Thursday 11 August 2016

Jogjakarta - Surakarta 2 till 6 ogos 2016



Aku teruskan melangkah bumi Allah dengan tekad untuk melihat keindahan ciptaan Tuhan selagi diberi kemampuan dan kesihatan yang baik. Kali ini saya sendirian tanpa en.somi disisi..hati berbunga-bunga bak kuntuman yang mulai mekar kerana ingin bersama teman yang telah lama terpisah lebih 20 tahun..dahulu kami sama-sama menghabiskan masa lapang setelah penat bertugas..dulunya anak-anak kami masih mentah dan merah..kini semua telah dewasa dan ada yang punyai keluarga sendiri..dulu dan kini kami lalui penuh berbeza...jadi dikesempatan ini akan saya gunakan sepenuhnya untuk kami berkongsi cerita apa saja dari A to Z..

Usai solat subuh, kami bertolak dari kediaman anaknda di Selayang..jalan agak macet dan dalam hati berdoa agar saya sampai tepat pada waktu yang dijanjikan. En.Somi tenang memandu si putehnya dan bercerita dan mengusik saya..itulah dia..tak sah kalau tidak bersenda dimana jua waima didalam kereta..saya sudah lali dengan perangainya..sedih pulak nak meninggalkan dia dan pulang sendirian ke selatan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam... kucium tangannya tanda restu dan dia berpesan jaga diri dan jaga solat..dia ku iringi dengan pandangan sayu dan berlalu pergi. tepat jam 7.30 pagi tika itu dan terus menemui Puan Nik, ketua rombongan kami untuk beberapa urusan dan terus bertemu kawan lama tersebut disebuah kiosk bagi membasahi tekak pagi itu..riang dan "menyengongin" sahabat lama ini membuatkan saya teruja untuk makan angin bersamanya..sah gempak bila kami bersama..

Seramai 12 orang turut serta pada kali ini..semua "anak gadis" yang comel lote gitu...hehehe..jam 10.15 pagi kami mulai menempuh awan..dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam..disebabkan beda waktu di Jogja dan Malaysia 1 jam..so kami dijangka tiba jam 12.20 tengahari..disebabkan waktu penerbangan yang dijangka pada 945 agak lewat..kami tiba diAdisujipto Internasional Airport lebih kurang jam 12.30 tengahari waktu tempatan dan jam 1.30 waktu malaysia.. panas terik ketika itu.


sejurus menjejakkan kaki di tanah Jogja

Setelah selesai urusan bagasi kami disambut oleh perwakilan di Jogja adik Dayat dengan ramah mesra dan bus pariwisata yang selesa sedia menanti. Disebabkan saya telah memesan nasi lemak didalam pesawat, jadi perut masih terasa kenyang dan memandangkan hari sudah melewati tengahari, kami terus dibawa kerumah makan Oemah Djowo (taste of djowo) menikmati makanan asli masyarakat disana..memang enak! dan sempat menikmati persekitan restoran yang unik dan seterusnya Dayat membawa kami ke Toko kerajinan tangan barangan yang diperbuat dari Perak dan seterusnya Masjid Kauman Kota Gede (Masjid Tertua di Jogja) . Melalui lorong-lorong yang agak jauh kami melalui kompleks bangunan yang sangat cantik ( Rumah Adat Joglo) dan disitu kami temui beberapa perkampungan yang sangat cantik dan bersih seterusnya kami sampai ke kompleks masjid tersebut dan baru saya tahu bahawa disini dahulunya terletaknya Kraton Raja Mataram dan disini juga terletaknya makam-makam kesultanan kerajaan Mataram dimana untuk menziarahi makam  tersebut kami dikehendaki memakai pakaian khas yang ditetapkan.... kami hanya meninjau dipersekitaran masjid lama Kota Gede ini yang dibangunkan dalam tahun 1856  dan setelah itu kami dibawa ke rumah makan Duta Minang untuk makan malam dan check in hotel. hotel Grand Rosela yang agak cantik dan berehat setelah penat seharian.



makan tengahari direstoran Oemah Jowo



rumah adat joglo

pohon dibelakang tu dah berusia ratusan tahun


 dihadapan gedung kerajinan tangan dari perak

 dihadapan Masjid Kauman Kota Gede (Masjid Tertua di Jogja) 


adik Dayat memerangkan sesuatu tentang kota Gede


hotel tempat kami menginap
bilik saya berhampiran dengan kolam renang

Day 2: Kraton Jogja dan Pantai Parangtritis

Selesai Makan pagi jam 8.00 kami meneruskan lawatan ke Kraton Jogja, Kali ini adik dayat tidak bersama kami dan digantikan oleh Pak Ari yang memang suka membuat lawak bila dilihatnya mata kami mula menjadi segaris dan mulut kami mulai melopong tanpa diundang..hehehe.. kami dibawa melawat kilang batik dan ke pantai selatan (dengan lagenda Ratu pantai selatan  atau Ratu Kidul atau Nyai Roro Kidul merupakan salah satu legenda yang paling popular di tanah 
Jawa kisah hubungan Ratu Pantai Selatan dengan Kraton Yogyakarta hingga kini masih menjadi mistri,

  Terletak dipesisir Laut Indonesia yang bersambung ke Lautan Hindi yang penuh kisah suka duka dan kaitannya dengan MH 370..Pantai Parangtritis..saya dan Samsiah menyewa sebuah kereta kuda menyusuri pantai..ombak laut cukup ganas tika itu dalam hujan yang agak lebat dan berpayung tidak mematahkan semangat saya untuk sampai kepenghujung pantai..tidak sia-sia disitu rupanya tersembunyi satu rahsia alam yang cukup cantik dan unik..perbatuan yang terbentuk hasil hakisan ombak seolah-olah terujudnya satu dunia lain disitu..setelah puas menjadi model tak diundang kami kembali semula ke pengkalan dan meneruskan perjalanan ke Kraton Jogja  dan sempat menikmati permainan wayang kulit..di kota Jogja saya dapati kepercayaan kepada animisma masih lagi kuat  ..adat istiadat lama masih diamalkan. Sempat juga kami membeli buah-buah tangan dari penjaja jalanan yang sentiasa memburu kami...barangan yang dijual cukup murah... itu pun kami masih lagi tawar menawar ....dan kami dibawa dibawa untuk makan malam dan menikmati apa itu "GUDEK" sejenis masakan tempatan yang memang terkenal disana..sayur nangka yang diaduk dengan bumbu khas dan dimasak dalam jangka waktu yang lama..lagi lama dimasak..lagi sedap rasanya dan kalau masyarakat kraton waktu dahulu..makanan ini merupakan menu wajib bagi setiap hidangan yang dihidangkan. Sekali pandang serupa dengan rendang daging, berwarna hitam.

 sempat posing selepas sarapan pagi sebelum bertolak ke Kraton Jogjakarta


gambar disekitar kraton
 

wajah gadis-gadis comel di Kraton Jogja

pantai parangtritis ..ganas!!ombak melebihi 2 meter amat menggerunkan

naik kereta kuda dengan bayaran 100,000 RP




"lenny" malu-malu asam bila diajak bergambar


batu-batu ditepian pantai yang berbagai bentuk hasil hakisan ombak

lihat betapa ganasnya ombak di belakang kami
 terdapat sebuah chalet yang cantik diatas bukit di pantai ini



day 3: Jogja Mountain Tour dan Chandi Borobudur

Usai menikmati roti bakar dan nasi goringan kami berangkat ke lokasi Chandi Borobudur didaerah Megelang 40km dibarat laut kota Jogjakarta dimana telah tersenarai diantara 7 benda ajaib didunia..Chandi yang berbentuk stupa yang dibangunkan oleh penganut Buddha Mahayana sekitar tahun 800 an (M) dibawah pemerintahan kerajaan Syailendera dan merupakan kuil buddha yang terbesar didunia, terdiri diatas 6 teras . Stupa utama terdapat dibahagian atas sekali, pada asalnya terdapat 504 arca buddha, tetapi akibat dari petaka alam, gunung berapi dan gempa bumi banyak patung-patung ini telah musnah dan rosak. Stupa utama dibahagian atas sekali seolah-olah seperti mahkota dichandi ini dan dikelilingi oleh 3 barisan yang melingkar terdiri dari 72 stupa yang didalamnya terdapat patung buddha tengah duduk bersila dengan tangan memohon restu (mudra), setiap tingkat diukir dengan ukiran yang melambang maksud tersirat..Chandi ini telah banyak kali dibaik pulih dan kini disenaraikan dibawah pengawasan UNESCO dan setiap tahun para penganut buddha masih lagi mengamal ritual keagamaan mereka waima dari seluruh dunia dan disekeliling kompleks chandi ini banyak pohon-pohon "BUDI" yang dipercayai  buddha mendapat ilham ketika bertapa dibawah pohon ini..wallahualam.
 Saat inilah yang saya tunggu-tunggu..tujuan saya ke sini pun semata-mata ingin melihat dengan mata sendiri akan gahnya chandi ini yang selama ini hanya berpeluang melihatnya dari media massa..tiada dapat saya gambarkan dengan kata-kata bila chandi ini ditatapi dan menatapi pemandangan yang indah dikemuncak Chandi.


bersama tourleader kami..nik noriah yang sentiasa senyum


12 orang wajah gadis-gadis melayu terakhir

akhirnya lututku yang longgar dan lemah gemalai berjaya ke puncak chandi..class kau jah!!!


ditingkat 4 chandi..perghhh menyengat panas..rosak make up mak jemah!!


kami mendaki ke puncak chandi melalui sisi disebelah kiri chandi..tanpa sedar kami telah pun sampai ke puncak




Setelah puas menakluki chandi ini kami meneruskan perjalanan ke Desa Ketep bagi melihat kesan-kesan muntahan lahar dan kesan dari letusan gunung berapi Merapi yang meratah lahap pada tahun 2010 yang lalu..gunung berapi ini masih aktif.. untuk mendekati gunung ini kami terpaksa menaiki Jeep dengan bayaran 100,000 RP seorang..perjalanan memang mencabar..rasa nak putus urat perut kami dibuatnya..sepanjang perjalanan ke kaki gunung kami tak henti tertawa terbahak2 kerana pertama kali kami dihadapi cabaran sebegini getir dan jelas kelihatan kesan-kesan amukan gunung berapi tersebut.Kami sempat singgah disebuah rumah yang menjadi mangsa lahar panas yang membunuh semua penghuninya..pelbagai barang dan tulang belulang disimpan disini sebagai kenang-kenangan. Kami juga dibawa ke sebuah  kawasan yang terdapat sebuah batu yang berupa wajah manusia datangnya dari perut merapi yang digelar sebagai batu elien dan meneruskan perjalanan hingga ke kaki Merapi...Disini terdapat sebuah gua buatan manusia bagi tempat perlindungan jika berlakunya letusan gunung ...Bunker kaliadem..Saya tertarik untuk membeli bunga edelweis yang hanya tumbuh diketinggian 1800 ke 3000 meter dari aras laut hingga kini bunga ini masih lagi cantik dan segar dengan harga yang agak mahal...tapi saya tetap membelinya kerana keunikannya.


tiga jebon di atas jeep melalui jalanan berbatu dan berkeluk mau putus urat belikat

banker kaliadem..tempat berlindung bawah tanah dari ledakan lahar panas dikhabarkan pada letusan 2010 2 orang mati terperangkap disini kerana lahar panas yang mencecah 800 degrees


inilah jeep kami dengan bayaran 100,000 RP seorang bersama Pak Ari Tour guide kami disana dan seorang pemandu yang encem..lupalah pulak nak ambik note nama dia...nyesallah pulak!!

sahabat dihadapan muzium merapi..kesian en.lembu yang dah tinggal rangka dibaham lahar panas

batu alien - siap mata, hidung, mulut,dan telinga.


lihat! dibelakang kami..lurah yang dalam hasil laluan lahar gunung


inilah wajah En.Merapi..senyum sumbing dia!!

dikhabarkan dulu disini ianya sebuah sungai yang besar dan dalam berasal dari merapi..kini tandus kerana aliran larva yang dahsyat


day 4 : Jogja - Solo (Surakarta)

Jam 8 pagi kami meneruskan kembara seterusnya ke Kota Solo yang jauhnya 65 km dari Jogjakarta, jika menurut tentatifnya kami akan dibawa kePasar Klewer, Masjid Agung, dan perusahaan batik lewengan. Sepanjang perjalanan ke Kota Solo kami dihidangkan pemandangan sawah padi yang mula menguning dan jalan-jalan yang sesak dengan deretan speda motor dijalan raya. sememangnya kota Jogja adalah bandar kedua terbesar penggunaan speda motor selepas kota Ho Chi Min. 

dan saya akui menikmati makan tengahari dan malam nasi yang dihidangkan cukup enak dan kami makan begitu berselera sekali. Dikota Solo kami dibawa melawat ke Kraton Solo dan sempat bertemu putera bungsu sultan mangkunegoro, Putra Gusti Bhahre yang berusia 19 tahun dan kini menuntut di korea..Sapaan yang lembut dan penuh bersopan santun menyambut kedatangan kami dan sempat bergambar kenang-kenangan bersama rombongan mak jemah ini . Setelah makan tengahari kami menuju ke kilang batik dan bagaimana cara pembuatannya juga ke kilang membuat T-shirt yang agak bermutu dan seterusnya meninjau apa itu pasar klewer di Malioboro Street. 




Sedikit buah tangan saya perolehi disini dan hingga kini yang menjadi tandatanya dan masih terbayang dimata saya sesusuk tubuh berjubah hitam, berkelubung hitam, berwajah putih dan bermata hitam ala bruang koala terlihat oleh saya dan samsiah ketika kami berpegangan tangan melintas jalan untuk kembali ke bus..berdiri di persimpangan jalan..adakah itu badud? adakah mahluk yang sering dikaitkan dengan watak ahli sihir di filem2 melayu kerana wajahnya persis watak tersebut.... dikala itu hari sudah mulai gelap dan kenapa hanya kami berdua sahaja yang melihat nya?? sekali lagi ketika saya menoleh untuk melihat lembaga tersebut telah pun ghaib dari pandangan mata dan sekembalinya saya ke hotel, saya dan samsiah dapat pula tidor dengan lena tanpa ada gangguan atau mimpi ngeri....Alhamdulillah

bersama putera bungsu raja mangkunegoro 

 Masjid agung


 dihadapan kraton solo
didalam istana solo

Day 5 pulang ke Kuala Lumpur

Selepas sarapan pagi kami hanya berehat dihotel dan berbual sesama sendiri dan check out jam 1100 pagi..saya dan samsiah sempat membeli belah "last kopek" demi menghabiskan rupiah yang masih tersimpan didompet kami..jam 1130 pagi bus meninggalkan Grand Rosela dan singgah dikedai kuih muih  seperti bakpia dalam pelbagai perisa, wingko, wajik dan bermacam lagi kuih kuih tempatan untuk dibawa pulang. Jam 545 petang kami membelah awan untuk pulang ke negara kami..Malaysia..bye Jogja..dan bila mengingatkan kembali buah salak saya dan samsiah ditahan di Immigresen saya tersenyum..betapa hebat dan bagaimana persahabatan begitu ketara diantara kami sehingga petugas disitu dengan rela hati menolong kami menyelesaikan permasaalahan sehingga buah salak kami yang pertama sampai di ketika kami menuntut bagasi ..terima kasih Jiji , terima kasih kak rozy..pertolongan kalian berdua hanya Allah saja yang membalasnya..









wajah sedih che Na bila sampai waktu pulang..selalunya dialah yang paling ceria



 buah salak kami merupakan bungkusan pertama yang sampai ketika menunggu bagasi di KLIA

lain-lain gambar sebagai kenangan

speda motor..jalan raya jogja dipenuhi speda motor, bandar kedua selepas bandar Ho Chi Min

ada lagi minuman ni..dulu famous masa zaman sekolah dulu













 kisah wak marjan..tragedi merapi yang menyayat hati











tanah perkuburan islam

 terminal airport jogjakarta