Sunday 1 September 2013

Hepi Besday...hepi besday

Syukur Alhamdulillah sekali lagi genap satu tahun lagi royalti Allah beri buat diriku..aku masih mampu menghirup udara segar pada September ini...Ya Allah jika hidup itu baik buat ku..panjangkanlah usia ku dalam keberkatan dan jika sebaliknya aku serahkan segala usia ini untuk Mu Ya Allah...
....Menyingkap masa lampau ketika usia anak-anak ku masih kecil..ketika genap usia mereka aku sendiri kebandar mencari apa jua untuk dijadikan hadiah..ku balut rapi pelbagai hadiah berupa makanan, alat-alat permainan, alat tulis dan juga buku-buku..ku atur dibawah meja kecil dan diatasnya sebutir kek dan lilin untuk sipenyambut hari jadi...aku tidak penah membeza-bezakan mereka..sesiapa pun akan aku lakukan benda yang sama..aku mahu anak-anak ku mengingati waktu dan tarikh lahir mereka...walaupun disambut hanya dikalangan adik beradik...tetapi mereka happy..berebut-berebut menyamah kek dan sama-sama membuka pembalut hadiah yang aku beri...seronok sangat.....duduk di kuarters kerajaan kadang kalanya aku jemput juga kawan-kawan sepermainan anakku walaupun hanya menyedia makanan ringan untuk mereka...hubby pula akan membawa kami makan besar pada malam tu....begitulah saban tahun hingga mereka meningkat usia remaja....
..kini aku hanya mampu tersenyum bila genap usia mereka..dan tepat jam 12 malam aku hanya mampu menghantar pesanan ringkas mengucapkan selamat hari lahir buat mereka...aku tidak dapat lagi bersama menyambut hari lahir mereka..yang aku mampu hanya berdoa dari kejauhan...tetapi aku bangga dengan kejayaan mereka dalam mengharungi hidup ini...Alhamdulillah mereka semua berjaya ..berkat didikan kedua ibu bapa...walaupun kejayaan mereka tidak dapat dikongsi sama dengan bapa mereka tapi aku tahu dia akan tersenyum bangga......aku akui dalam mendidik anak-anak aku lebih tegas terutama dalam hal pelajaran...siangnya aku sebagai penjawat awam malamnya aku bertukar menjadi seorang guru yang tegas..aku mahu anak-anak ku berjaya..kerana aku tidak punyai harta yang banyak untuk hari tua mereka sekadar ilmu dunia dan akhirat untuk bekalan  mereka...
...Masa berlalu pantas..rasanya baru semalam mereka riang berkejaran, riuh bergurauan, rasanya baru sahaja tangan ini menyuapkan makanan ke mulut mereka, menyisir rapi rambut dan merotan jika mereka salah...tapi aku silap...mereka kini jauh dewasa...begitulah betapa kasihnya aku pada mereka..sedikit pun tidak pernah berubah...tetap utuh..bak pepatah.."kasih ayah sanggup bersusah ,kasihnya ibu membawa kesyurga"...ibu akan menangis saat mereka berjaya..doa dan harapan tidak pernah aku lupakan setiap dalam sujudku agar mereka panjang usia,diberi rezeki dari sumber yang baik, berjaya dalam hidup dan dilindingi dari segala bencana...
...semalam tepat jam 12 malam..seorang demi seorang anak-anakku menghantar pesanan ringkas mengucapkan selamat hari lahir buatku...dalam senyuman ada keharuan...aku tahu anak-anak tetap ingat akan tarikh keramat ini..dan kini mereka pula memberi hadiah dan kek harijadi ...walaupun tidak pernah ku pinta akan balasannya..tetapi hukum alam begitulah putaran..setiap yang diberi dengan iklas akan dibalas jua...
..memuhasabah diri...SETAHUN USIAKU MENINGKAT BERMAKNA SETAHUN JUGA USIAKU SEMAKIN BERKURANG...!!!! 


Friday 23 August 2013

Kembara ke Pulau Redang..

Awal Jun yang lalu kami sekeluarga bercuti ke Tioman dan menginap di Berjaya Resort..menaiki pesawat Berjaya Air dari Subang airport terus ke Pulau Tioman..kenangan disana membuat anak ku along terpanggil untuk bercuti bersama adik-adik di BP untuk menjejaki Pulau Redang di Trengganu.....

Ahad 11.8.2013..Hari Raya Aidil Fitri yang keempat...mulai jam 3.30 pagi aku sudah mula menyiapkan diri dan mengejutkan semua anak-anak ku untuk bersiap-siap ..flight jam 7.00 . Kali ini percutian kami sungguh meriah..kesemua anak-anak ku turut serta kecuali najmuddin..
Beliau terpaksa bertugas...hahaha..sebagai Pen.Manager sebuah Estate di Pahang..walau pun rancangan awal nama beliau tersenarai untuk turut serta dan tiket kapalterbang sudah pun ditempah..apa nak buat  naj...tuntutan kerja..nak buat camana!!!
.. sebelum  Ramadhan lagi anakku  along dan kerul sudah mula merancang untuk bercuti bersama..kali ini shamim yang menuntut di-India,bercuti..so apa lagi ...
..kami bertolak dari rumah ku jam 4.45 pagi dan sempat solat subuh sebelum terbang jam 7..kami sampai di Airport Kuala Terengganu lebih kurang jam 8.00 ..selesai tuntuntan bagasi kami dibawa oleh van laguna resort....ke Jeti Merang..along memilih Resort Laguna pada kali ini setelah hampa untuk menempah Berjaya 
Redang ( TheTaaras beach resort) jika disini kami tak perlu menaiki feri.... .ada pengangkutan udara dari subang ke redang seperti mana kami ke Tioman dulu..........sampai di Jeti Merang bot Laguna sudah pun menanti kami untuk ke Pulau Redang..jam 9.30 kami membelah Laut Cina Selatan ..perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam suku dan terus ke Laguna Resort......terpaksa menanti untuk check in memandangkan kami tiba jam 11.00 dan waktu check in bilik jam 2.00 petang...


Nasib menyebelahi kami..tak lah lama sangat menunggu..jam 12 tengahari kami sudah pun berehat dibilik...memandangkan rombongan kami agak ramai..kami menempah 6 bilik..keadaan bilik memang cantik dan selesa,,walaupun hampa untuk mendapatkan bilik menghadap pantai tapi kami rasa selesa disitu.. along mengambil pakej 4 hari 3 malam dan makanan disediakan..sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam...so kami tak le susah nak mencari makanan bila lapar..dan di situ ada juga gerai makan (warung)  untuk mereka-mereka yg kelaparan..teh tarik disitu memang kao..sedap yop!!tapi harga satu pinggan nasi goreng RM 12 dan secawan teh tarik RM 6..hahaha..murah kan..kan...pakej ni walaupun agak mahal tapi berbaloi-baloi..saya dan En.Somi berehat saja sepanjang hari tu..anak-anak mengambil peluang pakej tawaran untuk snorkling di laut oleh pihak resort..rata-rata saya lihat kebanyakkan warga asing dan kaum Cina..bangsa Melayu adalah dua, tiga keluarga..menjelang petang saya dan En.Somi berjalan dipersisir pantai dan melihat keindahan alam yang amat cantik ini..air laut hijau kebiru-biruan..jernih!!.deruan ombak yang membadai pantai mengalunkan lagu merdu bagi mereka-mereka yang kesepian..sambil berganding tangan kami melihat telatah manusia menghabiskan waktu libur mereka...teruja teman!!berdekatan dengan resort tempat kami menginap ada dua, tiga resort lagi..antaranya redang resort, lagun redang..bagi saya yang paling best .... lagunalah!






lihat air laut yang jernih dan kebiru-biruan..













cantik kan ..Laguna Resort ..tempat kami menginap..

































with En. Husaini yang encem gitu..

























salah satu pemandangan di pesisir pantai ..



















senja di Pulau  Redang..
















Esoknya kami melakukan aktiviti snorkling...Along menempah dua buah bot persendirian dengan harga satu bot  RM 500 untuk tujuan itu...katanya semalam tak puas mak!..ahli rombongan semua tak sporting ..arrogant!!! biasalah  orang luar dan bangsa bukan melayu.. mereka tunjuk lagak lah..al-maklum kami orang melayu hanya segelintir disitu..kadangkala jika difikirkan bila kita ditempat orang selalunya kita akan menghormati adat dan menunjukkan rasa hormat ditempat orang...ini tidak..ikut kepala deme aje!!
..selepas sarapan pagi jam 8.30 dua buah bot sedia menanti kami dipantai untuk kedestinasi yang ditetapkan untuk aktiviti snorkling..sampai jam 5 petang.....lama kan???mulanya aku agak takut untuk turun kelaut..bila pandang aja ke air...dasar laut agak dalam..dasar laut jelas kelihatan kerana air amat jernih sekali..dan aku ni..kayu tak tau berenang..pengalaman bersama adik nani dan kerul di Tioman dulu membuatkan aku berani turun kelaut...en somi membimbing aku untuk mengintai ikan-ikan dan terumbu karang yang terlalu cantik..akhirnya aku berjaya mengapungkan diri dan sama-sama berenang walaupun jemari aku tak lepas dari genggaman tangan en. somi..teruja dengan kebesaran Allah..betapa indahnya bumi didasar laut ini..cantik!!!
Dalam hati hanya Tuhan saja yang tahu...betapa indahnya alam Tuhan ini...tapi hati terusik juga bila terlihat banyak terumbu karang musnah dek pencemaran alam....berbagai spesis terumbu karang yang berwarna warni dapat dilihat..cantik sungguh bila ku kira lokan atau kerang membuka cengkerangnya dan ikan-ikan pelbagai jenis..besar, kecil berenang disekeliling kami..sambil memberi roti..tangan kami di gigitnya..hehehe..yang paling tak boleh dilupakan, bila kami menemui sepasang penyu berenang berhampiran bot kami...apa lagi riuh rendah anak-anak ku teruja melihat makhluk Allah yang sukar ditemui ini.....rezeki kami lah agaknya..dan aku mengusik-ngusik gamat laut walaupun agak geli..







                     Posing...bersama en.somi!!!lawa kaki weh..



 destinasi terakhir di Marine Park..pemandangan disitu juga amat cantik...air yang jernih kehijauan dan kebiruan memang memikat hati ...hehehe ..teruja bebeno teman..dan yang paling tidak dapat aku lupakan sewaktu di MarinePark ketika aku float kesaorangan tiba-tiba seekor anak yu yang aku kira sebesar dua kaki melintas dibawah ku..warna cokelat terang dan putih dibawah perutnya.. berenang agak perlahan membuatkan aku sedikit menggelabah..dengan kudrat yang ada aku berenang ke tepian..manalah tahu kot-kot hilang kaki aku disambarnya..nauzubillah..!!!anak ku kerul , adik nani dan shamim tercabar..sepantas kilat dia berenang mencari anak yu yang aku nampak..tapi hampa..hehehe..puas jugak lah hari tu kami anak beranak berenang sakan...                                                                                                                                                                          





































hari ketiga pada sebelah pagi aku hanya berehat dibilik manakala anak-anak menghabiskan masa dikolam renang dan disebelah petangnya aku dan family ke tepi pantai dihadapan resort tersebut...Ombak agak kuat..tapi air laut tetap jernih..en.somi menemui anak yu disini.... ketika berenang dipesisir pantai...aku biasalah teruja untuk membasahkan diri walaupun berkali-kali tertelan air laut yang masin tu bila dilambung ombak dan jari ku luka diguris terumbu karang yang ada disitu..
.....14.8.2013 kami bersiap-siap untuk pulang ..flight ke Kuala Lumpur jam 12.55 petang..tak sempat untuk bershopping untuk buah tangan kecuali sedikit keropok lekor yang menjadi santapan utama anak-anak semasa di resort...
......bagi aku percutian di Pulau Redang memang meninggalkan kesan dihati..apa tidaknya bukan selalu dapat bersama dengan anak-anak....kali ni along tekad untuk membawa adik-adik pergi makan angin bersama walaupun sambutan hari raya masih lagi meriah..jika tidak..tak da peluang nak bersama-sama katanya...semuga Tuhan melimpahkan rezeki buatnya dan keluarga kami amnya..agar suatu masa nanti najmudin dapat ikut serta...amin..bye Redang!!!!






Wednesday 31 July 2013

Mencari Malam Lailatulqadar

10 malam terakhir di bulan Ramadhan...malam-malam ganjil inilah yang selalu disebut-sebut...satu malam yang bersamaan dengan 1000 bulan..
..sejak aku mengundurkan diri dari alam perkhidmatan awam..aku berjanji pada diri sendiri bahawa akan mempertingkatkan lagi bekalan untuk kesana..bimbingan dari en. somi yang ku kira lebih kepada nilai-nilai murni ini menguatkan lagi azam ku kearah itu...sembahyang berimam dengannya sangat menyentuh hati ku..dia juga banyak memberi ku ilmu keagamaan tatkala kami bersembang sama..mengajar ku akan tajwid al-quran dengan lebih mendalam...aku bangga dengan sahabat lama ini yang kini menjadi suami ku..aku tabik dengannya..banyak ilmu dunia dan akhirat diperturunkan pada ku..Alhamdulillah..itulah doa ku...aku bersyukur kerana Tuhan menunaikan hajat ku ..dulu aruah hubby juga agak kuat pegangan agamanya..saban waktu terluang akan sama-sama berjemaah ke masjid..kini Allah temukan aku juga pada insan yang begitu rapat dengan mesjid...
..jam 3 en. somi menggerakkan aku untuk berqiamulail di surau...dengan mata yang masih kelat aku tabahkan hati dan kuatkan semangat kearah itu....kalau diikutkan hati memanglah sedap menarik selimut..pendingin udara bilik membuatkan lena ku cukup nyaman...tetapi itu semua keduniaan..aku bangkit dan bersiap ke surau..en.somi tersenyum panjang bila aku masih terkulat-kulat dan masih rasa mengantuk...itulah nikmat Ramadhan yang...rasa letih..rasa penat..dahaga dan sebagainya..kalau ikutkan hati... semua tak jadi..lepas je berbuka..melingkar bak ular kekenyangan..mana nak cari Ramdhan selalu...pesannya pada ku dengan lemah lembut dan senyuman manis...memang betul!!!..bila kita selesai menunaikan solat isyak, seterusnya solat sunat..mata mulai segar...masuk je solat tarawikh..badan kembali segar dan kita rasa nikmat mengerjakan solat...selesai je witir..segala sendi yang lemah hilang begitu sahaja..itulah nikmat Ramadhan sebenarnya..kita dapat merasakan lazatnya beramal..
...berbalik pada cerita mencari malam laitaulqadar..kami serta jemaah yang begitu setia...memulakan dengan solat sunat taubat...solat tahajjud.solat tasbih 4 rakaat 2 salam....solat ni agak mencabar dan mengambil masa...tetapi jika dilakukan secara iklas dan khusyuk kita akan dapat nikmatnya..juga solat hajat..jam 4.45 selesai semuanya dan waktu untuk bersahur..
....yang seronoknya bila en.somi ketempat kerja..aku sambung projek buat tahi mata..hehehe..sementara menunggu solat israq dan dan solat dhuha...SELAMAT BERAMAL...

Sunday 28 July 2013

Syawal Kini tak seindah dulu

Hati kini tidak terasa gembira bila lagu-lagu hari raya berkumandang diradio..hati ku kaku dan tidak lagi seperti 2, 3 tahun yang lalu...sekembalinya aku dari solat tarawikh malam tadi sebuah lagu raya berkumandang dicorong radio kereta..en.somi berkata "yang lagu raya yang"..tak da ertinya dah...balas ku..sejak mak tak da semangat balik kampung totally hilang ..pergi bersamanya..last raya dikampung tahun 2011..walaupun aku berstatus IT masa tu..aku masih boleh senyum menatap damainya kampung kelahiran ku..kami adik beradik berkumpul walaupun mak dah terlalu uzur masa tu...
....dulu semasa akhir Ramadhan semangat hendak balik kampung memang tinggi..teruja betul aku menyusun kain baju untuk pulang ke kampung...sememangnya sejak mula berkahwin hingga akhir hayat hubby kami tak pernah bertelagah hendak beraya dimana..walaupun aruah orang Perak...dan aku orang selatan..tapi aruah amat suka beraya dikampung ku..waima setiap cuti sekolah jika tiada program mesyuarat pegawai kanan JKR yang kerap diadakan semasa musim cuti sekolah...(selalunya aku akan turut serta bersama-sama anak-anak..kerana setiap isteri pegawai kanan diwajibkan hadir kerana ada program tersendiri bersama isteri KP)..masa cuti nilah kami sekeluarga akan menatap wajah suci kampung ku.kadangkala hingga seminggu kami dikampung..memang damai..tenang..dan indah sekali..tanah tumpah darah ku..tempat aku dilahirkan dan dibesarkan...kini bila aku pulang..yang aku rasakan ..hanya sebuah kesepian..sejak abang ku pergi tahun 2005, diikuti hubby 2009 dan anak buah kesayangan ku ayong 2011..dan akhir sekali ..mak April 2012..semuanya suram dan terus suram..kampung terus sunyi..tak seindah dulu...tiada lagi gelak tawa anak-anak buah ku..tiada lagi gurau senda adik-adik ku..selalunya kami 3 beradik akan berkumpul bersama-sama..kakak ku jarang sekali join...kerna sudah punya hal tersendiri..so aku, teh dan ucu dan anak-anak masing-masing memeriahkan hari raya..aku , hubby dan maid mengambil tempat untuk memasak juadah...adik-adik mengemas dan menghias rumah..mak akan tersenyum puas bila melihat kami adik-beradik dan anak beranak tidur berselarakan..dan makan bersaprah panjang...indahnya waktu itu...kini tidak akan berulang lagi buat selama-lamanya...kampung ku tinggal kenangan..rumah tinggalan mak juga tinggal usang..terbayang-bayang dimata mak akan tersenyum menyambut kepulangan kami..dan yang paling aku rindu ialah nasi goreng mak...walaupun aku tidak dibesarkan olehnya..tapi nikmat panggilan seorang ibu..cukup indah..setelah kepergiannya baru aku tahu..keindahan itu tak dapat ku gamit lagi..tapi aku puas.... aku dapat berkhidmat untuknya..dari segi wang ringgit dan kasih sayang...sejak ayah pergi mekah dan tak pulang-pulang hingga kini sejak 1989 mak banyak menghabiskan sisa hidupnya dengan aku..dan yang memberi kesan dihati saat-saat akhir mak aku tak dapat menjaganya kerna aku bertugas dan kesibukan waktu kerna terpaksa berulang alik kerumah en.somi...mak aku hantar kerumah kakak...
.......kini semuanya pergi ...aku pulak mengambil tempat mak..tempat anak-anak berkumpul...dan aku bersyukur punyai anak-anak yang menyayangi aku..disini dan disana...dan punya seorang suami yang penyayang yang sedia berkongsi kesedihan hati...cuma kadangkala kenangan silam menghantui aku...membuat aku menangis ...entah bila kerinduan ini akan pergi...entahlah

Monday 8 July 2013

Ramadhan datang lagi


Ramadhan datang lagi...diawalnya adalah dipenuhi Rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan di akhirnya adalah perlepasan dari api neraka...Bagi mereka yang tidak  mempunyai beban dosa, sejak awal Ramadhan hujan rahmat dan nikmat akan datang mencurah-curah, bagi pendosa-pendosa kecil jika berpuasa sebagai imbuhannya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya dan bagi mereka yang banyak mempunyai dosa setelah sabar menjalani ibadah puasa mereka akan dilepaskan dari api neraka..begitulah cantiknya Ramadhan bagi mereka yang sentiasa rindu dan menanti-nanti akan kedatangannya...
..sejak kecil aku diasuh tentang berpuasa..tahan ke tak tahan ke ibadah ini tetap aku lalui..juga aku didik anak-anak ku sejak berusia 5 tahun lagi supaya mengenal apa itu puasa..sedikit imbuhan bagi mereka-mereka yang penuh sebulan bagi mengembirakan hati mereka..apa jua yang mereka teringin untuk makan dibulan ini,  akan aku tunaikan walau penat sekali pun...
..Nasi adalah menu utama keluarga kami..sejak kecil hingga aku berumah tangga itulah menu utama kami..berkahwin berlainan bangsa dan negeri tetapi sama citarasa..aku akan memasaknya sendiri setelah pulang dari pejabat..seboleh-bolehnya aku ingin cepat pulang..selalunya hubby akan menolong apa yang patut sekiranya pulang awal..tetapi sejak akhir-akhir hayatnya kesibukkan tugas membataskannya untuk sama-sama kedapur...selalu dia tidak cerewet tentang apa yang aku sediakan...baginya sedap belaka juga anak-anak ..bagi aku, lebih suka berbuka dengan apa jua jenis mee dan sedikit pengat..biasanya selepas menunaikan solat tarawikh hubby akan menikmati juadah sampingan ini...bagi anak-anak ku..selepas sahaja berbuka, semua dah jadi ular sawa..kekenyangan...
...Ramadhan 2009 adalah Ramadhan terakhir buat hubby..walaupun berulang ketempat kerja yang agak jauh, sebagai orang kedua kuat di pejabatnya di Ipoh dan dinegeri Perak khasnya..sementara aku bertugas di Teluk Intan dia setiap hari berulang alik.. jika sebelum ini dalam seminggu selama dua malam beliau menumpang tidur dirumah kakaknya di Ipoh, tapi sepanjang Ramdhan itu dia mahu berbuka puasa dengan ku..setiap hari tanpa mengenal penat lelah pasti sebelum berbuka dia akan muncul didepan pintu dan selepas bersahur akan ketempat kerja semula..rupanya kenangan itu amat meninggalkan kesan dihati ini hingga kini..yalah waktu itu aku hanya bersama sikecil dan seorang pembantu rumah..anak-anak yang lain semua menuntut dan bertugas di luar....
..aku ni seorang yang agak penakut..setiap kali bangun sahur untuk menyediakan juadah mesti ada peneman..hubbylah yang sentiasa setia disisi walaupun hanya mampu tidur diatas kerusi malas diruang dapur rumah ku...dikala hujung minggu biasanya anak-anak ku akan pulang kecuali yang kedua bungsu dimana beliau menuntut jauh di langkawi...biasanya waktu-waktu begini, aku akan memasak lain dari yang lain..special!!aku memang suka memasak dan selalunya jiran-jiran tetangga tidak pernah aku lupakan..kemana pun aku pergi.. jiran tetangga akan merasa air tangan ku...dengan itu ukhwah antara kami cukup rapat hatta pernah berjiran dengan bangsa cina tetapi perhubungan kami begitu kukuh..itulah hikmahnya jika kita rengan mulut dan rajin menghulur..biasalah dah memberi pasti menerima..hikmah namanya tu..
...kini semuanya hanya tinggal kenangan..jauh aku tinggalkan mereka, demi sebuah keluarga yang aku bina..kesunyian hidup dan status sebagai IT membuatkan aku mengambil langkah memulakan hidup baru...jauh aku tinggalkan anak-anak tercinta..dan aku tahu mereka memahami ku..kerana mereka semua anak yang baik dan memahami kesunyian hati ini..kerana sejak dulu lagi aku bergantung penuh pada seorang lelaki..kepergiannya membuat aku rebah dan tiada tempat berpaut...
.....Ramdhan kali ini aku harap bukanlah Ramadhan terakhir buat kami..kini sebagai suri rumah sepenuh masa aku berharap dapat menunaikan solat terawikh.bertadarus al-quran..seperti tahun lalu yang diimami oleh suami ku sendiri...dan  10 malam terakhir kami menyambut dan mencari malam lailatulqadar dengan solat-solat sunat selepas jam 4 pagi secara berjemaah disurau...dapat lagi aku rasakan betapa nikmatnya..dan aku mohon Ya Allah berikan aku semangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini..dan jika ditakdirkan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat ku...aku telah bersedia ya Allah...kerana aku datang dari Mu dan aku sedia untuk pulang kepada Mu...

Roh Di Bulan Ramadan



Tidak berjumpa dengan nas shahih yang menunjukkan bahawa roh akan pulang ke rumah pada bulan Ramadhan. Ada beberapa pendapat berkenaan dengan kepulangan roh ke bumi ini

1. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi.
Bahawa roh tidak akan mencampuri urusan yang tidak berguna lagi padanya [Fataawa Muasyarah, 1/70]. Pada hakikatnya, roh berada suatu alam yang dinamakan alam barzakh yang sudah tentu penghidupannya sangat berbeza. Sheikh Walid al-Firyaan mengatakan bahawa alam barzakh adalah jangka waktu diantara kematian seseorang dan Hari Kiamat.
Bagi Roh orang yang beriman, ia akan menerima balasan yang baik di alam barzakh. Dan bagi mereka yang mengerjakan maksiat maka mereka akan diazab di alam barzakh. Sebagaimana sabda Nabi :saw:-
Roh orang yang beriman adalah burung yang sangkut di pokok-pokok syurga,memakan buah-buahannya, dan Roh orang kafir akan pergi ke neraka"
Sebagai kesimpulan, alam Roh dengan Alam Dunia amat berbeza sekali. Kekesanan Alam Dunia kepada Alam Roh adalah sebagaimana yang dinyatakan didalam hadith sahih iaitu : sedekah jariah, ilmu yang bermunafaat dan anak yang soleh yang mendo'akannya. Tidak ada gunanya pun kalau roh-roh ini dibenarkan pulang kalau ia tidak memunafaatkan diri mereka.

2. Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Apabila roh sudah berpisah dari tubuh, ia berada di alam yang dinamakan Barzakh, dan ia tidak akan mampu sama sekali untuk kembali ke alam dunia semula sama ada dalam keadaan baik atau buruk. Dakwaan Roh pulang kembali ke rumahnya setelah hari-hari tertentu adalah TIDAK BENAR. Tidak kiralah sama ada roh itu dalam keadaan baik atau buruk. Manakala jika benar kelihatan mahkluk seperti si mati dan kendengaran suara-suara menangis, maka pandangan Ulama adalah ia hanyalah angkara Jin dan Syaitan yang menyerupai si mati dan gangguan mereka, tidak lebih dari itu.
Bukti bahawa Roh tidak boleh kembali berdasarkan dalil berikut :-
Firman Allah ertinya : " Hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka ( orang kafir) dia berkata : " Ya Tuhanku kembalikanlah aku ke dunia, agar aku berbuat amal yang soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak (jawapan Allah), sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya sahaja (janji kosong) . Dan di hadapan mereka ada DINDING (barzakh) sampai hari mereka dibangkitkan" ( Al-Mu'minuun : 99-100).
Imam Mujahid (Tabien dan anak murid Ibn Abbas r.a) dan Ibn Zaid berkata tentang ayat ini : "Barzakh adalah seperti satu tembok yang menghalang orang yang mati kembali ke dunia."
Firman Allah ertinya : "Allah SWT memegang jiwa (ruh) ketika matinya (seseorang) dan memegang jiwa(ruh) orang yang belum mati di waktu tidurnya, maka Dia tahanlah jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.." ( Az-Zumar : 42 ).
Melalui ayat ini, jelas bahawa roh berada di dalam pegangan Allah SWT dan Allah tidak membenarkan sama sekali Roh untuk kembali ke dunia, sebagaimana yang dijelaskan dalam ayat sebelum ini,
Terdapat juga ulama berpandangan bahawa roh orang yang telah mati boleh bertemu dengan roh orang hidup ketika mereka sedang tidur (melalui mimpi). (Ar-Ruh, Ibn Qayyim, ms 20). Bagaimanapun, tiada yang berpandangan roh tersebut boleh bertemu dengan orang hidup semasa sedar mereka. Semua roh yang telah di ambil Allah SWT akan sibuk dengan urusan mereka sama ada baik atau buruk.
Prof Ahmed Azzedine Al-Bayanuny dan Prof. Mohamed Hussin pernah menegaskan bahwa dakwaan orang-orang kristian yang boleh bertemu dengan ruh si mati dengan teknik jampian khas adalah penipuan yang menggunakan Jin dan syaitan. Ia bukannya ruh yang sebenar. ( Rujuk Al-Iman Bil Malaika dan Al-Ruhiya al-Haditha)

3. Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Orang yang telah meninggal dunia, rohnya kembali kepada Allah S.W.T yang diistilahkan berada dalam alam Barzakh, ianya adalah alam Akhirat. Justeru insan yang telah pergi kepada-Nya tidak mungkin dan tidak boleh kembali ke alam dunia kerana Barzakh itu bermaksud pemisah atau penghalang. Ia seumpama sebuah tembok yang kukuh memisahkan di antara dua alam.
Maka orang yang telah kembali ke rahmatullah atau kembali ke alam Barzakh ini, dia tidak boleh kembali. Dalam Surah az-Zumar, ayat 42 yang bermaksud, "Allahlah yang memisahkan nyawa dengan mati daripada makhluk-Nya dan memegang yang telah pasti mati ini dengan tidak membenarkannya kembali ke dunia."
Ayat al-Quran lain ada menyebut, "Bahawa selepas kematian, mereka akan kembali ke alam Barzakh sehinggalah kepada hari Kiamat."
Banyak ayat al-Quran dan al-Hadis yang menunjukkan bahawa ruh si mati berada dalam suatu kepungan Barzakh yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia. Sebagaimana kita ke alam dunia tidak boleh masuk ke alam Barzakh (tanpa ada sebab).
Logiknya kita lihat, kalaulah ruh orang yang telah mati itu boleh kembali ke dunia, boleh melakukan berbagai-bagai perkara, sudah tentu orang-orang yang telah meninggal itu seolah-olahnya tiada seksa kubur, tiada balasan dan seolah-olahnya mereka bebas ke sana ke mari.
Oleh itu, kita harus yakin bahawa ruh si mati tidak boleh kembali untuk menziarahi keluarganya, rumahnya atau sebagainya.
Akan tetapi berlaku dalam dunia ini, orang mengatakan roh orang mati, kembali ke dunia dan meminjam jasad-jasad yang tertentu yang jadi seperti orang kehilangan akal, bercakap dengan nada, irama dan kelakuan orang yang telah mati.
Daripada pengalaman saya, ada juga yang mendakwa dirinya Nabi Khidir, Sheikh Abdul Qadir Jailani, Wali Songo dan sebagainya. Ada juga pihak tertentu yang mengubat orang, yang mengajar ilmu-ilmu yang didakwa kononnya diambil daripada orang yang telah mati.Semuanya ini adalah tidak benar dan ditolak oleh Islam. Seolah-olah wujudnya fahaman mengembalikan roh, dalam istilah Arabnya disebut tanasuthil arwah - reincarnation -. Fahaman ini ada dalam fahaman Buddha, Hindu dan fahaman purba. Islam bersih daripada semua fahaman ini.
Umat Islam mesti beriman bahawa ruh adalah untuk dirinya sahaja dan tidak boleh masuk dalam diri orang lain. Satu jasad satu ruh, apabila dipisahkan, jasad akan tinggal di alam dunia, ruh kembali ke alam Barzakh.
Apabila tibanya nanti di hari Qiamat, jasad akan dijadikan semula dan ruh akan mencarinya untuk dihisabkan oleh Allah S.W.T. Alam Barzakh adalah suatu alam yang ditutup rapat.
Oleh kerana itu pada pandangan saya tidak timbul sama sekali manusia yang telah mati, ruhnya boleh menganggu atau menyakiti manusia.
Hadis Nabi s.a.w menyebut (yang bermaksud),"Alam kubur itu adalah suatu tempat tinggal sementara, tempat berhenti daripada tempat-tempat yang akan dilalui, menuju ke alam Akhirat, alam kubur adalah sebahagian daripada alam barzakh, maka yang telah dimasukkan ke alam kubur akan berada di dalamnya sehingga hari Kiamat yang tidak mungkin boleh kembali ke alam dunia."


Destinasi Roh Selepas Mati.
Ulama berbeza pandangan dalam menentukan tempat tinggal  Roh selepas mati seperti berikut (Rujuk Syarh Al-‘Aqidah At-Tohawiyah, Tahqiq Syuaib Arnout, 2/613-614, cet Muasassah ar-Risalah) :-

a) Roh Mukmin di dalam Syurga dan Roh Kafir di dalam Neraka.
b) Kedua-duanya di dalam kubur mereka, dan Roh Mukmin di bukakan taman Syurga serta memperolehi nikmatnya dan Kafir di bukakan lubang azab neraka.
c) Roh Mukmin di alam tinggi (‘illiyyin) di langit ketujuh dan Kafir di ‘Sijjin' di dunia yang ketujuh terbawah.
d) Roh para Shuhada' (mati syahid) berada di Syurga dan Roh seluruh Mukmin lain berada di kuburan mereka. (pandangan Imam Ibn Abd Al-Barr)

Antara dalil dalam hal destinasi roh selepas kematian ini ada diterangkan di dalam hadith
" Roh yang Mukmin dalam keadaan burung-burung yang bergantungan di pokok-pokok di dalam Syurga, sehinggalah Allah mengembalikannya kepada jasadnya pada hari dibangkitkannya."  (Ibn Majah, no 1449 ; Ahmad, no 15716 12/315 cet Dar al-Hadis; Sohih menurut Ibn Hibban no. 743, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan sebuah hadith lain, apabila seorang Mukmin itu mati rohnya akan dibawa naik ke langit sehingga sampai ke langit ke tujuh, maka berkata Allah SWT : Tuliskan buku hambaku ini di ‘illiyyin' (tempat yang tinggi) dan kemudian dikembalikannya ke jasadnya kembali dan di datangi pula oleh dua Malaikat ... (Ringkasan Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)

Manakala Roh si jahat dan Kafir pula juga di bawa naik ke langit dengan bau yang amat busuk dan digelar dengan nama yang terburuk dan apabila sampai di langit, maka tidak dibukakan pintu langit kemudian Nabi SAW membacakan ayat 40 dari Surah al-A'raf . Kemudian Allah SWT mengarahkan agar dtuliskan namanya di dalam ‘Sijjin' (neraka) kemudian di campakkan Rohnya dan Nabi SAW membacakan firman Allah : " Sesiapa yang syirik kepada Allah, maka adalah seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan ke tempat yang jauh" (Al-A'raf : 31) . Kemudian dikembalikan kepada jasadnya, ...kemudian di datangi Malaikat..lalu dibukakan pintu dari neraka, lalu datanglah kepanasannya dan racunnya, dan kuburnya pula menyempit sehingga bersilang rusuknya. (Ringkasan dari Hadith riwayat Ahmad, Abu Daud no 4753, Sohih menurut al-Hakim, Syuaib Arnaout dan Ahmad Syakir)
Berdasarkan ayat Quran juga, ruh si jahat juga akan di azab di dalam alam barzakhnya. Iaitu :
" Api neraka dikenakan kepada mereka (kafir) pada pagi dan petang, manakala di apabila tiba qiyamat mereka di masukkan bersama keluarga Firaun yang dikenakan azab" (Ghafir : 40)
Kesimpulannya, Roh tidak mampu kembali ke alam dunia kerana Barzakh adalah tembok yang menghalangnya, dan Roh mukmin di berikan nikmat di alam barzakh manakala Roh di kafir diazab sehingga kiamat. Wallahu'alam.

Monday 6 May 2013

bila terkenang masa lalu.....





Hati..sekeping hati yang tidak bisa berbohong..hati juga mengundang rasa suka duka yang kadang kala kita sendiri sukar untuk menepisnya..dia datang secara tiba-tiba....ya tiba-tiba.....

.............langit petang yang kemerah-merahan...mentari mula menyembunyikan diri untuk menerangi benua disebelah sana..meninggalkan kita dalam kelam suram dan bakal ditatapi lagi esok hari...tiba-tiba sayu dan sendu hati tanpa dipinta..menyelinap dan menyelusup disegenap urat nadi..menggerakkan hati untuk menangis..mengimbau kenangan silam yang telah pergi satu persatu...entah mengapa dikala ini..waktu begini membuatkan aku kaku..beku..pilu dan tanpa disedari air mata keluar tanpa diundang...sungguh pedih bak dihiris belati tajam..jiwa ku kesepian...

...masa yang telah pergi membawa sekali kenangan silam yang penuh suka duka..jika dapat ku undur kembali alangkah indahnya..dulu anak-anak ku masih kecil, hidup penuh dengan kenangan manis..riuh rendah dengan gurauan senda dan jerit pekik sesama sendiri...aku kalut mana nak uruskan rumah, menguruskan mereka kesekolah, sebagai penjawat awam dan juga suri rumah walaupun ada pembantu tapi aku lebih suka jika urusan anak-anak dan urusan rumah tangga diurus sendiri...mempunyai kedudukan yang agak tinggi dalam masyarakat sekitar membuatkan aku rasa kehidupan ini sangat bermakna...kini semua telah pergi meninggalkan aku....

..aku masih syukur diberi peluang sekali lagi oleh Tuhan bagi mengecap sebuah kehidupan yang penuh dengan kasih sayang...diberi peluang punyai seorang suami yang amat menyayangi ku..seorang suami yang membuatkan aku cukup bahagia... dan memenuhi apa juga impian..kemewahan..kasih sayang dan apa jua...tapi....hati aku masih kosong...aku tinggalkan jauh anak-anak yang aku sayangi demi hidup ini...aku tinggalkan segalanya...sebuah kehidupan dulu hancur setelah perginya dia buat selama-lamanya dalam hidup aku...aku ibarat sebuah pelita yang tiba-tiba padam.. tanpa haluan..hilang punca..hilang segalanya..terasa gelap dunia dan aku turut tersungkur bersamanya..bangun demi anak-anak yang masih memerlukan aku...betapa indah kehidupan dahulu...mungkin Allah bagi ujian ini untuk aku memuhasabah diri bahawa kemewahan, pangkat bukan milik kami..itu milikNya..tapi dulu..aku tidak pernah bangga atau megah..malah aku didik anak-anak ku supaya hidup sentiasa merendah diri dan jangan sesekali berlanggak sombong bila kita berada didalam rumah yang besar, berkereta mewah dan disanjung oleh masyarakat...itu lah aku....seorang gadis kampung yang tahu asal usul ku..kini juga..aku masih yang sama.

...langit petang mula menampakkan warna jingga ....hati bagaikan diguris lagi..kenangan hitam satu persatu menerjah diruang hati ku..rindu pada mereka- mereka yang telah pergi........sebak!!!!
...dikegelapan malam bisikan itu menerjah kembali..satu..satu...air mata mula mengalir tanpa diundang...entahlah akhir-akhir ini aku begitu lemah..dari dulu aku lebih suka meladeninya secari sendirian..kerana akhirnya ketenangan akan aku perolehi setelah menangis..bohong jika aku tidak merindui aruah walaupun ada pengganti...mak..ayong..aruah abang yang banyak mempengaruhi emosi aku kini..mereka semua hilang satu persatu didepan mata aku..semuanya aku sayang..tapi aku akur Tuhan lebih menyayangi mereka...aku tahu Allah hanya memberi pinjam mereka semua dalam hidup aku dan sampai masanya diambilNya kembali..

Ya Allah..Ya Rahman ..Ya Rahim...panjangkan usia anak- anak dan cucu ku..jauhkan kami dari segala bala bencana dan dugaan berat yang telah diberikan dulu...tak sanggup rasanya untuk ku tanggung..dan jika boleh biarlah aku yang pergi dulu ...Amin Ya Rabbalalamin...


Thursday 11 April 2013

Mak Aii..aku dah gemuk!!!


Masalah Obesiti dan Kegemukan dikalangan Rakyat Malaysia


masalah obesiti
Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara-negara di Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti (kegemukan) dan tempat keenam di negara Asia Pasifik. Lihat saja disekeliling, pasti akan terlihat mereka yang alami masalah obesiti atau kegemukan. Apakah punca masalah ini?
Di Malaysia, kadar obesiti paling ketara di kalangan kaum India, iaitu sebanyak 25.6 peratus, diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina, 19.5 peratus.

Punca Obesiti dan Kegemukan

Jika kita menyelami punca sebenar berlakunya obesiti atau kegemukan dikalangan rakyat Malaysia, terlalu banyak sebab musababnya. Semuanya menjurus ke arah gaya hidup rakyat Malaysia yang tidak sihat. Misalnya :-
  • Lambakan makanan. Malaysia syurga makanan.
  • Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat.
  • Kurang senaman dan penjagaan kesihatan.
  • Faktor Genetik dan Persekitaran.

Malaysia Syurga Makanan

Tidak dinafikan Malaysia terkenal dengan jolokan Syurga Makanan. Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia. Namun, lambakan makanan seperti ini mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah obesiti dan kegemukan.
syurga makananRakyat kita ramai yang tidak berpantang atau memilih dalam soal makan. Pantang jumpa atau berpeluang mencuba resepi baru, pasti ingin dicuba dan dirasa. Tambahan pula dengan restoran makanan segera yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan.
Jika di negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan. Begitu sinis dan mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

Gaya hidup bersenang-lenang dan tidak sihat

Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti.
Tak perlu susah-susah, lihat saja disekeliling kita, anak-anak kita, malah kita sendiri. Bukankah ramai antara kita kini yang turut mengamalkan gaya hidup seperti ini sekarang? Lebih-lebih lagi dengan kehadiran teknologi moden dan canggih yang pelbagai. Dunia bagaikan di hujung jari.
life vs technology
Manusia vs Teknologi

Senaman dan Penjagaan Kesihatan

Makan melebihi keperluan dah satu hal, ditambah pula dengan kekurangan bersenam dan melakukan aktiviti fizikal. Pelbagai alasan diberikan bila diminta bersenam dan menjaga kesihatan. Penat, kesibukan dan ketiadaan masa sering dijadikan alasan.
Bila berat badan dah naik, mula risau dan stress. Akibatnya, amalkan pula diet yang tidak sihat untuk cepat kurus. Pantang terlihat iklan di kaca televisyen, akhbar, majalah, dan media massa lain yang selalu menonjolkan watak-watak wanita yang langsing di samping iklan berbagai-bagai macam ramuan ubat-ubatan, makanan dan minuman untuk merampingkan tubuh, pasti ingin dicubanya. Akibatnya, ribuan ringgit wang dibelanjakan untuk diet, ubat-ubatan, dan perawatan-perawatan bagi menurunkan berat badan.
Metabolisme mempunyai tanggungjawab dua pertiga daripada pengeluaran tenaga orang yang normal. Meskipun aktiviti fizikal hanya mempengaruhi satu pertiga pengeluaran tenaga seseorang dengan berat normal, tetapi bagi orang yang memiliki kelebihan berat badan, aktiviti mempunyai peranan yang sangat penting walaupun adakalanya dirasakan begitu menyeksakan. Pada waktu bersukan kalori terbakar, makin banyak bersukan, maka semakin banyak kalori yang hilang.

Faktor Genetik dan Persekitaran

Faktor lingkungan persekitaran juga mempengaruhi seseorang untuk menjadi gemuk. Jika seseorang dibesarkan dalam lingkungan persekitaran yang menganggap gemuk adalah simbol kemakmuran dan kebahagiaan, maka orang tersebut akan cenderung untuk menjadi gemuk.. Pasti anda juga pernah terlihat bukan? Keluarga yang boleh dikatakan majoritinya gemuk atau obes. Biarpun masalah kegemukan atau obes ini adakalanya dikaitkan dengan faktor genetik dan persekitaran, tapi sebenarnya masih boleh diatasi jika kita bijak mengawal pemikiran kita dan menyedari kesannya terhadap kesihatan.
kategori berat
Anda kategori berat yang mana?

Obesiti dan Risikonya terhadap Kesihatan

Obesiti boleh memberikan ancaman serius terhadap kesihatan. Jika tidak ditangani dengan serius, ianya boleh melahirkan masyarakat yang tidak sihat. Risiko obesiti tidak memilih peringkat umur malah seawal umur kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya akan membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.
Walaupun tiada kajian menyeluruh dilakukan, berdasarkan kepada gaya hidup yang diamalkan masyarakat kini, ia menyumbang kepada peningkatan kadar obesiti kanak-kanak.
Masalah itu perlu diberi perhatian serius kerana berat badan yang berlebihan boleh membawa risiko kesihatan berpanjangan. Obesiti pada kanak-kanak tidak boleh dipandang mudah dan apa yang boleh dilakukan ialah dengan mengubah kepada gaya hidup yang lebih selamat.

Saturday 5 January 2013

Cerpen:dipenghujung kehidupan..


Terfikir dibenak ku berapa lama lagi usia yang tinggal..urat-urat tangan kian kelihatan..dulu tangan itu mulus ,lembut dan kini sebaliknya..
Ku usapi tangan yang telah banyak berjasa ini...sejak aku dilahirkan hingga aku telah melahirkan dan hingga kini tangan ini tidak pernah mengenal erti penat..tangan inilah yang pernah membelai aku, tangan inilah yang pernah membasuh punggungku, menyisir rambut dan menyuap makanan ke mulut ku dan tangan itu juga pernah memukulku demi mengajar aku erti kehidupan sebenar jika aku buat salah...seingat aku setelah aku berkahwin dan punya keluarga sendiri tangan ini jugalah yang saban hari membuat nasi goreng kampung dan cekodok untuk sarapan pagi kami setiap kali kami pulang bercuti kekampung..pagi ini tiba-tiba aku teringat akan nasi goreng kampung resepi mak..
.....sesekali kenangan itu mengusik hati dan perasaan ku..mak! keluh ku perlahan semasa jemari ku ligat menumbuk cili kering untuk  nasi goreng kampung resepi emak...aku sudah tidak berpeluang memanggil nama itu lagi......kini aku mengambil tempat mak dan meneruskan sisa-sisa usia entah bila penghujungnya...aku perhatikan setiap sudut tangan ku...urat-urat mula timbul tanda dia telah letih menjalan tugas sebagai seorang suri dan ibu pada anak-anak..aku tidak pernah kesal kerana itu adalah putaran alam sejak azali lagi.
Tapi kini anak-anak tidak seperti kami dulu-dulu..segarang mana pun seorang mak, kami tetap menghormati mak...tidak pernah berdendam dan tiada niat untuk memusuhi mak walaupun apa jua yang telah mak lakukan pada kami..bila mak dah tua, mak menjadi seorang yang cukup lembut dan memahami kami adik beradik..kalau diingatkan balik sebak jua rasanya..mak penat mencari nafkah untuk perut kami..mak penat..sebab itu jika sedikit sahaja kesalahan kami pasti tali pinggang hijau bapak atau apa jua hinggap dibelakang kami...bercucuran air mata menanggung sakit..tapi sedikit pun tidak memberi impak pada kami..mak tetap kami rindui..rindu untuk pulang kepangkuan mak dan merasa asam pedas air tangan mak..setiap bulan kami tidak pernah lupa menghantar sedikit habuan buat mak..kami mahu mak selesa..
...entah mengapa dua tiga hari ini hati bagai diruntun sayu..satu persatu kenangan bersama anak-anak ku datang silih berganti..sejak along lahir hingga sibungsu..mendidik anak banyak ditanggung dibahu ini..aku agak tegas dalam mendidik anak-anak ku..walaupun aku bertugas di pejabat seharian tapi aku masih mampu menjadi guru pada mereka...jika mereka salah atau nakal akan ku denda.aku mahu anak-anak ku menjadi orang yang berguna ..kasih dan sayang aku pada mereka tidak pernah pudar..tetap utuh hingga ke penghujung usia ku...tadi anak bungsu ku mengusap tangan ini dan kata ku padanya...adik! tangan mak ini banyak berjasa pada adik...sejak adik lahir hingga kini..tangan inilah yang pernah membasuh punggung adik, memandikan adik, menyisir rambut adik memakaikan pakaian adik, menyuap makanan ke mulut adik dan memasakkan makanan untuk keluarga..dan tangan ini juga yang pernah memukul adik jika adik buat salah..tapi adik patut bangga hasil didikan mak adik berjaya ditahap ini..adik jadi seorang anak yang baik dan mendengar cakap mak..sayu dan sebak bila kata-kata itu keluar dari mulut aku..tiba-tiba aku teringatkan mak..kerana penghujung hayatnya aku tak berpeluang mencium tangan layunya..
tapi apalah sangat panggilan mak pada anak-anak zaman sekarang..ada yang sanggup membenci mak, malah sanggup membunuh mak dan sebagainya demi kepuasan diri sendiri..