Tuesday 12 April 2016

Bandung..ole ole bandung

19 March 2016 saya dan sibungsu seawal jam satu pagi bertolak dari perkampungan Wadi Samrah Pahang untuk ke Airport. Anakku Khairul yang begitu setia kepada bondanya tanpa mengenal erti mengantuk menghantar aku dan sibungsu ke KLIA untuk penerbangan pagi jam 6.20. Sementara menanti rakan-rakan dari Batu Pahat dan Gombak aku beristirehat di surau setelah selesai check in. Kami sembilan orang berangkat ke bandung....semua wanita..rakan saya semasa dialam persekolahan dulu.


Penerbangan ke Bandung mengambil masa dua jam Perbezaan waktu awal satu jam dengan waktu di Malaysia.

Tujuan kesana selain melihat alam ciptaan Tuhan saya ingin meninjau kedudukan dan keadaan Universiti Padjajaran (UNPAD) yang terletak di Bandung, kerana sibungsu ku bakal meneruskan pengajiannya dalam bidang kedoktoran disana selama 5 tahun September ini.

Sesampai di airport bandung... ..Bandara Hussein Sastranegara, kami disambut oleh Pak Dani yang akan menguruskan makan minum, perjalanan dan penempatan kami . Pesawat berlegar-legar diudara lebih 15 minit untuk mendarat. jelas kelihatan dari udara bentuk muka buminya yang bergunung ganang dan berlembah. Cantik! dan berkabus
.
 bumi bandung berkabus dari udara

Perut kian mengeluarkan bunyi yang merdu..Pak Dani membawa kami untuk minum pagi di sebuah rumah makan bernama Kampiun Restoran. Saya memesan nasi goreng kampiun , rasanya agak enak disajikan bersama telur mata dan kerupuk....sepinggan nasi goreng dengan harga RM 15 ..Menurut Pak Dani restoran ini memang sedap dan selesa ... seterusnya kami dibawa ke syurga untuk kaum wanita..Shopping!! kain-kain disini yang siap disulam dan kain lace jauh lebih murah jika dibandingkan di Malaysia. Ketika ke Acheh tempuhari hari saya kira agak murah tetapi disini jauh lebih murah dan berkualiti. Rambang mata saya untuk memilih kain-kain yang saya kira semuanya cantik-cantik belaka. Saya dan adik serta rakan-rakan menempah terus baju-baju untuk kegunaan hari raya kelak..perghh murah gila upah menjahitnya...dan setelah siap dijahit akan dihantar terus ke bilik hotel tanpa perlu kami mengambilnya dikedai , seterusnya kami dibawa untuk berehat dihotel







bersama rakan dilobi hotel

Keesokannya seusai sarapan pagi kami dbawa ke kawasan pelancungan Kawah Putih di Ciwidei. Perjalanan kesana melalui perkampungan ala-ala di Cameron Highland dimana dikiri dan kanan jalan pemandangan yang begitu cantik dengan ladang bawang dan sayuran menghijau indah...dan sawah padi terhampar mula mengeluarkan padi yang mulai menguning. lensa HP saya tidak berhenti-henti memetik pemandangan indah disepanjang perjalanan.. tenang dan damai. Kami akhirnya tiba dikemuncak dimana terdapatnya sebuah kawah gunung berapi yang dipenuhi dengan sulfur  warnanya yang putih kehijauan amat memukau pandangan mata, sebab itulah ia digelar Kawah Putih. Sungguh cantik walaupun hidung kami dijamukan dengan sejenis bauan yang agak memualkan....kami dinasihatkan agar memakai topeng muka bagi mengelakkan bau yang kurang enak..bau sulfur! dan terdapat para penjaja menjual serbuk sulfur untuk tujuan perubatan



cantikkan kawah putih ni






Usai sahaja kami dibawa untuk menikmati teh dan sedikit kudapan dan terus keladang teh.. Ya Tuhan!!! cantiknya pemandangan ladang teh disini..jika di Cameron Highland ada juga ladang teh, tetapi pemandangan disini cukup cantik mungkin keadaan rupa bumi dibandung menjadikan pemandangan memukau mata. Sempat juga saya membeli sedikit cenderahati dari penjaja jalanan yang tidak putus asa memujuk kami untuk membeli barangan mereka.





Seterusnya kami dibawa kerumah makan untuk menikmati makan tengahari. Gulai ayam kampong menjadi pilihan kami. Walaupun agak mahal, tetapi kami puas. Dibandung tidak seperti di Bali yang pernah saya lawati.. untuk mencari makanan halal agak susah disana kerana kebanyakkan penduduk di Bali adalah beragama Hindu. Dibandung dan di Acheh restoran-restoran halal ada dimana-mana.
Seterusnya kami dibawa ke gedung kain lace yang terkenal di bandung...wah!!! juling mata saya melihatnya..cantik-cantik!! dengan harga yang begitu murah. Saya membeli mengikut pesanan anak saya untuk pakaian hari raya mereka...itu pun dah penuh bagasi yang saya bawa... dan melintasi warung menjual apam balik saya terus mengingininya kerana apam balik disini lain dari di Malaysia..saya pernah merasanya semasa ke Bali dulu.. Trang bulan! saya memilih perisa kacang dan adik memilih perisa cokelat.. sekeping rm 4.00 dan singgah disebuah supermarket untuk membeli sedikit keperluan.


Terang Bulan atau apam balik yang begitu gebu dan lazat



bersama Pak dede yang membawa kami ke Kawah Putih dihadapan restoran selepas makan tengahari


Seterusnya kami dibawa ke gedung tektil...menjual kain baju dan kain lace...yes Shopping lagi!!!

Sebelum pulang ke Hotel untuk berehat kami sempat singgah di Kampus Universiti Padjajaran untuk melihat- lihat kedudukan dan keadaan kampus tersebut.


dihadapan UNPAD

day 3: usai sarapan pagi kami dibawa ke Pasar Apong..menikmati pemandangan dari tengah tasik dengan menaiki kenderaan khas air dengan bayaran 25,000 rp seorang selama hampir 20 minit mengelilingi tasik dan melihat apa itu pasar apong.. dan setelah itu kami bersiar-siar menikmati keindahan di pasar Lembang ini..dan sempat menikmati minuman dan makanan yang dijual.












Setelah penat menikmati keindahan pasar apong dilembang kami dibawa untuk menikmati makan tengahari ..Nasi Padang!!


dengan pelbagai lauk yang dihidangkan ..kalau disentuh saja..kena bayar!!! kalau tak sentuh tak mengapa..tak perlu bayar tapi sampai kini gulai nangkanya menjadi igauan saya kerana kelazatannya...seterusnya kami dibawa kegedung kulit dan jeans... begitu murah.. rabak juga duit saya didua tempat tersebut...dahlah murah, pelbagai pilihan dan jenama yang bermutu... swappplah apalagi.. hutang dulu ma..

day 4: selesai makan pagi kami dibawa untuk shopping di pasar baru..gedung besar yang memuat apa jua barangan...bersama adik kebayan yang ditugaskan memandu kami dan mengangkat barang yang telah dibeli..disini saya hanya membeli sedikit cenderahati dan telekung untuk kegunaan sendiri. Tidak dinafikan telekung yang dijual disini sangat cantik dan halus buatannya..dijual dengan harga yang begitu murah..disebabkan muatan bagasi yang saya tempah tidak membolehkan saya berbelanja lebih, jadi saya membelinya untuk tujuan tertentu sahaja.


suasana sibuk di pasar baru bandung.

keesokan harinya sebelum bertolak ke Bandara..airport.. kami sempat singgah membeli pisang salai yang terkenal disini..siapa jua yang berlibur dibandung ini tidak sah jika tidak membeli buah tangan tersebut.




tawar menawar disaat akhir




 dalam perjalanan ke ciwidei kami sempat mempotret gambar walimah ini



antara yang kami lihat dibandung

Nasib malang pada hari itu..flight kami delay hampir 1 jam disebabkan hujan ribut..semasa dalam penerbangan pulang masih lagi dapat dirasakan gegaran demi gegaran disebabkan ribut.. tawakkal allalah..dan kami selamat sampai ke Kuala Lumpur jam 9 malam...Alhamdulillah!!! dan bercadang untuk ke sana lagi..sudah tentulah khidmat Pak Dani amat kami perlukan.....