang kita beli dalam bentuk euro terlalu murah kita rasakan tetapi jika kita "convert" dalam RM baru kita perasan bahawa barangan tersebut agak mahal, tetapi rugi juga kalau tidak membeli belah ditempat orang ni, sekurang-kurangnya sebagai kenangan semasa kita berada disatu-satu tempat tersebut. Jam 10.00 pagi waktu tempatan kami bertolak ke Madrid. 


Perjalanan dari bandar Lisbon ke Madrid melalui jalan darat mengambil masa lebih 7 jam disana had laju bas memang dikawal ketat. Dimana-mana station aja saja polis berkawal.

Kesalahan memandu melebihi had laju merupakan kesalahan serius. Lesen pemandu akan terus digunting. Jadi dalam keadaan had laju terkawal dapatlah kami menikmati pemandangan yang begitu santai dan menarik disepanjang perjalanan. Banjaran gunung yang diselaputi salji, ladang yang menghijau , pokok buah-buahan seperti limau membuatkan lensa kamera saya tak henti berbunyi

.


 Kami singgah di station minyak untuk minum dan makan apa yang kami bawa dan terpaksa solat jamak didalam bas memandangkan disana tiada mesjid yang kelihatan.

Kami sampai di Madrid hampir jam 8.00 malam dalam keadaan cuaca sejuk dan berkabus. Kali ini kami bermalam di Melia Bahajas hotel. Selesa dan cantik.




























antara stesen minyak tempat menikmati hot cokolate


Hari keduabelas: Ahad 7 Disember : Madrid

Selepas mengambil sarapan pagi bas sedia menunggu kami untuk mengeliling bandar Madrid. Memang cantik bandar Madrid ini. Kami dibawa ke stadium  club Real Madrid . sebuah kelab bola sepak yang terkenal didunia. Saya membeli beberapa helai baju real madrid, barangan yang berkaitan dengan kelab ini seperti key chain dan barangan cenderahati buat anak-anak saya yang fanatik akan kelab ini. Harga agak mahal tapi puas hati bila kita dapati ianya "original" dari kelab tersebut.

Seterusnya kami dibawa ke Royal Palace. Terpukau akan keindahan hiasan dalam istana ini. Kami tidak dibenarkan mengambil gambar didalamnya dan hanya berposing dibahagian luar sahaja.





bak mimpi menjadi kenyataan
stadium kelab Bola Sepak Real Madrid
























 antara mercu tanda bandar Madrid









Bandar Madrid agak padat. disini saya menikmati makan tengahari direstoran turki dan seterusnya menjelajah di segenap pelusuk bandar Madrid. 


Hari Ketigabelas : Isnin 8 disember 2014: Madrid-Cairo-Bangkok- Kuala Lumpur


Kami bersiap-siap untuk pulang keTanah air . Jam 2.50 petang penerbangan kami ke Cairo dan transit disana jam 11.50 petang singgah sebentar diBangkok sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kuala Lumpur dan selamat sampai ke tanah air pada jam 5.50 petang 9 Disember.



antara mercu tanda bandar Madrid


Selamat tinggal Madrid...bersama ahli rombangan dan Pemandu Bas yang membawa kami sebelum berangkat pulang ke tanah air.

11 comments:

  1. Salam, puan guna travel agency mane ye sebab saya berminat nak pergi juga. Tq.

    ReplyDelete
  2. Salam..puan guba travel agent mana?hows the weather sejuk melampau ke?

    ReplyDelete
  3. Salam..puan guba travel agent mana?hows the weather sejuk melampau ke?

    ReplyDelete
  4. Teringin nyer nak datang sini. Akak boleh share x contact travel agent akak?

    ReplyDelete
  5. Tq ..intifada travel n tour kuala lumpur

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum

    Saya guna mahira travels

    www.mahiratravels.com

    Boss dia sendiri yg uruskan dan turun padang. Staff semua sgt professional dan etika. Bagus tgk company bumiputra mcm ni. Boss pun tak sombong malah rendah diri

    Mahira travels 0362765610

    Contact owner sendiri 0123360098 puan siti

    ReplyDelete
  7. Salam kak, brapa harga pakej akak ni. Tq

    ReplyDelete