Friday 2 December 2016

Palestine jordan buat kedua kalinya...


Hadis :
“Dari Abu Hurairah, r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Tidak sepatutnya (bersusah payah) keluar belayar (untuk menziarahi mana-mana masjid kecuali (untuk pergi) ketiga-tiga masjid (yang berikut): Masjidil Haram (di Mekah), dan masjid Rasulullah s.a.w. (di Madinah) serta Masjid al-Aqsa (di Palestin)” (Bukhari)

Tiga buah masjid yang mempunyai fadilat yang besar, apabila mengerjakan ibadat sembahyang di dalamnya ialah:
i. Masjidil Haram di Mekah
ii. Masjid Nabi di Madinah
iii Masjidil al-Aqsa di Palestin.
Kali pertama saya melangkah kaki untuk menziarahi negara para ambia ini pada March 2010 setelah selesai mengerjakan ibadah umrah. Ketika itu saya masih lagi didalam "Penjawat Awam" anak-anak agak bising untuk melepaskan saya pergi.  Berbekalkan azam yang kuat saya mendaftar bersama travel ejen ini dan mengambil cuti rehat lebih dari dua minggu..Kesan yang saya dapati dari sana membawa saya  en.somi dan anak saya khairul bagi menjejakinya buat kali kedua.
jam 1155 malam kami meninggalkan tanah air bersama pesawat Royal Jordan

Jam 11.55 malam 2 November 2016 kami meninggalkan tanah air bersama 85 orang jemaah bersama pesawat Royal Jordanian menuju ke Queen Alia Jordan. Penerbangan yang mengambil masa hampir 10 jam dan selamat tiba di Internasional Airport Jordan jam 4.15 pagi waktu tempatan. Beza waktu 6 jam berbanding dengan Malaysia dan sempat menunaikan solat subuh disuatu sudut di lapangan terbang tersebut sebelum meneruskan perjalanan ke Madaba Inn untuk sarapan pagi dan seterusnya ke sempadan Jordan/Palestin melalui Allenby Bridge yang mengambil masa 45 minit. Dua buah bas membawa kami al maklumlah rombongan kami seramai 85 orang. Kami tidak sama sekali dibenarkan mengambil gambar ketika di sempadan. Urusan di imigresen Jordan dan Palestin tidak lah begitu rumit, mungkin tn .haji kami ini sudah begitu sinonim dengan pegawai-pegawai disini.
 Negara Jordan
 Madaba Inn Untuk sarapan pagi
 Senyuman setelah selesai sarapan pagi..penat Kome!!dihadapan Madaba Inn

 Menuju ke sempadan Palestin
 setelah melepasi sempadan melalui Allenby bridge

 bandar tertua didunia dan terendah- Jericho
Seterusnya kami bertolak ke Jericho, merupakan bandar yang tertua didunia yang dianggarkan telah berusia 10,000 tahun dan terletak kebawah 1300 meter dari aras laut ,juga merupakan bandar yang terendah didunia ...pelik bukan? Jericho juga dikatakan bandar Nabi Adam.  Kami sempat membeli belah produk laut mati (kebanyakannya produk kecantikan) dan makan tengahari disini . Pada 2010 yang lalu semasa saya kesini , dikawasan ini terdapat banyak gerai-gerai buah-buahan terutama fresh kurma yang begitu besar dan manis tapi kini sudah tiada urusniaga di sekitar  luar dewan makan ini. Kemungkinan telah berpindah ke tempat lain.

bersama sahabat ..kami berjumpa ketika lawatan ke jogja tidak berapa lama dahulu 

sementara orang sibuk dengan urusan sendiri datin dan datuk ni dengan acara tersendiri

 Dan seterusnya kami kemasjid dan makam Nabi Musa as. saya dapati banyak perubahan dan pembaharuan dilakukan ketika lawatan kali ini. Alhamdulillah..dikatakan pembaik pulih masjid ini adalah sumbangan dari orang luar yang datang melawat kesini.. Kami sempat menunaikan solat dimasjid ini dan menziarahi makam Nabi Musa AS sebelum bertolak ke Baitul Maqdis untuk check in hotel. Hotel St George yang agak selesa tetapi agak jauh dari tembuk kompleks Masjidil Aqsa dan berehat setelah hampir 24 tanpa rehat...biar betol!!
 perjalanan menuju ke Masjid Nabi Musa
 En.Somi di Makam Nabi Musa AS


  2010 yang lalu saya di Holyland hotel dan dari bilik hotel jelas sekali kubah Dome of the Rock atau Al Sakra..tetapi kali ini agak jauh juga. kami tidak sabar-sabar untuk menunaikan solat maghrib dan isyak di Aqsa walaupun keletihan yang teramat sangat.
dihadapan hotel penginapan di Jurusalem
Jam 4 pagi morning call mengerakkan kami untuk bangun. Mata masih ketat untuk dibuka..penat semalam masih terasa. Ku kuatkan iman untuk solat subuh di Aqsa kerana banyak kelebihannya : 
Kelebihan Masjidil Haram adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 100,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya terletak Kaabah yang menjadi kiblat umat Islam. 

Kelebihan Masjid Nabawi pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 1,000 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. Dalamnya ada makam Nabi dan sebagai sebuah taman daripada taman syurga. 

Kelebihan Masjid al-Aqsa pula adalah mereka yang bersembahyang dalamnya akan mendapat 500 (lebih afdal daripada) sembahyang di tempat lain. 

Keistimewaannya adalah ia masjid Nabi yang terdahulu dan tempat Israk dan Mikrajnya. 
 laluan yang tidak begitu rata ,gelap dan bertangga ketika kemasjid untuk solat subuh
inilah laluan yang terpaksa ditempuh sekiranya berjalan kaki..mengambil masa 20 minit dari hotel penginapan, kita juga boleh menaiki teksi dengan bayaran 10 USD melalui lion Gate dibahagian hadapan
Lion Gate..menaiki teksi melalui pintu ini untuk ke Baitul Maqdis dengan bayaran 10 USD untuk 4 orang (satu Teksi)

Ternyata hati saya masih merindui untuk solat dimasjid ini..disekitarnya, didalam masjidnya masih tidak berubah walaupun sudah lebih 6 tahun setelah lawatan kali pertama saya..cuma yang jelas pepohonan zaitun disekitar masjid jauh lebih tinggi..


pepohon zaiton disekitar kompleks Al Aqsa

 Usai sarapan pagi kami dibawa melawat kawasan kota lama yang telah dibina oleh Sultan Sulaiman Al-Qamani ketika zaman Othmaniah dan Old City Jurusalem melalui pintu Damancas menuju ke Holy Sepulchrf church. Mengikut orang-orang kristian didalam gereja ini terdapat keranda  Nabi Isa AS dan makamnya. dan mereka percaya juga bahawa jasad Nabi Isa AS diangkat kelangit setelah 3 hari kematiannya.

Al Aqsa pandangan dari pintu utama..jelas kelihatan uzurnya Masjid ini... sumbangan amat diperlukan bagi membaik pulih masjid ini.

AlAqsa ketika fajar

 suasana didalam Al Aqsa setelah usai solat subuh
 saya dihadapan pintu masuk alAqsa dan tangga untuk turun ke tingkat bawah masjid . Bahagian bawah masjid ini dibuka pada hari jumaat sahaja.








 Gambar2 diatas ketika lawatan kami ke sekitar  old city Jurusalem..meng "cai"kan diri dengan tauke panggung

 Holy Sepulchrf church. Mengikut orang-orang kristian didalam gereja ini terdapat keranda  Nabi Isa as dan makamnya dan mereka percaya juga bahawa jasad Nabi Isa as diangkat kelangit setelah 3 hari kematiannya.
sessi penerangan sebelum memasuki Holy sepulchrf
salah satu pemandangan..kumpulan paderi sedang menuju ke gereja ini..yang dihadapan itu berjalan sambil menghentak-hentakkan tongkat dengan kuat

Kami berpeluang menunaikan solat Jumaat di Masjidil Aqsa dan kaum wanita ditempatkan di Masjid Al Sakra bersama kaum wanita tempatan.

Suasana dihadapan Al Aqsa (berhadapan dengan kubah kuning) sebelum solat Jumaat

 didalam Masjid Al Aqsa sebelum solat Jumaat
 Salah satu Gate yang kami lalui untuk ke Kompleks Al Aqsa dan old city .. Damascus Gate

 di dalam al Aqsa mendengar Ceramah dari Imam Besar Sheikh Ali
 menunggu kedatangan sheikh Ali

 Inilah salah satu Imam Masjid Al Aqsa... Sheikh Ali Al Abbasi dalam lawatan saya 2010 imam inilah juga yang sempat beramah mesra dengan kami





bergambar kenang-kenangan dengan imam sheikh Ali Al Abassi
En.Somi dan Sheikh Yusoff juga salah seorang Imam Masjidil Aqsa


Hingga kini menjadi kenangan manis bagi saya bila saya berempat sedang menunggu teksi untuk pulang ke hotel..tiba2 Imam Sheikh Yusoff memberhentikan keretanya dan mempelawa kami naik dan menghantar kami pulang ke Hotel..begitulah nilai-nilai murni yang ada pada mereka..semoga Allah melimpahi rahmat kepadanya.
 kelihatan tentera israel berkawal disini..





 Seterusnya kami dibawa melawat dua masjid bawah tanah yang terletak di bawah Masjidil Aqsa.  Masjid Al Marwan dan Masjid Buraq. Masjid Al Aqsa yang asalnya dibina oleh Nabi Sulaiman yang terletak dibawah tanah Al Aqsa..disini terdapat kiblat pertama umat islam sebelum ke Kaabah di Mekah dan juga masih terdapat tiang besar sebesar 3 pemeluk dan dinding besar dan pejal yang dikatakan dibina oleh jin..1,600 tahun yang lalu kami juga dibawa ke masjid Buraq dimana disini tempat buraq yang dikenderai oleh Rasulullah ditambatkan. Seterusnya kami pulang ke Hotel untuk makan makan malam. Kami berpeluang mendengar ceramah agama dari Ustaz Syaari Abd Rahman (penyampai tetap segmen Ibrah Radio IKIM) berkaitan dengan israk dan mikraj serta kaitannya dengan islam masa kini...sungguh memberi kesan dihati terhadap apa yang disampaikan.
usai memberi ceramah ustaz Syaari Ab Rahman berbaju hijau berjeket hitam  2 dari kanan 
disinilah (dimasjid Buraq) kenderaan Rasulullah .. buraq ditambatkan

 Kiblat pertama umat islam sebelum ke Kaabah Mekah

 antara 3 batang tiang sebesar 3 pemeluk yang dikatakan dibina oleh Jin dizaman King Solomon (Nabi Sulaiman)
Perhatikan dinding dari batu2 pejal..tebal dan besar..mampukah menusia biasa membinanya? dikatakan juga hasil binaan Jin dizaman Nabi Sulaiman..taklimat dari tour leader kami bus 2.  Mr.Nedel

 Ditingkat bawah Al aqsa dimana disinilah terdapat kiblat pertama dan tiang masjid yang dibina oleh Jin..hanya dibuka pada hari jumaat sahaja

Kini, Pihak Israel sedang giat melakukan penggalian bawah tanah di Masjid Al Aqsa ini dan mengaku secara terang terangan untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa demi membangkitkan semula " Temple of Solomon".
Arkeologi dan ahli kaji sejarah telah mula mengesan bahawa runtuhan "kuil Sulaiman terletak di bawah Masjidil Aqsa..kita tidak tahu berapa kedalam penggalian itu, namun yang nyata banyak keretakan telah berlaku pada struktur masjid ini dan bila-bila masa sahaja akan menyembah bumi. Allahuakbar!!
 Penggalian sedang giat dilakukan

keretakan ketara di dalam Masjidil aqsa.

Menyentuh sedikit apakah itu yang dikatakan kuil Sulaiman dan kisahnya yang boleh memesongkan aqidah dan kepercayaan kita terhadap Nabi Allah ini sedangkan perkataan kuil itu sendiri adalah berkait rapat dengan bukan islam:
 Nabi Sulaiman A.S Dan Rahsia Yang Tertanam Di Bawah Masjid Al-Aqsa :
Kilas balik sejarah silam kisah Nabi Sulaiman AS atau Raja Sulaiman yang bertanggung jawab membangun apa yang di sebut sebagai "Kuil Sulaiman”. Nabi Sulaiman berbeda dari Nabi-nabi yang lain kerana  Nabi Sulaiman oleh Allah SWT di beri kebebasan mengajarkan ajaran kepada umat manusia, dan bangsa jin.
Nabi Sulaiman ditugaskan untuk menyebarkan ayat-ayat Allah SWT yaitu: “keyakinan dan ibadah dalam hanya SATU tuhan saja iaitu Allah SWT. Hal ini menjadi perhatian Nabi Sulaiman dimana terdapat kaum-kaumnya yang kuat mengamalkan ilmu sihir dan ilmu ghaib. Baginda memerintahkan pengawalnya untuk pergi ke seluruh negeri dan merampas setiap buku, naskah, kitab-kitab yang tertulis segala ilmu sihir dimana amalan sesat ini diajarkan untuk berhubungan dengan roh halus atau jin/ syaitan.
Dalam Islam kita tahu bahwa ilmu sihir adalah haram. Al-Qur’an mengatakan kepada kita bahawa Jin dan Manusia tidak boleh berhubungan, walaupun hidup di dimensi yang sama dengan manusia, tetapi tidak boleh berkomunikasi antara satu sama lain. Jin tidak dapat dilihat, mereka dapat melihat kita, tapi kita tidak dapat melihat mereka. 
 Nabi Sulaiman telah memberi perintah kepada mereka (jin) agar membawa semua buku, kitab yang berkaitan dengan ilmu sihir kepadanya, dan kemudian baginda mengubur semua buku, kitab dan apapun yang berkaitan dengan amalan ini.
Baginda mengubur buku-buku ajaran sihir itu di bawah kuil tersebut. Baginda memilih beberapa orang kesatria yang di kenali sebagai “Knights of the temple of Solomon” (Knight Temple) untuk menjaga kuil Sulaiman itu siang dan malam.
Kesatria melakukan tugas yang diberikan kepada mereka dengan baik . Namun, setelah Nabi Sulaiman wafat, “The Knights” telah membocorkan rahsia apa yang tersimpan di bawah kuil itu. Mereka mengetahui fungsi dari buku-buku dan kitab tersebut, rahsia amalan sihir berada di ujung jari mereka. Mereka mencuri dan memindahkan kitab-kitab itu dan mulai  mengamalkan. Mereka benar-benar terpesung dari agama Nabi Sulaiman dan Allah SWT. Dan tenggelam di bawah kuasa dan pengaruh Iblis. Karena ritual yang mereka jalankan, mereka cepat menjadi orang yang berpengaruh dan terkaya di negara itu dan mereka inilah yang telah menamakannya "Kuil Solomon" ..Wallhualam.....
 Penggalian yang giat di lakukan ini juga bertujuan mencari lebih banyak bukti dan tinggalan dizaman Nabi Sulaiman dan mereka ingin membuktikan kepada dunia bahawa bukti-bukti ini benar-benar ujud.
 Kami Juga dibawa melihat keindahan Bandar Jurusalem dari Bukit Zaitun (Mt Olive) dan disini kami dapat melihat lembah Jahannam..begitu ketara akan kemewahan Kaum Yahudi dan islam Palestin. Ternyata dilubuk hati kami begitu sedih mengenangkan nasib kaum Palestin yang hidup  merempat  dinegara sendiri..segala aktiviti di kawal oleh kaum yahudi dan mereka tidak bebas bergerak dan bebas solat di Masjidil Aqsa tanpa kebenaran khas.
Disini juga jelas kelihatan Kuburan kaum yahudi ... kesemuanya menghadap ke Al Sakra (kubah Kuning)
kuburan Yahudi yang mengarah ke Al Sakra
 perkuburan besar di sekitar kompleks..
 daif..penjual roti mencari nafkah di old city Jurusalem
 menunggu teksi untuk pulang ke Hotel selepas solat subuh hari ketiga di Jurusalem


 dari arah bukit zaitun..kelihatan perkuburan Yahudi, Islam Palestin dan suhada berkedudukan sebelah menyebelah


 Lembah Jahannam dari Mt Olive


Seterusnya kami ke Willing wall..tempat ibadat utama orang-orang yahudi. Mereka menganggap Jurusalem  (Bethlehem) tempat tersuci bagi mereka.
Kaum lelaki memakai sejenis songkok kecil yang dipanggil Kippa atau alkibah. Mereka percaya dengan memakai songkok ini, mereka akan terhindar dari kemarahan langit.  Selain dari Kippa Yahudi ultra Ortodock juga memakai sejenis topi hitam yang dikenali dengan hardam. Semasa berdoa mereka menulis apa-apa sahaja permohonan kepada tuhan pada secebis kertas dan diselitkan dicelah-celah batu yang ada disitu dengan khusyuk memohon sambil mengangguk-anggukan kepala kearah tembuk batu dihadapan mereka..
sekumpulan jewish menuju ke willing wall untuk beribadat
 tempat ibadat kaum wanita di Willing Wall

tempat ibadat bahagian lelaki di willing Wall
Willing Wall pandangan dari atas 

Seterusnya kami ke Dome of The Rock..masjid kubah kuning dimana didalamnya terletak batu tergantung pada peristiwa israq dan mikraj dan kesan tapak kaki Rasulullah AS ,ada juga jemaah yang sempat solat sunat dibawah batu tergantung yang boleh memuatkan seramai 20 orang jemaah.

disinilah terletaknya batu tergantung..Al Sakra
tangga menuju bawah batu tergantung..ruang ini boleh digunakan untuk solat sunat.Bahagian bumbung yang melengkung itulah batu tergantung!
kubah kuning..itulah AlSakra
dua dari kanan adalah seorang jemaah dari Gazza..Pergolakan telah reda katanya dan amat rindukan untuk solat di aqsa..kami didalam masjid Al Sakra (kubah Kuning)
dibelakang saya itulah batu yang tergantung dibawahnya berbentuk kubah dan boleh solat disitu.

Jemaah wanita bersiap sedia untuk solat jumaat di alsakra
dilubang ini..dan menyeluk kedalamnya kita dapat merasakan kesan tapak kaki Rasulullah

 Day 4: masih diJurusalem:
Selesai sarapan pagi kami bertolak ke Hebron dimana terletaknya masjid keempat suci kaum islam iaitu Masjid Nabi Ibrahim AS. Hebron merupakan bandar kedua suci orang Yahudi. Mejoriti penduduknya terdiri dari kaum yahudi. Terletak di tebing barat Palestin. Orang arab memanggilnya Al Haram Ibrahimi atau masjid 3 Nabi . Disini terdapat kuburan Nabi Ibrahim dan isterinya Siti Sarah anaknya Nabi Ishak dan isterinya Laiqah dan anaknya Nabi Yaacob dan isterinya Rifqah. Disini juga terdapat kesan tapak kaki Nabi Ibrahim. Memasuki ke Masjid ini melalui kawalan yang agak ketat dan mendaki beberapa anak tangga yang agak tinggi.  Masjid ini telah terbahagi kepada dua bahagian.. sebahagiannya telah dimiliki oleh orang Yahudi..kami tidak dibenarkan memasuki di bahagian Yahudi, sebab itu semasa lawatan kami kesini makam Nabi Yaacob dan isterinya tidak dapat kami lawati.. Disebalik sejarah pembahagian masjid ini ada kisah duka telah berlaku disini. Tarikh yang tepat tidak saya ketahui..tapi dalam tahun 1990 an..ketika umat islam mengerjakan solat subuh dimasjid ini..seorang orang yahudi yg dikatakan kurang siuman telah memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan kearah jemaah yang sedang bersolat dan telah mengorbankan seramai 29 orang jemaah dan ramai yang tercedera dan diluar masjid seramai 30 terkorban...masjid ini telah ditutup selepas tragedi tersebut dan beberapa bulan berikutnya dibuka kembali dengan keadaan masjid ini terbahagi kepada dua bahagian

 dari lubang kecil ini dan melihat ke bawah..disitulah terdapat kuburan 3 nabi dan isteri masing2..17 meter kebawah masjid ini

 mimbar Salahudin Al Ayubi..masih terdapat kesan tembakan tragedi subuh hari
 dari pintu inilah pembunuh memasuki masjid dan ramai jemaah terkorban ketika menunaikan solat subuh
 dimakam Nabi Ishak

 inilah makam nabi Ibrahim

dihadapan makam Siti Sarah
suasana didalam Masjid Nabi Ibrahim
Usai menziarahi masjid ini kami dibawa kekedai seramik untuk shopping. Setelah itu kami bertolak ke Masjis Nabi Yunus dan terletaknya Makam Nabi Allah ini. Kami menunaikan solat zohor dan asar (jamak takdim). Kami disambut dengan mesra dan ramah oleh penjaga masjid ini

.
Makam Nabi Yunus AS













 makan tengahari yang cukup enak..setelah beberapa hari disajikan dengan nasi arab 

Kami menuju ke Bethlehem untuk melawat tempat kelahiran Nabi Isa as yang terletak disebuah gereja lama. saya dapati begitu ramai pengunjung dari luar negeri di gereja ini..untuk memasuki ruang tempat kelahiran Nabi Isa AS mengambil masa sekurang-kurang 2 atau 3 jam memandangkan begitu ramai pengunjung di situ.
 church of navity..disini dipercayai Nabi Isa AS dilahirkan


di sinilah dikatakan Nabi Isa dilahirkan
ditembuk ini kelihatan luahan hati orang-orang Palestin tentang nasib mereka


Day 5. Jurusalem ke Nazareth Israel
usai sarapan pagi kami meninggalkan St George Hotel menuju ke Nazareth untuk bermalam disana.
selamat tinggal Jurusalem
.Kami menuju ke Ramallah untuk melawat kuburan Yasser Araffat..jelas sekali pihak yahudi telah membina tembuk pemisah yang memisahkan perkampungan Yahudi dan Palestin. Tembuk yang begitu tinggi dan kukuh seolah-olah penjara bagi masyarakat Palestin mereka hanya bebas bergerak didalam tembuk ini sahaja dan segala urusan seharian dikawal oleh pihak Yahudi dan hanya dengan kebenaran khas sahaja yang membolehkan mereka bebas untuk melakukan apa jua diluar tembuk. Kasihan sungguh mereka seolah olah terpenjara dinegara sendiri..Banyak tanah-tanah mereka dirampas bagi membina penempatan yahudi dan dihalau sesuka hati untuk membuat penempatan baru didalam kawasan mereka sahaja.



inilah diantara tembuk pemisah yang telah, sedang dan akan dibina oleh yahudi.

Kami tiba di Ramallah ketika panas terik menggigit kami walaupun hari masih pagi.. setelah mendapat kebenaran penjaga disitu ..dikawal oleh tentera palestine yang agak ramah menyambut kami..kami dibenarkan masuk. Makam Pejuang PLO ini seolah-olah terapung dimana dikelilingi air  sebagai simbolik menanti kebenaran untuk disemadikan di kawasan Masjidil Aqsa. Hampir setengah jam kami disini.
 Panas mentari menggigit kami ketika sampai ke kuburan Yasser Araffat di Ramallah





dikelilingi air..seolah-olah pusara Yasser Arafat ini terapung sebagai simbolik
melontar dikedai seramik
antara kedai jubah di Ramallah




 antara pemandangan di Ramallah

Seterusnya kami menuju ke  Tiberias untuk melihat keindahan Tasik Galilee yang terkenal dengan cerita Dajal dan Yakjuj  makjuj yang memakan masa lebih 5 jam..melalui satu pemandangan yang amat memukaukan..cantik..rasa mengantuk saya hilang serta merta bila melihat keindahan bumi ciptaan Tuhan ini..dalam hati saya sebab itulah bumi ini menjadi rebutan kerana keindahan dan kesuburan tanahnya.
Tanpa sedar kami telah sampai ke Tiberias dan makan tengahari di sini. kelakar pun ada dimana nasi yang dihidangkan bersama seekor ikan yang melebihi saiz pinggan kami..dan yang pasti keenakkannya hingga kini menjadi kenangan dalam hidup saya. terletak ditepi Tasik Galilee dengan pemandangan yang cukup cantik.  kami menaiki cruise di tasik ini dan Ustaz Syaari sempat memberikan halua telinga kepada kami semua berkisar tentang Dajjal ,Yakjuj makjuj dan kaitannya dengan mengeringnya Tasik Galilee ini. Hampir 1 jam menjelajah di tiap sudut tasik ini yang mana jelas kelihatan air tasik ini mulai mengering..batu batan ditepian tasik yang duhulunya ditenggelami air kini telah terdedah begitu juga tebing tasik yang dahulunya diselaputi air kini mulai ditumbuhi oleh tumbuh-tumbuhan...berkata dihati ini bahawa dunia kini sudah menghampiri akhir zaman..dimana janji Dajjal akan keluar sebelum air tasik ini kering sudah terlalu hampir.




antara pemandangan semasa menuju ke Tiberias
Inilah Tasik/laut Galilee

 makan tengahari ditepi tasik ini




 dibelakang saya tu ustaz Syaari Abd Rahman dari IKIM



 tekun mendengar ceramah ust. tentang dunia akhir zaman di Galilie ini
 kesan pengeringan tasik ini amat jelas kelihatan..batuan ini dulunya ditenggelami air
suasana dalam bas 1
 Sebelum itu kami melewati Makam Rabiatul Adawiah seorang perempuan suci yang semasa hayatnya semata-mata kerana Allah dan juga sempat menziarahi makam sahabat Rasulullah Salman Al Farisi. sebelaum menuju ke bandar Nazareth. malam itu kami bermalam di Nazareth Israel. Bilik Hotel yang begitu selesa buat kami setelah menjalani satu perjalanan yang panjang dan meletihkan
makam Rabiatul Adawiah
lembah  Hammamah disini kami singgah solat zuhur dan asar dikatakan di bukit-bukit batu ini ada terdapat penepatan


antara pemandangan sepanjang ke teberias

Hotel Plaza di Nazareth terletak dipuncak bukit tersebut
 makan malam di Plaza hotel
posing sebelum bertolak ke Tel Aviv


Selesai sarapan pagi kami bertolak ke Tel Aviv Israel. Kami singgah ke gereja Catholic of Announciation yang dibina pada tahun 427 ad yang asalnya sebuah gua dan disitulah rumah Siti Maryam, ibu kepada Nabi Isa AS dimana malaikat Jibril meniupkan roh kedalam jasad Siti Maryam dan dengan itu  beliau mengandungkan Nabi Isa AS tanpa bapa. Bekas tinggalan rumah Siti Maryam ini juga dipenuhi oleh pengunjung tanpa henti.
didalam gereja ini terdapat bekas rumah Siti maryam

 Menuruni anak tangga untuk ke rumah Siti maryam


Arca Siti Maryam mengikut kepercayaan kristian
 inilah gua bekas rumah Siti Maryam




sebelum memasuki gereja ini pelbagai gambaran wajah siti maryam mengikut negara oleh penganut agama kristian

Kami meneruskan perjalanan ke Haifa sebelum singgah ke Caesarea (sebuah kota terbesar dizaman Romawi) masih terdapat sebuah bangunan berupa seolah-olah jambatan besar dimana pada zaman itu aliran air melaluinya yang di kenali sebagai Aquaduct Amphitheatre yang terletak di tepi pantai Laut Meditteranean. Sungguh indah pemandangan disini.
 inilah Aquaduct Amphitheatre


bersama rakan prof dr. faridah semasa lawatan kami ke palestin kali pertama dahulu juga ketika melancung bersama ke Turki 2012 dan kini bertemu kembali


cantiknya pantai laut meditteranean

Seterusnya kami singgah di Mt Carmel, Israel sebuah taman yang begitu indah di pesisir laut Mediterranen dan pelabuhan Haifa. Juga dikenali sebagai Taman Tergantung Haifa. Dibina sebagai tempat ibadat penganut agama Bahai, dibina setinggi 19 tingkat dihiasi indah bak syurga menghadap ke arah laut dan pelabuhan Haifa yang tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata. Untuk memasukinya satu kebenaran khas diperlukan dan perlu menutup aurat. Kami hanya mengambil gambar dari bahagian paling atas taman ini.







tour leader kami untuk bas 1..hisham


pelabuhan haifa
Meneruskan perjalanan ke Tel Aviv Israel..aman dan tenang tidak seperti yang digambarkan. Masyarakat di Tel Aviv ramah menyapa kami. Makan tengahari di sebuah Restoran di Tel Aviv dan singgah solat disebuah masjid ditengah bandar Tel Aviv. Sebuah masjid lama dimana disekitarnya didiami oleh penduduk islam Palestin dan juga kristian. Disini kaum yahudi dan palestin sama-sama menjalani hidup seharian, cuma orang-orang Plastine menetap diluar bandar Tel Aviv yang mana dikatakan kos hidup agak tinggidisini.
Kami menunaikan solat diMasjid Hamidiah .Dibina pada tahun 1850an oleh Sultan Abdul Hamid ke 2 dizaman pemerintahan Uthmaniah dan tidak dimusnahkan oleh pihak Yahudi dan tinggal kekal ditengah badaraya Tel Aviv.

Selain itu terdapat sebuah lagi masjid yang masih ujud di tengah bandaraya ini..Masjid Hassan Bik yang dibina dalam tahun 1916 tetapi masjid ini hanya digunakan oleh golongan musafir dan tidak digunakan secara terbuka di Tel Aviv.


Pantai yang cantik di Tel Aviv




pantai di Tel Aviv




 bandar Tel aviv..tenang!!

pemandangan dari bilik Hotel Leonardo City Tower
 From Malaysia? malaysia so good!!! mereka mengajak kami minum bersama pada malam itu cukup mesra sekali masyarakat disini




hotel Leonardo tempat kami menginap di Tel Aviv
bersedia untuk makan tengahri di Tel Aviv
di tengah bandar tel aviv..tenang dan damai
inilah bandaraya Tel Aviv
Day 7: Tel Aviv- Allenby Bridge - Amman Jordan

Selesai minum pagi kami bersiap untuk meninggalkan Bandar Tel Aviv.  Orang-orang Yahudi di Israel ini menikmati makanan mengikut sunnah..mereka tidak makan daging babi. Makanan yang berasaskan daging tidak dimakan bersama makanan yang berasal dari laut/sungai..dan makanan mengandungi susu tidak dimakan bersama makanan yang bukan berasaskan tenusu. sebab itulah mereka ini bijak dan pandai. Hari sabtu merupakan hari Sabat ..hari pantang larang bagi orang Yahudi.  Hari Sabat dirayakan dari saat sebelum matahari terbenam pada hari Jumaat hingga tibanya malam pada hari Sabtu.  Sabt dalam bahasa Arab dari perkataan ini pula muncul konsep "sabatikal", yaitu berhenti bekerja dan memberhentikan diri dari sebarang aktiviti..dikatakan kaum perempuan juga tidak memasak pada hari ini..persediaan makanan dilakukan pada hari Jumaat. Orang Yahudi menganggap peringatan Sabat, sebagai hari ke-7 setiap minggu, tidak terputus sejak ditetapkan saat Allah menciptakan alam semesta, di mana manusia diciptakan pada hari ke-6. Mereka dilarang melakukan apa jua aktiviti waima memasak. Jalan-jalan raya lengang 
dan sepi. Masyarakat kaum yahudi hanya duduk diam dirumah masing-masing.

Kami melalui sebuah tempat dinamakan Lod atau Luddun..Disini dipercayai dajjal akan 
di bunuh oleh Nabi Isa AS



Lod atau Luddun disinilah nanti dipercayai Nabi Isa as akan
membunuh Dajjal.. Wallahualam

Kami singgah di Mount of Temptation...sebuah bukit yang kelihatan dipuncaknya dipagari oleh satu tembuk. Disitu dipercayai Nabi Isa AS telah berpuasa selama 40 hari 40 malam. Kami singgah sebentar membeli belah..menikmati jus delima yang manis,kurma yang segar dan buah-buahan seperti pisang, limau dan lain-lain. barangan dari kulit unta juga dijual disini.
 dipuncak bukit ini dikatakan Nabi isa telah berpuasa selama 40 hari 40 malam
Kami sempat membeli belah buahan segar seperti delima yang begitu manis dan berwarna merah kehitaman dan kurma yang begitu besar dan manis dan setelah itu kami singgah di rumah penempatan anak-anak yatim dan melihat kehidupan mereka dan seterusnya kami dibawa ke Jordan River (asalnya Holly Water) dimana dikatakan Nabi Yahya pernah memandikan Nabi Isa as disini. Jelas kelihatan penganut-penganut Kristian sedang melakukan pembastian dengan mandi manda dan membasuh muka dan kaki mereka dan kami meneruskan perjalanan ke Allenby untuk keluar ke sempadan Jordan..dengan sedikit halangan kami meneruskan perjalanan Ke Laut Mati di Jordan dan makan malam disini serta solat magrib dan isyak dan terus ke Gua Al Kahfi.. walaupun hari semakin gelap tetapi penjaga disitu memberi kebenaran kepada ahli rombongan kami.
dirumah anak-anak yatim..ada yang telah kehilangan ibu dan bapa yg terkorban akibat perang
 disini katakan Nabi Yahya pernah memandikan Nabi Isa as dan kelihatan penganut agama kristian dan disini berasalnya Holly Water

Pemandangan dilaut mati ketika senja

bersama seorang teman dilaut mati.


lihat ahli jemaah kelihatan terapung di permukaan laut 
tiga gambar dia atas saya ambil tahun 2010 ketika itu kami tiba semasa waktu siang.  berwarna putih hablur garam jelas kelihatan.




didalam gua Al kahfi

 tulang-tulang 7 orang pemuda beriman masih jelas kelihatan
Gambar Mac 2010 semasa lawatan pertama saya di gua al Kahfi


ini adalah penjara 5 bintang bagi VVIP kaum Yahudi yang dipenjarakan atas beberapa kesalahan
siap dilengkapi dengan pendingin hawa , TV dan internet

 
kurma..antara kurma yang terbaik didunia adalah keluaran dari negara  palestin

 Kami menuju ke airport Jordan untuk kembali ke tanah air jam 1.30 pagi waktu tempatan. dan sampai di Kuala Lumpur jam 5 petang. Semoga Allah memberikan kami rezeki dan kesihatan untuk kami kesini lagi..Insya Allah