Tuesday 26 January 2016

Acheh..percutian yang mengguris hati


12 Syawal bersamaan 28 Julai 2015 yang lalu saya dan en.somi berangkat ke Acheh. Rombongan kami seramai 26 orang menaiki pesawat Air Asia... menerbangkan kami seawal jam 8.30 pagi dan mengambil masa  1 jam 40 minit ...kami sampai di Airport Sultan Iskandar Muda jam 10.00 pagi. Perbezaan masa lewat 1 jam berbanding waktu di Malaysia. Suhu agak panas dan berangin. Disana kami disambut oleh Pak Iwan (Pemandu Pelancung) yang begitu ramah dan kami dibawa kesebuah warung untuk membasahi tekak kerana ada sesetengah ahli rombongan yang agak kelaparan kerana tidak memesan makanan didalam penerbangan. Di Acheh kedai makan di panggil "Rumah Makan" Seterusnya kami dibawa ke perkuburan besar mangsa tsunami yang dikenali sebagai Perkuburan Masal Siron... seolah-olah sebuah padang rumput yang luas disitu seramai hampir 47000 (46,718 orang) mangsa tsunami di semadikan beramai-ramai tanpa diuruskan secara lengkap yaitu dikapankan dan disembahyangkan kerana keadaan mayat yang tidak dapat dikenali lagi. 



Kami sempat mengabdikan kenangan di perkuburan ini..sungguh memilukan .

Seterusnya kami dibawa untuk makan tengahari disebuah rumah makan dimana kebanyakan makanannya bolehlah dikatakan sedap dan seterusnya ke tempat penginapan di Hotel Medan yang terletak ditengah-tengah bandar Acheh yang mana tatkala tsunami melanda hotel ini terbabit sama. Setelah berehat dan menyegarkan badan kami dibawa ke Rumah Acheh yang merupakan rumah tradisional masyarakat Acheh.  Kesan-kesan tsunami disekitar bandar ini telah banyak berubah sama sekali ..seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku disini, hampir 99% penduduk disini adalah beragama islam dan mengamalkan ciri-ciri islam sejati.."Acheh Darussalam" yang dulunya dikenali dengan gelaran "Serambi Mekah". Acheh mempunyai undang-undang Islam yang tersendiri, selepas peristiwa tsunami pada disember 2004, Acheh telah berubah wajah. Sistem undang-undangnya mengikut syariah, tidak ada kelab malam atau apa-apa aktiviti yang melalaikan dan semua kedai atau urusniaga ditutup waktu solat jumaat.




Hari kedua 29 Julai 2015 ..selepas mengambil sarapan pagi kami dibawa melawat ke Muzeum Tsunami melewati lorong-lorang yang berliku-liku dan bunyi percikan air yang mengambarkan tsunami seolah-olah sedang berlaku. Kami dibawa ke galeri yang merupakan replika dan gambar-gambar tragedi tsunami yang amat mengguris perasaan dan naluri keibuan ku..ketika itu terlintas difikiran jika itu terjadi pada diri ku dan bagaimanakah harus ku teruskan kehidupan dengan sekelip mata apa yang kita miliki hilang tanpa kesan...Saya sempat menatap ribuan nama mangsa yang terkorban dalam tragedi itu.. Menurut Iwan kebanyakkan mangsa pada waktu kejadian berehat dirumah bersama keluarga atau membeli belah kerana berlakunya tsunami pada hari libur yaitu hari Ahad. Kebanyakkan warga Acheh berehat dan berlibur bersama keluarga. Tanpa sedar berderai air mata saya melihat nama-nama yang tertera dan kemuncaknya terdapat nama Allah..Sayu dan terhiris bila ribuan nama terpahat disitu.








Perjalanan seterusnya kami dibawa ke kampung Lampuo yang terletak begitu hampir dengan laut yang mana sebuah kapal nelayan seberat 20 tan tersadai diatas sebuah rumah... di sini saya sempat bertemu dengan beberapa orang warga tempatan yang terselamat dari bencana tersebut dengan pengalaman ngeri masing-masing. Salah seorang daripadanya dengan sebak menceritakan seluruh keluarganya, suami, ibu bapa dan 5 orang anaknya terkorban dalam tragedi tersebut dan beliau sendiri terombang ambing dihanyutkan ketengah laut hampir 10 jam sebelum diselamatkan oleh sebuah kapal nelayan dengan  hanya berpaut pada sekeping papan.

Beliau mempelawa saya dan en.somi ketingkat 2 rumah batu yang saya kira sebelum tsunami boleh dikatakan sebuah rumah mewah dimana terdamparnya kapal seberat 20  tan tersebut...dari riak wajah ibu tersebut ternyata penderitaan batin yang dihadapinya cukup perih. Perkongsian pengalamannya membuatkan saya sedar jika tragedi itu menimpa kepada diri kita..dapatkah kita menempuh hidup dalam keadaan sebegitu...Keseluruhan ahli rombongan saya lihat terkedu dan bersimpati keatas diri mereka yang kini tinggal naif dan dalam kemiskinan.

Disini saya sempat juga membeli beberapa buah tangan dan sedikit kudapan sebagai kenangan. Kami menunaikan solat maghrib bersama-sama warga acheh di Masjid Raya BaitulRahman satu-satu masjid yang masih utuh berdiri saat badaian tsunami dahulu. Menurut Iwan, satu kejadian pelik telah disaksikan saat tsunami menghentam keseluruhan bangunan disekitar kawasan masjid, seorang warga cina yang berniaga di sebuah kedai yang terletak di bukit berdekatan, ketara air yang mengganas berpecah dua seolah-olah mengelak dari memusnahkan masjid tersebut dan diberita beliau kini telah memeluk agama islam selepas kejadian tersebut.




























Hari Ketiga kami dibawa ke Pulau Sabang atau titik 0km, disini bermulanya sempadan negara Indonesia. Kami tiba di Pelabuhan Ulee Lheue untuk menaiki feri ke Pulau Weh yang terletak diutara Banda Acheh dan mengambil masa 1jam 30 minit . Kami dibawa kepekan kecil yang dipanggil Pulau Sabang melalui jalan berbukit dan berliku-liku bagi melihat keindahan alam disana.  Semasa kejadian Tsunami kebanyakan penduduk disini terselamat , mereka lari kearah bukit bila tanda-tanda tsunami mula dihidu, dimana ikan-ikan terdampar dengan banyaknya dipantai, tidak seperti di Banda Acheh mereka yang terkorban kebanyakkannya sedang leka mengutip ikan-ikan yang banyak terdampar dipantai. Air laut yang bercampur belerang dan panas membuatkan kebanyakkan mayat-mayat yang ditemui tidak dapat dikenali sama sekali.
Sekembalinya dari pulau sabang kami dibawa ke Kampung Punge dimana sebuah kapal besi yang merupakan pusat bekalan generator eletrik seberat 2600 tan yang hanyut sejauh 5km dimana sebelum kejadian tsunami kapal besi ini ditempatkan dipelabuhan Ulee Lheue. Agak tak terjngkau difikiran kapal seberat itu boleh hanyut dan tersadai disini..MasyaAllah..kuasa Tuhan. Saya dan en.somi sempat menaiki bahagian atas kapal tersebut dimana dikatakan hanya seorang pekerja dikapal itu yang terselamat kerana tertidor. Bahagian hadapan kawasan kapal apong ini telah dibangunkan . Sebuah tugu peringatan telah dibina disini. seterusnya kami dibawa untuk makan malam..yang specialnya hidangan "ayam tangkap" disajikan. ayam goreng yang digoreng bersama daun pandan dan daun kari yang begitu rangup dan enak.

Hari Keempat kami dibawa kegerai-gerai yang menjual pelbagai kuih-kuih acheh yang lazat dan dikesempatan itu saya mengambil peluang untuk membeli sedikit kuih muih untuk dibawa pulang. Seterusnya kami dibawa ke Desa Lampuuk, dikawasan Lhoknga bagi melihat kebesaran Allah, dimana Desa Lampuuk ini begitu hampir dengan pantai menghadap Lautan Hindi.  Sebuah masjid masih berdiri teguh dimana kawasan disekitarnya ranap menjadi padang jarak padang terkukur.Masjid Ramatullah..dikatakan semasa berlakunya tsunami air mencecah hingga ke atas kubah masjid, ini jelas bila kita lihat bulan sabit yang terletak dipuncak kubah kelihatan senget dan bengkok..baik pulih masjid ini dan perkampungan kawasan ini dibiayai oleh kerajaan Turki..walaupun perkampungan ini sudah pulih tetapi saya dapati perkampungan ini sepi dan sunyi seolah-olah tiada berpenghuni. Saya sempat bertemu dan berbual dengan seorang penjual cenderahati yang terletak dihadapan masjid mengatakan keseluruhan keluarga abangnya lenyap dibawa air dan tidak dapat ditemui dan beliau yang dulunya menetap di Bukit Tinggi mengambil alih tanah pusaka aruah abangnya dan membuka sebuah kedai menjual cendehati. Sepanjang melalui pantai lampuuk kami melalui satu kawasan yang dulunya terdapat resort mewah dimana sebelum tsunami resort ini terkenal dengan nama "nikah satu malam" dan maksiat berleluasa disini. Tsunami pada pagi 26 disember itu telah melenyapkan keseluruhan kawasan dan tuan punya resort yang kebetulan pada malam itu beliau telah membawa keseluruhan ahli keluarganya bagi menyambut hari jadinya..dikhabarkan beliau menetap di Medan..Nauzubillah!! ketika kami melalui kawasan ini hanya kelihatan pohon-pohon hijau dan seolah-olah terdapat sebuah padang disitu.

Sebelum pulang Ke Malaysia petanghari tersebut, saya sempat membeli beberapa helai telekung acheh dan beberapa helai kain pasang yang begitu murah untuk dibawa pulang.  
sesungguhnya apa yang kita dengar tidak sama dengan apa yang kita lihat sendiri.. Kesan tsunami acheh walaupun sudah sebelas tahun berlalu , kenangan dan kesannya amat mendalam dihati saya dan sesekali saya memuhasabah diri bahawa Kekuasaan Allah melebihi dari apa yang dijangka..Kun Phayakun..
didalam muzeum tsunami



didalam masjid Raya BaitulRahman



kesan resort yang dikatakan kawin satu malam hanya tinggal kawasan lapang sahaja




pulau sabang



Thursday 14 January 2016

dulu lain sekarang lain



Selamat datang tahun 2016..his tambah usia setahun lagi ya ..idak le teman tau berapa lagi usia teman yang tersisa..Menyambut 2016 di Kuala Lumpur bersama anak-anak dan cucu seolah-olah teman ni hidup solo..kesian gak kat cikgu Abu yang teman tinggeikan nun di BP tu..tak pa lah yek..kurang-kurang nya teman bagi dia peluang jadi bujang kembali..kalau tak, kesana kemari duk berkepit aja..macam belangkas.
Kelmarin teman ronda-rondalah di Selayang Mall..ala sekadar cuci bijik mata..nak beli kebendanya semua udah ada ghasernya..tak baik membazir yong..alkisahnya teman lalu le kat kedai menjual barang permainan kanak-kanak..terlihat le akan teman seorang kanak-kanak kira teman dalam lingkungan 4 tahun gitu le..sedang mengherdik kedua ibu bapanya...merengek mohon di belikan apa kebendanya ,teman pun tak ambik pot..tapi kesimpulan yang teman dapat budak-budak sekarang ni idak macam teman masa kecik-kecik dulu..tak berani wei nak mintak apa..sekali mak teman jeling je..bedesupppp dalam hati..takut ya amat..lagi le nak ugut-ugut bagai..bakal kena rotan le atau kena tali pinggang hijau dibadan..sakitnya mak tuan..dalam hati mohon cepat-cepat mati..tak sanggup nak hidup lama konon..bila teman berumah tangga dan punya anak..teman pun garang wei..rotan memang sedia ada dirumah..anak-anak akan teman denda jika salah..nak tenguk tv ke, main game ke..pastikan semua koje rumah udah siap..tak da lah kome nak ponteng-ponteng sesuka hati..jam 10 mesti tidur..sebelum tidur kena hafal sifir..teman ni koje gomen..nyambil koje tak beban sangat , teman bawak buku-buku anak teman (ikut darjah le) teman buat soalan sendiri dan belah malamnya teman bagi ujian kat anak-anak..sapa dapat 100% ada habuannya..bab mencarut-carut ni teman memang ambik serius..tak berani diorang nak kata bodoh ke..babi ke..kena hambat dengan cililah jawabnya..satu lagi, teman pantang anak-anak teman merayau kerumah jiran..kome tahulah sepanjang tempuh pembesaran mereka ni dibesarkan dalam kawasan quaters..ater laki teman orang kuat JKR..so dahlah hidup sentiasa berpindah randah..dah tu rumah kerajaan yang dikelilingi pelbagai peringkat dari class A hingga IMG..cuber mika bayangkan berapa ramai teman sebaya anak teman..kalau teman tak serius jawabnya habis hancur...anak-anak teman dianugerahkan otak yang cerdik..bab mengaji dan pelajaran..tapi kita ni sebagai ibu bapak kenalah bertegas dalam mengasuh mereka ni..laki teman lagilah..pantang anak-anak ponteng sekolah..demam kalau udah tak larat baru ada green light..kalau tak,.tak da maaf le!!! kalau bab mengadu domba ni memang pantang le dalam hidup teman..sapa yang mengadu domba dia yang kena dulu..satu lagi teman ambik berat tentang tarikh penting mereka ni..supaya dalam keluarga ni ada sifat kasih mengasihi dan ingat mengingati..setiap hari lahir mereka teman akan buat mini party dalam lingkungan adik beradik..ada hadiah lagi..yang bestnya..semua tertunggu nak tiup lilin sama-sama dan bukak hadiah sama-sama..dan teman lihat anak-anak teman sampai dah dewasa ni..mereka ingat tarikh lahir adik beradik, mak bapak dema..
mengingati kembali kisah suka duka waktu dibesarkan dulu..kadang kala..seperti kata en.somi..kita dulu selalu mengingati akan sifat mak kita yang garang..sampai dewasa..kita masih menyalahkan mak mendidik kita tanpa belaian sayang..silap je..pukul..menjawab je bantai..tak berani nak kata huh kat dema tu...takut je.. tapi bila fikirkan kembali..didikan yang sebegitu membuatkan kita punya rasa hurmat pada orang tua.. segarang-garang ibu..bila kita jauh darinya..perasaan rindu tetap bersarang dihati... lalu depan mak bapak..kita tunduk hurmat..berbeza dengan ibu bapak zaman sekarang cara mendidik anak..teman lihat mak bapak sekarang lebih takut pada anak pulak..bukan anak ikut kata mak ayah..mak ayah pulak ikut kata mereka... falsafah budak-budak sekarang..mendidik tidak boleh dilakukan secara kekerasan.. so itulah jadinya..mak ayah diugut oleh anak-anak....mereka dah pandai nak lari dari rumah, dan ponteng sekolah.. mungkin zaman teman dulu tak da gajet..hidup dalam persekitaran yang agak naif..balik sekolah, terus kesekolah agama, petang hari keluar bermain dengan kawan-kawan, malamnya mengaji quran dan berzanji bagai... home work yang diberi diselesaikan disekolah sementara menanti masa untuk masuk ke kelas agama..so petang ada masa nak bermain..dan balik tanpa disuruh, mandi dan mengaji..kami pandai bawak diri..walaupun hidup orang dulu agak susah..mak ayah tak berpelajaran tinggi..nak ponteng ke..apa dia kisah..tapi inisiatif kita sendiri dengan azam yang tinggi nak keluar dari kepompong kemiskinan..bila dah dicapai segala..kita lakukan pula pada anak-anak dan terapkan nilai-nilai murni pada mereka...bagi saya ..tiada harta yang dapat dibekalkan pada anak-anak..kecuali pelajaran...  teman  punya cogan kata  : Biar depa menangis, jangan kita (mak ayah) yang menangis..so Alhamdulillah semua anak-anak teman berjaya dan syukur boleh hidup senang...dan yang paling penting mereka hurmatkan orang tua dan berhemah, teman ni walaupun ada duit sendiri anak-anak masih lagi menghulur..bawak makan angin bagai..tanpa banyak berkira.. yalah teman selalu ingatkan dema tu..berbelanja tuk mak bapak ni..pulangannya cukup besar disisi Tuhan...  tapi bagi teman selagi teman tak tutup mata..teman masih lagi ada tanggungjawab... walaupun anak-anak teman ada yang dah berkeluarga,cucu-cucu teman tetap teman fikirkan..masalah anak teman ..masalah teman juga..tak sanggup teman lihat mereka tu diugut macam budak yang teman jumpa tu..teman jadi takut...sebab teman lihat anak-anak teman ni sayang sangat kat anak-anak..ikut je kehendak mereka.. lagilah hidup sekarang..ipad sentiasa ditangan dan nak apa aja dapat...takutlah benda-benda negatif mempengaruhi akal fikiran dema tu... tapi kan..anak ni lahir ibarat kain putih..kita ibu bapa yang mencorakkan...kita ni idola mereka!!!!