Saturday 18 August 2018

Switzerland Summer Tour Julai 2018





Zurich- Schaffhausen-lucern-Interlaken-lauterbrunnen-Kandersteg-Grindelweld-Bern-St Morizt (Italy)- Lake Konstanz (germany) -Zurich

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang..

Isnin 23 Julai 2018:


Kami meninggalkan tanah air tercinta dengan menaiki pesawat Airbus A332  Oman Air , menuju ke Muscat sejauh 3215 batu dan mengambil masa lebih kurang 6 jam 45 minit untuk kami sampai di Muscat Oman dan transit ke Zurich juga mengambil masa lebih kurang 7 jam. Kami hanya berenam sahaja kali ini. Private Tour yang sudah saya kenali setelah bercuti bersama ke Eropah September tahun lalu dan saya bertiga beranak pada kali ini. Pesawat berlepas jam 930 pagi dari terminal 1 KLIA dan membelah awan dengan tenang . Sebelum itu saya bermalam di Sama-Sama hotel bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Biasalah kota metropolitan ini tiada habis dengan masalah sebegini. Tiga orang lagi ahli rombongan kami dari Shah Alam dimana kedudukan mereka tidaklah begitu jauh dari KLIA. Bagai ayam ternak kami didalam pesawat,tidor, makan, tidor dan makan dan kami tiba di Muscat jam 12.15 tengahari waktu tempatan. Perbezaan waktu ialah 5 jam. Dua jam setengan di Muscat kami meneruskan perjalanan juga dengan menaiki pesawat Oman Air WY 0153 menuju ke Zurich, Switzerland. Kami menjejakkan kaki di bumi Switzerland pada 1925 malam waktu tempatan bersamaan 1.25 waktu di Malaysia. Selesai mengambil bagasi dari jauh kami lihat TG kami, Aswad tersenyum riang menyambut kedatangan kami. Masa perjalanan yang begitu panjang yang mengambil masa hampir 16 jam membuatkan kami agak keletihan. Waktu siang di musim panas agak panjang. Subuh jam 325 pagi dan maghrib jam 915 malam, justru itu jam 900 malam suasana masih lagi cerah dan terang benderang. Allahuakbar











Percutian kali ini akan berlangsung selama 9 hari 8 malam yang merangkumi kebanyakan tempat-tempat menarik di Switzerland ini.










Antara tarikan dan tempat-tempat menarik yang akan kami terokai adalah Zurich, Lucerne, Mount Titlis, Jungfraujoch, Tissot First Cliffs Walk, St. Moritz, Bernina Express dari St. Moritz sehingga ke Tirano, Italy dan sedikit kawasan disempadan Swiss German iaitu Lindau dan Lake Konstanz.
Kami menuju ke Acasa Hotel bagi membersihkan diri dan keluar semula untuk makan malam disebuah restoran. Rata-rata kedai di sini ditutup awal sebelum jam 1100 malam. Roti Garlic, ayam tandoori, kari kambing ,kari ayam berserta teh tarik rezeki kami pada malam itu, memang class beb!!! hingga kini ayam tandoori yang dihidangkan menjadi igauan saya.



Keadaan hotel amat selesa lengkap dengan dapur dan peralatan memasak. Seperti biasa kalau bermusafir di negeri omputih ni saya amat berjaga-jaga soal halal dan haram jadi saya mengeluarkan apa yang saya bawa dan memasak secara ala kadar

Day 2: Selasa 24 Julai 2018 Schaffhausen


Usai mengambil sarapan pagi di hotel, bermulalah kembara kami di bumi Allah yang indah ini. kami menuju ke Schaffhausen Rheinfall. Tuhan sahaja yang tahu bila menatap betapa indahnya airterjun dan mendengar deruannya. Kami menaiki sebuah "boat" dan di bawa begitu hampir digigi air terjun. Begitu indah dan hanya lafaz Subhanallah dan mengucap syukur kerana diberi peluang menatapi keindahannya. Disini ada disediakan pelantar bagi pengunjung-pengunjung yang ingin menatapi secara dekat akan keindahan Rheinfall  ini. Air terjun yang membuak-buak cukup cantik bila panahan matahari yang terik tengahari itu menerbitkan pelangi yang begitu indah dan tasik yang begitu jernih serta jelas kelihatan ikan-ikan trout timbul dipermukaan dalam satu kumpulan besar, tanpa gangguan.






















 Setelah menjadi model-model tak terkenal kami pulang ke Hotel. Kami sempat singgah membeli tepung, sayur dan minyak masak, maka minum petang kami siap terhidang karipap ayam, canai dan cekodok bawang, nah seperti dirumah pulak rasanya, teh o panas bagi menyegarkan badan dan bermalam di Acasa hotel Zurich buat malam yang kedua.

dihadapan Acasa Hotel


Day 3: Rabu 25 Julai 2018 Mount Titlis - Engelberg/Lucerne
Selesai minum pagi, saya sempat berbual dengan seorang rakyat Malaysia dari Bangi yang sama-sama menetap di Hotel tersebut. khabarnya dia selalu bercuti  ke Swiss bersama family dan mengakui  begitu tenang bercuti disini dan mencadangkan beberapa tempat yang cantik untuk dilawati. Seterusnya kami menuju ke Mount Titlis yang terletak di daerah Engelberg. Sememangnya satu tempat yang wajib dilawati jika bercuti ke sini. Disebabkan ianya tidak termasuk didalam itinerary kami (pihak admin memilih untuk ke Top of Europe) maka dengan sukarela kami membayar sendiri tiket sky way dengan harga 92 CHF seorang, memang berbal0i walaupun cuaca agak panas, mencecah 30 deg. Mount Titlis yang mempunyai ketinggian lebih 3000 meter ini menyajikan suatu pengalaman yang sangat indah. Pemandangan disepanjang perjalanan begitu mempersonakan, hijau, penempatan penduduk dipergunungan dihiasi tasik-tasik yang membiru, limpahan air terjun dan salji masih kelihatan di puncak-puncak gunung membuatkan jari jemari saya tanpa henti memetik lensa camera, seronok bila melihat disetiap beranda dan kisi tingkap dihiasi bunga-bungaan yang mekar berwarna warni. Pengalaman ini saya alami semasa berada di bumi Austria, Hallstatt tapi kali ini lebih memukau pandangan mata tak tergamak sama sekali untuk saya memejamkan mata untuk tidor. Kami menaiki sky way menuju ke puncak Mount Titlis, dari dalam gondola meninjau ke bawah begitu indah tak tergambar dengan kata-kata dan dihati sentiasa bersyukur akan anugerah ini. Seterusnya kami menaiki gondola yang berputar 360 darjah menuju ke puncak, kami menikmati suasana pemandangan luar di sekitar Mt Titlis. Memutih, salji dimerata-rata dan jelas kelihatan alur-alur anak sungai akibat dari cairan salji. Setiba di Puncak kami melalui pelantar berupa jambatan yang boleh nampak jurang di sebelah bawah, seolah-olah jambatan gantung dan berayun! memang gayat . Sempat kami berposing di tempat pengambaran filem dewale . Subhanallah memang cantik tempat ni, dan turun setelah puas menatapi alam Tuhan yang indah disini.
Makan tengahari kami disebuah taman di bawah naungan pohon hijau berbekalkan nasi lemak hasil air tangan sahabat saya yang begitu enak, mak aii!! tanpa sedar dua periuk selesai..hehehe



gayat juga mak datin ni...

tiga hero terkacak didunia...


                  amat cantik pemandangan dari sky way..
                                          udah namanya cikgu...kat sini pun nak mengajar jugak....
                                  pos maut dari geng kami....sorang hilang entah kemana..

 yang didepan tu berkaca mata hitam tu lah TG kami...oppps sudah ada yang punya!!!




Ngilu tulang belulang mak nak..bila pandang ke bawah















Pada sebelah petangnya kami ke Lucerne Old Town yang terkenal dengan dengan Wooden Chapel Bridge. Disini terdapat sebuah tasik yang begitu cantik dan dihiasi dengan jambatan juga dihias cantik dengan bunga-bungaan. Rata-rata penduduk di sini menghabiskan musim panas dengan beriadah, minum-minum bersama keluarga dan teman dan mereka ini amat menghormati tetamu. Kami sempat membeli belah disebuah pasar di sebelah tasik dan menikmati keindahan pergunungan Alps dan tasik yang kebiruan airnya  kelihatan "swan" berenang-renang menambahkan lagi keindahan ditasik tersebut. Kami singgah disebuah kedai halal dan menikmati makan malam berupa roti garlic dan makanan sampingan yang lain dan bermalam di Stans






















Day 4: Khamis 26Julai 2018 Interlaken (Susten Pass dan Aare gorge)


jam 930 pagi kami bertolak bagi menikmati pemandangan indah dari pergunungan Alps yang dinamakan Susten Pass. Perjalanan yang melalui kelok demi kelok dengan jurang yang jauh dibawah tidak mendatang pening atau gayat kerana kami disajikan dengan pemandangan yang cukup indah.Menuju ke puncak pertengahan banjaran Alps yang mencapai ketinggian 2224 meter dari paras laut. Hutan dan tanah pamah yang menghijau seluas mata memandang, air terjun dari arah pergunungan yang saya kira ialah cairan salji dipergunungan, perkampungan yang begitu tersusun, ladang-ladang yang subur dan berlatar belakangkan gunung ganang yang diselaputi salji membawa hayalan saya seolah bukan berada dialam nyata. Kami singgah dibeberapa tempat untuk berphoto dan disini kelihatan penduduk tempatan dan pelancung asing bersama keluarga berehat sambil mengambil peluang "hiking"  waima membawa bersama anak-anak kecil. Cukup gembira dan sempat menegur kami dengan senyuman manis.











Kami singgah untuk makan tengahari di tepian sungai dibawah redupan pohon-pohon hijau. Hembusan lembut bayu gunung dan deruan air sungai menambahkan selera dan tanpa sedar 2 pinggan selesai kami kerjakan. Disini jelas kelihatan para glider berterbangan diangkasa dengan pelbagai bentuk membuat aksi-aksi tersendiri menghabiskan cuti musim panas dari bawah kita lihat seolah-olah puluhan burung-burung terbang melayang.

Seterusnya kami ke Aare Gorge. Aare Gorge merupakan sungai alpine yang mengalir melalui belahan batuan gunung yang terhasil sejak jutaan tahun yang lalu. Terdapat gua-gua dan tebing-tebing curam dimana telah dibina pelantar disepanjang laluanya bagi pelancung menikmati deruan air sungai yang mengalirkan air jernih hijau kebiruan. Seperti juga di negara-negara Eropah yang pernah saya lawati, Aare Gorge ini sebenarnya aliran sungai kesan cairan glasier akhirnya membentuk jurang yang dalam   tidak hairanlah air disini kita boleh meminumnya begitu sahaja tanpa was-was. Awas!! kalau tidak berhati-hati mau benjol kepala terhantuk dek batuan pejal dibelakang kita! 















Pada sebelah petang kami  meninjau dan menikmati keindahan bandar Interlaken dan berkelah  ditepian tasik dibandar tersebut. Bandar Interlaken terletak diantara dua tasik. Tasik Thun dan Tasik Brienz. Interlaken bermakna bandar diantara dua tasik. Perumahan di sini kebanyakkan dibina dari kayu dan dihias begitu cantik.Disini banyak kedai-kedai menjual pelbagai jenis jam dan pelbagai jenama yang kesemuanya mampu dipandang kerana harga sebuah jam tangan Rolex pun puluhan ribu CHF. Kami bermalam di Wilderswill.









 


 Day 5: Jumaat 27 Julai 2018. Jungfraujoch or Top Of Europe- Lauterbrunnen


Jam 945 kami menaiki Train untuk ke puncak tertinggi di Eropah. Gunung Jungfraujoch yang terletak di daerah Lauterbrunnen (diistiharkan oleh UNESCO sebagai World Heritage Site Of The Swiss Alps) Harga tiket untuk ke sana ialah 135 CHF bersamaam RM 500++  Disini ada 2 station akan kami tempuh. Kami berhenti untuk menukar train yang akan membawa kami kepuncak. Subhanallah begitu cantiknya alam Tuhan kalau kita terokai. Syukur sekali lagi kehadrat Allah kerana memberi rezeki dan kesihatan yang baik untuk saya, suami, anak dan sahabat bagi menikmatinya. Khabar gembira juga kami terima dimana dalam esak tangis kegembiraan kami dikhabarkan TG kami telah dikurniakan cahaya mata pertamanya setelah sekian lama menunggu.. 
TAHNIAH Aswad!! kami tumpang gembira diatas kurniaan itu. 
Dipuncak, pemandangan yang lebih memukau, salji memutih dimana-mana dan disini juga ramai pelancung tempatan dan luar negeri. Kami makan tengahari disebuah restoran halal dengan harga yang boleh dikira mahal juga bayangkan sebotol coca cola saiz kecil berharga lebih RM 15!!



 Gambar ni paling saya suka..Cantik pandai jurufoto mengambilnya,Tahniah Datuk











 aksi kami mengucapkan tahniah kepada TG kami,,dikurniakan cahaya mata lelaki saat ayahnya berada di puncak jungfraugoch
Didalam Train menuju ke puncak jungfraujoch




ditengah bandar Interlaken

Day 6 : Sabtu 26 Julai First Cliff walk by Tissot - Grindelweld



Cuaca pagi hujan renyai dan berangin kuat, berdoa kepada Allah agar cuaca memihak kepada kami kerana pagi ini kami akan melawat sebuah lagi tempat menarik. Setelah hujan reda dan cuaca terang kami ke Grindelweld untuk merasai apa yang dikatakan First Cliff Walk by Tissot. Sekali lagi kami menaiki sky way. seperti biasa kami disajikan dengan pemandangan yang amat cantik. Bagi saya selama 6 hari berada di bumi switzerland ini tiada tempat yang tidak cantik. naik sakit leher saya memandang arah keluar dan tidak henti-henti mengambil gambar. Walaupun cuaca agak panas ianya tidak menghalang sama sekali. Kami berasa cukup selesa kerana apa yang kami lihat cukup memuaskan hati kami.

Sesampai dipuncak kami menyusuri pelantar ditebing sebuah pergunungan dimana sayup-sayup di bawah jelas kelihatan pemandangan yang amat indah, nasib kami kurang baik, mungkin disebabkan hujan disebelah pagi cuaca agak berkabus dan sesekali bila hembusan angin bertiup dapatlah kami meninjau keadaan dibawah walaupun perut saya mulai kengiluan kerana gayat. Kami berempat sahaja pada kali ini,disebabkan suami dan anakanda saya ada masalah kesihatan dan mereka berehat di restoran berhampiran.
Kami bermalam diKandersteg.























 Day 7: Ahad 29 Julai Lake Blausee/Bern

Kami menuju ke Bern. Bern merupakan bandar utama bagi Negara ini. Saya ingatkan Zurich, rupa-rupanya anggapan saya salah. Kami singgah di sebuah tasik yang dinamakan Blausee atau Tasik Biru. Memang cantik!! itu sahaja yang dapat saya katakan.




















seterusnya kami ke bandar Bern yang merupakan Ibu Negeri Switzerland untuk melihat keindahan bandar ini. Malangnya kebanyakan kedai ditutup kerana hari minggu dan hanya singgah disalah sebuah restoran India bagi menikmati oren jus. Disini hingga kini menjadi ingatan saya, bagaimana sopannya pemandu trem di sini, seorang sahabat sedang leka mengambil gambar tanpa sedar sebuah trem sedang dalam laluannya, berhenti tanpa membunyikan hon atau isyarat  bagi memberi peluang sahabat saya yang sedang leka mengambil gambar. Allahuakbar!


















 dan seterusnya kami menuju ke bandar Chur dan menginap di Alpina Resort dan Spa Internasional yang terletak di pergunungan dan di punyai oleh warga Malaysia .Untuk sampai ke Resort ini kami terpaksa melalui pelbagai laluan sulit dan kegayatan yang amat sangat . Sesampainya disini hilang segala kegundahan tersebut dek kerna indahnya persekitaran resort ini yang terletak dipuncak.


























 Day 8: Isnin 30 Julai St. Moritz/Tirano Italy

Keesokan harinya kami menaiki Bernina Ekpress dari St. Moritz menuju ke Tirano Italy. Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan permandangan indah gunung ganang bersalji, tasik dan sungai yang membiru, bunga-bungaan yang mekar berkembang, air terjun yang pelbagai bentuk dan saiz serta kehijauan lembah dan ladang lengkap dengan ternakan kambing biri-biri, lembu dan kuda.Bernina Ekpress yang berdindingkan cermin membuat penglihatan tanpa halangan dan berhenti dibeberapa tempat untuk berphoto. setelah hampir dua jam disajikan dengan permandangan yang amat menakjubkan kami tiba di bandar Tirano Italy. Memang sedia maklum Italy memang terkenal dengan keenakan sajian pizzanya maka kami juga tidak ketinggalan sememangnya keenakan pizza tersebut memang diakui setelah kita nikmati dengan harga yang cukup murah berbanding dengan harga di Switzerland . Kami pulang ke Hotel untuk berehat dan berkemas untuk pulang keesokan harinya.


Day 9: Last day di Switzerland. 31 julai 2018 lake Constance/Lindau Germany


Disebabkan penerbangan kami dari Zurich ke Muscat jam 930 malam. kami memulakan langkah ke Lake Constance yang terletak diLindau , German. Sebuah bandar lama terdapat sebuah pelabuhan dimana kapal-kapal berlabuh dan memang cantik pemandangan disini, Seterusnya kami ke German Stilthouse Museum yang merupakan replika akan kehidupan lampau masyarakat peribumi yang hidup ratusan tahun lampau, dan replika tersebut diujudkan kembali dimana kehidupan mereka adalah dipesisir tasik ini. Cuaca panas terik ketika itu setelah meninjau akan muzium tersebut kami kembali ke Zurich untuk makan tengahari disebuah Restoran Singapore yang di punyai oleh rakyat Malaysia yang berasal dari Tapah, Perak. Apa lagi, berlabunlah kami , jelas loghat Peraknya masih ada walaupun sudah 30 tahun menetap di switzerland. Meehoon Singapore, Nasi Goreng, Nasi Putih, Kailan goreng, taugeh tauhu goreng, sambal dan udang goreng, terasa berada di tanah air. 

















setelah itu kami ke Airport untuk membeli belah barangan untuk kami bawa pulang ke tanah air dan check in ke Muscat jam 9 55 malam dan sampai di Muscat jam 630 pagi. transit dari Muscat ke KLIA  pada jam 905 pagi Kami selamat sampai ke KLIA jam 810 malam.

selama 8 hari 9 malam pengembaraan kami dibumi bertuah ini meninggalkan kesan dan kenangan yang amat manis, kekukuhan ukhwah sesama kami lebih dari adik beradik, susah senang bersama, makan minum bersama yang hingga kini kami masih merindui saat-saat manis kami bertujuh dan terima kasih kepada ModTravel yang juga TG kami Mohd Aswad Sabri yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada kami sepanjang kembara kami di bumi Swiss dan tahniah kerana disaat dia bersama kami, Allah anugerahkan cahaya mata lelaki dan disini jelas kelihatan betapa pengorbanan yang dilakukannya demi kami disaat-saat seorang isteri berdepan dengan cabaran yang mana sebagai seorang wanita dikala itulah kehadiran seorang suami amat-amat diperlukan sebagai peneman setia. semoga Allah memberikan segala rahmat dan anugerah yang baik buat mu Aswad!!!
























No comments:

Post a Comment