Setelah menjelajah negara matahari terbit bersama anak-anak Disember lepas, saya memasang niat untuk melancong jiran terhampir pula..Brunei Darussalam sementara kudrat masih ada...18 hb. Februari 2016...ku teruskan hajat untuk melawat negara terkaya di rantau Asian ini..Negara Islam yang masih utuh memelihara adat istiadat melayu yang bersandarkan islam sepenuhnya. Negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini telah lama ku idamkan untuk "berjaur" atau "berdudun" kesana.
Disebabkan kami pergi secara "walk In" so aku pun mengoogle mana-mana hotel yang agak cantik dan terletak ditepi laut..tumpuan kami hanya melihat-lihat pemandangan disekitar bandar Sri Begawan..memilih pakej Air Asia Go..aku memilih penginapan di Jerudong yang mengambil masa 20 minit dari airport.. The Empire Hotel and Country Club..terletak di tepian Laut China Selatan. Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit .Jam 2.15 petang dari KLIA2 dan sampai disana jam 4.45 petang. Tiada perbezaan waktu. Kami mencari-cari teksi untuk ke hotel..mulanya aku memilih untuk menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak hotel..tetapi en.somi berhajat untuk menyewa kereta selama kami disana.
Nilai ringgit yang jauh lebih kecil berbanding dollar brunei..terasa apalah sangat dengan wang kita.. RM 3190 : RB 1000... kan lebih tiga kali ganda ba... dengan bayaran RB 35 seorang wanita (Pemandu teksi) bersetuju menghantar kami ke Daerah Jerudong dimana terletaknya tempat penginapan kami.. " wah mau berbulan madu ke? usik Pn.Lina yang berasal dari Melaka dan telah lama menetap diBrunei kerana berkahwin dengan orang tempatan ...dari segi telo percakapannya pun sudah seakan-akan orang jati brunei...membawa diri katanya setelah putus cinta dengan orang melaka..hehehe..begitulah katanya.. Saya orang sini pun tak pernah ke Empire tu..usik beliau lagi..saya ni pun bukanlah tahu sangat mana hotel yang best di Brunei..cari punya cari, hati saya jatuh cinta dengan keindahan dan kedudukannya..ala-ala Karambunai di Sabah yang pernah saya lawati 5 tahun dulu...memang cantik!!
Pandangan dari depan
warna kuning tiang besar ini dikatakan diperbuat dari emas.
kawasan sekitar EHCC yang sempat diambil
Ternyata memang begitu cantik The Empire Hotel and Country Club ini..terletak ditepi pantai Laut China Selatan..saya memilih SeaView untuk penginapan kami..kami berehat dihotel sahaja pada hari pertama kerana hari sudah beransur gelab dan memesan makanan dari bilik sahaja..
Hari Kedua: Sebelah paginya kami hanya berpelisiran disekitar hotel..luas dan cantik dengan pemandangan yang cukup indah..kolam renang yang terbentang luas...dan pada sebelah petangnya kami menyewa sebuah teksi untuk ke bandar Sri Begawan..kami ke shopping Mall dan ke pasar malam Gadong untuk mencari-cari kelainan juadah asli orang brunei.. RB 1 untuk 4 keping kueh,,sebelum itu kami singgah untuk makan tengahari..menikmati kari ikan masakan orang brunei memang mengasyikkan..memang sedap..dan harga pun berpatutan..dipasar malam gadong saya borong pelbagai jenis kuih yang saya kira tidak terdapat di Malaysia..ada diantara kiuhnya seakan-akan dicampuri sejenis rempah..rasanya agak unik..
shopping compleks yang saya singgah
seolah-olah berada dinegara arab..tulisan jawi dimana-mana..
ke pasar malam gadong
Hari berikutnya..dengan menyewa teksi RB80.00 kami dibawa ke tempat-tempat menarik di Begawan..Kampung Air, Masjid Omar Ali Saifuddin dimana menara masjid ini diperbuat daripada emas dan istana dan shopping mall..sebelum itu kami singgah di Kiulab bagi menikmati makanan tradisi Brunei... AMBUYAT..seakan-akan tepung kanji..dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk..ikan, daging, sayuran ,sambal belacan dan ulam-ulaman.saya memilih ikan ampap..seakan-akan ikan pais dan rendang urat..seakan-akan rendang daging berlemak..sayur campur goreng..dan pelbagai hidangan sampingan..memang lazat dan ada kelainan..di Restoran Aminah Ariff di Kiulab ini saya perhatikan kebanyakan pelanggan yang datang rata-ratanya memesan ambuyat..seperti kata pak supir (francis) seorang china yang fasih berbahasa melayu dan pelat brunei...disinilah hidangan ambuyat yang paling bagus...dengan harga untuk 2 orang sebanyak RB 16.90 sahaja.
ni lah ambuyat...sekenis "kanji" yang dimakan bersama lauk pauk dan ulaman
Kami kekampung air dan menyewa sebuah bot dengan bayaran RB50 bagi 1 jam perjalanan menyusur sungai brunai...melihat kehidupan masyarakat kampung air, mudik kehulu sungai bagi mengintai Monyet Belanda hidung panjang dimana spesis ini hanya terdapat di Borneo...Rezeki kami baik pada hari itu..sekawan monyet belanda dapat kami temui..dan amat menyeramkan bila pemandu bot memberitau,,ada banyak buaya berkeliaran di situ..tetapi belum pernah mengusik manusia..lensa kamera handphone saya dapat menangkap kepala buaya yang timbul dipermukaan sungai...dari arah sungai jelas kelihatan istana Nurul Iman, dan Masjid Omar Ali Saifuddien dengan kilauan cahaya kuning emas di kubahnya..dalam hati saya..betapa kayanya negara jiran saya ini...
seterusnya kami melawat ditempat-tempat menarik disekitar bandar sri begawan...dan pulang lewat petang..
seekor anak buaya yang timbul dipermukaan air
melihat keindahan kampung air
istana Nurul Iman dari arah sg.brunei
Batu timbul ditengah sungai...dikatakan kapal nakhoda ragam yang karam akibat menderhaka kepada ibunya
Keesokkan harinya kami hanya berehat di hotel dan bersiar-siar di pesisir pantai EHCC bagi menikmati keindahan panorama disekitarnya kerana pernerbangan kami jam 4 petang untuk pulang ke semenanjung
Possing dilobby hotel sebelum pulang
Negara kecil yang makmur.
ReplyDeleteNonton film
terima kasih vix
Deletekami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
Deletedan terima kasih banyak kepada MBAH atas nomor togel.nya yang MBAH
berikan 4 angka 7643 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus MBAH.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu MBAH. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan MBAH..
sekali lagi makasih banyak ya MBAH … bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi MBAH BAKARO,,di no ((( 082-333-348-575 )))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Kami Berani Bersumpah Bahwa Ini Kisah Nyata Dari Kami Demih Allah Demi Tuhan.
Cuma mbah bakaro.Yg Bisa Membuktikan Angkanya,
Karna Sudah Banyak Dukun2 Yg Kami Hubungi Tidak Ada Satupun Yg Membawakan Hasil.
Jika Anda Ingin Merasakan Kemenangan Dalam Permainan Angka Togel 2D,3D,4D 5D, 6D,di Jamin Tembus 100%.
Bilah Ada Waktu Silahkan Tlpon MBAH BAKARO .Nomor Hp: : 082-333-348-575-