Wednesday 4 November 2015

kali terakhir tangannya kucium



Aku selesai membuat persiapan untuk ke Pulau Pinang bagi menghadiri bengkel pengurusan aset jabatan disebuah hotel diPulau Pinang 6 tahun yang lalu. Pada kebiasaannya dia yang menghantar aku kemana jua jika aku menghadiri kursus atau seminar diluar kawasan atau paling tidak pemandunya yang memang sudah aku kenali, tapi kali ini tidak. Tuntutan tugas menyebabkan beliau menyerahkan tugas ini kepada anakku angah dan menemani aku dihotel . Petang kelmarinnya seperti biasa rutin mingguannya ialah pulang ke rumah. Isnin pagi dan pulang pada rabu petang dan khamis pagi pulang jumaat petang. Malam terakhir aku lihat beliau tak banyak bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri. Sangkaan ku dia begitu penat..ialah sejak akhir-akhir itu dia bergelut dengan beban tugas yang begitu mencabar..seluruh negeri perak nak dipantaunya..bukan sedikit!!Makan malam hanya lauk pauk yang dimasak oleh pembantu rumah dan aku hanya sempat menggoreng  sayur dan telur. Pada kebiasaanya dia tahu yang juadah itu dimasak oleh hasanah pembantu ku ketika itu. Pembantu rumah bertukar ganti setelah tamat tempuh tetapi sejak dulu lagi dia tidak akan makan malah dia seolah-olah tahu yang juadah itu bukan dimasak oleh saya atau anak-anak..tapi kali ini ikan kerapu 3 rasa yang dimasak oleh hasanah dimakan olehnya. Aku memeluknya ketika dia menyuap makanan tanpa menemanimya kerana aku sibuk membuat persiapan untuk sibungsu yang akan menyertai rombongan ke Melaka pada tengah malam hari tersebut dan pulang pada sebelah petangnya..sambil dirinya aku peluk dan sebuah ciuman singgah ke pipinya aku memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan juadah dan menemaninya untuk makan malam pada hari itu..tanpa banyak bicara dia menghabiskan nasi dan meratah lauk yang terhidang..lapar sangat  nampaknya.
 Seperti biasa sebelum subuh dia bertolak ke pejabatnya yang mengambil masa 1.30 jam dan aku juga telah bersiap siaga berangkat ke Pulau Pinang. Aku menghantarnya hingga kepagar dan mencium tangannya.....sempat ia berpesan agar angah tidak memandu terlalu laju. Tiba-tiba hidungku terhidu bauan kapur barus yang begitu kuat dan terlalu hampir dengan aku...bang.....bau kapur baruslah..takut saya ..abang tunggu ya sampai saya menutup pintu...rayu ku kerana bulu roma aku telah mulai berdiri tegak. seram!!   agaknya ada orang meninggal dikawasan kita ni ....balasnya dan beliau berdiri menemani aku hingga aku memberi lambaian dan menutup pintu..itulah salaman terakhir ku padanya.
  Jam 7.20 pagi sebuah sms aku terima...abang dipelita ..singgah sarapan roti bakar..ringkas dan aku mengucap syukur dia telah selamat sampai ke destinasinya dan aku pulak didalam perjalanan ke Pulau Pinang..jam 10 malam dia menalipon aku bertanyakan khabar dan kebimbangan pada sibungsu yang begitu rapat dan beliau amat menyayangi anak gadis yang baru berusia 12 tahun ketika itu..adik tak mahu studylah bah..adik tak nak tinggalkan abah dan mak ke asrama macam si abang tu...comeeel abah!!!.  bila ayahnya khuwatir sibungsu langsung tidak mengulangkaji pelajaran sedangkan UPSR telah begitu hampir.
.....segalanya sudah saya pesan dengan pelayan pejabat dan minta dia menghantar sibungsu kerumah kerana ketika itu ibu aku ada bersama...baru menjalani pembedahan menggantikan tulang pinggulnya yang patah seminggu lalu dan aruah kakak ku ada sama kerana menunggu mak. Tidak ku sangka bahawa itulah suaranya terakhir berbicara dengan aku...................................