Dari Kuala Lumpur- Istanbul-Athens dan berakhir di Zagreb
Jam 1135 mlam 9 april 2017 dengan menaiki pesawat Turkish Airline kami dan ahli rombongan berangkat ke negara Balkan..Greece, Albania, Croatia, Montenegro, Mecadonia dan Bosnia Herzegovina
Kami transit sebentar di Istanbul.. Tiba di Istanbul jam 530 pagi ... dalam keadaan kelam kabut kami sempat juga menunai solat subuh dan berlaku sedikit kekalutan kerana penerbangan ke Athens Greece pada jam 735 pagi..kaunter transit begitu ramai ..Alhamdulillah tepat waktunya kami selamat berangkat ke Athens.. Menerusi jendela saya dapati sepanjang perjalanan dari Istanbul ke Athens cukup menarik..merentasi Aegean Sea, dihiasi pulau2 dan pantai2 yang begitu indah. Kami selamat tiba di Athens jam 845 pagi..Disambut mesra oleh Aliph atau sesetengah memanggilnya Casim ( Pemandu Pelancung kami sepanjang tempuh lawatan)..mesra dan peramah... warganegara Turki, Rombongan kami seramai 40 orang jemaah yang kebanyakkannya ahli rombongan yang menyertai lawatan ke Palestine, November tahun lalu... olih itu kebanyakkannya diantara kami sudah agak rapat almaklumlah..trip ke Palestine dahulu pun hampir 10 hari kami mengenali antara satu sama lain.
Bandar Athens Greece yang begitu terkenal dengan kisah silamnya...sejarah penaklukkan Rom dan sukan olympiknya..ternyata bandar ini gah dengan bangunan2 lama dan tinggalan sejarah..kami dibawa melawat ke olympik Stadium of Athen, Zeus Temple, The New Acropolis Muzeum dan melihat2 disekitar bandar Athens. Bandar Athen rata-ratanya tidak begitu membangun dan masih dipenuhi bangunan-bangunan lama. Selesai makan tengahari kami dibawa ke Hotel President untuk berehat dan menyegarkan badan..al maklumlah lebih 24 jam tanpa henti dan berehat sejak bertolak dari Kuala Lumpur. beza waktu disini adalah 5 jam lewat dari waktu di Malaysia.
Arca Pelari Obor Sukan Olimpik
yang dibuat dari kaca
.
shopping di Athens
Ditugu The Man of sparta
day 3: Athens to Kalambaka (Greece)
Usai sarapan pagi,biasalah dinegara serupa ini yang boleh dijamah hanya telor dan roti..menurut Aliph di Greece amat sukar unuk kita mencari makanan halal, kami berangkat ke Kalambaka dalam Negara greece dibahagian utara, Sighseeing yang amat mempersonakan. Bergunung ganang. Disini terdapat 6 buah biara yang setiap satunya dibina di puncak gunung dan kami dibawa melawat kesebuah biara yang dinamakan Meteoron Monastry yang dikatakan biara yang tertinggi, terbesar dan tertua disini. Menurut ceritanya "Monk" diwaktu itu tidak dibenarkan bergaul dengan masyarat sekitar..dianggap begitu suci dan begitu diagungkan...seolah-olah raja yang begitu tinggi darjatnya...kadangkala sebuah biara hanya dihuni oleh seorang sami dan pengikut2nya.
seterusnya dibawa unuk berehat di hotel divani yang terletak berhampiran bukit di Kalambaka ini.
DiBiara tertua, terbesar dan tertinggi di sini
Gambar dibawah: Sempadan Mecadonia
Day 4: Kalambaka (greece)- Ohrid (Macedonia) - Tirana (Albania)
Selepas sarapan pagi kami check out dari hotel ..dan meneruskan perjalanan ke Ohrid (Mecadonia). Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 6 jam..melalui sempadan 3 negara dan urusan immigresen dan disajikan dengan pemandangan yang begitu cantik dan melalui ladang2 gandum,alpapa dan jagung ..Melalui negara Macedonia yang terkenal dengan sejarah Iskandar Dzulkarnain ini..antara tokoh bukan Nabi atau Rasul yang disebut nama didalam Al-Quran yang berasal dari negara ini..tugu Iskandar Dzulkarnain menyambut kedatangan kami..Nama tersebut juga merujuk kepada dua zaman, yang mana Zulkarnain hidup pada masa lampau dan pada masa hadapan yang berhubungkait dengan sejarah beliau membina tembok yang menghalang Yakjuj & Makjuj manakala akan hidup pada masa hadapan memerangi Yakjuj & Makjuj. (Hanya Allah yang Maha Mengetahui). berlatarbelakangkan banjaran gunung yang disaluti salji..dan sesampai di bandar Ohrid kami menikmati makan tengahari yaitu ikan trout bakar dengan sedikit nasi dan perahan lemon..Restoran ini terletak di tepi Tasik Ohrid yang cukup indah..airnya jernih dan kebiru-biruan, Saya ni..sejak peristiwa kembara ke bumi Spain dan Portugal dimana hampir seminggu menghadap roti liat dan sup kekacang membuatkan saya terfikir untuk membawa mini rice cooker dan beras ..berbekalkan daging serunding dan sambal bilis serta kari ayam braim..saya lega dan dapat menikmati makanan seperti berada dinegara sendiri waima rakan-rakan saya pun dapat sama-sama menjamahnya..itulah berkat rezeki..susah senang kami kongsi bersama. selesai makan tengahari kami dibawa melawat ke Cinar Square, Church of st Sophia, Masjid Kologlu dan sempat solat jamak asar dan zuhur..disini saya didenda, dimana pihak masjid tidak membenarkan kami mengambil air sembahyang di ruang terbuka kerana masalah aurat kerana tempat itu untuk laluan kaum lelaki tetapi desakan kawan2 wanita yang sedia memberi perlindungan dari pandangan mata , saya dan sekumpulan jemaah wanita tanpa hirau mengambil wuduk di situ bila saya perhatikan tiada seorang pun lelaki pun berada disitu..sedar2 cermin mata saya pecah akibat kecuaian saya sendiri dan tiada membawa cermin mata spare..saya hilang punca bila semua pandangan saya kabur..dan saya sedar inilah balasan Allah kerana melanggar arahan..Astaghfirullah! saya beristigfar..sejak itu saya seolah berada didalam diri saya sendiri, semua pandangan yang saya tumpukan seolah-olah kabur...disini sempat juga saya membeli sedikit cenderahati walaupun agak mahal. Menjelang maghrib kami menaiki feri menyeberang tasik Ohrid menuju ke Bandar Tirana yang terletak di Albania. Disini saya bermalam di Doro Hotel dan berehat..
pulau kecil inilah yang saya ceritakan..
Day 5: Tirana - Kotor-Budva- Dubronik (Croatia)
Selesai check out hotel kami meneruskan
perjalanan menuju ke Kotor (Montenegro) Disini kami melawat ke Bandar
Kotor..saya begitu teruja pabila saya melihat kaca TV Md Dan kaki jalan yang
singgah dibandar Kotor..nama je kotor tetapi ianya begitu cantik..terletak
ditepi gigian air yang jernih,kehijauan. Cuaca semakin sejuk dan bila hembusan
angin mengenai tubuh..terasa amat sejuk menggigit.Disini beza waktu 6 jam dari
waktu di tanahair.. Kami dibawa melawat Shame wall, Orthodoks square, Major
building dengan catatan sejarahnya yang tersendiri. Saya ketempat Md Dan
bersiar-siar semasa beliau ke bandar Kotor dan nyata sekali apa yang saya alami
memang terserlah keindahannya... kami dibawa kebandar Budva untuk makan
tengahari, juga ikan trout panggang sedikit nasi dan pelbagai jenis sambal
pelbagai perisa dan roti..saya tanpa segan silu mengeluarkan nasi bekalan yang
saya masak dihotel dimana saya menginap..dan tidak lupa juga menjamah makanan
yang dihidangkan..kalau tidak, saya tidak tau hidangan tempatan disitu..usai
makan tengahari di Budva kami meneruskan perjalanan ke Dubrovnik..Sepanjang
perjalanan ke Dubrovnik kami disajikan dengan pemandangan yang amat
indah..menyusuri tepian pantai dengan pantainya yang begitu indah berfjord dan
pelabuhan yang begitu memukau mata..disini kami dibawa melawat dibeberapa
tempat yang menarik di bandar Dubrovnik dan berehart di hotel Adria yang
terletak di tepian pantai..bilik hotel saya mengadap ke pantai dan
pelabuhan..amat indah sekali..sesungguhnya Dubrovnik adalah sebuah bandar dan
tempat yang amat cantik..terletak dipinggiran Laut Adriatik..Airnya yang biru
kehijauan memang sukar dilafazkan dengan kata2..Dubrovnik adalah dihuni oleh
golongan hartawan..malah terdapat sebuah pulau disini terdapat hotel yang
berbintang-bintang..entah berapa starnya dan diberitakan bintang2 sukan
terkenal bercuti dan berkahwin disini...
Seperti biasa kami meneruskan perjalanan ke Pocitelj di Negara Bosnia Herzegovina. kesan-kesan perang bosnia 1991 hingga 1994 masih jelas kelihatan..sepanjang perjalanan saya berada dalam keterujaan melihat pemandangan indah.. dihati saya terguris bila melihat perkampungan musnah oleh bedilan motar dan peluru ,tinggal rangka dan kosong.. disepanjang sungai yang begitu cantik hasil dari cairan salji dan glasiar dipuncak2 gunung menghasilkan satu tadahan yang begitu jernih..kehijauan dan diberitakan air sungai disini boleh diminum begitu sahaja. ianya segar dan bersih. Kami singgah disatu perkampungan ..The Village of Pocitelj yaitu sebuah perkampungan yang ujud sejak zaman pemerintahan Uthmaniyyah di hiasi aliran sungai Neretva disebabkan hujan..aliran sungai begitu melimpah ruah dan memang cantik sekali..walaupun sejuk saya gagahi diri untuk turun dari bas dan membeli sekaki payung bagi menikmati pemandangn sungai Neretva tersebut dan meneruskan perjalanan ke Blagaj, yaitu sebuah perkampungan campuran Turki juga ujud sejak zaman Uthmaniyah lagi..dan disitu terletak restoran2 turki dan kami menikmati makan tengahari disana.. terletak di tepi sungai Buna yang begitu cantik.. kami berjalan kaki agak jauh juga untuk ke restoran tersebut..penat jugaklah..terfikir kepada ahli jemaah yang agak berumur yang rata2 mengalami masalah lutut..kesian juga dihati . usai sahaja saya dan encik somi cepat2 pulang ke bas bagi melepaskan lelah..ramai jemaah pergi melawat biara dervish yang terletak di kaki sebuah gunung dengan deruan air sungai Buna yang jernih dan jelas kelihatan ikan-ikan trout berenang-renang...dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Mostar. Kami dibawa melawat ke Old Town, Koski Mehmet Pasha Mosque, Mostar Bridge dan bermalam ke City Hotel. Melewati bandar dan perkampungan di Bosnia Herzegovina ini membuatkan hati berdetik dan begitu berbangga hidup di Malaysia..aman dan permai..walaupun negara ini cantik diihiasi aliran sungai dan gunung ganang yang memukau..tetapi kesan-kesan peperangan masih jelas kelihatan..perkuburan mangsa-mangsa perang jelas kelihatan.
Mostar Old Bridge merupakan sebuah jambatan lama..terpukau dengan
kunjungan Md Dan kaki jalan membuat hati saya tak sabar2 untuk sampai
kejambatan lama ini..memang unik..jambatan yang agak tinggi melintasi sungai
Neretva dan disana kami disajikan dengan satu "stunt" ..seorang
lelaki tempatan meminta upah dari kami jika beliau melakukan satu terjunan dari
atas jambatan ke bawah dan tanpa takut beliau melakukan adengan stunt
tersebut..memang tinggi gila ..saya yang melihatnya kecut perut. tetapi itulah
kepakarannya bagi mencari rezeki. disini juga terdapat beberapa buah masjid.
Biara dervish di belakang kami..
kesan dari peperangan masih jelas kelihatan
Dari atas old bridge mostar
Day 7&8 : Mostar to Sarajevo
Selesai sarapan pagi ..check out hotel..walapun badan mula merasa letih disebabkan setiap hari check in dan check out hotel..melalui pintu2 immigresen antara negara ke negara dan menghadapi cuaca yang semakin sejuk tapi itulah rutin harian yang terpaksa dilalui bila bermusafir ini. Saya tidak membawa winter coat..disebabkan sebelum bertolak cuaca yang diramalkan tidak perlu untuk kami membawa winter coat..cukup hanya jaket bagi menghadapi cuaca disana..tetapi cuaca seakan-akan berubah..suhu mencecah 6 degrees disini...cukup sejuk bagi kita yang bercuaca iklim tropika ini. Sepanjang jalan dari Mostar ke Sarajevo..tempat2 yang agak teruk semasa perang bosnia dulu masih jelas kelihatan kesan bom dan motar di bangunan..ada yang sudah dibaiki dan ada yang tinggal rontok dan rangka tanpa dihiraukan...rumah2 penduduk yang tinggal timbunan batu bata dan tinggal kosong samada penghuninya terbunuh atau melarikan diri...
Kami juga diberi kesempatan melawat beberapa tempat menarik dibandar Sarajevo dan berehat di hotel Hill City..hotel 5 bintang yang baru saja dirasmikan..memang besar dan cantik hotel tersebut...selama dua malam kami disini melawat kawasan sekitar bandar Sarajevo..Tunnel Museum..keindahan sungai Bosna dan shopping di bazar Bascarsija...merupakan bazaar yang tercantik diEropah.
Usai sarapan pagi kami bertolak ke Travnik ..sebuah bandar dikawasan Bosnia sewaktu pemerintahan Ottoman. Travnik terjejas dengan teruk semasa perang bosnia dulu..kesan2 perang masih jelas kelihatan disini. kami melawat beberapa kesan sejarah semasa empayar Ottoman...dan singgah di Spring Blue water dan terus ke Jajce dimana terdapat air terjun yang cantik yang dipanggil air terjun Plivia..tak tau nak habaq kata orang orang kedah..cantik sesangat..tapi kami tidak turun dipentas dihadapan air terjun tersebut..disebabkan terlalu jauh kebawah..dan kaki pun dah mula sakit2..orang tua katakan..usai lawatan kami berehat di Hotel Emporium di bihac..sebuah pekan kecil yang di bosnia.
Day 10..Bihac- Plitvice- Zagreb
Suhu menurun ke paras 2degrees..Kelmarin saya bertanya pada aliph..pernah kah snow turun disini..sangat jarang katanya..dan saya pun terfikir waktu begini bukan kemuncak musim sejuk..tapi nak dikatakan memang sejuk lah...tiba2 see!! itis snow!! no.. no.. just a snowflakes kata aliph bila hujan mula turun dan agak kasar menghentam cermin bas..hujan lebat turun mencurah-curah bila kami tiba di Taman Negara Plitvice yang terletak didalam Negara Croatia.. Sebelum itu kami menempuh stesen immigresen..Bosnia/crotia dalam cuaca yang sejuk dan berangin bagi tujuan urusan pasport..dah rasa nak demam kata en.somi yang sememangnya alah dengan cuaca begini...jemaah membeli rain coat..dan saya masih mempunyai simpanan payung dan rasanya tak perlu rain coat..tiba2 "sleet" turun semakin lebat..saya melarang en.somi mengikuti kami untuk meneroka tasik Plitvice yang terkenal dengan keindahan air terjunnya. Cuaca semakin sejuk..saya masih tabah dengan keadaan yang semakin "misty" itu...tiba2 kami melonjak keriangan..sleet telah bertukar kepada snow..bak kapas turun dari langit..Snow!!..snow!! yes a real snow..heavy snow!!..al maklumlah sudah beberapa kali saya memburu snow di korea tetapi tidak berjumpa..yang ada ialah longgokan snow yang memutih..di Tokyo kami hanya berpeluang menikmati sleet sahaja...Ya Allah dalam hati saya..Allah dah kabulkan hasrat aku untuk melihat secara live turunnya salji..lebat dan semakin tebal.. Bersyukur kepada Allah yang en. somi tidak ikut bersama..dan beliau serta beberapa orang yang tidak turut serta bila mendapati jarak perjalanan pergi balik lebih kurang 7 kilometer..jadi mereka menghabiskan masa di gerai kopi bagi menghangatkan diri...perjalanan ke bawah semakin cantik dan menarik..air terjun dari segenap penjuru turun memutih..terpana dan terpukau dengan deruan air terjun yang semakin mencurah curah..sana sini kelihatan air terjun..besar kecil dimerata-rata...air tasik yang biru kehijauan jernih dan jelas kelihatan ikan-ikan berenang didalamnya..tidak terasa penat walapun berjalan jauh dan sejuk..setelah itu kami menaiki feri dan menikmati keindahan sekitar tasik..menaiki tangga yang tinggi dan curam..penat dan longgar lutut saya..Tuhan aja yang tahu..dan menaiki train untuk pulang ke tempat bas kami di parking..dan seterusnya menikmati makan tengahari...satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila...indah..ya sungguh indah..satu pengalaman yang belum pernah saya temui walaupun beberapa buah negara dan benua saya terokai...disini menang dahsyat sekali...terlalu cantik!!!
Air terjun yang tertinggi sekali mencecah 78 meter tinggi..Veliki Slap! dan dianggap sebagai syurga dunia..setelah dapat memanaskan badan ketika makan tengahri kami bertolak ke Zagreb bagi melawat Islamic Centre dan sempat solat dimasjid yang ada dikompleks ini dan seterusnya ke Hotel Aristos untuk berehat.
midzi.)
mengopi di bandar Zagreb
Dibandar Zagreb
Day 11 : Zagreb to Istanbul
selepas sarapan pagi dan check out hotel kami meneroka bandar
Zagreb..moden dan cantik banyak juga tempat menarik kami lawati dan makan
tengahari dan solat zuhur/asar di Islamic centre kerana di Zagreb kami sukar
mencari restoran halal kecuali disini..dan jam 4 petang kami bergerak ke
Airport Zagreb untuk berlepas ke Istanbul jam 8.00 malam..dan sampai di
Istanbul jam 11 malam..Mengikut jadual penerbangan Istanbul/Kuala lumpur akan
berlepas jam 150 pagi dan disebabkan delay 5 jam kami hanya berlepas jam 615
pagi. Kami diberi kupon makan percuma..bayangkan 5 jam menunggu kami dapatlah
merebahkan badan di ruangan menunggu sementara menanti waktu 5.30 pagi untuk
boarding..Sabar..itulah nikmat musafir sebenarnya..ujian-ujian yang diberikan
untuk menjadikan kita lebih tabah dan menjadi orang yang sabar..sebab itulah
doa-doa orang musafir ni Allah kabulkan kerana setiap musafir itu pelbagai
ujian dan cabaran kita terima dan pelbagai ragam manusia kita jumpa..ada yang
di ragut..ada yang kena Pickpoket..saya nyaris2..tetapi dilindungi oleh Allah
dari setiap cubaan ..oleh itu janganlah lupa berdoa agar dilindungi dari apa
jua musibah..hasad dengki dari jin dan manusia...
Alhamdulillah pada hari ke 12 perjalanan ini saya dan ahli rombongan selamat tiba di KLIA jam 10 malam yang pada awalnya dijangka tiba jam 455 petang..
"Tiga doa yg sangat mustajab; doa orang yg puasa, doa orang yg dizalimi dan doa orang yg musafir."
(Hadis riwayat Bukhari, Ahmad dan Tir
Didalam Feri cruise di Nasional Park
yang berbaju kelabu ..itu aliph
Inilah sahabat saya yang bersama-sama ke Plestine Nov. lalu
bakal ustazah tu dibelakang kami