Saturday 12 May 2012

Selamat hari Ibu..





Gratisan Musik

Hati sayu bila lihat drama-drama tv tentang pengorbanan seorang ibu pada anak-anaknya. terusik juga hati ini ialah aku dah tak berpeluang melihat dan memanggil nama ibu, mak, mama, umi, mami dalam hidup ku..dulu aku tak pernah ucapkan selamat hari ibu padanya..mana ada sambutan hari ibu masa aku kecil-kecil dulu. seingat aku tahun lepas aku mengucapkan dan mencium pipi mak pada hari ibu..dia senyum..masa tu mak masih boleh berkata-kata dan agak sihat..teringat lagi dia tidur dibawah ampaian dan petang tu aku suruh tini alihkan semua baju-baju tu ke dalam almari, tak sanggup aku tenguk mak aku tidur disitu.Bulan Jun tahun sudah seingat aku, aku hantar mak rumah kak mah, lepas itu ucu cuti 3 bulan dan mak tinggal dikampung hingga lepas raya dan ikut aku ke KL semula.
Yan anak ku yang pertama mengucapkan selamat hari ibu dan malam tadi adik berserta poem yang penuh makna. Anak kecil yang tinggal jauh diasrama tak pernah lupa pada ibu dan menghargainya..dan sebentar tadi along..dia juga sudah jadi ibu..dia akan rasakan apa yang aku rasa..kasih dan sayang pada anak-anaknya...semalam En.Somi, yang bila hari ibu? saya dah tak da mak..awak kan ibu? aku cuma diam...dalam hati seorang ibu bukan berkehendakkan hadiah atau apa jua bentuk ucapan, tapi sebutan ibu atau mak dari anak-anak sudah cukup mengubati lara dan kesunyian hati disaat-saat menghitung hari dikala tua begini.
Kepada yang diluar sana yang masih berpeluang menyebut nama ibu atau sebagainya, hargailah dia..selagi masih ada, jika sudah tiada dunia ini terasa kosong walaupun seorang ibu itu tidak memelihara kita atau pun tidak mendapat kasih sayangnya, tetapi demi Allah yang Maha Pengasih, ibu itu begitu agung, tanpanya hati kita akan terasa rindu, sunyi dan sebutan ibu itu seolah-olah satu rahmat yang tiada nilai dan tiada galang gantinya...
hargailah ibu semasa mereka masih ada...Al-fatihah buat ibu ku Hajah Mazenah Binti Hassan!!!

No comments:

Post a Comment