Warna baju boleh mencerminkan keperibadian anda, atau paling tidak,
memanifestasi perasaan anda pada saat-saat tertentu. Kerana itu,
pilihlah warna baju yang sesuai ketika membeli pakaian.
HITAM.
Ini adalah warna paling gelap dari yang lain untuk pakaian wanita atau
baju wanita. Warna ini paling sesuai bagi mereka yang tidak suka
kelihatan keterlaluan. Karakter misteri terpancar pada kegelapan warna
hitam. Hitam juga sangat eksklusif untuk penampilan yang elegan dan
seksi.
PINK. Warna ini memang sesuai
dengan kesan feminim dapat diperolehi di kedai. Penampilan lembut dan
cukup mewakili perasaan jatuh cinta yang berbunga-bunga.
MERAH. Ia mencerminkan keberanian, ketegasan, dan seksi serta menggoda.
BIRU. Mencerminkani
kecerahan. Jika anda menggemari warna biru biasanya anda sukakan
ketenangan. Jika anda ingin merasa nyaman dan meningkatkan keyakinan
diri, warna biru boleh menjadi pilihan.
OREN.
Gabungan antara warna kuning dan merah ini mencerminkan bahawa anda
gemar perhatian. Apalagi jika dipadukan dengan aksesori wanita yang
menarik. Warna cerahnya juga akan membuat mood akan naik.
KUNING.
Warna cerah ini melambangkan kecerdasan dan intelektual yang tinggi.
Kuning juga sering disamakan dengan warna “outdoor”. Anda seorang yang
optimis, berani dan tahan lasak.
PUTIH.
Semua orang tahu warna ini melambangkan kesucian dan kebersihan. Putih
juga termasuk warna paling aman selain hitam, keranaa boleh dipadukan
dengan segala warna.
HIJAU. Sangat sesuai
dengan alam dan segala yang kelihatan natural. Orang yang gemar warna
hijau adalah orang yang menyukai alam semula jadi dan pencinta
kedamaian.
No comments:
Post a Comment