Friday, 26 February 2016

melawat biskita di Brunei Darussalam




Setelah menjelajah negara matahari terbit bersama anak-anak Disember lepas,  saya memasang niat untuk melancong jiran terhampir pula..Brunei Darussalam sementara kudrat masih ada...18 hb. Februari 2016...ku teruskan hajat untuk melawat negara terkaya di rantau Asian ini..Negara Islam yang masih utuh memelihara adat istiadat melayu yang bersandarkan islam sepenuhnya. Negara yang kaya dengan hasil minyak dan gas ini telah lama ku idamkan untuk "berjaur" atau "berdudun" kesana.
Disebabkan kami pergi secara "walk In" so aku pun mengoogle mana-mana hotel yang agak cantik dan terletak ditepi laut..tumpuan kami hanya melihat-lihat pemandangan disekitar bandar Sri Begawan..memilih pakej Air Asia Go..aku memilih penginapan di Jerudong yang mengambil masa 20 minit dari airport.. The Empire Hotel and Country Club..terletak di tepian Laut China Selatan. Penerbangan mengambil masa 2 jam 30 minit .Jam 2.15 petang dari KLIA2  dan sampai disana jam 4.45 petang. Tiada perbezaan waktu. Kami mencari-cari teksi untuk ke hotel..mulanya aku memilih untuk menggunakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak hotel..tetapi en.somi berhajat untuk menyewa kereta selama kami disana.  

Nilai ringgit yang jauh lebih kecil berbanding dollar brunei..terasa apalah sangat dengan wang kita.. RM  3190 : RB 1000... kan lebih tiga kali ganda ba... dengan bayaran RB 35 seorang wanita (Pemandu teksi) bersetuju menghantar kami ke Daerah Jerudong dimana terletaknya tempat penginapan kami..  " wah mau berbulan madu ke? usik Pn.Lina yang berasal dari Melaka dan telah lama menetap diBrunei kerana berkahwin dengan orang tempatan ...dari segi telo percakapannya pun sudah seakan-akan orang jati brunei...membawa diri katanya setelah putus cinta dengan orang melaka..hehehe..begitulah katanya.. Saya orang sini pun tak pernah ke Empire tu..usik beliau lagi..saya ni pun bukanlah tahu sangat mana hotel yang best di Brunei..cari punya cari, hati saya jatuh cinta dengan keindahan dan kedudukannya..ala-ala Karambunai di Sabah yang pernah saya lawati 5 tahun dulu...memang cantik!!

Pandangan dari depan





Pemandangan persekitaran EHCC dari bilik kami di West Atrium







warna kuning tiang besar ini dikatakan diperbuat dari emas.









kawasan sekitar EHCC yang sempat diambil


Ternyata memang begitu cantik The Empire Hotel and Country Club ini..terletak ditepi pantai Laut China Selatan..saya memilih SeaView untuk penginapan kami..kami berehat dihotel sahaja pada hari pertama kerana hari sudah beransur gelab dan memesan makanan dari bilik sahaja..


Hari Kedua: Sebelah paginya kami hanya berpelisiran disekitar hotel..luas dan cantik dengan pemandangan yang cukup indah..kolam renang yang terbentang luas...dan pada sebelah petangnya kami menyewa sebuah teksi untuk ke bandar Sri Begawan..kami ke shopping Mall dan ke pasar malam Gadong untuk mencari-cari kelainan juadah asli orang brunei.. RB 1 untuk 4 keping kueh,,sebelum itu kami singgah untuk makan tengahari..menikmati kari ikan masakan orang brunei memang mengasyikkan..memang sedap..dan harga pun berpatutan..dipasar malam gadong saya borong pelbagai jenis kuih yang saya kira tidak terdapat di Malaysia..ada diantara kiuhnya seakan-akan dicampuri sejenis rempah..rasanya agak unik..



shopping compleks yang saya singgah

seolah-olah berada dinegara arab..tulisan jawi dimana-mana..



ke pasar malam gadong







Hari berikutnya..dengan menyewa teksi  RB80.00 kami dibawa ke tempat-tempat menarik di Begawan..Kampung Air, Masjid Omar Ali Saifuddin dimana menara masjid ini diperbuat daripada emas dan istana dan shopping mall..sebelum itu kami singgah di Kiulab bagi menikmati makanan tradisi Brunei... AMBUYAT..seakan-akan tepung kanji..dihidangkan bersama pelbagai jenis lauk..ikan, daging, sayuran ,sambal belacan dan ulam-ulaman.saya memilih ikan ampap..seakan-akan ikan pais dan rendang urat..seakan-akan rendang daging berlemak..sayur campur goreng..dan pelbagai hidangan sampingan..memang lazat dan ada kelainan..di Restoran Aminah Ariff di Kiulab ini saya perhatikan kebanyakan pelanggan yang datang rata-ratanya memesan ambuyat..seperti kata pak supir (francis) seorang china yang fasih berbahasa melayu dan pelat brunei...disinilah hidangan ambuyat yang paling bagus...dengan harga untuk 2 orang sebanyak RB 16.90 sahaja.
ni lah ambuyat...sekenis "kanji" yang dimakan bersama lauk pauk dan ulaman

Kami kekampung air dan menyewa sebuah bot dengan bayaran RB50 bagi 1 jam perjalanan menyusur sungai brunai...melihat kehidupan masyarakat kampung air, mudik kehulu sungai bagi mengintai Monyet Belanda hidung panjang dimana spesis ini hanya terdapat di Borneo...Rezeki kami baik pada hari itu..sekawan monyet belanda dapat kami temui..dan amat menyeramkan bila pemandu bot memberitau,,ada banyak buaya berkeliaran di situ..tetapi belum pernah mengusik manusia..lensa kamera handphone saya dapat menangkap kepala buaya yang timbul dipermukaan sungai...dari arah sungai jelas kelihatan istana Nurul Iman, dan Masjid Omar Ali Saifuddien dengan kilauan cahaya kuning emas di kubahnya..dalam hati saya..betapa kayanya negara jiran saya ini...
seterusnya kami melawat ditempat-tempat menarik disekitar bandar sri begawan...dan pulang lewat petang..
 seekor anak buaya yang timbul dipermukaan air

 melihat keindahan kampung air





 istana Nurul Iman dari arah sg.brunei
Batu timbul ditengah sungai...dikatakan kapal nakhoda ragam yang karam akibat menderhaka kepada ibunya

Keesokkan harinya kami hanya berehat di hotel dan bersiar-siar di pesisir pantai EHCC bagi menikmati keindahan panorama disekitarnya kerana pernerbangan kami jam 4 petang untuk pulang ke semenanjung



Possing dilobby hotel sebelum pulang

Tuesday, 26 January 2016

Acheh..percutian yang mengguris hati


12 Syawal bersamaan 28 Julai 2015 yang lalu saya dan en.somi berangkat ke Acheh. Rombongan kami seramai 26 orang menaiki pesawat Air Asia... menerbangkan kami seawal jam 8.30 pagi dan mengambil masa  1 jam 40 minit ...kami sampai di Airport Sultan Iskandar Muda jam 10.00 pagi. Perbezaan masa lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia. Suhu agak panas dan berangin. Disana kami disambut oleh Pak Iwan (Pemandu Pelancung) yang begitu ramah dan kami dibawa kesebuah warung untuk membasahi tekak kerana ada sesetengah ahli rombongan yang agak kelaparan kerana tidak memesan makanan didalam penerbangan. Di Acheh kedai makan di panggil "Rumah Makan" Seterusnya kami dibawa ke perkuburan besar mangsa tsunami yang dikenali sebagai Perkuburan Masal Siron... seolah-olah sebuah padang rumput yang luas disitu seramai hampir 47000 (46,718 orang) mangsa tsunami di semadikan beramai-ramai tanpa diuruskan secara lengkap yaitu dikapankan dan disembahyangkan kerana keadaan mayat yang tidak dapat dikenali lagi. 



Kami sempat mengabdikan kenangan di perkuburan ini..sungguh memilukan .

Seterusnya kami dibawa untuk makan tengahari disebuah rumah makan dimana kebanyakan makanannya bolehlah dikatakan sedap dan seterusnya ke tempat penginapan di Hotel Medan yang terletak ditengah-tengah bandar Acheh yang mana tatkala tsunami melanda hotel ini terbabit sama. Setelah berehat dan menyegarkan badan kami dibawa ke Rumah Acheh yang merupakan rumah tradisional masyarakat Acheh.  Kesan-kesan tsunami disekitar bandar ini telah banyak berubah sama sekali ..seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku disini, hampir 99% penduduk disini adalah beragama islam dan mengamalkan ciri-ciri islam sejati.."Acheh Darussalam" yang dulunya dikenali dengan gelaran "Serambi Mekah". Acheh mempunyai undang-undang Islam yang tersendiri, selepas peristiwa tsunami pada disember 2004, Acheh telah berubah wajah. Sistem undang-undangnya mengikut syariah, tidak ada kelab malam atau apa-apa aktiviti yang melalaikan dan semua kedai atau urusniaga ditutup waktu solat jumaat.




Hari kedua 29 Julai 2015 ..selepas mengambil sarapan pagi kami dibawa melawat ke Muzeum Tsunami melewati lorong-lorang yang berliku-liku dan bunyi percikan air yang mengambarkan tsunami seolah-olah sedang berlaku. Kami dibawa ke galeri yang merupakan replika dan gambar-gambar tragedi tsunami yang amat mengguris perasaan dan naluri keibuan ku..ketika itu terlintas difikiran jika itu terjadi pada diri ku dan bagaimanakah harus ku teruskan kehidupan dengan sekelip mata apa yang kita miliki hilang tanpa kesan...Saya sempat menatap ribuan nama mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.. Menurut Iwan kebanyakkan mangsa pada waktu kejadian berehat dirumah bersama keluarga atau membeli belah kerana berlakunya tsunami pada hari libur yaitu hari Ahad. Kebanyakkan warga Acheh berehat dan berlibur bersama keluarga. Tanpa sedar berderai air mata saya melihat nama-nama yang tertera dan kemuncaknya terdapat nama Allah..Sayu dan terhiris bila ribuan nama terpahat disitu.








Perjalanan seterusnya kami dibawa ke kampung Lampuo yang terletak begitu hampir dengan laut yang mana sebuah kapal nelayan seberat 20 tan tersadai diatas sebuah rumah... di sini saya sempat bertemu dengan beberapa orang warga tempatan yang terselamat dari bencana tersebut dengan pengalaman ngeri masing-masing. Salah seorang daripadanya dengan sebak menceritakan seluruh keluarganya, suami, ibu bapa dan 5 orang anaknya terkorban dalam tragedi tersebut dan beliau sendiri terombang ambing dihanyutkan ketengah laut hampir 10 jam sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan dengan  hanya berpaut pada sekeping papan.

Beliau mempelawa saya dan en.somi ketingkat 2 rumah batu yang saya kira sebelum tsunami boleh dikatakan sebuah rumah mewah dimana terdamparnya kapal seberat 20  tan tersebut...dari riak wajah ibu tersebut ternyata penderitaan batin yang dihadapinya cukup perih. Perkongsian pengalamannya membuatkan saya sedar jika tragedi itu menimpa kepada diri kita..dapatkah kita menempuh hidup dalam keadaan sebegitu...Keseluruhan ahli rombongan saya lihat terkedu dan bersimpati keatas diri mereka yang kini tinggal naif dan dalam kemiskinan.

Disini saya sempat juga membeli beberapa buah tangan dan sedikit kudapan sebagai kenangan. Kami menunaikan solat maghrib bersama-sama warga acheh di Masjid Raya BaitulRahman satu-satu masjid yang masih utuh berdiri saat badaian tsunami dahulu. Menurut Iwan, satu kejadian pelik telah disaksikan saat tsunami menghentam keseluruhan bangunan disekitar kawasan masjid, seorang warga cina yang berniaga di sebuah kedai yang terletak di bukit berdekatan, ketara air yang mengganas berpecah dua seolah-olah mengelak dari memusnahkan masjid tersebut dan diberita beliau kini telah memeluk agama islam selepas kejadian tersebut.




























Hari Ketiga kami dibawa ke Pulau Sabang atau titik 0km, disini bermulanya sempadan negara Indonesia. Kami tiba di Pelabuhan Ulee Lheue untuk menaiki feri ke Pulau Weh yang terletak diutara Banda Acheh dan mengambil masa 1jam 30 minit . Kami dibawa kepekan kecil yang dipanggil Pulau Sabang melalui jalan berbukit dan berliku-liku bagi melihat keindahan alam disana.  Semasa kejadian Tsunami kebanyakan penduduk disini terselamat , mereka lari kearah bukit bila tanda-tanda tsunami mula dihidu, dimana ikan-ikan terdampar dengan banyaknya dipantai, tidak seperti di Banda Acheh mereka yang terkorban kebanyakkannya sedang leka mengutip ikan-ikan yang banyak terdampar dipantai. Air laut yang bercampur belerang dan panas membuatkan kebanyakkan mayat-mayat yang ditemui tidak dapat dikenali sama sekali.
Sekembalinya dari pulau sabang kami dibawa ke Kampung Punge dimana sebuah kapal besi yang merupakan pusat bekalan generator eletrik seberat 2600 tan yang hanyut sejauh 5km dimana sebelum kejadian tsunami kapal besi ini ditempatkan dipelabuhan Ulee Lheue. Agak tak terjngkau difikiran kapal seberat itu boleh hanyut dan tersadai disini..MasyaAllah..kuasa Tuhan. Saya dan en.somi sempat menaiki bahagian atas kapal tersebut dimana dikatakan hanya seorang pekerja dikapal itu yang terselamat kerana tertidor. Bahagian hadapan kawasan kapal apong ini telah dibangunkan . Sebuah tugu peringatan telah dibina disini. seterusnya kami dibawa untuk makan malam..yang specialnya hidangan "ayam tangkap" disajikan. ayam goreng yang digoreng bersama daun pandan dan daun kari yang begitu rangup dan enak.

Hari Keempat kami dibawa kegerai-gerai yang menjual pelbagai kuih-kuih acheh yang lazat dan dikesempatan itu saya mengambil peluang untuk membeli sedikit kuih muih untuk dibawa pulang. Seterusnya kami dibawa ke Desa Lampuuk, dikawasan Lhoknga bagi melihat kebesaran Allah, dimana Desa Lampuuk ini begitu hampir dengan pantai menghadap Lautan Hindi.  Sebuah masjid masih berdiri teguh dimana kawasan disekitarnya ranap menjadi padang jarak padang terkukur.Masjid Ramatullah..dikatakan semasa berlakunya tsunami air mencecah hingga ke atas kubah masjid, ini jelas bila kita lihat bulan sabit yang terletak dipuncak kubah kelihatan senget dan bengkok..baik pulih masjid ini dan perkampungan kawasan ini dibiayai oleh kerajaan Turki..walaupun perkampungan ini sudah pulih tetapi saya dapati perkampungan ini sepi dan sunyi seolah-olah tiada berpenghuni. Saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang penjual cenderahati yang terletak dihadapan masjid mengatakan keseluruhan keluarga abangnya lenyap dibawa air dan tidak dapat ditemui dan beliau yang dulunya menetap di Bukit Tinggi mengambil alih tanah pusaka aruah abangnya dan membuka sebuah kedai menjual cendehati. Sepanjang melalui pantai lampuuk kami melalui satu kawasan yang dulunya terdapat resort mewah dimana sebelum tsunami resort ini terkenal dengan nama "nikah satu malam" dan maksiat berleluasa disini. Tsunami pada pagi 26 disember itu telah melenyapkan keseluruhan kawasan dan tuan punya resort yang kebetulan pada malam itu beliau telah membawa keseluruhan ahli keluarganya bagi menyambut hari jadinya..dikhabarkan beliau menetap di Medan..Nauzubillah!! ketika kami melalui kawasan ini hanya kelihatan pohon-pohon hijau dan seolah-olah terdapat sebuah padang disitu.

Sebelum pulang Ke Malaysia petanghari tersebut, saya sempat membeli beberapa helai telekung acheh dan beberapa helai kain pasang yang begitu murah untuk dibawa pulang.  
sesungguhnya apa yang kita dengar tidak sama dengan apa yang kita lihat sendiri.. Kesan tsunami acheh walaupun sudah sebelas tahun berlalu , kenangan dan kesannya amat mendalam dihati saya dan sesekali saya memuhasabah diri bahawa Kekuasaan Allah melebihi dari apa yang dijangka..Kun Phayakun..
didalam muzeum tsunami



didalam masjid Raya BaitulRahman



kesan resort yang dikatakan kawin satu malam hanya tinggal kawasan lapang sahaja




pulau sabang



Thursday, 14 January 2016

dulu lain sekarang lain



Selamat datang tahun 2016..his tambah usia setahun lagi ya ..idak le teman tau berapa lagi usia teman yang tersisa..Menyambut 2016 di Kuala Lumpur bersama anak-anak dan cucu seolah-olah teman ni hidup solo..kesian gak kat cikgu Abu yang teman tinggeikan nun di BP tu..tak pa lah yek..kurang-kurang nya teman bagi dia peluang jadi bujang kembali..kalau tak, kesana kemari duk berkepit aja..macam belangkas.
Kelmarin teman ronda-rondalah di Selayang Mall..ala sekadar cuci bijik mata..nak beli kebendanya semua udah ada ghasernya..tak baik membazir yong..alkisahnya teman lalu le kat kedai menjual barang permainan kanak-kanak..terlihat le akan teman seorang kanak-kanak kira teman dalam lingkungan 4 tahun gitu le..sedang mengherdik kedua ibu bapanya...merengek mohon di belikan apa kebendanya ,teman pun tak ambik pot..tapi kesimpulan yang teman dapat budak-budak sekarang ni idak macam teman masa kecik-kecik dulu..tak berani wei nak mintak apa..sekali mak teman jeling je..bedesupppp dalam hati..takut ya amat..lagi le nak ugut-ugut bagai..bakal kena rotan le atau kena tali pinggang hijau dibadan..sakitnya mak tuan..dalam hati mohon cepat-cepat mati..tak sanggup nak hidup lama konon..bila teman berumah tangga dan punya anak..teman pun garang wei..rotan memang sedia ada dirumah..anak-anak akan teman denda jika salah..nak tenguk tv ke, main game ke..pastikan semua koje rumah udah siap..tak da lah kome nak ponteng-ponteng sesuka hati..jam 10 mesti tidur..sebelum tidur kena hafal sifir..teman ni koje gomen..nyambil koje tak beban sangat , teman bawak buku-buku anak teman (ikut darjah le) teman buat soalan sendiri dan belah malamnya teman bagi ujian kat anak-anak..sapa dapat 100% ada habuannya..bab mencarut-carut ni teman memang ambik serius..tak berani diorang nak kata bodoh ke..babi ke..kena hambat dengan cililah jawabnya..satu lagi, teman pantang anak-anak teman merayau kerumah jiran..kome tahulah sepanjang tempuh pembesaran mereka ni dibesarkan dalam kawasan quaters..ater laki teman orang kuat JKR..so dahlah hidup sentiasa berpindah randah..dah tu rumah kerajaan yang dikelilingi pelbagai peringkat dari class A hingga IMG..cuber mika bayangkan berapa ramai teman sebaya anak teman..kalau teman tak serius jawabnya habis hancur...anak-anak teman dianugerahkan otak yang cerdik..bab mengaji dan pelajaran..tapi kita ni sebagai ibu bapak kenalah bertegas dalam mengasuh mereka ni..laki teman lagilah..pantang anak-anak ponteng sekolah..demam kalau udah tak larat baru ada green light..kalau tak,.tak da maaf le!!! kalau bab mengadu domba ni memang pantang le dalam hidup teman..sapa yang mengadu domba dia yang kena dulu..satu lagi teman ambik berat tentang tarikh penting mereka ni..supaya dalam keluarga ni ada sifat kasih mengasihi dan ingat mengingati..setiap hari lahir mereka teman akan buat mini party dalam lingkungan adik beradik..ada hadiah lagi..yang bestnya..semua tertunggu nak tiup lilin sama-sama dan bukak hadiah sama-sama..dan teman lihat anak-anak teman sampai dah dewasa ni..mereka ingat tarikh lahir adik beradik, mak bapak dema..
mengingati kembali kisah suka duka waktu dibesarkan dulu..kadang kala..seperti kata en.somi..kita dulu selalu mengingati akan sifat mak kita yang garang..sampai dewasa..kita masih menyalahkan mak mendidik kita tanpa belaian sayang..silap je..pukul..menjawab je bantai..tak berani nak kata huh kat dema tu...takut je.. tapi bila fikirkan kembali..didikan yang sebegitu membuatkan kita punya rasa hurmat pada orang tua.. segarang-garang ibu..bila kita jauh darinya..perasaan rindu tetap bersarang dihati... lalu depan mak bapak..kita tunduk hurmat..berbeza dengan ibu bapak zaman sekarang cara mendidik anak..teman lihat mak bapak sekarang lebih takut pada anak pulak..bukan anak ikut kata mak ayah..mak ayah pulak ikut kata mereka... falsafah budak-budak sekarang..mendidik tidak boleh dilakukan secara kekerasan.. so itulah jadinya..mak ayah diugut oleh anak-anak....mereka dah pandai nak lari dari rumah, dan ponteng sekolah.. mungkin zaman teman dulu tak da gajet..hidup dalam persekitaran yang agak naif..balik sekolah, terus kesekolah agama, petang hari keluar bermain dengan kawan-kawan, malamnya mengaji quran dan berzanji bagai... home work yang diberi diselesaikan disekolah sementara menanti masa untuk masuk ke kelas agama..so petang ada masa nak bermain..dan balik tanpa disuruh, mandi dan mengaji..kami pandai bawak diri..walaupun hidup orang dulu agak susah..mak ayah tak berpelajaran tinggi..nak ponteng ke..apa dia kisah..tapi inisiatif kita sendiri dengan azam yang tinggi nak keluar dari kepompong kemiskinan..bila dah dicapai segala..kita lakukan pula pada anak-anak dan terapkan nilai-nilai murni pada mereka...bagi saya ..tiada harta yang dapat dibekalkan pada anak-anak..kecuali pelajaran...  teman  punya cogan kata  : Biar depa menangis, jangan kita (mak ayah) yang menangis..so Alhamdulillah semua anak-anak teman berjaya dan syukur boleh hidup senang...dan yang paling penting mereka hurmatkan orang tua dan berhemah, teman ni walaupun ada duit sendiri anak-anak masih lagi menghulur..bawak makan angin bagai..tanpa banyak berkira.. yalah teman selalu ingatkan dema tu..berbelanja tuk mak bapak ni..pulangannya cukup besar disisi Tuhan...  tapi bagi teman selagi teman tak tutup mata..teman masih lagi ada tanggungjawab... walaupun anak-anak teman ada yang dah berkeluarga,cucu-cucu teman tetap teman fikirkan..masalah anak teman ..masalah teman juga..tak sanggup teman lihat mereka tu diugut macam budak yang teman jumpa tu..teman jadi takut...sebab teman lihat anak-anak teman ni sayang sangat kat anak-anak..ikut je kehendak mereka.. lagilah hidup sekarang..ipad sentiasa ditangan dan nak apa aja dapat...takutlah benda-benda negatif mempengaruhi akal fikiran dema tu... tapi kan..anak ni lahir ibarat kain putih..kita ibu bapa yang mencorakkan...kita ni idola mereka!!!!



Wednesday, 4 November 2015

kali terakhir tangannya kucium



Aku selesai membuat persiapan untuk ke Pulau Pinang bagi menghadiri bengkel pengurusan aset jabatan disebuah hotel diPulau Pinang 6 tahun yang lalu. Pada kebiasaannya dia yang menghantar aku kemana jua jika aku menghadiri kursus atau seminar diluar kawasan atau paling tidak pemandunya yang memang sudah aku kenali, tapi kali ini tidak. Tuntutan tugas menyebabkan beliau menyerahkan tugas ini kepada anakku angah dan menemani aku dihotel . Petang kelmarinnya seperti biasa rutin mingguannya ialah pulang ke rumah. Isnin pagi dan pulang pada rabu petang dan khamis pagi pulang jumaat petang. Malam terakhir aku lihat beliau tak banyak bercakap dan lebih banyak mendiamkan diri. Sangkaan ku dia begitu penat..ialah sejak akhir-akhir itu dia bergelut dengan beban tugas yang begitu mencabar..seluruh negeri perak nak dipantaunya..bukan sedikit!!Makan malam hanya lauk pauk yang dimasak oleh pembantu rumah dan aku hanya sempat menggoreng  sayur dan telur. Pada kebiasaanya dia tahu yang juadah itu dimasak oleh hasanah pembantu ku ketika itu. Pembantu rumah bertukar ganti setelah tamat tempuh tetapi sejak dulu lagi dia tidak akan makan malah dia seolah-olah tahu yang juadah itu bukan dimasak oleh saya atau anak-anak..tapi kali ini ikan kerapu 3 rasa yang dimasak oleh hasanah dimakan olehnya. Aku memeluknya ketika dia menyuap makanan tanpa menemanimya kerana aku sibuk membuat persiapan untuk sibungsu yang akan menyertai rombongan ke Melaka pada tengah malam hari tersebut dan pulang pada sebelah petangnya..sambil dirinya aku peluk dan sebuah ciuman singgah ke pipinya aku memohon maaf kerana tidak dapat menyediakan juadah dan menemaninya untuk makan malam pada hari itu..tanpa banyak bicara dia menghabiskan nasi dan meratah lauk yang terhidang..lapar sangat  nampaknya.
 Seperti biasa sebelum subuh dia bertolak ke pejabatnya yang mengambil masa 1.30 jam dan aku juga telah bersiap siaga berangkat ke Pulau Pinang. Aku menghantarnya hingga kepagar dan mencium tangannya.....sempat ia berpesan agar angah tidak memandu terlalu laju. Tiba-tiba hidungku terhidu bauan kapur barus yang begitu kuat dan terlalu hampir dengan aku...bang.....bau kapur baruslah..takut saya ..abang tunggu ya sampai saya menutup pintu...rayu ku kerana bulu roma aku telah mulai berdiri tegak. seram!!   agaknya ada orang meninggal dikawasan kita ni ....balasnya dan beliau berdiri menemani aku hingga aku memberi lambaian dan menutup pintu..itulah salaman terakhir ku padanya.
  Jam 7.20 pagi sebuah sms aku terima...abang dipelita ..singgah sarapan roti bakar..ringkas dan aku mengucap syukur dia telah selamat sampai ke destinasinya dan aku pulak didalam perjalanan ke Pulau Pinang..jam 10 malam dia menalipon aku bertanyakan khabar dan kebimbangan pada sibungsu yang begitu rapat dan beliau amat menyayangi anak gadis yang baru berusia 12 tahun ketika itu..adik tak mahu studylah bah..adik tak nak tinggalkan abah dan mak ke asrama macam si abang tu...comeeel abah!!!.  bila ayahnya khuwatir sibungsu langsung tidak mengulangkaji pelajaran sedangkan UPSR telah begitu hampir.
.....segalanya sudah saya pesan dengan pelayan pejabat dan minta dia menghantar sibungsu kerumah kerana ketika itu ibu aku ada bersama...baru menjalani pembedahan menggantikan tulang pinggulnya yang patah seminggu lalu dan aruah kakak ku ada sama kerana menunggu mak. Tidak ku sangka bahawa itulah suaranya terakhir berbicara dengan aku...................................


Tuesday, 20 October 2015

Pesan aruah nenek!!! Perempuan kena manja-manja! dan jaga suami ibarat jaga seorang anak kecil..kerana suami berhak dimanja!!



Salam sejahtera..semoga kalian dalam rahmat Allah jua..
celoteh hari ini....yang nak dengar...dengar lah..tapi jika sebaliknya terpulang....biasalah kita ni manusia.."ek eleh macam dia tu baik sangat!!! perkataan itu sudah sinonim dalam kehidupan..bagi saya idola saya ialah nenek saya..dari kecil saya membesar bersama nya..cara dia bercakap terhadap anak cucu cukup lembut,,apatah lagi dengan datuk lelaki saya (suaminya)

Walaupun aruah berasal dari golongan bangsawan ,agak mewah dan datuk lelaki saya dari golongan biasa (pekerja moyang saya) orang dahulu..mereka akan mengahwinkan anak perempuan mereka kepada lelaki yang kuat bekerja dan bagus akhlak dan agamanya..bagi nenek saya, suami adalah segalanya..tidak pernah sekali saya dengar dia meninggi suara atau merendah-rendahkan darjat datuk saya..segala keperluan dan kasih sayang mereka tidak pernah pudar hingga akhir hayat...segala dilakukannya sendiri..saya begitu teruja dengannya...(al-fatihah buatnya)

Usai menghantar en.somi ke tempat kerja..seperti biasa selesai memberinya sedikit alas perut,saya akan membawa begnya kedalam kereta dan menghidupkan enjin kereta..sementara dia memakai stoking dan kasut, mencium tangannya dan menunggu hingga keretanya meluncur pergi..tekanan "hon" tanda selamat tinggal dibunyikan..sejak menjadi suri rumah sepenuh masa banyak masa terluang buat saya..kalau dulu semuanya hendak cepat..solat, solat sunat, mengaji hanya dimalam jumaat sahaja..kini tidak lagi..segala-gala saya boleh isi bila-bila masa..banyak sungguh masa terluang buat saya..kadangkala mengikut en.somi ke majlis-majlis ilmu.

Teringat pesan nenek pada saya.."orang perempuan ni tak boleh berkasar, meninggi suara dan perlu manja..orang lelaki suka pada watak perempuan yang manja..nak pergi mana....pergilah..tapi keperluan suami kena dahulukan" pesannya..sebagai wanita penting dikampung aruah nenek akan pastikan makanan datuk, pakaiannya sudah tersedia..tidak pernah sekali saya lihat pakaian datuk kusut masai ..kain pelikat waima baju panas datuk sentiasa bersih dan rapi..nenek akan menggosok pakaian datuk...ketika itu hanya menggunakan arang kayu atau arang tempurung kelapa..sesekali nenek akan membuat kanji dari tepung ubi dan mencelup pakaian datuk kedalamnya..
bila diseterika..perghhh...tajam kalah mata pisau..jika ada masa terluang mereka sama-sama turun kedapur..datuk memarut/mengukur kelapa, nenek menyiang ikan..dan penuh dengan usikan dan gelak tawa diantara mereka berdua..bahagia sungguh! nenek juga manja dengan datuk..sesekali saya lihat nenek berbaring diriba datuk ketika datuk menggulung rokok dari daun nipah..dihadapannya setalam goreng pisang atau ubi goreng atau renginang dan secawan kopi pekat yang dibuat sendiri oleh nenek..dibelakang rumah mereka banyak ditanam pokok-pokok kopi..aroma kopi buatan sendiri cukup enak!

Kasih sayang dan kaedah itu saya terapkan bila saya berumah tangga....bagi anak-anak saya mereka tidak hairan jika saya memeluk atau melekap dicelah peha ayah mereka ketika menonton tv atau baring diribaan ketika disofa..bagi mereka senario ini sudah menjadi kelaziman dan berbantalkan lengan suami ketika tidur adalah hobi saya....dan saya lihat anak-anak saya juga demikian..sikap manja saya diwarisi oleh mereka..saya hairan ada sesetengahnya bila melihat keadaan begini...eeee apa ni!!! malulah.. apa korang buat ni!!..nak manja dengan suami sendiri pun mereka jahil..kalau dengan pakwe atau makwe boleh pulak!!! hairan saya..atau mak ayah mereka tak pernah buat begini kot!! duduk sebatu sorang...ermm entahlah..anak berderet pulak!..malu kebendanya..lantak merekalah..itu dunia mereka..dunia saya lain..cara saya berlainan..

Alam rumah tangga pasti sesekali ada badai dan angin ribut..sesekali bergolak juga..kadang-kadang kita buat salah..dan kadangkala dia pulak buat hal..keadaan ini mengundang kemarahan..bila berlaku..jangan sesekali melawan..api jika sedang marak jangan disiram dengan minyak..biasanya salah seorang kena mengalah..biasalah lelaki mempunyai ego tersendiri..kita sebagai isteri kena paham..berdiam lebih baik bagi saya..dan bila waktu malam..pelukan isteri akan menyejukkan hati sisuami..jangan sesekali meninggalkan tempat tidor..pantang!!! jaga keperluan suami..perut..dan pakaian..jika semuanya A+ tak danya suami nak cari lain...kemana jua dia pergi..pasti nak cepat balik..percayalah..biasalah lelaki diberi satu nafsu..perempuan 9..bohong jika saya katakan suami mana yang tak memandang pada perempuan cantik.. teringat kata-kata mantan bos saya dahulu..Datuk A..perempuan ni walau ratu sekali pun..bila dah jadi isteri kita..kita pandang perempuan lain..kita rasa perempuan lain tu lagi cantik...tapi jangan cari pasal..kawin baru ni..ibarat pakai seluar jeans..baru memang cantik..nak pakai pun susah..tapi tenguk lepas 3 bulan..luntur segala..pesannya pada staff lelaki..nak buang sayang....jangan cari masalah..sana beranak..sini beranak..pening..pening..

Bagi saya..sesekali saya akan suruh en.somi memasak..sama-sama kedapur..hari ni abang pulak masak..abang masak sedap..pujian itu membuatkan en.somi berlari kedapur..kita siapkan keperluan..dia tinggal menumis bagai..puji masakan ibunya bila kita pulang kekampung..pasti hati mak mertua kembang dan tersenyum lebar..sesekali kita tanya..bagaimana resepi mak masak ni..saya hendak belajar..mak masak sedapnya lain macam...kita kena sedar..suami kita membesar bersama ibunya..air tangan ibu bagi mereka adalah yang terbaik..pandai sekali pun siisteri memasak..mereka pasti rindukan air tangan ibunya..betulkan?
..anak-anak saya saya rasa mewarisi sifat saya ..suka memasak..dan kesedapannya sudah boleh dikatakan melebihi indek masakan saya..walaupun mereka membesar ada pembatu rumah.. saya ajar mereka memasak..saya akui..bab kain baju..membasuh..melipat..menggosok..saya cukup malas..segalanya saya serahkan pada pembantu ..
Pesan saya lagi..jangan mengharap seratus peratus penjagaan anak-anak kita pada pembantu..sesekali kita yang mandikan mereka..menyuap makanan kemulut mereka...hingga kini..mereka sudah besar panjang..punyai keluarga dan menjadi orang bujang..tapi bila melihat saya atau kakaknya makan..mereka mahu lagi mohon disuap..dan tidak segan silu memeluk mencium dan baring diribaan saya..anak-anak adalah harta yang tidak ternilai buat saya..

Saya memang tegas ketika mereka membesar dahulu..tinggal di quaters kerajaan..bergaul dengan anak-anak perbagai bangsa membuat saya cukup tegas pada mereka..saya pastikan segala kerja rumah disiapkan dahulu..buku-buku untuk esok sudah siap dijadualkan dan disusun mengikup waktu pembelajaran baru mereka boleh keluar bermain atau menonton tv..rotan jika perlu..kerana saya lihat didikan ibu bapa sekarang terhadap anak-anak cukup lembut..tak hairan jika pernah saya dengar anak baru berusia 3 tahun..bila kena marah dengan ibunya .."mama!!! sambil mata terjegil dan kaki terangkat seolah-olah mahu menendang ibunya...kalau anak-anak zaman dahulu..nak kata tidak pun tak berani...ketika anak-anak saya masih kecil..sebelum tidur..saya akan pastikan mereka menghafal sifir..dan doa masuk tidur..dan jangan tidur lewat dari jam 10 malam..kerana keesokkan harinya bila digerakkan untuk bangun kesekolah..mereka tidak mengeluh atau merengek..
Pesan nenek saya lagi..pastikan suami pulang..jangan ada bau bawang atau belacan di tubuh..sebaiknya mandi selesai memasak..rambut dan mulut tidak harus berbau..kerana nafsu lelaki akan bangkit dari wangian dan kerapian siisteri..dan pesannya lagi ketika masuk tidur salinlah baju lain..jangan dipakai baju yang sedia ada dibadan..dan pakailah bauan yang harum dan jangan tidur membelakangkan suami..

.ok sampai disini dahulu...ada part 2 tau..Tunggu!!!!!!!





Saturday, 17 October 2015

Laut mati dan kisah kaum Nabi Luth

Laut Mati:


Ketika saya melancong ke Jordan selain melawat ke Gua Al-Kahfi ,saya juga berpeluang untuk melihat dan menikmati apa itu laut mati.  Selama ini saya hanya mendengar cerita selain dari pembacaan dimedia massa..Disini saya kongsikan gambar yang sempat saya ambil dan serba sedikit tentang laut mati dan sejarahnya yang saya garab dari beberapa artikel yang boleh dipercayai kesahihannya.
pintu masuk ke laut mati

rakan-rakan bersedia untuk turun ke dalam laut bagi
 mencuba khasiat garam laut ini


pemandangan disekitar laut mati

 kaki saya terasa pedih dan gatal ketika merendamkanya kedalam air
kristal garam jelas kelihatan
Nama laut ini pun sebenarnya telah dihaluskan dari terjemahan bahasa Ibrani lama yang menyebut 'Yam ha Maved' yang berarti ‘Laut Pembunuh’, sedangkan dalam bahasa Arab namanya adalah 'Bahrul Mayyit'  

Mengapa orang menyebutnya Laut Mati ? kerana di laut ini tidak ada ikan dan hidupan air  yang boleh hidup. Ini disebabkan kadar kemasinan yang begitu tinggi. Jangankan hidup, berenang pun ikan akan sulit karena dia pasti akan terapung apung.
Salah satu cerita mengenai asal usul laut ini adalah cerita mengenai kaum Nabi Luth, tentang bagaimana hancurnya moral manusia kala itu (sodom gomorah) yang melakukan hubungan seksual sejenis, akibat dari kemurkaan Allah kerajaan ini telah diterbalikkan dan musnah sama sekali.


Pelbagai penelitian yang dilakukan, peristiwa atau lokasi kejadian  umat Luth AS ini adalah di Kota Sodom, di daerah yang sekarang dikenal dengan nama Laut Mati atau di danau Luth yang terletak di sempadan antara Israel dan Jordan.
                      longgokan garam jelas kelihatan disini
            melulurkan badan dengan lumpur laut mati dikatakan mempunyai khasiat tersendiri


Berikut ini cerita mengenai dihancurkannya umat Nabi Luth tersebut dalam Alquran.”Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki di antara manusia, dan kamu tinggalkan isteri-isteri yang dijadikan Tuhanmu untukmu, bahkan kamu adalah orang-orang yang melampaui batas.”(QS Asy-Syu’araa [26]: 165-166)

Ajakan Nabi Luth ini  ditolak oleh umatnya. Bahkan, tatkala Allah SWT mengutus dua orang malaikat  kepada Nabi Ibrahim dan Luth (QS Adz-Dzaariyaat [51]: 32, Hud [11]: 62-81), mereka malah meminta Luth untuk menyerahkan kedua tamunya itu untuk dinikahkan kepada mereka. Lalu, Allah menghancurkan umat Luth ini akibat perbuatannya.
kisah sejarah kaum nabi Luth


Dijelaskan umat Nabi Luth ini dihancurkan dengan cara diterbalikkan (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Selama ribuan tahun terkubur, kini jejak atau sisa-sisa kehancuran umat Nabi Luth ini berhasil ditemukan oleh para ahli arkeologi di sekitar Laut Mati.

 antara tinggalan yang ditemui
Kandungan garam danau luth sangat tinggi, Laut Mati memiliki kadar garam 31,5%, kira-kira 8.6 kali lebih tinggi daripada laut yang lain. Oleh karena itu, tidak ada organisme hidup, semacam ikan atau lumut, yang dapat hidup di dalam danau ini. Hal inilah yang menyebabkan Danau Luth sering disebut sebagai “Laut Mati”.
Kejadian yang menimpa kaum Luth yang disebutkan dalam Alquran berdasarkan perkiraan terjadi sekitar 1.800 SM. Berdasarkan pada penelitian arkeologis dan geologis, peneliti Jerman, Werner Keller, mencatat bahwa Kota Sodom dan Gomorah benar-benar berada di Lembah Siddim yang merupakan daerah terjauh dan terendah dari Danau Luth.
Konon, jika seseorang mendayung melintasi Danau Luth ke titik paling utara dan matahari sedang bersinar pada arah yang tepat, ia akan melihat sesuatu yang sangat menakjubkan. Pada jarak tertentu dari pantai dan jelas terlihat di bawah permukaan air, maka akan tampaklah gambaran bentuk hutan yang diawetkan oleh kandungan garam Laut Mati yang sangat tinggi. Batang dan akar di bawah air yang berwarna hijau berkilauan . Lembah Siddim, di mana pepohonan ini dahulu kala hidup subur daunnya menutupi batang dan ranting, merupakan salah satu tempat terindah di daerah ini. Keindahan Laut Mati ini dilukiskan seperti ”like the garden of God.”
 
 lihat kawan saya terapung diatas permukaan air
 Berdekatan dengan Laut Mati, anda boleh melawat Gua Nabi Lut as. Nabi Lut as bersama ayah saudaranya Nabi Ibrahim as telah berhijrah dari Ur ke Iraq. Baginda menetap disebuah kawasan dibahagian selatan Laut mati. Baginda bersama anak perempuannya telah menyelamatkan diri ke dalam gua, ketikamana Tuhan membinasakan sama sekali kota Sadum, akibat daripada kemungkaran yang dilakukan oleh kaumnya. Tuhan telah menukarkan isterinya kepada patung garam kerana melanggar perintah Allah supaya tidak menoleh kearah kota Sadum yg sedang musnah. Apabila anda melawat gua tersebut, anda akan menyaksikan topografinya tepat sepertimana yang digambarkan dalam AlQuran.Lebih dari itu, anda boleh melawati kesan-kesan kemusnahan abad ke 6 dan kepingan mozek yang dibina disekitar Gua Nabi Lut.Kisah Nabi Lut as disebut didalam beberapa ayat didalam AlQuran.
Sebelum melangkah pulang saya sempat membeli beberapa bahan kosmetik yang diperbuat dari garam dan lumpur laut mati..dan saya dapati ianya berkesan..antaranya yang jelas..rekahan ditumit kaki saya kini telah pulih...dengan izin Tuhan.

Sunday, 27 September 2015

menjejak bumi Ambia dan menziarahi Makam Nabi dan Sahabat

Menjelajah setiap pelusuk bumi Tuhan ini memang menjadi idaman saya sejak kecil..walaupun dahulu saya tidak suka untuk keluar berpelisiran dan lebih suka tinggal dirumah tetapi bila usia meningkat dewasa niat ini saya tanamkan bila ujudnya alam maya yang memaparkan keindahan dunia diluar sana.
 Syukur kehadrat Illahi kehidupan saya kini mampu untuk saya melihat dunia luar dan yang paling saya bangga bila 3 Masjid Utama telah saya lawati dan dikesempatan itu saya berpeluang menziarahi sebahagian makam para sahabat dan Nabi-Nabi.



Daripada Abie Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:

, لَا تُشَدُّ الرِّحَالُ إِلَّا إِلَى ثَلَاثَةِ مَسَاجِدَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ وَمَسْجِدِ الرَّسُولِ  وَ مَسْجِدِ الْأَقْصَى   -

“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.” 


Saya dan teman dihadapan Makam Sahabat Rasulullah






Makam Nabi Syuib A.S

Makam Nabi Musa A.s
 Makam Nabi Ibrahim A.S
 Makam Siti Sarah

 Makam Nabi Daud A.S


Dikatakan Makam Nabi Adam A.S
Makam Nabi Ishak dan Isterinya

Makam Siti Hawa..dikatakan Panjang Makam ini bersamaan dengan 7 buah bas 
Dikatakan Tempat lahirnya Nabi Isa A.S