Thursday 17 May 2012

Penyesalan?


Hampir sebulan setengah aku menjadi suri sepenuh masa. Seronok juga disamping suami yang amat penyayang saban hari dihiasi dengan gurau senda dan belaian mesra..indah hidup ini rupanya!!dan nun disana anak-anak yang aku tinggalkan dan aku rindukan setiap hari tambahan lagi sekenit dua orang tu yang saban saat terbayang dimata aku, keletah dan matanya yang membulat, kalau aku bersayap dah aku terbang ke KL mencium dan memeluknya....sabar aja le!..aku tidak pernah menyesal...
Kadangkala jika difikirkan akan kehidupan ini adalah jika ia dihiasi dengan kasih sayang dan rumahtangga yang harmoni akan menjadikan  setiap hari itu penuh bermakna..apa saja yang dilakukan penuh dengan kebahagiaan jika dilakukan dengan ikhlas.Masa berlalu pantas..rasa semalam masih lagi terasa..kini hari baru datang lagi...dalam diam tak diam dah setengah tahun kami hidup bersama...saban hari indah. Aku seronok selain menguruskan keperluannya aku banyak mendekatkan diri pada Allah..memperbanyakkan solat sunat, mengaji dan membasahi lidah ku dengan zikirullah dengan bimbingan dia yang aku kira cukup dengan bekalan agama..jika ke surau aku bangga mendengar suaranya bila dia menjadi imam dan mengetuai bacaan doa..pernah aku dengar dia melaungkan azan...asik dan aku terkedu...sempurnanya dia yang Tuhan kirimkan pada aku...semoga amalan aku dan dia diterima Allah dan semoga Allah mengambil kami jika sampai waktu kami dalam keadaan khusnul khotimah, di matikan pada hari dan waktu yang baik..itu saja pinta ku..
.....Merenung dan memikirkan kembali tentang seorang insan...saban hari menalipon aku yang kini beliau dibelenggu rasa dan penyesalan yang amat sangat..dan aku juga bingung memikirkannya..apa yang dapat aku nasihatkan agar setiap kali timbul kekesalan..berilah hadiah pada yang ditangisi itu..semuanya telah terlambat..tika hidup aruahnya dahulu entah apa yang dilakukan pun aku tidak tahu...setelah kematian baru perasaan gundah memburu setiap hari dalam hidupnya..kesian!!!siapalah tidak mengingati pada orang yang telah pergi..lebih-lebih lagi dia rapat dengan kita..tetapi semasa hayatnya..apakah sumbangan yang telah kita berikan padanya..jika baik kekesalan itu tidak akan timbul..biasalah sebagai seorang manusia semuanya tidak sempurna...tapi yang aku hairankan mengapa dan kenapa begitu teruk seorang insan ini memikirkannya , ketara setiap hari dia menangis, kerinduan yang amat sangat sedangkan dulu aku sendiri tahu siapa dia sebenarnya...kini aku mohon padanya supaya banyakkan zikirullah dan sedekahkan Ummul kitab jika perasaan itu datang padanya..semoga aruah sempat memaafkan segala dosa-dosanya dan juga dosa-dosaku...yang pasti aku sempat memohon ampun dan halalkan segalanya sebelum pemergiannya dahulu...dan aku harap aruah menerimanya...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa almarhummah dan menempatkan ia bersama roh orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke Jannah..amin!!bak kata pepatah..menyesal kemudian tiada guna...ingat 5 perkara sebelum berlaku 5 perkara..kerana dari dulu aku sering mengingatkan diri..hidup ini hanya sekadar singgah minum sebelum meneruskan perjalanan yang abadi...!!

Tuesday 15 May 2012

alahai mee racun...

Pelik tapi benar..dengar aje namenye gherun teman..ape tak nye racun!! kalau mika nak tahu kat Johor aje yang ada mee racun ni!!!..
bior le teman ceghiter sikit tentang bendealah ni..malam semalam teman dan En.Somi macam biase le..lepeh aje jemaah solat maghrib (teman berdue aje) En.Somi mulalah ngajak teman nengok dunia luor..ater udah saghi memeghap kat ghomah ..mula-mula ronda bandar..sesak coz ada kembara tengku mahkote yg tidor dan singgah kat bandar.ganti bateri jam..ke bank dan En.Somi singgahlah kat satu kedai yang juey mee racun.(dulu pernah cober sekali..memang class walaupun macam takut2 nak cober...order sepinggan..En.Somi selalunya jadi permehati bila teman makan..coz dia dah kenyang ada jamuan petang tu..teman makan le soghang2..cantiknya ghoper mee racun..kuahnya yang merah, ada daging, ada tauhu, seghoper mee bandung le gamaknya..tapi ghasernya lain bebenor...sedap!! tapi semalam agak kureng tak macam dulu yang teman makan kat tengah2 bandar...kata En.Somi kat daerah ni ada 3 gerai yang menjual mee racun..diam tak diam setengah pinggan juge teman kebas...teman ni cepat kenyang..dari dulu teman ni memang tak kuat makan..dulu teman-teman pejabat (lelaki) suka bebenor peghabis makanan teman yang tak abis tu...membazir katanya..kalau tak makan pulak cepat kebulornya..itu lah teman..diet pun badan naik juga..lebih baik teman makan..habis ceghiter..teman jelin2 kat suami teman yang comel lote tu..tuttttt tang peghot pun nampak dah membukit...sejak teman duduk disampingnya teman jaga makan dia..tengahari teman masak, ada kuih atau bubur buat pencuci mulut dia..petang kadang kala buat cekodok (jemput-jemput kata oghang johor) teman ni pasei kedapur dari dulu memang le teman minat..cuma teman terhenti seketika bila ditimpa musibah dulu...kini udah naik semangat balik bila teman nenguk suami teman suka makan...sama dengan yang pergi dulu....
ater kome apalagi..tak takut ke nak cober makan mee racun? teman ni kalau makan ajer teman tahu menatang apa yg deme letak buat resepi.tapi mee racun ini teman ghaser teman tak dapat tangkap apa yang dema bubuh...asei jangan racun udoh le..merana laki teman!!!

Sunday 13 May 2012



Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi
Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap
Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi
Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan
Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap Tuhan
Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan
~Usman Awang

Saturday 12 May 2012

Selamat hari Ibu..





Gratisan Musik

Hati sayu bila lihat drama-drama tv tentang pengorbanan seorang ibu pada anak-anaknya. terusik juga hati ini ialah aku dah tak berpeluang melihat dan memanggil nama ibu, mak, mama, umi, mami dalam hidup ku..dulu aku tak pernah ucapkan selamat hari ibu padanya..mana ada sambutan hari ibu masa aku kecil-kecil dulu. seingat aku tahun lepas aku mengucapkan dan mencium pipi mak pada hari ibu..dia senyum..masa tu mak masih boleh berkata-kata dan agak sihat..teringat lagi dia tidur dibawah ampaian dan petang tu aku suruh tini alihkan semua baju-baju tu ke dalam almari, tak sanggup aku tenguk mak aku tidur disitu.Bulan Jun tahun sudah seingat aku, aku hantar mak rumah kak mah, lepas itu ucu cuti 3 bulan dan mak tinggal dikampung hingga lepas raya dan ikut aku ke KL semula.
Yan anak ku yang pertama mengucapkan selamat hari ibu dan malam tadi adik berserta poem yang penuh makna. Anak kecil yang tinggal jauh diasrama tak pernah lupa pada ibu dan menghargainya..dan sebentar tadi along..dia juga sudah jadi ibu..dia akan rasakan apa yang aku rasa..kasih dan sayang pada anak-anaknya...semalam En.Somi, yang bila hari ibu? saya dah tak da mak..awak kan ibu? aku cuma diam...dalam hati seorang ibu bukan berkehendakkan hadiah atau apa jua bentuk ucapan, tapi sebutan ibu atau mak dari anak-anak sudah cukup mengubati lara dan kesunyian hati disaat-saat menghitung hari dikala tua begini.
Kepada yang diluar sana yang masih berpeluang menyebut nama ibu atau sebagainya, hargailah dia..selagi masih ada, jika sudah tiada dunia ini terasa kosong walaupun seorang ibu itu tidak memelihara kita atau pun tidak mendapat kasih sayangnya, tetapi demi Allah yang Maha Pengasih, ibu itu begitu agung, tanpanya hati kita akan terasa rindu, sunyi dan sebutan ibu itu seolah-olah satu rahmat yang tiada nilai dan tiada galang gantinya...
hargailah ibu semasa mereka masih ada...Al-fatihah buat ibu ku Hajah Mazenah Binti Hassan!!!

Tuesday 1 May 2012

aku hari ini....

Semalam En.Somi bawa aku jalan-jalan ke Tanjung Emas di Muo...meniti denai-denai lama bersama family ketika aruah abang aku Hj.Osman masih mengajar di Sek.Men Sains Muar, ketika aruah fauzi merajuk..tempat tu masih ada lagi...dah hampir 17 tahun aku tak kesitu..kami menaiki bot menyusuri sungai Muar..teruja juga coz dah lama tak melihat sekitar bandar Muar..jalan khalidi yang banyak meninggalkan kenangan bagi aku dah banyak berubah..




Aku mengajak En.Somi makan murtabak singapura..dulu aruah abang akan beli setiap kali kami berkunjung kerumahnya di Tg.Gading..hingga dia kehilangan fauzi dan bertukar ke Sek.Sains Kota Tinggi...kini sekelip mata berubah..mertabak singapura pun dah tak sesedap dulu..namun begitu kami berjaya menghabiskan sekeping besar mertabak tersebut hingga mata kami tak larat nak bukak bila dalam kereta....hehehe..lucunya!
...sempat gak kami singgah beli ubi kayu,pisang lilin dan keledek.....
..pagi ini aku membuat lepat ubi kegemaran En.Somi..dia biasalah pantang nampak ubi kayu...semuanya asalkan berasal dari ubi memang digemarinya...nak resepinya?

Bahan-bahan :
1 kg ubi kayu
2 sudu besar kelapa parut
3 sudu besar gula merah
2 sudu besar gula pasir
Secubit garam
Daun pisang - dilayur secukupnya


Caranya :
  1. Ubi kayu diparut.
  2. Perah parutan ubi kayu guna kain. Buang airnya.
  3. Satukan semua bahan. Gaul rata.
  4. Sudukan dalam daun pisng, lipat seperti biasa.
  5. Kukus 1/2 jam.
  6. Siap :)