Saturday, 27 June 2015

Percutian Keluarga Ke Pulau Bali Indonesia



Cuti Penggal pertama sekolah anakku yang sulong telah membuat perancangan bercuti bersama keluarga ke Pulau Bali. Pada asalnya saya ingin sekali ke Pulau lombok yang dikatakan wisata terbaru yang menggamit keindahan pelancong ke sini, tetapi memandangkan mereka sudah agak jemu ialah saya kira sudah tiga kali mereka ke Pulau ini dan saya menurut saja ajakan mereka lagi pun saya belum pernah ke Pulau dewata ini.  Menurut kata anak lelaki saya yang baru saja melawat ke Pulau Bali, ianya cantik dan mempunyai "site seeing" yang begitu mengujakan.Kebanyakan penduduknya adalah dari keturunan darah keturunan kerajaan Majapahit dan masih mengamalkan agama asal nenek moyang mereka iaitu agama hindu.Sebab itulah pulau ini juga dikenali sebagai Pulau Dewata oleh penduduk setempat.
Khamis 4 Jun 2015 saya lima beranak berangkat terlebih dahulu, along keesoknya jam 10 pagi dan yang akhir anakku yang ketiga kerana suami beliau hanya bercuti pada hari sabtu dan mengambil penerbangan pada sebelah malamnya.

Pesawat mengambil masa 3 jam30 minit. Kami selamat mendarat di Lapangan terbang Ngurah Rai Denpasar Bali pada jam 1.30 tengahari dan menaiki kenderaan menuju ke Nusa Dua Beach Hotel & Spa yang terletak dikaki pulau anak ayam ini. Perjalanan dari Airport mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Saya terpukau akan kemajuan dan keindahan pulau ini yang pada bayangan akal fikiran saya pulau ini hanya dipenuhi oleh patung-patung dan kuil hindu dan pesisir pantai tetapi jangkaan saya salah. Pulau Bali sudah jauh berubah dan seakan-akan saya berada diKorea..wau!!

melalui satu pengalaman baru, melihat keindahan pantai dan air laut yang membiru membuat hati begitu teruja dan terharu. Indahnya pemandangan dikiri kanan dan kebanyakkan mercu tanda adalah binaan patung atau ukiran batu yang begitu unik.























Nusa Dua Beach Hotel & Spa Bali merupakan sebuah hotel yang cantik terletak ditepi pesisir pantai daerah kuta selatan ,Nusa Dua bermaksud dua buah Pulau. Menurut kata pemandu teksi yang membawa kami, hotel ini adalah kepunyaan kerabat diraja Brunei.
 Memang tidak dapat disangkal lagi hotel ini memang cantik dan selesa. Pintu gerbang yang berkonsepkan senibina hindu menanti kedatangan kami.


















Nusa Dua  Beach Hotel & SPA 

Menginap di sini memang selesa dan rata-rata dapat dilihat disini ialah pengunjung dari Eropah dan mereka menghabiskan hari libur mereka dengan berehat dan berjemur di tepi pantai, makanan yang disediakan juga boleh dikatakan menepati cita rasa orang asia.
 Keesokan harinya saya dibawa melihat keindahan pantai Kuta yang dikatakan terkenal meniti dibibir pelancung yang bercuti disini...makanan disini agak mahal , apa taknya sepiring nasi goreng dijual dengan harga RM 12..mahal bukan? dan sebiji air kepala muda RM 10.00 memang tak berbaloi rasanya, tapi apa nak buat itulah pengalaman!!! yang lebih hebat ketika saya membeli fridge magnet dengan harga yang cukup mahal!!!



DiPantai Kuta.. aktiviti surf diving kerana ombak yang tinggi dan bergulung.

Pada sebelah malamnya saya dibawa untuk makan malam disatu tempat yang terkenal di Bali..Jimbara Beach. dikatakan disini memang terkenal dengan keenakan makanan lautnya. Disini deburan ombak begitu besar dan jelas kedengaran dan kami disajikan oleh nyanyian dari seniman jalanan bergantung kepada  upah yang kita beri, jika banyak, maka banyaklah sajian lagu-lagu yang dialunkan.

makan malam di Jimbara Beach

Hari ketiga kami dibali, kami dibawa ke daerah Kintamani yang terkenal dengan gunung berapi Kintamani ..Gunung Batur dan tasik batur, walaupun mendaki kami tidak merasakan pening dan mual kerana jalan yang dilalui tidak seperti kebanyakan laluan ke gunung ditempat-tempat lain, Rata dan mendatar, kita tidak terasa yang kita sedang mendaki sebenarnya. Disepanjang perjalanan jelas kelihatan candi dan pura yang berbagai bentuk dan kebanyakkan perumahan disini dipagar dengan pagar batu yang tinggi dan jelas kelihatan perkuburan nenek moyang dan kaum keluarga di hadapan perumahan mereka. Unik bukan?



hampir 1 jam perjalanan kami sampai dikaki Kintamani dan kami disajikan dengan juadah makan tengahari dengan bayaran 100,000 rp seorang dan dari anjung restoran jelas kelihatan gunung Batur dan dan tasik batur yang begitu indah. Dikatakan gunung berapi ini masih aktif dan masih jelas kelihatan lahar akibat letusan sebelum ini.








 kami sempat membeli beberapa buah tangan dari penjaja jalanan yang meraih simpati kami dan pulang ke hotel setelah singgah ke Kilang Kopi " Tahi Musang" yang memang terkenal disini. Mendengar namanya saja sudah memualkan, tetapi menurut pemandu kenderaan kami, kopi ini amat enak dan disebabkan kami bukan penggemar kopi maka saya tidak pun membelinya.

Pada sebelah malamnya anak ku along mengambil kesempatan menyambut hari kelahiran kedua puterinya yang genap 7 dan 4 tahun yang jatuh pada awal Jun, teruja dengan kelengkapan dan persediaan yang diberikan dan ianya meninggalkan kesan dihati kami dan cucunda kami . semoga mereka dilanjutkan usia menjadi anak yang solehah dan berjaya didunia dan akhirat.








Keesokan harinya jam 10.30 pagi kami meninggalkan Nusa Dua untuk pulang ke Malaysia...Bye Bali!!!










Saturday, 30 May 2015

Guilin antara lokasi terindah didunia


Guilin. Bandar yang terletak didaerah Guangxi China, Sudah lama aku teringin untuk melihat keindahan lanskap yang tersenarai diantara yang tercantik dan terindah didunia. Percutian kali ini bersama anak bungsu ku tanpa ditemani hubby kerana tuntutan tugas yang tidak mengizinkan untuk kami  bersama. Berbekalkan air sembahyang kerana tidak sempat untuk solat subuh dan terpaksa menunaikannya didalam pesawat kerana penerbangan seawal jam 5.50 pagi dan mengambil masa 3 jam 25 minit. Air Asia adalah satu-satunya syarikat penerbangan yang membawa kami terus ke Guilin. Penghujung musim sejuk, masih terasa kesejukannya. Kami telah diingatkan supaya membawa pakaian panas dan beberapa kelengkapan lain. 

Jam 930 pagi kami sampai diGuilin (waktu diGuilin adalah sama dengan waktu di Malaysia) kami disambut oleh wakil Biro Pelancungan Guilin yang hensem dan peramah..Alex.. dan mahu kami memanggilnya dengan nama melayu. Ali. Boleh sedikit-sedikit berbahasa Melayu. Dalam suasana sejuk dan renyai hujan kami dibawa dari airport guilin ke Yangshuo untuk makan tengahari dan bermalam disana. Kami singgah disebuah restoran halal di Yangshuo dan check in hotel. Hotel Li River yang agak selesa. Pada sebelah petangnya kami dibawa untuk membeli belah di West Street dan sekitar bandar Yangshuo.

Bandar Yangshuo adalah sebuah pekan kecil yang dikelilingi oleh pergunungan batu kapur dan sungai yang menjadikan pemandangan indah seperti lukisan Cina yang biasa kita lihat.

manakala West Street pula  dikatakan jalan tertua di Yangshuo dan mempunyai sejarah lebih 1,400 tahun lalu. Terdapat pasar malam di sekitar West Street yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan pelbagai buah tangan yang cantik untuk dibawa pulang dengan harga yang agak murah.


dihadapan airport Guilin

                                             didalam restoran halal untuk makan tengahari di Yongshuo









shopping di west street market
Yongshuo










Hujan dan kesejukan membuatkan saya tidak begitu selesa dan hanya membeli sedikit buah tangan dan sedikit makanan berupa limau dan buah berangan dan pulang ke hotel untuk berehat kerana pada sebelah malamnya kami akan dibawa menonton "The Impession Sanjie Liu yang berlatarkan lanskap alam di Sungai Li yang terkenal indah dengan gunung-gunang yang begitu unik sekali. Kami dikenakan bayaran 250 yuan untuk seorang. Memang berbaloi kerana saya begitu terpukau dan terpesona dengan persembahan yang dianggotai lebih dari 600 orang yang menggambarkan kehidupan petani dan nelayan serta kehidupan seharian mereka..apa yang dapat saya katakan..Fantastik!!! dan tidak puas menyaksikan persembahan selama lebih 1 jam itu. Walaupun terpaksa mengenakan baju hujan tapi persembahan yang menarik dengan penataan cahaya dan bunyi membuatkan saya leka dan terpukau.




antara persembahan yang dapat dilihat
PersembahanThe Impession  Liu Sanjie
kaum wanita puak Yao yang menggunakan sumber semula jadi bagi menjaga rambut mereka yang hairan tanpa sehelai uban pun yang kelihatan.

Saya begitu terpukau bila diberitahu wanita-wanita disini kebanyakkannya berambut panjang dan tanpa sehelai uban walaupun diusia lanjut.
Wanita Yao terkenal dengan mempunyai rambut terpanjang di dunia. Mereka tidak pernah memotong rambut sebaliknya membalut rambut itu dalam "ban" di atas kepala menyerupai serban India.
Esoknya 24 March 2015 (hari kedua) setelah check in kami dan rombongan dibawa untuk merasai cruise sungai Li untuk menatapi panorama yang dikatakan antara tercantik didunia ini. Gunung dan bukit batu kapur yang berusia ribuan tahun sedia memukau pandangan kami.Tapi malangnya hujan ketika itu dimana kabus menghadang pandangan kami. Air sungai Li (Li Jiang River )begitu jernih dan jelas kelihatan dasar sungai dan kelihatan para nelayan bersama rakit buluh untuk mencari rezeki. Unik dan ada diantara mereka menggunakan sejenis burung bagi menangkap ikan.Burung commarate, hanya terdapat di Bandar Guilin. Burung ini digunakan oleh nelayan tempatan untuk menangkap ikan suatu sejak dahulu. Kini hanya sedikit nalayan yang masih menggunakan cara traditional ini.

Namun kini burung ini juga digunakan untuk persembahan kepada pelancong..dikatakan itulah kehidupan tradisi penduduk tempatan yang masih diamalkan sehingga kini...kebasahan hujan sedikit pun tidak menghalang kami untuk menikmati alam Tuhan yang indah ini cuma kekesalan sedikit timbul dihati kerana jarak pandangan kami terhalang oleh kabus. Apa nak buat kan?

Seterusnya kami dibawa sekali lagi direstoran yang sama bagi menikmati makan tengahari, antara hidangan yang disajikan sup telur, telur goreng, pilihan ayam atau itik goreng dan pelbagai pilihan sayur goreng dan setelah itu kami dibawa ke Merryland untuk melawat taman tema yang agak terkenal di sana. Resort yang cantik dan pemandangan disekitar Merryland membuat hati kami terpaut. Disebabkan masa mencemburui kami, kami hanya bersiar-siar dang mengambil gambar disekitar taman tema tersebut. Peach dan cherry blosom yang terkenal dikalangan kaum cina cantik berkembang. Seterusnya kami dibawa beberapa tempat menarik di sekitar Merryland..dan kami kembali ke bandar Guilin dan menginap disana.
Alex dan banyan tree



 
pemandangan dari dan dihadapan Resort Marryland










































Bandar Guilin agak sederhana dan disitu  terdapat beberapa buah restoran halal dan sebuah masjid bagi kaum minoriti islam disana. Di mesjid ini masyarakat islam setempat boleh mendapat bekalan ayam dan daging halal yang disediakan oleh masyarakat islam disini. Saya juga berpeluang menyaksikan satu majlis sembahyang jenazah yang saya pun tak tahu samada simati lelaki atau perempuan kerana masalah komunikasi dengan ahli keluarga simati dan di ruang hadapan masjid saya dapati ada kelas agama atau usrah yang ditulis dalam tulisan jawi yang amat cantik dan kaum islam disitu begitu ramah dan cukup menghormati kami.

 Seterusnya  kami dibawa kebeberapa tempat menarik antaranya ke Gedung membuat barangan dari sutera, disitu saya membeli satu set alas tempat tidur dari sutera yang boleh dicuci dengan harga yang murah berbanding ketika saya melawat Beijing satu ketika dahulu dan juga membeli beberapa helai baju tidur dengan harga yang begitu murah. Disitu matawang ringgit malaysia diterima untuk berurus niaga dan seterusnya ke gedung barangan yang diperbuat dari benang buluh. sungguh unik dan halus buatannya. kami hairan betapa masyarakat kaum disini begitu pintar dalam menghasilkan produk dari sumber alam semula jadi. Saya membeli beberapa barangan yang difikirkan berguna untuk kegunaan harian dan pulang untuk berehat dihotel setelah menikmati makan malam direstoran yang telah di tempah khas.


26 March (hari keempat) kami masih di Bandar Guilin. Hari itu kami dibawa melawat Banyan Lake. Memang indah. Banyan Lake di ambil dari nama sebuah pokok Banyan yang telah berusia ratusan tahun..akar sokongan palsu diperbuat dari simen bagi mengelakkan dahan-dahan pokok patah menyembah bumi, memang indah pemandangan disekitar tasik tersebut dan seterusnya kami dibawa melawat ke sebuah gua yang dikenali sebagai silver cave..untuk sampai ke gua tersebut kami menaiki sebuah mini train yang dipandu sendiri dan muat untuk dua orang,perjalanan mengambil masa 10 minit dan memang merupakan satu pengalaman baru buat saya. Sesampai di Gua kami dibawa meneroka pemandangan bawah tanah dengan menaiki sampan yang dikayuh dan dikendalikan oleh mereka yang cukup berpengalaman dan sebuah sampan boleh memuatkan 16 orang, cukup untuk group kami. kami diberi lampu suluh bagi melihat keindahan stalaktit dan stalagmit  yang mengagumkan berbagai bentuk dan warna. Menaiki tangga dan cerun tinggi terasa juga mengah dan saya terkenang dalam kumpulan kami ada jemaah yang berusia lebih 75 tahun tapi masih kuat menaiki tangga bagi meneroka alam semula jadi ini, kagum dengan keindahan dalam gua tersebut kami dibawa meniki train yang berbentuk bullet train..dan dipenghujung landasan terdapat sebuah lift kaca bagi meneroka pemandangan yang lebih menarik dibahagian atas gua tersebut.memang indah dan sukar nak ditafsirkan begitulah indahnya ciptaan Tuhan.

































 pokok banyan yang berusia ratusan tahun

















































Pada sebelah malamnya kami dapat merasa keenakan mee tarik yang memang terkenal di sini. Memang tidak dinafikan mee tarik disini memang terdapat kelainan dengan tektur mee yang kenyal dan lazat.

27 Mac hari kelima, setelah sarapan pagi kami bersiap untuk meninggalkan guilin untuk menuju ke bandar Nanning dengan menaiki bullet train berkelajuan tinggi. Jika menaiki bas memakan masa 5 jam tetapi dengan kenderaan ini masa yang diambil hanya 2jam setengah sahaja..Kami menuju ke station dengan berbagai kenangan yang saya kira agak pahit. Menjijing bagasi dengan hanya menaiki tangga yang saya kira begitu tinggi dan curam......... Menurut En.Amin Tour Leader kami, hanya guilin sahaja yang belum menaikan taraf perkhidmatan distation masih menggunakan tangga tidak menggunakan tangga bergerak atau escalator dan nasib baik tour leader kami membantu saya untuk mengangkat bagasi saya.


Tepat jam 10 pagi setelah imbasan bagasi dilakukan kami menaiki bullet train dengan kelajuan yang agak tinggi pemandangan bukit batu kapur di kiri dan kanan jalan memukau pandangan kami dan akhir kami sampai ke nanning dan cuaca yang sudah gelap walaupun jam menunjukkan jam 5,30 petang.
 

Kesokan harinya kami hanya berehat dan melihat keindahan bandar Nanning sebelum bertolak ke airport Nanning untuk pulang ke Tanah Air. Kini bila saya terpandang pada baki wang kertas 20 yuan teringat kembali kenangan indah di Guilin kerana dibelakang wang tersebut ada terdapat gambar keindahan pergunungan disana.









bunga Osmentus yang berbau harum dan saya membawa pulang dua botl minyak wangi yang diperbuat dari haruman ini.


<script>

document.oncontextmenu = function(e){
var target = (typeof e !="undefined")? e.target: event.srcElement
if (target.tagName == "IMG" || (target.tagName == 'A' && target.firstChild.tagName == 'IMG'))
return false

}

</script>