Sunday, 28 July 2013

Syawal Kini tak seindah dulu

Hati kini tidak terasa gembira bila lagu-lagu hari raya berkumandang diradio..hati ku kaku dan tidak lagi seperti 2, 3 tahun yang lalu...sekembalinya aku dari solat tarawikh malam tadi sebuah lagu raya berkumandang dicorong radio kereta..en.somi berkata "yang lagu raya yang"..tak da ertinya dah...balas ku..sejak mak tak da semangat balik kampung totally hilang ..pergi bersamanya..last raya dikampung tahun 2011..walaupun aku berstatus IT masa tu..aku masih boleh senyum menatap damainya kampung kelahiran ku..kami adik beradik berkumpul walaupun mak dah terlalu uzur masa tu...
....dulu semasa akhir Ramadhan semangat hendak balik kampung memang tinggi..teruja betul aku menyusun kain baju untuk pulang ke kampung...sememangnya sejak mula berkahwin hingga akhir hayat hubby kami tak pernah bertelagah hendak beraya dimana..walaupun aruah orang Perak...dan aku orang selatan..tapi aruah amat suka beraya dikampung ku..waima setiap cuti sekolah jika tiada program mesyuarat pegawai kanan JKR yang kerap diadakan semasa musim cuti sekolah...(selalunya aku akan turut serta bersama-sama anak-anak..kerana setiap isteri pegawai kanan diwajibkan hadir kerana ada program tersendiri bersama isteri KP)..masa cuti nilah kami sekeluarga akan menatap wajah suci kampung ku.kadangkala hingga seminggu kami dikampung..memang damai..tenang..dan indah sekali..tanah tumpah darah ku..tempat aku dilahirkan dan dibesarkan...kini bila aku pulang..yang aku rasakan ..hanya sebuah kesepian..sejak abang ku pergi tahun 2005, diikuti hubby 2009 dan anak buah kesayangan ku ayong 2011..dan akhir sekali ..mak April 2012..semuanya suram dan terus suram..kampung terus sunyi..tak seindah dulu...tiada lagi gelak tawa anak-anak buah ku..tiada lagi gurau senda adik-adik ku..selalunya kami 3 beradik akan berkumpul bersama-sama..kakak ku jarang sekali join...kerna sudah punya hal tersendiri..so aku, teh dan ucu dan anak-anak masing-masing memeriahkan hari raya..aku , hubby dan maid mengambil tempat untuk memasak juadah...adik-adik mengemas dan menghias rumah..mak akan tersenyum puas bila melihat kami adik-beradik dan anak beranak tidur berselarakan..dan makan bersaprah panjang...indahnya waktu itu...kini tidak akan berulang lagi buat selama-lamanya...kampung ku tinggal kenangan..rumah tinggalan mak juga tinggal usang..terbayang-bayang dimata mak akan tersenyum menyambut kepulangan kami..dan yang paling aku rindu ialah nasi goreng mak...walaupun aku tidak dibesarkan olehnya..tapi nikmat panggilan seorang ibu..cukup indah..setelah kepergiannya baru aku tahu..keindahan itu tak dapat ku gamit lagi..tapi aku puas.... aku dapat berkhidmat untuknya..dari segi wang ringgit dan kasih sayang...sejak ayah pergi mekah dan tak pulang-pulang hingga kini sejak 1989 mak banyak menghabiskan sisa hidupnya dengan aku..dan yang memberi kesan dihati saat-saat akhir mak aku tak dapat menjaganya kerna aku bertugas dan kesibukan waktu kerna terpaksa berulang alik kerumah en.somi...mak aku hantar kerumah kakak...
.......kini semuanya pergi ...aku pulak mengambil tempat mak..tempat anak-anak berkumpul...dan aku bersyukur punyai anak-anak yang menyayangi aku..disini dan disana...dan punya seorang suami yang penyayang yang sedia berkongsi kesedihan hati...cuma kadangkala kenangan silam menghantui aku...membuat aku menangis ...entah bila kerinduan ini akan pergi...entahlah

Monday, 8 July 2013

Ramadhan datang lagi


Ramadhan datang lagi...diawalnya adalah dipenuhi Rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan di akhirnya adalah perlepasan dari api neraka...Bagi mereka yang tidak  mempunyai beban dosa, sejak awal Ramadhan hujan rahmat dan nikmat akan datang mencurah-curah, bagi pendosa-pendosa kecil jika berpuasa sebagai imbuhannya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya dan bagi mereka yang banyak mempunyai dosa setelah sabar menjalani ibadah puasa mereka akan dilepaskan dari api neraka..begitulah cantiknya Ramadhan bagi mereka yang sentiasa rindu dan menanti-nanti akan kedatangannya...
..sejak kecil aku diasuh tentang berpuasa..tahan ke tak tahan ke ibadah ini tetap aku lalui..juga aku didik anak-anak ku sejak berusia 5 tahun lagi supaya mengenal apa itu puasa..sedikit imbuhan bagi mereka-mereka yang penuh sebulan bagi mengembirakan hati mereka..apa jua yang mereka teringin untuk makan dibulan ini,  akan aku tunaikan walau penat sekali pun...
..Nasi adalah menu utama keluarga kami..sejak kecil hingga aku berumah tangga itulah menu utama kami..berkahwin berlainan bangsa dan negeri tetapi sama citarasa..aku akan memasaknya sendiri setelah pulang dari pejabat..seboleh-bolehnya aku ingin cepat pulang..selalunya hubby akan menolong apa yang patut sekiranya pulang awal..tetapi sejak akhir-akhir hayatnya kesibukkan tugas membataskannya untuk sama-sama kedapur...selalu dia tidak cerewet tentang apa yang aku sediakan...baginya sedap belaka juga anak-anak ..bagi aku, lebih suka berbuka dengan apa jua jenis mee dan sedikit pengat..biasanya selepas menunaikan solat tarawikh hubby akan menikmati juadah sampingan ini...bagi anak-anak ku..selepas sahaja berbuka, semua dah jadi ular sawa..kekenyangan...
...Ramadhan 2009 adalah Ramadhan terakhir buat hubby..walaupun berulang ketempat kerja yang agak jauh, sebagai orang kedua kuat di pejabatnya di Ipoh dan dinegeri Perak khasnya..sementara aku bertugas di Teluk Intan dia setiap hari berulang alik.. jika sebelum ini dalam seminggu selama dua malam beliau menumpang tidur dirumah kakaknya di Ipoh, tapi sepanjang Ramdhan itu dia mahu berbuka puasa dengan ku..setiap hari tanpa mengenal penat lelah pasti sebelum berbuka dia akan muncul didepan pintu dan selepas bersahur akan ketempat kerja semula..rupanya kenangan itu amat meninggalkan kesan dihati ini hingga kini..yalah waktu itu aku hanya bersama sikecil dan seorang pembantu rumah..anak-anak yang lain semua menuntut dan bertugas di luar....
..aku ni seorang yang agak penakut..setiap kali bangun sahur untuk menyediakan juadah mesti ada peneman..hubbylah yang sentiasa setia disisi walaupun hanya mampu tidur diatas kerusi malas diruang dapur rumah ku...dikala hujung minggu biasanya anak-anak ku akan pulang kecuali yang kedua bungsu dimana beliau menuntut jauh di langkawi...biasanya waktu-waktu begini, aku akan memasak lain dari yang lain..special!!aku memang suka memasak dan selalunya jiran-jiran tetangga tidak pernah aku lupakan..kemana pun aku pergi.. jiran tetangga akan merasa air tangan ku...dengan itu ukhwah antara kami cukup rapat hatta pernah berjiran dengan bangsa cina tetapi perhubungan kami begitu kukuh..itulah hikmahnya jika kita rengan mulut dan rajin menghulur..biasalah dah memberi pasti menerima..hikmah namanya tu..
...kini semuanya hanya tinggal kenangan..jauh aku tinggalkan mereka, demi sebuah keluarga yang aku bina..kesunyian hidup dan status sebagai IT membuatkan aku mengambil langkah memulakan hidup baru...jauh aku tinggalkan anak-anak tercinta..dan aku tahu mereka memahami ku..kerana mereka semua anak yang baik dan memahami kesunyian hati ini..kerana sejak dulu lagi aku bergantung penuh pada seorang lelaki..kepergiannya membuat aku rebah dan tiada tempat berpaut...
.....Ramdhan kali ini aku harap bukanlah Ramadhan terakhir buat kami..kini sebagai suri rumah sepenuh masa aku berharap dapat menunaikan solat terawikh.bertadarus al-quran..seperti tahun lalu yang diimami oleh suami ku sendiri...dan  10 malam terakhir kami menyambut dan mencari malam lailatulqadar dengan solat-solat sunat selepas jam 4 pagi secara berjemaah disurau...dapat lagi aku rasakan betapa nikmatnya..dan aku mohon Ya Allah berikan aku semangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini..dan jika ditakdirkan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat ku...aku telah bersedia ya Allah...kerana aku datang dari Mu dan aku sedia untuk pulang kepada Mu...

Roh Di Bulan Ramadan



Tidak berjumpa dengan nas shahih yang menunjukkan bahawa roh akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan. Ada beberapa pendapat berkenaan dengan kepulangan roh ke bumi ini

1. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak berguna lagi padanya [Fataawa Muasyarah, 1/70]. Pada hakikatnya, roh berada suatu alam yang dinamakan alam barzakh yang sudah tentu penghidupannya sangat berbeza. Sheikh Walid al-Firyaan mengatakan bahawa alam barzakh adalah jangka waktu diantara kematian seseorang dan Hari Kiamat.
Bagi Roh orang yang beriman, ia akan menerima balasan yang baik di alam barzakh. Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. Sebagaimana sabda Nabi :saw:-
Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka"
Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali. Kekesanan Alam Dunia kepada Alam Roh adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith sahih iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermunafaat dan anak yang soleh yang mendo'akannya. Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memunafaatkan diri mereka.

2. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

3. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Orang yang telah meninggal dunia, rohnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali ke rahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."
Ayat al-Quran lain ada menyebut, "Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan roh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kononnya diambil daripada orang yang telah mati.Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."


Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.

Monday, 6 May 2013

bila terkenang masa lalu.....





Hati..sekeping hati yang tidak bisa berbohong..hati juga mengundang rasa suka duka yang kadang kala kita sendiri sukar untuk menepisnya..dia datang secara tiba-tiba....ya tiba-tiba.....

.............langit petang yang kemerah-merahan...mentari mula menyembunyikan diri untuk menerangi benua disebelah sana..meninggalkan kita dalam kelam suram dan bakal ditatapi lagi esok hari...tiba-tiba sayu dan sendu hati tanpa dipinta..menyelinap dan menyelusup disegenap urat nadi..menggerakkan hati untuk menangis..mengimbau kenangan silam yang telah pergi satu persatu...entah mengapa dikala ini..waktu begini membuatkan aku kaku..beku..pilu dan tanpa disedari air mata keluar tanpa diundang...sungguh pedih bak dihiris belati tajam..jiwa ku kesepian...

...masa yang telah pergi membawa sekali kenangan silam yang penuh suka duka..jika dapat ku undur kembali alangkah indahnya..dulu anak-anak ku masih kecil, hidup penuh dengan kenangan manis..riuh rendah dengan gurauan senda dan jerit pekik sesama sendiri...aku kalut mana nak uruskan rumah, menguruskan mereka kesekolah, sebagai penjawat awam dan juga suri rumah walaupun ada pembantu tapi aku lebih suka jika urusan anak-anak dan urusan rumah tangga diurus sendiri...mempunyai kedudukan yang agak tinggi dalam masyarakat sekitar membuatkan aku rasa kehidupan ini sangat bermakna...kini semua telah pergi meninggalkan aku....

..aku masih syukur diberi peluang sekali lagi oleh Tuhan bagi mengecap sebuah kehidupan yang penuh dengan kasih sayang...diberi peluang punyai seorang suami yang amat menyayangi ku..seorang suami yang membuatkan aku cukup bahagia... dan memenuhi apa juga impian..kemewahan..kasih sayang dan apa jua...tapi....hati aku masih kosong...aku tinggalkan jauh anak-anak yang aku sayangi demi hidup ini...aku tinggalkan segalanya...sebuah kehidupan dulu hancur setelah perginya dia buat selama-lamanya dalam hidup aku...aku ibarat sebuah pelita yang tiba-tiba padam.. tanpa haluan..hilang punca..hilang segalanya..terasa gelap dunia dan aku turut tersungkur bersamanya..bangun demi anak-anak yang masih memerlukan aku...betapa indah kehidupan dahulu...mungkin Allah bagi ujian ini untuk aku memuhasabah diri bahawa kemewahan, pangkat bukan milik kami..itu milikNya..tapi dulu..aku tidak pernah bangga atau megah..malah aku didik anak-anak ku supaya hidup sentiasa merendah diri dan jangan sesekali berlanggak sombong bila kita berada didalam rumah yang besar, berkereta mewah dan disanjung oleh masyarakat...itu lah aku....seorang gadis kampung yang tahu asal usul ku..kini juga..aku masih yang sama.

...langit petang mula menampakkan warna jingga ....hati bagaikan diguris lagi..kenangan hitam satu persatu menerjah diruang hati ku..rindu pada mereka- mereka yang telah pergi........sebak!!!!
...dikegelapan malam bisikan itu menerjah kembali..satu..satu...air mata mula mengalir tanpa diundang...entahlah akhir-akhir ini aku begitu lemah..dari dulu aku lebih suka meladeninya secari sendirian..kerana akhirnya ketenangan akan aku perolehi setelah menangis..bohong jika aku tidak merindui aruah walaupun ada pengganti...mak..ayong..aruah abang yang banyak mempengaruhi emosi aku kini..mereka semua hilang satu persatu didepan mata aku..semuanya aku sayang..tapi aku akur Tuhan lebih menyayangi mereka...aku tahu Allah hanya memberi pinjam mereka semua dalam hidup aku dan sampai masanya diambilNya kembali..

Ya Allah..Ya Rahman ..Ya Rahim...panjangkan usia anak- anak dan cucu ku..jauhkan kami dari segala bala bencana dan dugaan berat yang telah diberikan dulu...tak sanggup rasanya untuk ku tanggung..dan jika boleh biarlah aku yang pergi dulu ...Amin Ya Rabbalalamin...


Thursday, 11 April 2013

Mak Aii..aku dah gemuk!!!


Masalah Obesiti dan Kegemukan dikalangan Rakyat Malaysia


masalah obesiti
Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti (kegemukan) dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Lihat saja disekeliling, pasti akan terlihat mereka yang alami masalah obesiti atau kegemukan. Apakah punca masalah ini?
Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.

Punca Obesiti dan Kegemukan

Jika kita menyelami punca sebenar berlakunya obesiti atau kegemukan dikalangan rakyat Malaysia, terlalu banyak sebab musababnya. Semuanya menjurus ke arah gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat. Misalnya :-
  • Lambakan makanan. Malaysia syurga makanan.
  • Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat.
  • Kurang senaman dan penjagaan kesihatan.
  • Faktor Genetik dan Persekitaran.

Malaysia Syurga Makanan

Tidak dinafikan Malaysia terkenal dengan jolokan Syurga Makanan. Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia. Namun, lambakan makanan seperti ini mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah obesiti dan kegemukan.
syurga makananRakyat kita ramai yang tidak berpantang atau memilih dalam soal makan. Pantang jumpa atau berpeluang mencuba resepi baru, pasti ingin dicuba dan dirasa. Tambahan pula dengan restoran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Jika di negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan. Begitu sinis dan mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat

Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti.
Tak perlu susah-susah, lihat saja disekeliling kita, anak-anak kita, malah kita sendiri. Bukankah ramai antara kita kini yang turut mengamalkan gaya hidup seperti ini sekarang? Lebih-lebih lagi dengan kehadiran teknologi moden dan canggih yang pelbagai. Dunia bagaikan di hujung jari.
life vs technology
Manusia vs Teknologi

Senaman dan Penjagaan Kesihatan

Makan melebihi keperluan dah satu hal, ditambah pula dengan kekurangan bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Pelbagai alasan diberikan bila diminta bersenam dan menjaga kesihatan. Penat, kesibukan dan ketiadaan masa sering dijadikan alasan.
Bila berat badan dah naik, mula risau dan stress. Akibatnya, amalkan pula diet yang tidak sihat untuk cepat kurus. Pantang terlihat iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh, pasti ingin dicubanya. Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan.
Metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting walaupun adakalanya dirasakan begitu menyeksakan. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Faktor Genetik dan Persekitaran

Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.. Pasti anda juga pernah terlihat bukan? Keluarga yang boleh dikatakan majoritinya gemuk atau obes. Biarpun masalah kegemukan atau obes ini adakalanya dikaitkan dengan faktor genetik dan persekitaran, tapi sebenarnya masih boleh diatasi jika kita bijak mengawal pemikiran kita dan menyedari kesannya terhadap kesihatan.
kategori berat
Anda kategori berat yang mana?

Obesiti dan Risikonya terhadap Kesihatan

Obesiti boleh memberikan ancaman serius terhadap kesihatan. Jika tidak ditangani dengan serius, ianya boleh melahirkan masyarakat yang tidak sihat. Risiko obesiti tidak memilih peringkat umur malah seawal umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya akan membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.
Walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.
Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat.

Saturday, 5 January 2013

Cerpen:dipenghujung kehidupan..


Terfikir dibenak ku berapa lama lagi usia yang tinggal..urat-urat tangan kian kelihatan..dulu tangan itu mulus ,lembut dan kini sebaliknya..
Ku usapi tangan yang telah banyak berjasa ini...sejak aku dilahirkan hingga aku telah melahirkan dan hingga kini tangan ini tidak pernah mengenal erti penat..tangan inilah yang pernah membelai aku, tangan inilah yang pernah membasuh punggungku, menyisir rambut dan menyuap makanan ke mulut ku dan tangan itu juga pernah memukulku demi mengajar aku erti kehidupan sebenar jika aku buat salah...seingat aku setelah aku berkahwin dan punya keluarga sendiri tangan ini jugalah yang saban hari membuat nasi goreng kampung dan cekodok untuk sarapan pagi kami setiap kali kami pulang bercuti kekampung..pagi ini tiba-tiba aku teringat akan nasi goreng kampung resepi mak..
.....sesekali kenangan itu mengusik hati dan perasaan ku..mak! keluh ku perlahan semasa jemari ku ligat menumbuk cili kering untuk  nasi goreng kampung resepi emak...aku sudah tidak berpeluang memanggil nama itu lagi......kini aku mengambil tempat mak dan meneruskan sisa-sisa usia entah bila penghujungnya...aku perhatikan setiap sudut tangan ku...urat-urat mula timbul tanda dia telah letih menjalan tugas sebagai seorang suri dan ibu pada anak-anak..aku tidak pernah kesal kerana itu adalah putaran alam sejak azali lagi.
Tapi kini anak-anak tidak seperti kami dulu-dulu..segarang mana pun seorang mak, kami tetap menghormati mak...tidak pernah berdendam dan tiada niat untuk memusuhi mak walaupun apa jua yang telah mak lakukan pada kami..bila mak dah tua, mak menjadi seorang yang cukup lembut dan memahami kami adik beradik..kalau diingatkan balik sebak jua rasanya..mak penat mencari nafkah untuk perut kami..mak penat..sebab itu jika sedikit sahaja kesalahan kami pasti tali pinggang hijau bapak atau apa jua hinggap dibelakang kami...bercucuran air mata menanggung sakit..tapi sedikit pun tidak memberi impak pada kami..mak tetap kami rindui..rindu untuk pulang kepangkuan mak dan merasa asam pedas air tangan mak..setiap bulan kami tidak pernah lupa menghantar sedikit habuan buat mak..kami mahu mak selesa..
...entah mengapa dua tiga hari ini hati bagai diruntun sayu..satu persatu kenangan bersama anak-anak ku datang silih berganti..sejak along lahir hingga sibungsu..mendidik anak banyak ditanggung dibahu ini..aku agak tegas dalam mendidik anak-anak ku..walaupun aku bertugas di pejabat seharian tapi aku masih mampu menjadi guru pada mereka...jika mereka salah atau nakal akan ku denda.aku mahu anak-anak ku menjadi orang yang berguna ..kasih dan sayang aku pada mereka tidak pernah pudar..tetap utuh hingga ke penghujung usia ku...tadi anak bungsu ku mengusap tangan ini dan kata ku padanya...adik! tangan mak ini banyak berjasa pada adik...sejak adik lahir hingga kini..tangan inilah yang pernah membasuh punggung adik, memandikan adik, menyisir rambut adik memakaikan pakaian adik, menyuap makanan ke mulut adik dan memasakkan makanan untuk keluarga..dan tangan ini juga yang pernah memukul adik jika adik buat salah..tapi adik patut bangga hasil didikan mak adik berjaya ditahap ini..adik jadi seorang anak yang baik dan mendengar cakap mak..sayu dan sebak bila kata-kata itu keluar dari mulut aku..tiba-tiba aku teringatkan mak..kerana penghujung hayatnya aku tak berpeluang mencium tangan layunya..
tapi apalah sangat panggilan mak pada anak-anak zaman sekarang..ada yang sanggup membenci mak, malah sanggup membunuh mak dan sebagainya demi kepuasan diri sendiri..


Thursday, 1 November 2012

Catatan ke Tanjong Piai..The Southern Most Tip of Mainland Asia



Dari dulu lagi aku ingin sangat untuk mengunjungi tanah penghujung paling selatan tanah besar Asia ini tapi tidak kesampaian..tiba-tiba En.Somi membuka mulut mengajak aku melawat tempat tersebut..apa lagi  kecil tapak tangan tangan besar lagi padang bola aku menyahut ajakannya..yesss!!!
Bertolak dari Bandar Batu Pahat dalam jam 10.00 pagi..selesai sarapan pagi kami pun bertolak kesana..melalui Pekan Rengit, Benut sebelum sampai ke bandar Pontian...lama sungguh aku tidak kesini..asyik-asyik ke sebelah utara... tak jengah keselatan dah...aku lihat bandar Benut berubah sama sekali begitu juga Pontian..hampir 2 1/2 jam menaiki kereta kami pun sampailah ke Tanjong Piai..memasuki daerah ini seolah-olah berada di daerah Sungai Besar, Selangor..apa tidaknya melalui kampong-kampong melayu..kami terus ke chalet yang terletak di tepi laut ala-ala D'Muara di Sg.Hj.Dorani, Sungai Besar tu..nak tidor sini ke yang?En.somi membuka mulut..mestilah..dah sampaikan? balas aku...nasib kami agak kurang baik..penjaga chalet memberitahu semua bilik telah penuh...ada  2 kumpulan telah menghuni chalet-chalet tersebut..antaranya dari MRSM..satu lagi entah dari mana aku tak berapa ingat...En.Somi dengan muka 20sen memohon takkan satu pun tak da kosong?nasib menyebelahi kami, setelah disemak masih ada 2 lagi bilik kosong..dan dapatlah kami bermalam disana..rezeki katakan!...tapi tidak menghadap ke laut..cuma menghadap kemuara sungai ..takpalah! bisik aku pada En.Somi yang tersengeh-sengeh melihat gelagat aku yang keriangan kerana masih ada bilik kosong...yang seronoknya aku lihat banyak kapal-kapal dagang yang besar sedang berbaris menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Tanjong Pelepas yang tidak jauh dari titik selatan ini..


setelah menikmati makan tengahari yang agak melucukan..apa taknya..aku meminta untuk sepinggan nasi goreng kampong sais s yang aku kira separuh sahaja..(aku ni mana pernah makan habis..badan je nak naik) dan en.somi meminta sais m dan sotong goreng pedas...sekali datang..ha! ambik kau! satu pinggan hidang..hahaha untuk 4 orang makan...nak tak nak terima aja lah..dan terpaksa bungkus lebihan nasi goreng cina untuk dibawa ke bilik..manalah tau bila kelaparan nanti ada gak rezeki yang nak di soru...
Keadaan bilik dichalet agak sederhana dengan bayaran (untuk kakitangan kerajaan) sebanyak RM 225 semalam dan lengkap dengan kemudahan seperti hotel-hotel biasa. Setelah berehat En.Somi mengajak aku melihat titik paling selatan tersebut..tidak jauh dari chalet tempat kami menginap..tapi kalau nak jalan kaki mahu keluar peluh jantan dibuatnya..nasib baik boleh menaiki kereta..apa lagi kami pun posinglah kat batu tanda titik paling selatan tu.....mak aii!
untuk melihat taman alam disitu kami dikenakan tiket sebanyak RM 5.00 seorang..penyusuri pelantar yang disediakan..Dikiri dan kanan menghala titik penghujung benua ini dipenuhi oleh hutan-hutan bakau yang berbagai spesis..cantik!..betapa indahnya alam ciptaan Tuhan ini bisik hati aku..en.somi sempat menerangkan sedikit sebanyak pengetahuan am tentang apa yang kami lihat..


Kami terus menyusuri laluan tersebut..kira-kira 1km untuk sampai ke titik selatan tersebut..walaupun agak jauh tidak pulak terasa penat..air ketika itu agak surut..sedih hati aku melihatkan banyak anak-anak pokok bakau dan ekosistemnya yang musnah akibat tumpahan minyak dari kapal-kapal dagang yang tidak bertanggungjawab dan sayangkan alam sekitar dan usaha menanam semula pokok bakau sedang giat diusahakan disamping itu guni-guni pasir sebagai benteng diletakkan dipesisir pantai untuk menahan ombak..dan akhirnya aku sampai jua kepenghujung...disebelah kanan berbalam-balam kepulauan Indonesia, kepulauan karimon rasanya..dulu aku pernah sampai kesana melalui jeti Kukup..hahaha...satu mimpi ngeri bila feri kami dilambung ombak tinggi..rata-rata teman-teman aku muntah kuning akibat dari itu..dan disebelah kiri pula kelihatan Pulau Singapura..


setelah itu kami terus menyusuri laluan untuk kembali tetapi mengikut jalan yang berlainan..disini pelbagai spesis siput dapat dilihat dengan jelas...besar-besar belaka...udara agak panas..menurut en.somi pohon-pohan bakau merupakan penahan angin  sebab itulah berada dibawah rimbunanannya badan terasa panas..kerana tiada angin langsung...tapi keseronokan membuat aku lupa kepada peluh yang mulai menyimbah seluruh badan..






hampir senja kami sampai ke pengkalan dan bertolak balik ke chalet..malam tu kami menikmati makanan laut..ketam goreng berlada disana sungguh sedap dan harga makanan pun kira oklah...aku tersenyum puas pada en.somi yang dari tadi memerhatikan aku meratah ketam goreng cili tanpa memandang orang sekeliling!!yang seronoknya ditengah laut terang benderang seolah-olah satu bandar besar ada disitu bila kapal-kapal dagang yang berderetan mulai membuka lampu-lampu bila menjelang malam..



Wednesday, 31 October 2012

Hati Terusik lagi


Sehari sebelum hariraya haji kelmarin aku dikejutkan lagi dengan pemergian umi...seorang wanita jika ku renung kedalam matanya penuh sifat-sifat kewanitaan, kelembutan dan agak warak..dari dulu aku amat mengkagumi wanita ini...semua memanggilnya umi waima cucu-cucunya..kepergiannya dalam usia yang muda..akibat kancer usus membuat aku merenung nasib diri..rasa semalam aku berbual bersamanya..seingat aku kali terakhir dia bertandang kerumah aku di DK, Jun lepas semasa hari jadi aimi dan alis..dia masih boleh makan walaupun badannya semakin menyusut..dia amat menggemari daging dendeng dan sambal goreng jawa yang aku masak..penghijrahan aku ke BP mengikut suami tercinta, along pula mengambil tempat aku bila dia ingin merasa masakan ini..anak ku ini banyak mewarisi aku dari segi memasak..dan sifat penyayang dan bertanggung jawab pada adik-adik..sekiranya aku tiada lagi..dialah yang bakal menjadi tempat bergantung adik-adik ..itu harapan aku.
Umi..bila pengkhabaran dari along ku terima mengatakan umi mulai nazak, aku dan En.Somi bergegas pulang ke KL..petang itu aku mengajak khairul pergi melawat umi..sengaja aku membiarkan En.Somi berehat di rumah..seboleh-bolehnya aku tak mahu dia melihat umi kerana aku tak tergamak mengguris hati dan perasaannya kerana peristiwa umi pernah dilalui dan dirasainya..aku pergi sendirian..masa tu umi masih mengenali aku dan menggenggam jemari ku..sebak! air mata ku mulai mengalir tanpa diundang bila aku lihat umi begitu kurus dan  menderita kesakitan..tapi aku bangga umi cukup diberi perhatian oleh anak-anaknya..lusanya aku ke baling kedah kerana majlis graduasi puteri bungsu ku tersayang...aku bangga kerana anak ku ini berkedudukan agak baik di MRSM itu walaupun dia seorang gadis yang amat manja dan telah menjadi yatim ketika usia 12 tahun..beban yang ku galas membesarkan dia dan husaini yang masih dikategorikan "anak yatim" aku redho dengan ketentuan itu..kini aku bahagia bersama suami tercinta.berkongsi apa saja..malah dia dapat menerima anak-anak aku dengan baik..
Rabu..walaupun penat hati aku tergerak untuk melawat umi kerana esok aku akan pulang untuk menyabut Eidul Adha bersama suami tersayang..En.Somi berpesan agar aku membacakan surah yassin disisinya dan mentalkinkannya..aku berdoa padaNya agar penyeksaan umi cukup setakat ini sahaja dan jika boleh sembuh..sembuhkanlah dia..aku usap kepala shaufik dan berpesan..jika sayangkan mak, jangan tinggalkannya" sentiasa mengingatkannya pada Allah..bila aku lihat umi mulai nazak..aku renung hujung kakinya..menunduk..hidung juga melayu dan disisi dahi sebelah alis mata agak melekok..aku pegang kaki umi..sejuk..dan semakin menaik dan menaik..tapi ajal adalah urusan Allah..kita tak dapat menjangkanya..
Sesampai aja aku dirumah..aku dikhabarkan umi dah tiada..kembali kepada SiPencita..mengikut jejak aruah suaminya..kesian shaufik yatim piatu dia...aku dapat menyelami hatinya..begitu sedih kerana dia begitu rapat dengan uminya..
Esok aku bergegas ke rumah umi dan ku dapati jenazahnya sedang diuruskan di surau ..aku tidak peduli apa adik beradik umi nak cakap..aku rempuh masuk untuk sama-sama memandikan jenazah umi..khidmat aku yang terakhir kepada wanita mulia ini..dan turut menghantarnya ke tempat persemadiannya sebelum bertolak balik.
sampai saat ini aku masih tidak percaya umi dah tak da..wanita ini memang aku kagumi..tabah, kuat semangat waima ketika saat getirnya dia tidak pernah mengeluh sakit..dia pasrah...Tuhan sengaja memberi umi sakit untuk membersihkan segala dosa-dosa lalu dan diambilnya ketika dia dah bersih..menurut along umi kerap menanyakan bila hari wukuf..rupa-rupa umi seolah-olah tahu pada hari tersebut dia akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini..Al-Fatihah!

Tuesday, 16 October 2012

aku sakit gigi......!!!



Dua tiga hari ni gigi aku sakit berdenyut-denyut..Tuhan aja yang tahu..dah lah hati aku ni libang libu..yan anak ku sakit di KL dan mak siopit juga sakit..aku pulak selalu dihantui mimpi-mimpi yang menyedihkan...tak faham pulak aku mengapa jadi begini....sedangkan en.somi begitu mengambil berat dan amat menyayangi aku....tapi dalam jiwa ini macam ada yang tak kena..segala mood aku hilang..nak makan pun tak da selera!!
Dah lama aku tak sakit gigi...Rasa sampai ke jantung sakitnya..gigi geraham pulak tu..masa aku makan KFC tu hari aku tergigit tulang ayam dan terkopak sedikit..aku ni bila cakap pasal gigi memang aku cukup jaga..selain memberus aku suka berkumur dengan listerin..dan semasa di KL dulu aku selalu ke dentish..bila kat sini dah tak aku buat lagi even facial pun aku tinggalkan..jeragat dimuka semakin manja nampaknya...
Teringat zaman dulu-dulu bila aku sakit gigi..aku akan selalu mengadu dengan mak dan mak akan ubatkan dengan sejenis getah tumbuhan..entah aku sendiri pun lupa apakebenda nama pokok tu..pasti hilang sakit gigi...
pernah aku menangis depan aruah hubby bila gigi bungsu aku tumbuh senget dan sakitnya tak tau nak habak..melekap aku kat dadanya..(macam budak kecik) kerana tak tahan sakit..makan pain killer pun masa tu tak lut..aruah pergi kekedai sinseh cina dan belikan ubat..bila dah hilang sakit aku pun menamatkan riwayat gigi tersebut..kolu dah dia dan azab sakitnya pun hilang...
 Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan? Nak bercakap pon jadi malas sebab sibuk tahan sakit. Bila ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampor je kat muka orang tu. Haihh.. 
Doktor cakap kalau gigi tengah sakit tak boleh cabut. Bahaya! Ni tengah tunggu sakit gigi hilang la ni. Dok sumbat bunga cengkih dalam gigi yang terkopak tu, kumur air garam, kumur dengan Listerine. Nanti dah tak sakit, bila pergi melawat doktor kat klinik gigi boleh suruh dia cabut terus. Sakit hilang.. Gigi pon hilang.. Haha.. Kenapa tak boleh cabut bila gigi tengah sakit? Sape tau? Kalau ikutkan hati, nak je aku tarik gigi ni dengan playar.
Yang paling tak tahan, sakit gigi ni biasanya datang tengah-tengah malam. Kalau sakit sangat, tengah malam mana ada klinik bukak. So terpaksa tanggung sakit sampai ke pagi dan yang tak lalunya terpaksa makan macam ular..telan aja..bila terantuk ja kat gigi tu pasti berdenyut balik..hiii sakitnya...Termasuk hari ni, dah 3 hari aku kurang tidur sebab sakit gigi. Paling lama pun tidur 2 jam je. Jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak menanggung sakit macam aku ni. Huk huk..

ni ada petua/pemuda yang boleh diguna pakai..aku pun belum pernah cuba..
Petua mencegah sakit gigi:
Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri disukai ramai.

Tuesday, 4 September 2012

Mulut Berbau?


Jom dengar ini sherita..semalam bila teman ke kedai..adalah seorang kakak tu bercakap dengan teman..perghhh..bau mulut dia tak tau teman nak sherita..punyalah busuk..mau terloya teman..mak tuan..nak jaga hati dia punya pasal,rasa dah naik julin mata teman menahan bau tersebut..kesian kat suami dia ya..



Nafas berbau agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya orang menjauhkan diri dari kita semasa bercakap, ia mungkin menandakan nafas kita berbau.

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi  untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

Apa yang menyebabkan nafas berbau?
Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulutTerdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.

Bagaimanakah untuk menjadikan nafas kalian berbau segar?

1. Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehariSelain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3. Jangan merokok

4. Berus lidah semasa memberus gigi

5. Amalkan diet yang seimbang

6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

7. Rawatan asas seperti “scaling” dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau

bagi teman selain dari diatas tu amalkan berkumur-kumur dengan cecair listerine..selain dari nafas rasa segar dan cepat bertindak...ok!! 

Tip nak diet...


Rasanya semakin hari semakin berisi badan teman ni..malam atau selepas balik koje je en.somi pasti ajak round bandar dan "mematuk"..hehehe..dia oklah badan kecik molek..teman ni cepat sangat naik badan..yalah semenjak dua menjak ni..hati teman senang, tido cukup, apa nak aja dapat.. dipenuhi dengan kasih sayang dan gurau senda..en.somi tu kan penghibur setia teman..ada aja idea nak menyakat dan mengusik teman..terpekik terlolong lah teman bila di sergah ke..atau menakutkan teman..teman dah lah sinonim dengan sifat penakut..hisss mau gugur jantung teman dibuatnya..
Teman cuba amalkan diet ni..nampak ada perubahan...nak cuba? Jom..




1. Minum air masak yang banyak. 

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. 

2. Makan perlahan-lahan. 

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. 

3. Kurangkan garam dalam makanan. 

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. 

4. Makan makanan yang penuh serat. 

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini. 

5. Kesan pengambilan ubat. 

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit. 

6. Hindari sembelit. 

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. 

7. Lakukan senaman atau bersukan. 

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


1-6 tu teman bolehlah...tapi yang no.7 ni ada malas sikit...penat!!!

my besday


Sep.2..ahad..ia datang lagi buat sekian kali..setahun lagi usia ku menapak dan ini bermakna setahun lagi usia ku berkurang..Usia bagi ku adalah satu garisan dari titik mula menuju ke titik akhir...dan disitu penamat kehidupan...
Aku benar-benar keletihan mana taknya menempuh 5 jam perjalanan dari kuantan ..sempat jugak kami picnic dicerating bersama ipar duai..rata-rata aku amat senang dengan mereka ..mereka dapat menerima aku dalam keluarga ini...selain sifat hormat mereka kepada aku...mungkin status en.somi dalam keluarga mereka..dan terus terang aku senang dengan mereka...keletihan menyebabkan aku lena awal sekitar jam 10.30 malam...aku bermimpi aruah hubby datang membawa sekuali besar lauk daging..nampak amat sedap macam inti kebab..ada bawang besar, tomato dan daun bawang..siap dimasaknya..ni untuk jee katanya..lantas memeluk aku..tapi aku hairan mengapa tangan aruah lebih satu?ada 5 tangan termasuk tangan  aku kat pinggang..dalam kehairanan aku terjaga..disebabkan bunyi talipon dari adik nak wish hepi besday tuk mak tersayang..jam tepat pukul 12.00.. lama aku termenung..aruah, walaupun sudah dialam baqa masih lagi meningati hari lahir aku..ya lah seperti selalu bila hari lahir aku atau anak-anak kami akan makan diluar ramai-ramai..selain kek untuk mereka yg sambut besday...sayu hati aku...walaupun jasad aku sudah berpindah tangan tapi aruah masih lagi mengingati aku...tidak lama selepas itu along pula dengan sms berjela membuat air mata aku mengalir tanpa sedar...itulah anak..bukan hadiah yang aku minta..cukup sekadar mengingati hari-hari istimewa dalam hidup aku..selagi nafas ini masih lagi aku hela..tahun depan entah dapat ke lagi aku tatapi sep 2 ini...kepada anak-anak aku yg tidak pernah lupa akan tarikh keramat ini mak ucapkan jutaan terima kasih..mereka sentiasa mengingati tarikh lahir ibunya...!!!