Sunday 18 January 2015

Bangalore - Davangere - Bangalore



Isnin 22 September 2014 kami bertiga berangkat ke airport ..flight ke Bangalore jam 9.15 malam.. hati sentiasa berdebar-debar sejak semalam, al-maklumlah kembara kali ini agak berlainan sedikit dari yang lalu...tau-tau ajalah ... matlamat utama kami kebenua kecil ini ialah untuk menghadiri majlis konvokesyen anak yang tamat dari ijazah kedoktoran setelah berhempas pulas selama 5 tahun disana.
....perjalanan mengambil masa 4 jam..menongkah masa menyebabkan kami sampai ke international airport bangaluru jam 11.45 malam waktu tempatan..setelah beberapa tapisan keselamatan kami lalui dengan penuh debaran...his!! semasa imbasan dilakukan tiba-tiba alarm pengimbas menjerit kuat..apa lagi teman diarahkan ketepi untuk ujian imbasan seluruh tubuh..entah apa yang dilihat kat muka teman ni pun teman tak tau..mulut teman sejak mula lagi sentiasa berkumat kamit membaca doa "Allahhumma Yassir Wala Tuadsir..." semoga dipermudahkan segalanya menyebabkan pegawai imigresen wanita yang berwajah bengis hanya menyoal teman...is its gold? pada jam yang teman pakai...dengan sebuah senyuman lembut dilemparkan pada teman..dan disuruh berlalu.
..kekalutan sedikit berlaku bila kami bertiga tidak "meroming" hp masing-masing..kerana teman dah sedia maklum selalunya anaknda khairul pakar bab ini semua..maka teman dan en.somi mengabaikannya ...pintar dia..ternampak akan dia sebuah public phone yang memberi call percuma selama 2 minit..so dapatlah khairul menghubungi adiknya  samim..kami berempat membasahkan tekak dan menjamah sedikit kebab sementara menunggu driver yang telah disewa khas yang akan membawa kami  ke hotel dibangalore untuk berehat...Chancery hotel ..agak mewah dan cantik untuk teman berehat selama 2 hari 2 malam sebelum ke Davangere...

chancery Pavilion Hotel banglore

..esok paginya setelah mengambil sarapan pagi...biasalah disini famous dengan dosa (tose) dan lain-lain makanan india yang spicy dan panas...teman tertarik dengan dosa dan vadei yang lazat dan rangup...yenna!
Khairul dan shamim terus ke Netradama super specialty eye hospital untuk rawatan lasik mata anakanda khairul dengan bayaran jauh lebih murah berbanding di Malaysia dengan khidmat pakar yang lebih profesional..yang seronoknya mata anakanda teman pulih sepenuhnya dalam masa yang agak singkat walaupun terpaksa memakai cermin mata gelap 24 jam..udah ghoper orang bute le mika yop!..seronok benor dema ya.. apa taknya beliau udah hidup dengan cheghomin mate ni sejak usia 12 tahun!!!

pemandangan bandar banglore dari tingkat 7 hotel tempat kami menginap



 Proses Pembedahan lasik  mata

 latte coffee satu!!
 UB City




 Tose dan vadei yang cukup enak

 ketika mendaftar masuk dilobby hotel

sementara teman dan en.somi hanya berehat dihotel kerana masih berasa letih dan kurang tidor...perut terasa lapar..dan turun ke Lobi untuk lunch dengan bayaran 1800 rupiee untuk dua orang...yang sedihnya tiada satu pun hidangan yang menambat selera teman..hanya beralaskan sedikit nasi dan buah nenas sementara en.somi juga demikian..Alhamdulillah kedua anakanda teman balik dengan buah tangan nasi beriani dan dapatlah teman dan en.somi makan dengan kenyang...Alhamdullilah

Sebelah malamnya kami ke restoran Jepun yang terkenal dengan sussi dan entah apa-apa bagai..teman bukan lah tahu sangat dan senang cerita memang tekak teman takkan menerima makanan sebegini..menghormati permintaan anak-anak teman ikut juga le...dan nasib baik ada menu udang tempura dan nasi goreng...jadilah!


dan kami dibawa ke MG Road untuk shopping kain-kain sari yang terkenal dengan cantiknya dan murah harganya...seronok juga "melontar disini..berpasang-pasang kain sari teman borong..apa taknya semuanya berminat bila mereka tahu kami keIndia..

Esoknya kami ke MG Road semula untuk melontar lagi kali ini anaknda berdua mahu mengintai spek mata (apa namenya..Ribbon gitulah kira-kiranya) yang agak murah dengan jenama yang agak terkenal..kata mereka jika di Malaysia harga mahu mencecah ribuan ringgit tetapi disana tidak sampai separuh harga..sebelum itu kami singgah ke sebuah cafe yang terkenal dengan hidangan kopi late yang lazat..memang  berbaloi , bila saya menikmati secawan kopi sekrato yang bukan kepalang enaknya...ada diantara kami menikmati spageti dan berbagai jenis kebab..setelah selesai kami pulang ke hotel kerana esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke Devangere yang memakan masa 5 atau 6 jam kearah utara bangalore daerah Karnataka ini...selesai urusan check out hotel kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..
.
Sepanjang jalan ke davangere kami dapati highway yang kami lalui dibina oleh kontraktor dari Malaysia..patutlah sama sahaja bentuknya dengan highway diMalaysia dengan hiasan pokok bunga-bunga kertas ditanam dibahagian pembahagi jalan..yang seronoknya bila kita berada dijalanraya diIndia ni horn berbunyi dimana-mana..kerana itu adalah sebagai tanda kita berada dibelakang kenderaan mereka..
yang hairannya disepanjang lebuhraya ke Davangere ni saya tidak berjumpa RnR sebagaimana di Malaysia..bayangkan perjalanan yang kami lalui selama 5 atau 6 jam jika kita terasa hendak buang air kecil atau besar dimana ya??? menurut kata anaknda teman jika terasa hendak berbuat demikian.berhenti sahaja dipinggir jalan dan ........hehehehe..kami mencari restoran yang sudah tentu mempunyai tandas untuk tujuan itu..tapi tandasnya mak ai!!!!pejam je mata kerana almaklumlah kita bukan berada diEropah..
..dipertengahan jalan kesana teman temui kincir-kincir angin di beberapa perbukitan bagi sumber eletrik penduduk disekitar kawasan tersebut...kami sampai ke davangere sekitar jam 6 petang waktu tempatan..dan kami menginap dirumah anakanda kami untuk beberapa hari dimana kedududukannya agak berdekatan dengan college anakanda teman   dan agak selesa.
kincir angin
esoknya kami menghadiri majlis konvokesyen anakanda kami dan mendoakan agar beliau menjadi seorang doktor gigi yang berjaya satu hari nanti setelah 5 tahun berhempas pulas menimba ilmu di college of dental science, davangere ini....syabas anakanda!!

keesokkan harinya kami meninjau kedai-kedai disekitar bandar davangere ..terus terang teman katakan..disini penghidupan mereka agak daif..jalanraya dipenuhi habuk dan kami terpaksa memakai topeng muka bagi menghalang habuk yang berterbangan..erkk!!!.kotor!! kami terus kedestinasi deretan kedai kedai untuk membeli lagi kain-kain sari yang dikatakan jauh lebih murah ..tu dia!!!..berpasang-pasang kain sari yang kami borong dengan harga tidak sampai pun RM 60  sehelai dengan kualiti yang agak cantik untuk dijadikan buah tangan..teman dan en.somi menunggang skuter tanpa perlu mengenakan topi kledar..dan teman sempat menaiki kenderaan awan yang dinamakan "auto" dengan bayaran yang agak murah.

Kelihatan dikiri kanan jalan terdapat makcik-makcik aci menjual hasil tanaman dengan begitu murah..terus terang saya katakan berbelanja disini memang semuanya lumaiyan..murah belaka..  satu lagi senario yang agak lucu ."en.babi dan rombongan"..ada dimerata ceruk ..tiada siapa peduli...erkkkk!!! meloyakan..tapi itulah hakikat..geli hati pun ada.
 jalan-jalan dengan scuter dibandar Davangere
 Auto...

setelah selesai semuanya kami bertolak semula keBangalore untuk kembali semula ketanah air dan menginap kembali di Chancery Pavilion sebagai menghilangkan penat untuk menunggu penerbangan kami jam 9.30 malam esoknya kami menyewa sebuah kereta untuk kesana..dengan menempuh berbagai ragam pemandu kenderaan tersebut..aircond hanya dipasang jika perjalanan tidak mengalami kesesakan,,jika sebaiknya berpeluh-peluhlah kami kepanasan..nak jimat minyak..kata mereka.


menikmati beriani hyderabad daun pisang

 sari-sari murah murah

 The historic city
 international convention centre

kami dah nak balik dah...didalam bangunan international airport bangaluru

disepanjang perjalanan kami menahan kelaparan..nak cari restoran halal disepanjang lebuhraya memang tak jumpa.sesampai dibangalore kami mencari beriyani hyderabad yang dipercayai halal..perghh sedap beb..makan beralaskan daun pisang..mak mertua lalu pun tak nampak!!!..pada sebelah malamnya saya dan khairul tanpa en.somi yang kepenatan dengan menaiki auto meninjau bandar bangalore untuk shopping terakhir sebelum pulang ke Malaysia.
jam 6 petang kami meninggalan chancery menuju ke internasional airport bangaluru dalam keadaan hujan untuk kembali ke tanah air..setelah lebih seminggu kami menjelajah benua kecil ini.....jumpa lagi!!!!



dihadapan rumah anakanda teman di Davangere