Sunday, 18 January 2015

Bangalore - Davangere - Bangalore



Isnin 22 September 2014 kami bertiga berangkat ke airport ..flight ke Bangalore jam 9.15 malam.. hati sentiasa berdebar-debar sejak semalam, al-maklumlah kembara kali ini agak berlainan sedikit dari yang lalu...tau-tau ajalah ... matlamat utama kami kebenua kecil ini ialah untuk menghadiri majlis konvokesyen anak yang tamat dari ijazah kedoktoran setelah berhempas pulas selama 5 tahun disana.
....perjalanan mengambil masa 4 jam..menongkah masa menyebabkan kami sampai ke international airport bangaluru jam 11.45 malam waktu tempatan..setelah beberapa tapisan keselamatan kami lalui dengan penuh debaran...his!! semasa imbasan dilakukan tiba-tiba alarm pengimbas menjerit kuat..apa lagi teman diarahkan ketepi untuk ujian imbasan seluruh tubuh..entah apa yang dilihat kat muka teman ni pun teman tak tau..mulut teman sejak mula lagi sentiasa berkumat kamit membaca doa "Allahhumma Yassir Wala Tuadsir..." semoga dipermudahkan segalanya menyebabkan pegawai imigresen wanita yang berwajah bengis hanya menyoal teman...is its gold? pada jam yang teman pakai...dengan sebuah senyuman lembut dilemparkan pada teman..dan disuruh berlalu.
..kekalutan sedikit berlaku bila kami bertiga tidak "meroming" hp masing-masing..kerana teman dah sedia maklum selalunya anaknda khairul pakar bab ini semua..maka teman dan en.somi mengabaikannya ...pintar dia..ternampak akan dia sebuah public phone yang memberi call percuma selama 2 minit..so dapatlah khairul menghubungi adiknya  samim..kami berempat membasahkan tekak dan menjamah sedikit kebab sementara menunggu driver yang telah disewa khas yang akan membawa kami  ke hotel dibangalore untuk berehat...Chancery hotel ..agak mewah dan cantik untuk teman berehat selama 2 hari 2 malam sebelum ke Davangere...

chancery Pavilion Hotel banglore

..esok paginya setelah mengambil sarapan pagi...biasalah disini famous dengan dosa (tose) dan lain-lain makanan india yang spicy dan panas...teman tertarik dengan dosa dan vadei yang lazat dan rangup...yenna!
Khairul dan shamim terus ke Netradama super specialty eye hospital untuk rawatan lasik mata anakanda khairul dengan bayaran jauh lebih murah berbanding di Malaysia dengan khidmat pakar yang lebih profesional..yang seronoknya mata anakanda teman pulih sepenuhnya dalam masa yang agak singkat walaupun terpaksa memakai cermin mata gelap 24 jam..udah ghoper orang bute le mika yop!..seronok benor dema ya.. apa taknya beliau udah hidup dengan cheghomin mate ni sejak usia 12 tahun!!!

pemandangan bandar banglore dari tingkat 7 hotel tempat kami menginap



 Proses Pembedahan lasik  mata

 latte coffee satu!!
 UB City




 Tose dan vadei yang cukup enak

 ketika mendaftar masuk dilobby hotel

sementara teman dan en.somi hanya berehat dihotel kerana masih berasa letih dan kurang tidor...perut terasa lapar..dan turun ke Lobi untuk lunch dengan bayaran 1800 rupiee untuk dua orang...yang sedihnya tiada satu pun hidangan yang menambat selera teman..hanya beralaskan sedikit nasi dan buah nenas sementara en.somi juga demikian..Alhamdulillah kedua anakanda teman balik dengan buah tangan nasi beriani dan dapatlah teman dan en.somi makan dengan kenyang...Alhamdullilah

Sebelah malamnya kami ke restoran Jepun yang terkenal dengan sussi dan entah apa-apa bagai..teman bukan lah tahu sangat dan senang cerita memang tekak teman takkan menerima makanan sebegini..menghormati permintaan anak-anak teman ikut juga le...dan nasib baik ada menu udang tempura dan nasi goreng...jadilah!


dan kami dibawa ke MG Road untuk shopping kain-kain sari yang terkenal dengan cantiknya dan murah harganya...seronok juga "melontar disini..berpasang-pasang kain sari teman borong..apa taknya semuanya berminat bila mereka tahu kami keIndia..

Esoknya kami ke MG Road semula untuk melontar lagi kali ini anaknda berdua mahu mengintai spek mata (apa namenya..Ribbon gitulah kira-kiranya) yang agak murah dengan jenama yang agak terkenal..kata mereka jika di Malaysia harga mahu mencecah ribuan ringgit tetapi disana tidak sampai separuh harga..sebelum itu kami singgah ke sebuah cafe yang terkenal dengan hidangan kopi late yang lazat..memang  berbaloi , bila saya menikmati secawan kopi sekrato yang bukan kepalang enaknya...ada diantara kami menikmati spageti dan berbagai jenis kebab..setelah selesai kami pulang ke hotel kerana esoknya kami akan meneruskan perjalanan ke Devangere yang memakan masa 5 atau 6 jam kearah utara bangalore daerah Karnataka ini...selesai urusan check out hotel kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya..
.
Sepanjang jalan ke davangere kami dapati highway yang kami lalui dibina oleh kontraktor dari Malaysia..patutlah sama sahaja bentuknya dengan highway diMalaysia dengan hiasan pokok bunga-bunga kertas ditanam dibahagian pembahagi jalan..yang seronoknya bila kita berada dijalanraya diIndia ni horn berbunyi dimana-mana..kerana itu adalah sebagai tanda kita berada dibelakang kenderaan mereka..
yang hairannya disepanjang lebuhraya ke Davangere ni saya tidak berjumpa RnR sebagaimana di Malaysia..bayangkan perjalanan yang kami lalui selama 5 atau 6 jam jika kita terasa hendak buang air kecil atau besar dimana ya??? menurut kata anaknda teman jika terasa hendak berbuat demikian.berhenti sahaja dipinggir jalan dan ........hehehehe..kami mencari restoran yang sudah tentu mempunyai tandas untuk tujuan itu..tapi tandasnya mak ai!!!!pejam je mata kerana almaklumlah kita bukan berada diEropah..
..dipertengahan jalan kesana teman temui kincir-kincir angin di beberapa perbukitan bagi sumber eletrik penduduk disekitar kawasan tersebut...kami sampai ke davangere sekitar jam 6 petang waktu tempatan..dan kami menginap dirumah anakanda kami untuk beberapa hari dimana kedududukannya agak berdekatan dengan college anakanda teman   dan agak selesa.
kincir angin
esoknya kami menghadiri majlis konvokesyen anakanda kami dan mendoakan agar beliau menjadi seorang doktor gigi yang berjaya satu hari nanti setelah 5 tahun berhempas pulas menimba ilmu di college of dental science, davangere ini....syabas anakanda!!

keesokkan harinya kami meninjau kedai-kedai disekitar bandar davangere ..terus terang teman katakan..disini penghidupan mereka agak daif..jalanraya dipenuhi habuk dan kami terpaksa memakai topeng muka bagi menghalang habuk yang berterbangan..erkk!!!.kotor!! kami terus kedestinasi deretan kedai kedai untuk membeli lagi kain-kain sari yang dikatakan jauh lebih murah ..tu dia!!!..berpasang-pasang kain sari yang kami borong dengan harga tidak sampai pun RM 60  sehelai dengan kualiti yang agak cantik untuk dijadikan buah tangan..teman dan en.somi menunggang skuter tanpa perlu mengenakan topi kledar..dan teman sempat menaiki kenderaan awan yang dinamakan "auto" dengan bayaran yang agak murah.

Kelihatan dikiri kanan jalan terdapat makcik-makcik aci menjual hasil tanaman dengan begitu murah..terus terang saya katakan berbelanja disini memang semuanya lumaiyan..murah belaka..  satu lagi senario yang agak lucu ."en.babi dan rombongan"..ada dimerata ceruk ..tiada siapa peduli...erkkkk!!! meloyakan..tapi itulah hakikat..geli hati pun ada.
 jalan-jalan dengan scuter dibandar Davangere
 Auto...

setelah selesai semuanya kami bertolak semula keBangalore untuk kembali semula ketanah air dan menginap kembali di Chancery Pavilion sebagai menghilangkan penat untuk menunggu penerbangan kami jam 9.30 malam esoknya kami menyewa sebuah kereta untuk kesana..dengan menempuh berbagai ragam pemandu kenderaan tersebut..aircond hanya dipasang jika perjalanan tidak mengalami kesesakan,,jika sebaiknya berpeluh-peluhlah kami kepanasan..nak jimat minyak..kata mereka.


menikmati beriani hyderabad daun pisang

 sari-sari murah murah

 The historic city
 international convention centre

kami dah nak balik dah...didalam bangunan international airport bangaluru

disepanjang perjalanan kami menahan kelaparan..nak cari restoran halal disepanjang lebuhraya memang tak jumpa.sesampai dibangalore kami mencari beriyani hyderabad yang dipercayai halal..perghh sedap beb..makan beralaskan daun pisang..mak mertua lalu pun tak nampak!!!..pada sebelah malamnya saya dan khairul tanpa en.somi yang kepenatan dengan menaiki auto meninjau bandar bangalore untuk shopping terakhir sebelum pulang ke Malaysia.
jam 6 petang kami meninggalan chancery menuju ke internasional airport bangaluru dalam keadaan hujan untuk kembali ke tanah air..setelah lebih seminggu kami menjelajah benua kecil ini.....jumpa lagi!!!!



dihadapan rumah anakanda teman di Davangere

Wednesday, 13 August 2014

Beraya di Negeri DiBawah Bayu


Sebelum subuh aku mula menggerakkan anak-anak ku seorang demi seorang untuk bersiap-siap ke airport..Penerbangan kami dijadualkan pada jam 12.15 tengahari..mata masih terasa pedih al-maklumlah agak lewat pulang dari kampong bonda malam tadi... seperti biasa, pada hari raya pertama keluarga dikampong mengadakan doa dan tahlil untuk mereka-mereka dibarzah..kegembiraan menyambut raya tidak melalaikan kami mengingati mereka-mereka yang telah pergi..along sudah pulang ke KL pada sebelah petangnya..kami bergerak 3 kereta menuju ke airport dan singgah untuk sarapan pagi sebentar di RnR air keroh..
..Tahun sudah kami anak beranak bercuti ke Pulau Redang..cepatnya masa berlalu..masih saya rasakan seronoknya bercuti disana ..kali ini anak-anak memilih untuk bercuti kenegeri dibawah bayu..kali ini anak-anak ku semua turut serta..Alhamdulillah...
Pernebangan ke KK mengambil masa dua setengah jam..disebabkan cuaca kurang elok pesawat yang kami naiki kerap terganggu...bahana taufan diselatan Philipina..Alhamdulillah kami selamat sampai keKK lebih awal dari yang dijadualkan..
...kami terus ke kundasang yang memang telah aku ketahui betapa indahnya panorama dikaki Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda negeri sabah ini..

.keadaan cuaca yang tidak berapa elok akibat taufan tersebut membuatkan cuaca mendung dan berkabus waima diatas kapalterbang tadi pun gegaran demi gegaran kami rasai..Jam 5.30 sudah agak gelap disana..mendaki tebing curam kekundasang mengundang mabuk bagi anakku izyani yang telah aku jangka..nasib baik baby aisy tak banyak ragam..hebat dia..menangis pun tidak..aku mengambil tempat ibunya yang sedia terkulai akibat muntah semasa mendaki tadi...kami terus ke Pine Tree Resort kundasang..betul-betul dikaki Kinabalu.....hari agak gelap ketika kami sampai diresort..keadaan resort memang cantik dan selesa..kami menempah 5 bilik untuk keluarga kami..terima kasih kepada along dan pak ngah yang berhempas pulas mencari dan merancang itu ini setiap kali percutian..aku hanya menjadi pak turut saja..baik bagi mereka, baiklah bagi aku..tapi memang puas hati dan berbaloi-baloi....setelah makan malam kami berehat...
...6 pagi disana ibarat jam 7.30 pagi disini..terang dan sejuk..gunung kinabalu mula menampakkan puncaknya yang bergerigis tu kepada kami..kabus menyelubungi puncaknya..cantik!! ya amat cantik.


 di Pine Tree Resort kundasang..bersama sibungsu yang manja
 Puncak kinabalu jam 7 pagi..dari anjung resort
Uniknya kupu-kupu ni..terdampar dianjung..masih hidup..lihat berwajah manusia!!

Selepas mengambil sarapan pagi , kami bersiar-siar dianjung tinjau berhampiran resort untuk menatapi wajah gunung balu cina yang terkena sumpahan ini...ini semua metos yang entah betul entahkan tidak..puncaknya yang menjulang tinggi seolah-olah menggamit kami untuk terus menatapinya...angin dingin terasa hingga ke tulang..baju sejuk yang menutupi tubuh kami tembus sampai kekulit..perghhh!!! setelah itu kami bertolak ke ladang lembu ala-ala dinew zealand..dalam 20 minit kami pun sampai disana..
ya..memang cantik..terletak berhampiran kaki kinabalu ku lihat lembu-lembu disini sihat walafiat..memang tak tumpah seperti ladang tenusu  diNew Zealand..





puas menjelajah disegenap kandang lembu dan disekitar ladang kami mengambil pos yang berbagai gaya dan ragam...dan menikmati hasil tenusu yang dihasilkan di ladang ternakan ini..
.......tu dia...ramaikan ahli rombongan kami berlatarbelakangkan gunung kinabalu yang sentiasa diselaputi awan..
Jam 11.30 pagi kami check out untuk perjalanan seterusnya ke Kota Kinabalu..walaupun pada awalnya Pakngah bercadang untuk bermalam 2 hari disini..disebabkan bilik hotel sudah penuh kami pun membawa diri ke KK dengan harapan kami akan kesini lagi cuti sekolah hujung tahun nanti...hahaha..tak puas kan...kan..
Kami Singgah di pekan Tamparuli untuk makan tengahari bersebelahan dengan Taman "Rumah Terbalik" uniknya disini... rumah, kereta di bina dengan keadaan terbalik...disebabkan restoran lokasi kami makan tengahari di dalam kawasan taman..maka kami taklah bersusah payah mengambil tiket untuk masuk kedalam taman..

Kami terus ke Kota Kinabalu..kali ini tiada insiden "muntah" dari anakanda izyani selain sempat juga kami singgah ke Kinabalu Park dimana anakanda kami ada memasang niat dan berhajat untuk mendaki puncak kinabalu satu hari nanti...hehehe

hampir 1 jam dikinabalu park kami terus ke Shangrila's Tanjung Aru untuk 3 malam disini..kedudukan yang cantik dimana kami memilih untuk bilik-bilik yang mengadap laut cina selatan..nun dikejauhan internasional airport jelas kelihatan..
                                      selesa bukan....bilik kami menginap..

                                         cantik....hembusan bayu laut di Shangrilas Tanjung Aru...

hari pertama disini kami hanya berehat di bilik bersama keluarga...kerana keletihan akibat turun dari kundasang yang mencabar..esoknya anak-anak ku ke Taman Tuanku Abdul Rahman..untuk acara snorkling di Pulau-pulau Manukan, Suluq, sapi dan mamutik..aku dan en.somi tidak turut serta..hanya keluar shopping sakan di Pasar Philipina yang terkenal dengan perhiasan mutiara untuk dibawa pulang dan sebagai buah tangan..cantik-cantik dan harga juga berpatutan...pada hari tersebut adik ku dan familynya juga datang dan turut serta dengan rombongan kami..
Pada sebelah malamnya kami ke "foodstall"yang terletak berhampiran pasar besar KK untuk makan malam yang terkenal dengan seafoodnya yang segar dan lazat...haaa apa lagi pakngah memilih sakan ikan,ketam, udang, lobster untuk menjadi santapan kami...boleh tahan juga sedapnya..
...esoknya aku dan keluarga ke Pulau Mamutik dan sapi ...selain snorkling, mereka juga merasai scuba dengan dipandu oleh tenaga mahir disana walaupun sebelum ini mereka belum pernah mencubanya..termasuk sibungsu yang begitu teruja untuk mempelajari scuba ini...hehehe..memang best ma..adik nak cuba lagi jika ada masa !!kata sibungsu kegirangan...disini makan tengahari disediakan dengan bayaran RM 35 bagi seorang..ok lah juga..disini terdapat gangguan dimana beberapa ekor biawak yang aku kira memang besar merayap-merayap berhampiran tempat rehat kami untuk mencari makanan..biawak commodore kata mereka...
lihat betapa jinaknya mahluk Allah ini..dan pasangannya dibawah pondok sana..

Setlah puas bermain air laut kami bergerak pulang ke resort untuk berehat...dan menikmati keindahan cahaya matahari yang mula menyembunyikan diri ditabir malam...
Esoknya selepas mengambil sarapan pagi bagi bersiap-siap untuk pulang..Jam 10.15 kami meninggalkan negeri dibawah bayu ini dengan 1001 kenangan ...sayonara!!! sarangge!!!!








Tuesday, 22 July 2014

Malam-malam Ganjil 10 malam terakhir



Tepat jam 3 pagi mata seolah-olah digerakkan oleh satu kuasa ghaib agar bangun dari lena yang nyenyak..penyaman udara dibilik seolah-olah berbisik untuk saya menarik selimut kembali...saya bingkas ke bilik air membuat apa yang patut untuk bersiap-siap kemadrasah..saya menggerakkan en.somi yang lena seperti udang merengkok kedinginan...malam 25 Ramadhan!!! ..seperti tahun sudah 10 malam terakhir ini sepertiganya kami sama-sama mengerjakan solat-solat sunat dimadrasah yang terletak dibelakang rumah kami..memang kalau nak diikutkan mata seperti digam susah nak dibuka..cuma semangat dan kekuatan iman yang membuat kita mampu meninggalkan bantal dan tilam empuk untuk mencari malam al-qadar yang mana satu malam menyamai 1000 bulan..syukur semenjak saya bersara saya banyak dibimbing oleh en.somi dalam pelbagai halehwal keagamaan...terbuka diminda ini dan juga menginsafi diri dimana dulu jiwa saya begitu rapuh..bagi saya siangnya sibuk mencari rezeki dan malamnya berehat dari lelah yang telah saya lalui disiang hari..solat dan puasa bagi saya sudah menjamin diri sebagai seorang muslimah..tapi tidak rupanya..banyak lagi ilmu keagamaan yang tersembunyi tidak saya gali dan betapa indahnya hidup sebagai seorang muslim

Kini saya tahu..ujian yang Allah beri ada hikmah disebaliknya..Allah menguji untuk digantikan sesuatu yang lebih baik pada diri saya..jika tidak begitulah agaknya kehidupan saya seharian...sesungguhnya saya mendapat nikmat yang tidak terhingga bila dapat solat berjemaah di madrasah berimamkan suami sendiri..lunak suara en.somi mengalunkan surah-surah dalam setiap solat berjemaah seolah-olah jauh menusuk jiwa dan kalbu saya..dan tanpa saya sedar air mata jatuh berderai..nikmat yang saya perolehi bila mencium tangan en.somi selesai solat berimamkannya dirumah tidak tergambar dengan kata-kata...kini saya rasa hidup ini lebih bermakna dan lebih bererti...ya indahnya hidup sebagai seorang muslimah..

Kami bergegas kemadrasah..ramai sahabat-sahabat saya telah sampai dahulu rupanya..seperti malam-malam yang sudah jemaah yang hadir agak ramai..bangga rasa dihati kerana mereka juga sama-sama ingin menghidupkan malam lailatulqadar dan ada diantaranya (muslimah) berjalan sendirian dalam kepekatan malam yang dingin menuju kemadrasah tanpa rasa takut.

kami lakukan solat-solat sunat ..dimulai dengan solat tahajjud, tasbih, taubat dan akhir sekali solat hajat...hampir jam 4.45 pagi kami selesai mengerjakan solat-solat tersebut dan kembali untuk bersahur..selalunya en.somi akan membantu saya dalam menyediakan juadah walaupun kami hanya tinggal berdua sahaja..begitulah dia..sangat ringan tangan membantu saya dalam apa jua tugas...semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang buatnya semoga saya dapat menjadi makmumnya buat sekian kali.

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. Wallahu'alam.

Saturday, 5 July 2014

Bertemu mereka-mereka yang telah pergi ...


Ramadhan bulan Suci ..kedatangannya dinanti...
Hari ini sudah melangkah keangka 8 Ramadhan...pantasnya ia berlalu...sepanjang Ramadhan ini aku telah melalui perkara-perkara yang pelik dalam tidur ku..hampir setiap malam..ya! setiap malam..kadang kala aku nampak akan tubuh ku sendiri..aku tak boleh nak bergerak..tak boleh nak menjerit..dan kerap mengingau..kata en.somi..mungkin awak diganggu oleh jin..wallahualam....nak dikatakan sebelum tidur aku tidak mengingati Allah tidak juga..amalan-amalan yang sering aku lakukan memang tidak pernah aku tinggalkan ..ianya bukan mimpi buruk tapi mimpi ini cukup meninggalkan kesan dihati...

malam-malam yang berlalu aku selalu bermimpi pergi suatu alam yang penghuninya rata-rata tidak aku kenali..kecil, besar, tua, muda semua tak aku kenali..yang pasti dalam kelompok itu mesti ada saudara mara ku yang telah meninggal dunia...ada kakak..abang..dan adik..juga kawan-kawan serta orang kampung yang telah meninggal dunia dengan penghidupan mereka yang aku sendiri susah nak ditafsirkan..tapi disatu tempat yang aku kira bukan didunia nyata...dua malam lepas aku mimpi bertemu mak ayah dalam sebuah masjid kaca..diriba mak ada seorang kanak-kanak seusia 5 atau 6 tahun memakai reben di kepala begitu manja diriba mak..mak ajak aku bersembahyang terawikh bersama..disebabkan masjid sudah penuh aku mengambil tempat paling hujung dan diatas permaidani paling hujung..semuanya tersenyum..pakaian mereka kemas dan bersih..begitu juga mak dan ayah..setelah aku sedar aku rasa kerinduan aku terubat pada mereka..setelah beristifar aku kembali tertidur..kali ini aku mimpi pula aruah hubby dalam pakaian sut baju melayu putih memegang tangan aku..mesra..tanpa sepatah bicara aku turut saja kemana hubby pergi..sampai disatu sudut hubby meninggalkan aku dengan sebuah beg galas..puas aku cari hubby tapi habby hilang...aku begitu sedih...
  Semalam.....lagi ramai saudara mara aku yang telah pergi juga muncul dalam tidurku...juga ada hubby..ada maklong, pak andak,mak, bak, semua berkumpul dirumah aku..aku membuka peti makanan.banyak buah pisang..besar-besar dan masak...aku berkata pada mak usu.( masih hidup) dan along anakku kita goreng pisang-pisang ni kita hidangkan untuk mereka..aku dan anak-anak ku gembira menggoreng-goreng pisang tersebut bagi menjamu mereka-mereka ini dirumah ku..aku berkata pada mak long..janganlah balik dulu..nanti saya dan along anakku akan menghantarnya pulang..tapi mak long dan tetamu-tetamu lain pulang juga...yang tinggal hanya hubby yang masih berbaring dikatil rumahku dan seorang budak lelaki remaja yang tidak aku kenali masih memasak sendiri goreng pisang dan memakan dengan lahab didapur rumah ku..aku berbaring disisi hubby dan memegang perutnya...begitulah semasa hayatnya..aku memang manja dengan hubby..kerap memeluk hubby dari belakang ditengkuknya..hubby senyum..dan mengajak aku pergi..kami kesatu jalan sambil berpegangan tangan..nak kemana kita ni bang?hubby diam sambil memegang tangan ku..dikiri kanan ada parit..nanti jatuh! jerit ku..aku tersedar dan memandang arah jam..jam 3 pagi...astarfirullahalazim!!! 
malam ni entah siapa pula muncul dalam mimpi ku....yang pasti aku tidak pernah lupa pada mereka-mereka yang telah pergi berhijrah kealam aruah dan ahli kubur semua..muslimin dan muslimat..mukminin dan mukminat..semoga Allah mengampunkan dosa-dosa mereka dan ditempatkan dikalangan roh-roh orang-orang yang beriman..dan sesungguhnya roh-roh mereka direhatkan dalam bulan Ramadhan ini dari azab kubur...
Dan tentu pasti, pada bila-bila masa maut datang menjengah, lalu merugilah orang-orang yang sentiasa ingat dia akan hidup selamanya..
Tuhan, ampuni dosaku, dosa ahli keluargaku, dosa nenek moyangku, dosa para sahabat dan taulanku, dosa para pemimpin ku, dosa guru-guruku , dosa jiran tetanggaku dan dosa orang Islam sekaliannya yang dahulu, kini dan akan datang. Moga kami semua melayari bahtera dunia di dalam kawalan dan tarbiyyah Mu, berlandas Islam yang kaffah dan tiada yang lain selain agamaMu yang syumul dan diri Mu sembahan kami semua. ALLAHu rabbi. 

Oh tuhanku..ALLAH…jadikanlah penghujung kami yang masih hidup dengan husnul khatimah..kau berikanlah nikmatMu yang agung buat muslimin muslimat yang sudah meninggalkan kami. Tidak layak untukku memikirkan sesuatu hal yang tak termampu kami fikirkannya. Kerana ALLAH itu selayak mengetahui perkara-perkara ghaib. 

Subhanallah.. ya, janji Allah itu pasti benar. setiap kali kita diuji dalam segala bentuk kesusahan, keperitan dan kesedihan, namun apabila kita ingat akan janji2Nya, kita semakin tenteram. itulah ayat2 pujukNya pada kita, tertulis dalam kalam cintaNya. sudah lama ditulisnya namun kita masih berdegil lantas tidak memandang ayat2 itu sebagai pemujuk hati kita, lalu mengharap pada manusia lain lebih dari berharap pada Tuhan kita yang Maha penyayang… moga Allah kekalkan hati ini untuk terus mengingatiNya dan hanya memohon pengharapan daripadaNya…