Wednesday, 31 October 2012

Hati Terusik lagi


Sehari sebelum hariraya haji kelmarin aku dikejutkan lagi dengan pemergian umi...seorang wanita jika ku renung kedalam matanya penuh sifat-sifat kewanitaan, kelembutan dan agak warak..dari dulu aku amat mengkagumi wanita ini...semua memanggilnya umi waima cucu-cucunya..kepergiannya dalam usia yang muda..akibat kancer usus membuat aku merenung nasib diri..rasa semalam aku berbual bersamanya..seingat aku kali terakhir dia bertandang kerumah aku di DK, Jun lepas semasa hari jadi aimi dan alis..dia masih boleh makan walaupun badannya semakin menyusut..dia amat menggemari daging dendeng dan sambal goreng jawa yang aku masak..penghijrahan aku ke BP mengikut suami tercinta, along pula mengambil tempat aku bila dia ingin merasa masakan ini..anak ku ini banyak mewarisi aku dari segi memasak..dan sifat penyayang dan bertanggung jawab pada adik-adik..sekiranya aku tiada lagi..dialah yang bakal menjadi tempat bergantung adik-adik ..itu harapan aku.
Umi..bila pengkhabaran dari along ku terima mengatakan umi mulai nazak, aku dan En.Somi bergegas pulang ke KL..petang itu aku mengajak khairul pergi melawat umi..sengaja aku membiarkan En.Somi berehat di rumah..seboleh-bolehnya aku tak mahu dia melihat umi kerana aku tak tergamak mengguris hati dan perasaannya kerana peristiwa umi pernah dilalui dan dirasainya..aku pergi sendirian..masa tu umi masih mengenali aku dan menggenggam jemari ku..sebak! air mata ku mulai mengalir tanpa diundang bila aku lihat umi begitu kurus dan  menderita kesakitan..tapi aku bangga umi cukup diberi perhatian oleh anak-anaknya..lusanya aku ke baling kedah kerana majlis graduasi puteri bungsu ku tersayang...aku bangga kerana anak ku ini berkedudukan agak baik di MRSM itu walaupun dia seorang gadis yang amat manja dan telah menjadi yatim ketika usia 12 tahun..beban yang ku galas membesarkan dia dan husaini yang masih dikategorikan "anak yatim" aku redho dengan ketentuan itu..kini aku bahagia bersama suami tercinta.berkongsi apa saja..malah dia dapat menerima anak-anak aku dengan baik..
Rabu..walaupun penat hati aku tergerak untuk melawat umi kerana esok aku akan pulang untuk menyabut Eidul Adha bersama suami tersayang..En.Somi berpesan agar aku membacakan surah yassin disisinya dan mentalkinkannya..aku berdoa padaNya agar penyeksaan umi cukup setakat ini sahaja dan jika boleh sembuh..sembuhkanlah dia..aku usap kepala shaufik dan berpesan..jika sayangkan mak, jangan tinggalkannya" sentiasa mengingatkannya pada Allah..bila aku lihat umi mulai nazak..aku renung hujung kakinya..menunduk..hidung juga melayu dan disisi dahi sebelah alis mata agak melekok..aku pegang kaki umi..sejuk..dan semakin menaik dan menaik..tapi ajal adalah urusan Allah..kita tak dapat menjangkanya..
Sesampai aja aku dirumah..aku dikhabarkan umi dah tiada..kembali kepada SiPencita..mengikut jejak aruah suaminya..kesian shaufik yatim piatu dia...aku dapat menyelami hatinya..begitu sedih kerana dia begitu rapat dengan uminya..
Esok aku bergegas ke rumah umi dan ku dapati jenazahnya sedang diuruskan di surau ..aku tidak peduli apa adik beradik umi nak cakap..aku rempuh masuk untuk sama-sama memandikan jenazah umi..khidmat aku yang terakhir kepada wanita mulia ini..dan turut menghantarnya ke tempat persemadiannya sebelum bertolak balik.
sampai saat ini aku masih tidak percaya umi dah tak da..wanita ini memang aku kagumi..tabah, kuat semangat waima ketika saat getirnya dia tidak pernah mengeluh sakit..dia pasrah...Tuhan sengaja memberi umi sakit untuk membersihkan segala dosa-dosa lalu dan diambilnya ketika dia dah bersih..menurut along umi kerap menanyakan bila hari wukuf..rupa-rupa umi seolah-olah tahu pada hari tersebut dia akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini..Al-Fatihah!

Tuesday, 16 October 2012

aku sakit gigi......!!!



Dua tiga hari ni gigi aku sakit berdenyut-denyut..Tuhan aja yang tahu..dah lah hati aku ni libang libu..yan anak ku sakit di KL dan mak siopit juga sakit..aku pulak selalu dihantui mimpi-mimpi yang menyedihkan...tak faham pulak aku mengapa jadi begini....sedangkan en.somi begitu mengambil berat dan amat menyayangi aku....tapi dalam jiwa ini macam ada yang tak kena..segala mood aku hilang..nak makan pun tak da selera!!
Dah lama aku tak sakit gigi...Rasa sampai ke jantung sakitnya..gigi geraham pulak tu..masa aku makan KFC tu hari aku tergigit tulang ayam dan terkopak sedikit..aku ni bila cakap pasal gigi memang aku cukup jaga..selain memberus aku suka berkumur dengan listerin..dan semasa di KL dulu aku selalu ke dentish..bila kat sini dah tak aku buat lagi even facial pun aku tinggalkan..jeragat dimuka semakin manja nampaknya...
Teringat zaman dulu-dulu bila aku sakit gigi..aku akan selalu mengadu dengan mak dan mak akan ubatkan dengan sejenis getah tumbuhan..entah aku sendiri pun lupa apakebenda nama pokok tu..pasti hilang sakit gigi...
pernah aku menangis depan aruah hubby bila gigi bungsu aku tumbuh senget dan sakitnya tak tau nak habak..melekap aku kat dadanya..(macam budak kecik) kerana tak tahan sakit..makan pain killer pun masa tu tak lut..aruah pergi kekedai sinseh cina dan belikan ubat..bila dah hilang sakit aku pun menamatkan riwayat gigi tersebut..kolu dah dia dan azab sakitnya pun hilang...
 Korang pun mesti pernah rasa sakit gigi kan? Nak bercakap pon jadi malas sebab sibuk tahan sakit. Bila ada orang buat lawak, rasa nak bagi penampor je kat muka orang tu. Haihh.. 
Doktor cakap kalau gigi tengah sakit tak boleh cabut. Bahaya! Ni tengah tunggu sakit gigi hilang la ni. Dok sumbat bunga cengkih dalam gigi yang terkopak tu, kumur air garam, kumur dengan Listerine. Nanti dah tak sakit, bila pergi melawat doktor kat klinik gigi boleh suruh dia cabut terus. Sakit hilang.. Gigi pon hilang.. Haha.. Kenapa tak boleh cabut bila gigi tengah sakit? Sape tau? Kalau ikutkan hati, nak je aku tarik gigi ni dengan playar.
Yang paling tak tahan, sakit gigi ni biasanya datang tengah-tengah malam. Kalau sakit sangat, tengah malam mana ada klinik bukak. So terpaksa tanggung sakit sampai ke pagi dan yang tak lalunya terpaksa makan macam ular..telan aja..bila terantuk ja kat gigi tu pasti berdenyut balik..hiii sakitnya...Termasuk hari ni, dah 3 hari aku kurang tidur sebab sakit gigi. Paling lama pun tidur 2 jam je. Jagalah kesihatan gigi korang kalau tak nak menanggung sakit macam aku ni. Huk huk..

ni ada petua/pemuda yang boleh diguna pakai..aku pun belum pernah cuba..
Petua mencegah sakit gigi:
Campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi bila nak gosok gigi setiap pagi ataupun sebelum tidur. Amalkan cara ni korang bukan setakat dapat mencegah sakit gigi, malah gigi korang akan jadi lebih putih dan berseri disukai ramai.

Tuesday, 4 September 2012

Mulut Berbau?


Jom dengar ini sherita..semalam bila teman ke kedai..adalah seorang kakak tu bercakap dengan teman..perghhh..bau mulut dia tak tau teman nak sherita..punyalah busuk..mau terloya teman..mak tuan..nak jaga hati dia punya pasal,rasa dah naik julin mata teman menahan bau tersebut..kesian kat suami dia ya..



Nafas berbau agak sukar untuk dikesan tetapi sekiranya orang menjauhkan diri dari kita semasa bercakap, ia mungkin menandakan nafas kita berbau.

Bagaimana nak tahu yang anda mempunyai masalah mulut berbau?
Agak susah untuk diri sendiri mengetahui yang dirinya mempunyai masalah mulut berbau kerana diri sendiri telah terbiasa dengan bau mulut. Cara yang paling berkesan ialah dengan bertanya kepada mereka yang rapat dengan diri anda seperti suami, isteri, kawan rapat, ibu bapa atau anak-anak. Janganlah merasa kecil hati apabila di tegur oleh orang yang rapat dengan anda sebaliknya anda perlu berterima kasih kerana anda boleh mengambil langkah seterusnya untuk mengatasi masalah ini. Selain itu, ada juga sejenis alatan yang digunakan oleh doktor gigi  untuk mengukur kadar sulfur di dalam nafas pesakit.

Apa yang menyebabkan nafas berbau?
Lebih 90% kes nafas berbau berpunca dari mulut. Terdapat banyak bakteria walaupun di dalam mulut yang bersih. Bakteria ini boleh meleraikan sisa makanan dalam mulut dan menghasilkan gas yang berbau.

Bagaimanakah untuk menjadikan nafas kalian berbau segar?

1. Berus gigi dengan berkesan sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Selain itu, gunakan flos untuk mengeluarkan sisa makanan di celah-celah gigi.

2. Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3. Jangan merokok

4. Berus lidah semasa memberus gigi

5. Amalkan diet yang seimbang

6. Dapatkan pemeriksaan gigi secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun

7. Rawatan asas seperti “scaling” dan tampalan gigi boleh mengurangkan nafas berbau

bagi teman selain dari diatas tu amalkan berkumur-kumur dengan cecair listerine..selain dari nafas rasa segar dan cepat bertindak...ok!! 

Tip nak diet...


Rasanya semakin hari semakin berisi badan teman ni..malam atau selepas balik koje je en.somi pasti ajak round bandar dan "mematuk"..hehehe..dia oklah badan kecik molek..teman ni cepat sangat naik badan..yalah semenjak dua menjak ni..hati teman senang, tido cukup, apa nak aja dapat.. dipenuhi dengan kasih sayang dan gurau senda..en.somi tu kan penghibur setia teman..ada aja idea nak menyakat dan mengusik teman..terpekik terlolong lah teman bila di sergah ke..atau menakutkan teman..teman dah lah sinonim dengan sifat penakut..hisss mau gugur jantung teman dibuatnya..
Teman cuba amalkan diet ni..nampak ada perubahan...nak cuba? Jom..




1. Minum air masak yang banyak. 

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Mendapatkan jumlah air yang banyak juga akan menjaminkan fungsi hempedu yang lebih efektif sewaktu proses pembuangan air berjalan dengan lancar. 

2. Makan perlahan-lahan. 

Ketika menjamah makanan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang menggalakkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku. 

3. Kurangkan garam dalam makanan. 

Terlalu banyak garam dalam proses diet akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk. 

4. Makan makanan yang penuh serat. 

Serat adalah elemen yang penting dalam piramid makanan. Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu dalam proses penjagaan ini. 

5. Kesan pengambilan ubat. 

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit. 

6. Hindari sembelit. 

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan dan hanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan. 

7. Lakukan senaman atau bersukan. 

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak. Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


1-6 tu teman bolehlah...tapi yang no.7 ni ada malas sikit...penat!!!

my besday


Sep.2..ahad..ia datang lagi buat sekian kali..setahun lagi usia ku menapak dan ini bermakna setahun lagi usia ku berkurang..Usia bagi ku adalah satu garisan dari titik mula menuju ke titik akhir...dan disitu penamat kehidupan...
Aku benar-benar keletihan mana taknya menempuh 5 jam perjalanan dari kuantan ..sempat jugak kami picnic dicerating bersama ipar duai..rata-rata aku amat senang dengan mereka ..mereka dapat menerima aku dalam keluarga ini...selain sifat hormat mereka kepada aku...mungkin status en.somi dalam keluarga mereka..dan terus terang aku senang dengan mereka...keletihan menyebabkan aku lena awal sekitar jam 10.30 malam...aku bermimpi aruah hubby datang membawa sekuali besar lauk daging..nampak amat sedap macam inti kebab..ada bawang besar, tomato dan daun bawang..siap dimasaknya..ni untuk jee katanya..lantas memeluk aku..tapi aku hairan mengapa tangan aruah lebih satu?ada 5 tangan termasuk tangan  aku kat pinggang..dalam kehairanan aku terjaga..disebabkan bunyi talipon dari adik nak wish hepi besday tuk mak tersayang..jam tepat pukul 12.00.. lama aku termenung..aruah, walaupun sudah dialam baqa masih lagi meningati hari lahir aku..ya lah seperti selalu bila hari lahir aku atau anak-anak kami akan makan diluar ramai-ramai..selain kek untuk mereka yg sambut besday...sayu hati aku...walaupun jasad aku sudah berpindah tangan tapi aruah masih lagi mengingati aku...tidak lama selepas itu along pula dengan sms berjela membuat air mata aku mengalir tanpa sedar...itulah anak..bukan hadiah yang aku minta..cukup sekadar mengingati hari-hari istimewa dalam hidup aku..selagi nafas ini masih lagi aku hela..tahun depan entah dapat ke lagi aku tatapi sep 2 ini...kepada anak-anak aku yg tidak pernah lupa akan tarikh keramat ini mak ucapkan jutaan terima kasih..mereka sentiasa mengingati tarikh lahir ibunya...!!!

Thursday, 16 August 2012

langit menangis ditirai senja..


Sebaknya hati ini bila anak-anak membuat video call..yalah hari nak hampir raya..kalau dulu yonglah antara yang sibuk menata rias rumah bersama anak-anak tersayang tapi kali ni yong jauh dari mereka..namun yong dah sediakan sedikit keperluan untuk mereka..yong dan yop dah belikan langsior baru,kerusi baru, sarung kusyen , kuih muih untuk mereka kerana yong tahu yong masih bertanggungjawab ke atas mereka...yong kan ibu mereka..
hujan petang jumaat cukup memilukan hati yong..rindu pada anak-anak yong..nampak mereka juga amat merindui yong..video call yang dibuat sedikit sebanyak melegakan hati yong..tapi dalam hati yong menangis selebat hujan yang turun diluar...sepi dan sayu...semalam syairah membelikan yong sepasang baju pink yang cantik juga sehelai batik buat yop..terima kasih nak..terharu sungguh rasa hati..yalah sapalah yong ni..hanya menumpang disudut hati mereka...
Namun yong cuba kuatkan semangat...kerana hidup ni akan diteruskan...bila yong dah buat pilihan yong takkan menyesal kerana anugerah itu datang dari Allah dan doa yong termakbul kerana dipertemukan dengan orang yang bukan calang-calang..selain penuh dengan ilmu agama juga tinggi budi pekerti dan baik perilakunya..kadang-kadang yong terasa sapalah diri yong ni...yong akui sifat keanak-anakan yong masih macam dulu..suka mengusik dan agak manja..yong ni kan dibesarkan oleh nenda tersayang..apa saja kemahuan yong akan dipenuhi..sebab tulah sampai la ni sifat tu sukar nak yong ubah..
Diam tak diam dah besar anak-anak yong..kalau dulu mereka didepan mata yong..yong didik , yong marah, yong tegur, yong rotan demi kebaikan dia orang hinggakan mereka nak cakap perkataan yang tak elok pun tak pandai...yong memang agak tegas dalam mendidik anak-anak yong..kalau tak betul memang yong marah dan yong rotan..sampai sekarang yong bersyukur anak-anak yong hormat orang tua, tak langgar pantang larang dan bukan jenis yang liar...syukur yong amat-amat...yang lelaki tidak merokok yang perempuan mendengar kata...
...bagi yong..semua yong sayang disini dan disana...kerana kebahagian itu tak akan hadir jika tiada kasih sayang antara suami isteri dan anak-anak...
Biarlah langit senja tu terus menangis...yong tak nak nagis dah!!!!

Monday, 13 August 2012

Mencari malam Lailatul Qadar..


Sejarah dalam hidup yong..ya lah memang yong akui yong tak pernah sekali pun buat benda ni...jam 3.00 pagi yong dan en.somi dah siap-siap nak ke madrasah untuk qiamulail...walaupun mata ni terasa kelat nak bukak kami gagahi juga ke sana...beribadah 10 malam terakhir...mula-mula Pak Imam yang diimport dari Indonesia , Ustaz Ghafor..mak tuan aii suaranya punyalah class..ala-ala bacaan imam mesjid di Makatulmukarramah...memulakan dengan solat tahajjud, dikuti dengan solat tasbih 4 rakaat dua salam, solat hajat dan solat taubat..terasa begitu kerdil diri ini bila sekian kali sujud kehadrat Allah yang Maha Esa...sedih campur terharu hati yong kerana masih diberi peluang kearah itu..syukur pada Tuhan kerana mempertemukan yang dengan en.somi yang banyak membimbing yong ke arah itu..malam tadi kami berqiamulail lagi..keseronokan beribadah dapat yong rasai hinggakan nak tinggeikan madrasah tu pun rasa len macam aja..jiwa yong rasa tenang dan tenteram..dan yang seronoknya bila yong tenguk en.somi yong dah mulai pulih dan sedikit batuk..dimadrasah kami dibekalkan dengan bekalan untuk bersahur..so lepas pulang yong dan yop bersahur dengan apa yang dibekalkan...

..selain dari itu yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan...Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat R.A.
Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri ..

Saturday, 11 August 2012

Cerita 23 Ramadhan


Tahun ini kalau sampai hajat yong, yong dan en.somi akan menunaikan haji di Mekah..saya wajib bawak awak tahun ni coz dah jadi tangungjawab saya dan tidak boleh tidak..kata en.somi..kami booking semasa pergi Turki tu hari.kalau ikut proses biasa entah tahun bila giliran yong..tapi en.somi ambik pekej yang membolehkan kami pergi pada tahun ini...insyaallah dengan izinNya dapatlah yong menunaikan rukun kelima tu..tahun sudah  yong buat umrah dan melawat jordan palestine..yong mohon pada Allah semoga yong dapat selalu melawat Rasulullah S.A.W dan Rumah Suci Allah tu..memang terharu sungguh bila kiblat kita dalam setiap solat kini berada depan mata..kenangan manis bila yong dapat merasai titisan air hujan semasa solat di Multazam..bukan senang oii nak dapat..rezeki yong tu..sampai kini yong masih terasa sejuknya ayor hujan tu menembusi kulit yong..Rahmat Allah kerana disana memang jarang sangat hujan...ramai jemaah yang sama dengan yong demam teruk bila balik ke Malaysia..Alhamdullilah yong sehat adanya...semoga Oktober 15 ni insyaallah yong dapat berangkat dengan en.somi dan mohon diberi kesihatan yang baik ..
..Malam ni dah 23 Ramadhan..10 malam terakhir ..yop sudah agak sembuh walaupun muka pusat lesi masih lagi ketara..beramal dimalam-malam barakah mencari malam yang lebih baik dari 1000 bulan itulah tujuan..mensucikan diri dan menambah bekal akhirat..sapa tahu mungkin Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat diri yong..kerana semua itu Rahsia..tidak sapa tahu..Insyaallah tahun ini yong penuhi masa terluang dengan bekal dan senjata untuk berhijrah jika sampai masanya..dulu yong agak penat kerana tugas..dah janji yong..yong akan penuhi masa dengan solat-solat sunat dan mengaji quran..en.somi selalu ada jika tajwid tidak begitu betul..membaca Al-Quran secara bertalaki dan mengikut sanad amat penting katanya..Insyaallah!..
...hari ni hati yong tenang..buka tadi yong cuma masak sayur capcai dan ikan masin je..yop kata awak nampak penat...biar abang beli lauk..tak payah susah-susah...yop beli kari ayam, beli sotong sambal hiris dan ikan masak taucu..tapi bila buka yong lihat yop makan lauk yang yong masak aja..sayur capcai dan ikan masin..yang lain tak disentuh langsung..kesian pulak yong...
sibungsu saban hari menalipon siang dan malam tak sabar-sabar nak balik..kesian pulak yong..anak yong yang sorang ni..bungsu katakan...manja ya amat..tapi boleh berdikari bila masuk asrama...tak sangka pulak yong...semalam yong  berkongsi duka dengan kawan lama yong yang tiba-tiba kehilangan suami dan kini tinggal kesaorangan ditempat orang...kadang-kadang yong fikir..nyawa lelaki ni begitu rapuh tidak seperti perempuan..dalam sihat-sihat..tup-tup dah tak da..sapa sangka ya...yong cuma boleh kongsi pengalaman dan sedikit nasihat agar dia tabah dalam menghadapi hidup yang akan diteruskan...kesian pulak yong..sebatang kara ditempat orang..anak-anak jauh merantau yang hanya sesekali datang menjenguk..Yong mohon pada Allah agar family yong semua dipanjangkan umor ...kalau boleh biorle yong pergi dulu dari mereka!!!

Thursday, 9 August 2012

jauh di sudut hati ini...




Tinggei 9 hari je lagi nak sambut raya..tahun ni totally berubah..kalau tahun dulu bersama anak-anak sambut raya kat kampung..masa tu mak masih ada..walaupun hanya mampu duduk dan berbaring...tapi terasa kemeriahan sambut raya..sebelum tu hati yong merajuk maleh nak balik raya dikampong bila hubby pergi tinggeikan yong dalam sekelip mata..sedih betul waktu tu..tapi demi anak-anak yong tabahkan..takkan yong nak sedih hati..nanti anak-anak lagi le sedih..so tahun 2010 yong sambut raya kat bandaraya..tak pernah yong buat sebelum tu..meriah juga kami dua beradik menyambutnya..yong masak sakan masa tu...
tahun 2011 yong pujuk hati nak kembali raya dikampong kerana kemeriahan sambut raya ditanah kelahiran ni lain sikit..seronok ya amat..4 hari jugek yong dikampong coz anak-anak mula naik sekolah..anak-anak yong dua orang berada diasrama penuh..so kena patuh undang-undang..tak boleh ponteng..seingat yong masa tu..yong jugek lah yang memasak..macam protokol biasa..ketua balai!!!walaupun masa yong goreng seruding  ayor mata yong meleleh tanpa sedar.ya lah orang yang selalu tolong yong kacau serunding tu dah tak da..orang yang selalu tolong potong daging dendeng dah ilang..namun semuanya siap sedia menjelang raya..dan bila dengar takbir tu..yong dah kuat..teringat lagi yong bila ziarahi pusara aruah adik dan abang kami pergi berempat..
                                       raya 2011 semasa nak ziarahi pusara adik dan abang..2012 orang sebelah tu pula dah ilang..

tapi tahun ni sorang dari kami dak tak da juga..ermmm  :'( sedihnya yong..satu-satunya anak buah kesayangan yong yang tak banyak songeh dan selalu cium pipi yong juga dah tak da...kenapa ek?
tahun ni..en.somi kata..hari raya kita kalau boleh jangan ziarahi kubur..nikmat orang berpuasa akan dirasai bila tiba waktu berbuka dan sambut hari raya dan bila berjumpa dengan Allah..bila ziarah kubur kan kita rasa sedih dan sayu..so tahun ni kata en.somi no ziarah kubur...bukan kita tak ingat pada mereka yang dah pergi dulu dari kita tapi ziarahilah bila dah dua,tiga hari lepeh tu...betul juga tu..kalau kita ingat kat mereka yang dah tak da tu..di rumah pun kita boleh kirimkan..mudah-mudahan sampai..insyaallah..
malam tadi yop dalam demam-demam teringat juga kat anak-anak di KL.dah cukup ke keperluan raya dia orang..en.somi happy sangat bila anak-anak berkumpul kali ni..macam-macam dia nak buat..BBQ lah dan lepak ramai-ramai..kesian juga kat adik yong yang di KL tu..sorang tu lantaklah..dah yong belek-belek gambar dia dalam album yong..dah tak da gambar tu..tinggei sorang je yang masih ada tapi gambor suami dia dah samor-samor..hai..yong sayang benor dengan adik yong yang sorang ni..banyak kami kongsi suka duka semasa membesar dulu...tapi apa nak buat..segalanya bukan salah yong.... ngenangkan bebudak tu yong sayang beno kat anak buah yong yang tinggei tiga orang tu..satu dah Tuhan ambik..rindunya pada dia ngalahkan anak sendiri..dia dah macam anak yong!!
..entahlah mudah-mudahan tahun ni dapat yong rasai apa itu hari raya..dapat balik cium tangan suami!!!












Wednesday, 8 August 2012

yong hari ni..









Malam semalam yong sorang2 je buat solat tarawikh..8 rakaat, 3 witir coz yop masih lesu terbaring..tak sihat..selalunya yop akan doa di surau..sayu sungguh hati bila dengar suara yop yang serak-serak basah tu berdoa..nada dan irama suara yop menyentuh hati dan perasaan yong..tapi dah dua hari tak dengar...yop masih batuk dan susah nak bernafas...yong bantu selagi terdaya..kesian bila tenguk yop berwajah layu dan kuyu...
Yong ni bila buka pose dari dulu hingga sekarang suka sesangat makan mee atau beehoon goreng..semalam yong masak ikan lemak cili padi dengan nenas coz tak tahu nak masak apa dah..kalau tanya yop..sukahatilah..janji ada rezeki buat berbuka katanya...tak positif langsung!! yong goreng beehoon..taruh sikit taucu dan hari ni yong bubuh kicap..tak macam selalu beehoon yong merah jambu..dan teringin sangat yong nak makan kuih kaswi pandan..tu pun kuih kegemaran yop jugak tu...senang jika kawin senegeri ni ..satu daerah pulak..apa dia suka kita suka..apa dia gemar kita gemar..jalannnn...
yong ambik daun pandan coz pewarna tidak dibenarkan sama sekali..pantang dalam menu yop..so yong sukatlah 1 cawan tepung gandum, setengah cawan tepung ubi,setengah cawan tepung beras, 3/4 cawan gula pasior, satu cawan santan, 1 1/2 cawan ayor daun pandan, 1 biji telor dan sedikit kapur masak ..yong blander aja..dah siap!! dapatlah 24 acuan bulan (warna merah tu) dan kukus...mak aii menjadi!! kenyal dan tidak kegheh..apalagi masa berbuka tu..3,4 ketul yop sambo begitu juga yong..selain dari bagi kat jiran..

..pagi ni tak tahu apa nak masak pulak..teringat pulak kat anak yong sikerul yang debab2 montel tu..suka sangat makan ikan pindang..ghaser nak masak tu ajalah..buat sambal sikit dan goreng sayur cendawan citaki..yang panjang2 tu..sedap!! ..tapi tak tahu lagilah coz kepala yong pening dan tak sedap badan..jangkit dari kuman orang sebelah kot......hampeh!!!

Tuesday, 7 August 2012

cerita yong hari ni..







Semalam yong gi shopping barangan dapur dengan yop kat bandar...beli tu, beli ni, capai tu, capai ni..penuh satu troli dah...teman nampak yop teman diam tak ceria macam selalu..kalau tak , ada aja hei dia nak ngusik yong..mau dalam keta, kat mana-nama jua ada je kisah yop ni ..kalau tak ngusik tak sah!..acer yong pun naik heghan napalah tok janggut yong ni udah ghoper ayam berak kapor...senyap jer..ater yong pun idak le kisah..puasa gamaknya..yong ingat dia penat, banyak keje kot...masa berbuka pun tak banyak dia makan..yong pun masak ringkas jer semalam..cuma dia minta yong buatkan "bubur candil" bubur ni anih..masyarakat jawa memang le famous..uli jer tepung gandum+ tepung pulut dan canai..gunting2 macam nak buat kuih gunting tu..rebus dulu  terus dalam ayo paneh yg menggelegak macam nak buat buah melaka tu..dah timbul angkat..dan lepeh tu buat kuahnya..pengat tu lah...! yong pulak terghingin nak makan cucur bawang..ater buat le sikit..bubuh kucai, taugeh, bawang dan ikan bilis coz yop  tak makan udang..korban le yong..pe nak buat!ater yop teman makan jugek le sikit..tak macam selalu..cuma dia banyak makan sotong goreng tepung..siap puji lagi..macam kat restoren!!samalah!
Rupanya yop teman diserang demam...meracau lepeh buka..mata layu tak hengat..yong ni bab sakit menyakit ni yong  takut sangat..dah nak ghaya ni..udah..jangan buat hei..yong takut sangat kehilangan..satu-satu dah yong hadap bab pergi mengejut..buat hati yong kecut beghut..pa taknya..yop teman ni selain dari lemah lembik (tak tahan lasak) dia juga ada lelah..(bahaya sangat-sangat)..yang dulu tu segak dan tahan lasak..tapi pergi dalam usia yang masih muda..tak sakit apa pun..so bila berlaku ghoper ni hati yong jadi sayu..udah le dua tiga haghi ni..hati yong bagai digaru-garu sayunya..hinggakan katak yang panggil hujan memalam tu yong tak leh dengar..macam sepi sangat..rasa suasana di perkuburan...yong pegang tangan yop..air mata yong meleleh tak tentu pasei..yong teringat kat anak-anak ..yong teringat peristiwa lalu yang banyak meninggalkan kenangan pada yong...kesan luka tu masih ada lagi...
.lepeh makan ubat malam tadi yop agak ok dan masih boleh bangun sahur nemankan yong buat sambal bilis dan sup sayur..agak selera dia makan...alhamdulillah..
.pagi ni seperti biasa yong ngantor yop bila nak pegi koje.seperti biasa..yong akan bawa beg dia..idupkan enjin kete, pasang air cond..pasang lampu dan buka pagar (kai remote)..senangkan yop..tinggei masuk dan tekan pedal minyak..tu le koje yong..nak caghi pahala lebih..tugas isteri ni kalau dibuat secara iklas kan banyak pahala berganda..pekanlagi bila dapat gumbirakan hati en.somi..lagi banyak ganjarannya..cuma yong doa..moga Allah simpangkan musibah pada yong dan family dan moga anak2 yong berjaya dalam lapangan masing2..dilindungi dari segala bala dan bencana..tak sanggup dah yong!!!

Tuesday, 31 July 2012

jom cakap peghak...

Udoh 12 haghi kita berpose ya..duduk menung pagi-pagi ni mikio apa nak masok haghi ni..teman cuber jengah apa ada kat peti ais tu..buntu teman..kalau tanya oghang sebelah..dia akan cakap..apa awak masak saya makan aja..no komen...tu lah dia..semalam teman cuber nak buat kuih dangai..kuih asli kegemaran en.somi..memang tak pernah buat pun kuih tu..teman pun galilah ilmu kat tenet...dan cuber buat..bila dah masak nampak lawa..ermm menjadi ni...silapnya teman guna gula kelapa ori..agak lembek dan melekat...tapi dalam hati..moga-moga menjadilah!
Al kisahnya bila time memotongnya kenapa liat dan agak keras sedangkan sedikit air pun teman tak bubuh...dah nak jadikan cerita teman potong jugaklah..kerana dah dua tiga kali en.somi teman menyingkap tudung saji tenguk kuih tu...kesian dia ..kuih teman kurang jadi..keras dan liat dan gula agak banyak..namun en.somi makan juga tanpa komen..hehehe..nanti dinda try test dan cuba buat lagi ya kanda..teman ni kan dah lama tinggalkan negeri johor ni..so dah lupa buat kuih-kuih berbau johorean ni..kalau asam pedas tu nak kata sedap atau pakar tak le jugek..tapi boleh le!
...nak citer sikit pasal makanan yang dibeli dibazar ramadhan..semalam semasa en.somi ajak teman ke kedai emas..teman singgahle beli sedikit kuih dibazar..time lapor ni semua dipandang sedap..selipar jepun tu pun kalau dipotong-potong celup tepung pun sedap..hehehe..lagilah bila dah jam 6 tenguk orang yang jue ayo tu pun meleleh ayo lio dibuatnya...ni kan pula bila mandang ayo mata kucing,katira,coconut blend mmmm mahu dua tiga teguk ayo lio ditelan..dah jadi macam bebudak pulok ya..
bab makanan yang dibeli dibazar ni..nampak memang sedap..tapi kat ghumah teman ni..penat beli aja..dak dimakannya....sebab tu teman sedaya upaya buat sendiri semuanya..petang ni tak tau apa lagi kuih teman nok buat..ghasernya nak buat cekodok jelah..bubuh daun kucai, taugeh dan ikan bilis coz en.somi teman tak boleh makan udang..elegik..sian kat teman...









Sunday, 29 July 2012

alahai nasi ayam....







Diam tak diam dah 10 hari kita berpuasa..kali ni jauh aku tinggalkan anak-anak tercinta..setiap kali buka puasa teringat aku akan anak-anak  ketika berbuka, makan hasil masakan aku...ialah air tangan ibu..aku memang gemar memasak lain dari yang lain bila Ramadhan menjelang..kini aku jauh..dan tidak berpeluang untuk mereka lagi..lagi pun mereka dah besar panjang..dah pandai bawa diri.......demi tanggungjawab yang digalas....aku terpaksa tinggalkan mereka.
Semalam aku beritau En.Somi aku nak cuti dari memasak..dengan senyuman manis En.Somi mengangguk..Ok!!! seorang suami yang tidak pernah mengatakan tidak terhadap diri ini..sehari demi sehari kasih sayangnya terlalu mendalam ..apa saja yang di pinta semua dilakukan..termasuk ringan tulang menolong aku memasak ketika bangun sahur..ada ketikanya dia kedapur dulu tanpa menunggu aku bangun..memang rajinnya dia..
Jam 3.30 petang, aku dan En.Somi meronda sekeliling bandar mencari apa yang hendak dibeli..sejak Ramadhan tiba aku tidak pernah ke bazar Ramadhan kerana En.Somi tak suka makanan yang dibeli..selalunya akulah yang memasaknya..walaupun hanya sup sayur..En.Somi akan kata...sedap awak masak yang...apalagi kuih kegemarannya seperti bur sum-sum, kaswi dan getas-getas..tiga empat keping sekali dia sebat..sekarang ni dia suka sangat dengan mee goreng yang aku masak..
Mula-mula aku membeli kuih kaswi..nampaknya sedap..disini kuih masih murah.Rm 1 untuk 4 keping, aku beli juga getas-getas..dan aku nampak lopes original..aku rembat juga..baru RM 3..En.Somi beli coconut blend..2 bungkus..yang!! beli mee goreng 2 bungkus dan mee hoon goreng sebungkus ya..order En.Somi dari dalam kereta, bila dia lihat penjual (kami biasa lepak dikedainya..memang class semua makanannya)..aku pun tanpa bantahan terus membeli apa yang diodernya dan dua keping epok saiz besar berintikan telor bersos ...hai dah penuh belakang kereta ni yang! kata En.Somi..aku hanya tersenyum kerana yang nak makannya kami berdua..kami terus meronda kerana waktu masih awal...
Tiba-tiba...kami ternampak gerai nasi ayam panggang..untuk menu nasi kami memang tak terfikir lagi..lalu En.Somi turun dan membeli 2 bungkus nasi ayam..bau mak ai..memang menggoda..
..Awak nak makan mertabak tak yang,..sedap mertabak tu..kalau ada rezeki dapat kita hari ini..kalau tak esoklah jawabnya..memang popular mertabak disitu..lalu kami pun menempah 2 keping mertabak ayam dan terpaksa datang balik jam 6.30 disebabkan deretan order yang panjang..tapi rezeki kami masih ada..
......Bila tiba waktu berbuka aku dan en.somi menjamah mee dan mee hoon goreng dan masing-masing 1/2 keping mertabak..dan kuih-kuih..disebabkan coconut blend dah kami telan segelas besar..maka alkisahnya kami dah kekenyangan....alamak!!! nasi ayam!!!..bila nak makan ni..jap lagi nak solat tarawikh..sah tak makan dah nasi tu..jerit aku..kami sama-sama ketawa...tu lah kata orang jangan membeli makanan ketika kita lapar...kata en.somi dalam gelak yang panjang..akhirnya..nasi ayam tidak dijamah sama sekali..!!!!