Monday, 18 September 2017

Menjelajah Eropah Tengah


Menjelajah Eropah Tengah: Crotia-Hungary-Slovakia-Republik Czech-Austria-Slovenia
-Autumn Tour With Modtravel MT...

 Dengan lafaz Bismillah saya mulai perkongsian perjalanan ini semoga dengannya dapat kita sama-sama menikmati indahnya Bumi Allah yang satu ini. 
 Sambutan Hari raya haji masih terasa..sebelum ke airport saya sempat menyediakan makanan kegemaran berasaskan daging kepada suami dan anak-anak....almaklumlah en.Somi saya ni penyembelih tegar di komunitinya..lembu tenguk dia pun dah ngeri...sebelum tu saya diuji dengan dua orang buah hati saya dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman diparu-paru tetapi bersyukur, bak satu keajaiban yang mereka dapat sama-sama menyambut hari raya korban bersama..Syukur pada Allah.

 Satu ciuman perpisahan singgah dipipi..saya cium tangannya mohon restu untuk perjalanan ini..April lalu saya dan dia sama-sama menjelajah bumi Balkan dan kali ini saya bersaorangan dan biarkan dia berehat untuk kami bersama menunaikan umrah Disember ini jika ada izin Allah untuk kami saban tahun menjadi tetamunya..itu niat saya jika ada rezeki kesihatan dan kewangan.

Highway cukup sesak maklumlah perantau mulai pulang ke destinasi masing-masing..dari arah Pagoh keutara kereta bak semut dan perjalanan agak sesak..saya berdoa jika tidak sampai dalam jangka waktu yang ditetapkan saya pasrah...jika ada izinNya adalah rezeki saya untuk terus menjelajah bumi ciptaanNya..saya lihat khairul agak resah..kerana untuk sampai ke KLIA bukanlah satu perjalanan yang dekat jika kami dari arah selatan..saya cuba menyembunyikan keresahan..saya bimbang dia  tak keharuan.. Syukur saya tiba di KLIA tidaklah terlalu lewat..tujuh mak gadis tenang menunggu saya dengan senyuman yang amat manis!!! dari raut wajah mereka saya dapat meneka yang mereka begitu gembira dan tidak sabar-sabar dengan trip ini..selesai check in bagasi kami terus ke gate yang ditetapkan untuk penerbangan ke Zagreb dan transit di Dubai..

A380 EK343 Emirates membawa kami 8 sahabat tepat jam 210 4 September 2017 pagi dan sampai diDubai jam 530 pagi waktu tempatan lebih kurang 6 jam perjalanan dari KLIA ...kami menunaikan solat subuh didalam penerbangan, lebih kurang 3 jam di Dubai...jam 810 pagi kami berangkat ke Zagreb..penerbangan dari Dubai ke Zagreb mengambil masa 5 jam..
 Aswad..tour leader yang membawa dan menguruskan kami untuk tour ini siap siaga menanti..pertama kali bersua sudah terasa kemesraannya...bangga dihati saya kerana dalam usia muda  beliau sudah mampu mengendalikan private tour di negara orang.. Sesampainya di Zagreb kami dibawa dengan sebuah van yang agak selesa..walaupun kami berlapan tetapi ruang dalamannya agak besar dan selesa dengan ruang penyimpanan beg yang cukup muat dengan beg-beg kami. diZagreb kami singgah solat di masjidnya..4 bulan lalu tika saya disini penjual buku dimasjid ini agak sibuk memanggil saya untuk menunjukkan gambar Tun Mahadhir yang ada disana, kami sempat singgah direstoren muslim dan makan tengahari disitu ketika itu dan hingga kini saya masih merindui pencuci mulut yang merupakan manisan yang begitu lazat....tetapi kali ini kedai buku dan restoren tersebut sudah pun ditutup kerana kami sampai agak petang..usai solat kami terus ke Negara Hungary yang semestinya perut kami sudahlah tersangat hungary..lapar..didalam penerbangan memang ada diberi makanan..almaklumlah perut orang melayu ni..tidaknya sesuai dengan makanan yg dihidangkan..
    kami terus ke Lake Balaton disini kami menikmati makanan secara ala kadar sebagai alas perut..dan meninjau ke sekitar tasik dan menikmati sunset yang begitu indah...beberapa pos istimewa dari kami yang admin ambil untuk diabadikan di facebook dan digroup wasap.
selamat sampai diairport Zagreb

ketika di airport baru Zagreb..sahabat ber8





sunset di lake balaton..lihat bulan juga kelihatan




Seterusnya kami dibawa untuk berehat setelah lebih 24  jam dijalanan. Kami ke Budapest, Ibu Negara Hungary yang terkenal dengan keindahannya. Kami menginap didalam sebuah kapal..rasanya bak berada didalam kapal Titanic..hehehe...Fortuna Boat Budapest Hotel &Restaurant..dua malam kami disini..bilik kami menghadap sungai Danube yang cantik dan alirannya yang tenang.


Day 2:Budapest Hungary 5 Sep 2017
Usai sarapan pagi kami dibawa meninjau bandar Budapest ..terlalu indah..bisik hati ini..kami dibawa menaiki bus hop on/off ke St Stephen Basilica, Heroes Square, Funicular, Citadel dan menikmati indahnya senibina bangunan Parlimen Budapest..pada sebelah malamnya kami menaiki cruise dan menikmati indahnya sungai Danube diwaktu malam..seakan berada dialam yang lain bila lampu-lampu bergemerlapan dan di atas bangunan Parlimen yang indah dengan limpahan cahaya dikelilingi ribuan burung2 berwarna putih seolah merayakan hari malam dengan penuh keriangan.Teruja sungguh saya dan teman-teman yang sejak terbit matahari tidak henti-henti gelak tertawa mengusik sesama sendiri....yang seronoknya makan tengahari kami berasaskan nasi dan lauk pauk yang kami bawa bersama..dan menikmati makan tengahari yang cukup santai bak satu keluarga.

dua malam menginap disini 

di perkarangan bilek hotel di Fortuna Boat

Posing di kapal fortuna sebelum berangkat ke Bratislava





ketika menjelajah bandar Budapest menaiki Hop on/off bus

bersama admin di heroes Square


Ketika membeli buah tangan 





Heroes Square Budapest

Indahnya bandar Budapest dibelakang saya


bandar Budapest dari Citadel


ketika menaiki cruise sungai danube diwaktu malam
Bangunan Parlimen pada waktu malam..kelihatan ribuan burung putih terbang atas  menara Parlimen






dihadapan Parlimen Budapest
pos maut 8 sahabat

Day 3: Bratislava, Slovakia 6 Sept 17


Selepas sarapan pagi kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Bratislava, Slovakia. Sebelum itu kami singgah sebentar di bangunan paling ikonik di Hungary iaitu bangunan Parlimen memandangkan ianya terletak berhampiran dengan hotel kami...Pelbagai pos kami beri untuk admin upload didalam FB..mengalahkan  peragawati.. yang bestnya dalam nak posing maut tu ada yang tertumus jatuh bila keseimbangan badan tidak dapat distabilkan..padahnya menjadi bahan ketawa dan usikkan sahabat le nampaknya..yang bestnya siempunya badan tidak pun terasa terguris dengan usikkan kami...itulah sahabat..masuk telinga kiri, keluar telinga kanan..tiada langsung dendam dihati.
Seperti biasa, pagi kami bermula dengan suasana begitu ceria sekali dengan gelak ketawa dan gurauan semua. Topik pagi ini adalah nama panggilan suami/isteri masing-masing. Topik simple sahaja tapi gelak ketawa kami  hingga ke Brastislawa pun tak habis lagi. 
Setibanya di Bratislava, kami dibawa mencuba aiskrim paling sedap di Slovakia ini. Memang diakui kesedapannya oleh kami semua. Kemudian, kami berjalan mengelilingi separuh Bandar Lama (Old Town) disini dan berhenti untuk mencuba kebab yang juga paling sedap disini. Kami juga dibawa melawat ke Old town hall. Michael's Gate, Rubberneck Napolion SoldierDestinasi disebelah petang adalah membeli belah di Parndoft Designer Outlet yang terletak dinegara Austria. Kami bermalam di Vienna dan akan menjelajah bandaraya ini pada keesokan hari.
diParndoff Outlet kami sempat menunaikan solat jamak kerana ada disediakan surau, kawan-kawan saya sempat lah bershopping..terbang jugak duit saya bila terpikat dengan minyak wangi yang menjadi koleksi peribadi saya dan sehelai baju sejuk...mana boleh nak tahan selera bila berhadapan dengan pusat shopping ni ya...sementara menanti kawan2 lain leka bershopping saya dan admin serta dua orang rakan menikmati hot cokelat dan seafood goreng serta kentang goreng yang begitu enak di Parndoff.



menikmati minum petang di pandoff































Kami bermalam di Vienna .Hotel kami cukup selesa..disini seperti apartment terdapat sebuah dapur kecil dan balkoni yang cukup cantik..kami sempat memanaskan bekalan dan makan bersama...masyaallah seronok tak terkata.. ...Primus Hotel di Vienna , Austria...cukup selesa bagi kami untuk berehat setelah seharian menjelajah bandar Bratislava, Slovakia



sempat tayang beg Furla tu...jeles teman

posing jangan tak posing cik kak!

meneroka old town Bratislava Slovakia, Basnya pun unik

patung Man at Work sinonim dengan bandar Bratislava




menjelajah bandar Bratislava Slovakia

membeli belah di parndoff Austria



jalan yang kami lalui dari Budapest ke Bratislava ke Vienna dan terus ke Brno



Day 4: Menjelajah Bandar Vienna Austria...Sept 7


Selepas sarapan pagi, kami bertolak ke destinasi pertama iaitu Hundertwasser Village. Dengan bentuk bangunan yang unik dan berwarna warni, Hundertwasser Village ini merupakan hasil tangan seorang artis dan arkitek tempatan yang berkerja sebagai tukang cat pada awalnya. Bangunan ini kini adalah unit kediaman bagi penduduk disini.
Seterusnya kami melawat bandaraya Vienna dan salah satu taman awam yang terkenal disini iaitu Stadt Park. Kami makan tengahari secara berkelah ditaman tersebut. Seronok betul sekali sekala dapat berkelah sebegini seperti sebuah keluarga. berbagai lauk pauk terhidang depan mata..sambal bilis,rendang maman, rendang tok,serunding,dendeng dan banyak lagi..naik juling mata nak memilih lauk yang perbagai jenis..pertama kali menjamah rendang maman dari sahabat yang berasal dari N.Sembilan memang sampai ke saat ini masih terasa kelazatannya dan serunding bilis "masuksuku"
Kami dibawa menjelajah bandar Vienna yang selama ini saya hanya mengetahuinya melalui mediamassa dan kini terhampar didepan mata..selain itu kami dibawa ke St Stephen's Cathederal, Hofburg Palace, Austrian Parliament Building...Disini terdapat sebuah masjid ditengah kotaraya Vienna dan kami sempat solat disini..Alhamdulillah

.Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Brno, Czech Republic untuk berehat ..bilik hotel yang cukup selesa membuatkan kami tak melengahkan masa untuk zzzzz..selamat malam!..

hundertwasser house..unik




setia bersama dalam apa jua keadaan

selesai makan tengahari di stadtpark

















Masjid di Vienna (islamic centre)


usai solat zuhur dan asar di masjid Vienna




Kami bermalam di Prague , Czech Republik.. hotel yang sangat selesa untuk berehat dan esok pagi kami akan bertolak ke bahagian selatan iaitu Cesky Krumlov..disebabkan hotel kami dibekalkan dengan dapur dan kelengkapan memasak, kami menyediakan 3 periuk nasi lemak untuk santapan tengahari kami, jangan tak percaya, siap dengan daun pandan lagi dan santan serta halia....wowww!!!
sempat posing waktu sarapan pagi
wajah-wajah ceria selesai sarapan pagi
Day 5: Prague, Czech Republic...Friday 8 Sept.2017

Prague adalah salah satu tempat idaman saya untuk dilawati...selesai minum pagi kami dibawa melawat kesekitar bandar Prague, Charles Bridge yang indah dan sibuk, mengingatkan saya pada old bridge mostar di Bosnia..tetapi disini bagi saya lebih cantik dari  di Mostar dan teringat saya jika diiklan-iklan mengenai negara Czech kebanyakkan pemandangan disinilah dijadikan gambar hiasan bagi negeri ini.

Prague merupakan ibu negara Republik Czech yang terkenal dengan Old Town Square, bangunan-bangunan bercirikan Baroque dan terdapat sebuah menara jam yang terkenal iaitu Astronomical Clock. Ia juga terkenal dengan sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua belah bandar iaitu Charles Bridge.
Astronomical Clock...jam ini di bina pada tahun 1410 dan masih lagi beroperasi hingga kini

the third oldest astronomical clock in the world
orang ramai memerhatikan astronomical clock ketika kami melaluinya

  • Cuaca begitu baik dan kami berjalan kaki menyusuri lorong-lorong dibandar ini. Kami juga sempat menikmati aiskrim tempatan yang terkenal disini yang dipanggil Trdelnik. Kulitnya diperbuat dari roti yang garing disaluti serbuk kayu manis dan lazat dengan harga 4 Euro..Kemudian, kami menaiki sebuah tram untuk mengelilingi bandaraya ini selama satu jam. Sempat pula kami melihat satu pengambaran filem yang berbentuk muzikal di sini..manalah tau yek..ada wajah2 nakal kami difilem tersebut nanti..hehehe

menikmati trdelnik yang lazat dengan harga 4 euro : rm 20 sebatang..









Jin Aladin dibelakang saya tu...

menaiki tram mengelilingi bandar Prague

























Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Cesky Krumlov dan bermalam di Marchtrenk, hotel Silenzio



Day 6: Saturday sept 9 2017- Cesky Krumlov, Czech Republic
Seperti biasa selesai check in jam 900 pagi kami memulakan perjalanan..seperti biasa anak muda kami akan memulakan pemanduan dengan doa dan ummul kitab mohon dilindungkan dari apa jua musibah...kami menuju ke Cesky Krumlov yang mengambil masa 1.30 jam perjalanan
Cesky Krumlov merupakan salah sebuah bandar tarikan pelancong yang utama selepas Prague. Ianya termasuk dalam senarai UNESCO World Heritage Site atas faktor sejarah dan bentuk muka buminya.
Kami menghabiskan masa seharian menerokai bandar unik ini.. Peluh dingin mulai keluar ketika kami mulai mendaki..saya kagum diantara kami yang begitu gigih tanpa rasa penat. Kami  mendaki hingga ke bahagian atas bandar ini. Walaupun masing-masing sudah menjangkau separuh abad dan selesa dengan wang pencen...hehehe namun tidak sedikit pun terdengar keluhan mengeluh penat apabila kami di bawa berjalan kaki mengelilingi kota ini. Naik dan turun bukit ditempuhi dengan senyuman. Apa yang saya rasai adalah kepuasan kerana dapat merasai nikmat dan menikmati alam Tuhan dengan keringat sendiri....Allahuakbar...begitu cantik alam ini jika kita keluar dari kepompong kita ini sebenarnya..
Sempat juga kami singgah melontar 3 jamrah disini..hasil buatan tangan alas meja dan hiasan rumah memikat hati saya..dahulu saya melontar alas meja di Bosnia..disini pula alas kerusi.. warna yang sama dan nukilan bunga yang juga ada persamaan...apa lagi harga yang ditawarkan agak murah...jadilah ada juga kenang-kenangan saya di satu-satu tempat yang saya lawati...sementara menanti sahabat yang masih ghalit bershopping saya dan beberapa orang rakan ke Mirror Maze...seronok bila kami tak jumpa jalan keluar..dan nasib baik tak terpegang admin kami yang saya sangkakan bayangan cermin..
Kemudian, kami berkelah makan tengahari bersama-sama disebuah kawasan rehat disini. Seperti biasa, nasi merupakan hidangan wajib setiap kali kami makan. Setiap kali selepas makan, pasti ada kedengaran suara diantara mereka untuk jogging pada keesokan harinya. Nak diet katanya. Namun..jogging hanyalah tinggal kenangan. Esoknya, kami bantai lagi nasi dengan lauk pauk penuh dipinggan tanpa perasaan bersalah...apa taknya..bila badan dan lutut mulai longgar nak berjogging apa kebendanya..balik je hotel..nampak tilam dan bantal yang empuk dan keadaan bilik yang selesa...hurmmmm zzzzzzzz...

didalam Mirror Maze















Kami meneruskan perjalanan dan bermalam di Salzburgh Austria. Disini hotel pintar yang dikendalikan semuanya oleh mesin..tiada kaunter dan semuanya kita kendalikan sendiri hanya menggunakan kad kredit dan kita sendiri yang memilih bilik..tiada satu pun pembantu..Hotel yang moden dan amat selesa membuatkan saya tak sabar-sabar hendak merebahkan badan yang seharian "berkelana"

sempat posing dilobby hotel

Day 7: Salzburg, Austria.Sept 10

Salzburg, the birthplace of Mozart and the shooting locations of film Sound of Music 
Bertolak dari hotel dimana kami bermalam, kami singgah disebuah kawasan rehat dan bersarapan pagi disitu. Kerana hotel pintar tidak menyediakan sarapan pagi..selalunya kami sarapan pagi dihotel. Kami makan pelbagai jenis makanan yang biasanya tidak dihidangkan dihotel.Kami bertolak ke bandar kelahiran musik Mozart iaitu Salzburg.
Cuaca begitu mendung dan hujan renyai sepanjang perjalanan kami, namun sedikit pun tidak melunturkan semangat kami untuk bersuka ria. Walaupun memang sedap sekiranya dapat tidur dikala cuaca begini, namun sayang rasanya sekiranya tidak menikmati setiap saat dan detik disini. Maklumlah..dah berhabis beribu-ribu ringgit untuk kesini. Mengenangkan jumlah wang yang telah dikeluarkan untuk trip ini, maka kami sanggup bersengkang mata walaupun pemandangan kiri kanan hanyalah gunung ganang dan ladang jagung yang terhampar luas.
Setibanya di Salzburg, cuaca masih sama, mendung dan hujan renyai. Tanpa melengahkan masa  kami terus mengeluarkan baju hujan dan payung sakti masing-masing bagi mengharungi cuaca sebegini dan terus menerokai bandaraya ini. Dalam hujan pun kami masih bergelak ketawa sepanjang jalan. Enjoy sahaja sepanjang masa. Lupakan masalah dunia katanya. Anak-anak dan cucu-cucu masing-masing memerhatikan dari jauh gelagat ibunda dan nenda masing-masing. Risau agaknya takut dah tak nak balik Msia lagi selepas ini. Kami melihat sekitar bandar Salzburg yang indah, ke Salzburg Cathedral, Makarsteg pedestrian,Bridge over the Salzzach River walaupun dalam keadaan kesejukan tetapi pemandangan yang indah memukau memadamkan itu semua.
Kemudian, seperti biasa kami berkelah untuk makan tengahari bersama disebuah taman di Hellbrunn Palace yang juga merupakan tempat penggambaran filem Sound of Music. Setiap kali makanan dihidangkan, langsung tiada pengurangan yang berlaku dari segi jumlah lauk pauk. Makin bertambah lagi ada lah.   Kami menghabiskan masa disini dengan melawat salah satu tempat penggambaran filem tersebut iaitu Sound of Music Pavillon.








































Kami bertolak ke Hallstatt untuk bermalam disana dan esok kami akan melawat bandar cantik ini dan meneroka keindahan sekitarnya
Day 8: Dachstein Salzkammergut -Monday Sept 9
Hallstatt adalah satu-satunya tempat yang menjadi impian saya. Saya selalu melihat keindahan bandar ini melalui You Tube...kini didepan mata. Gembiranya saya bila mimpi menjadi nyata. Dikiri kanan jalan pergunungan Alps yang berkabus dan puncaknya yang memutih dek litupan salji memukau pandangan saya...lensa handphone tidak henti berbunyi..pohon buah2an sedang lebat berbuah..epal merah, hijau, peach,aprikot sedang mulai meranum..indah nian pemandangan ini..bisik hati kecil saya...sungguh indah bumi ciptaan Allah ini..tidak rugi saya berhabis ribuan ringgit untuk kearah ini. Bagi saya wang ringgit boleh dicari, selagi Negara kita masih mampu membayar gaji atau pencen selagi itu poket akan penuh setiap bulan..cuma yang saya bimbang usia mulai mengejar saya tahun demi tahun..jika kesihatan saya baik saya akan terus menjelajah bumi Allah ini tetapi jika sebaliknya saya serahkan pada takdir yang menentukan segalanya
Resort kami berhampiran dengan tasik Hallstat..di kelilingi oleh gunung ganang yang memutih salji dan berkabus,tambahan pula setiap resort dan rumah disini dihiasi dengan perbagai bunga-bungaan di setiap birai tingkap dan balkoni dan disekitarnya menambahkan lagi indahnya pemandangan di sini..dibelakang resort kami terdapat ladang biri-biri yang luas..segar dan subur. Sebuah rumah 4 bilik,yang luas lengkap dengan dapur dan ruang tamu serta ruang makan yang dilengkapi dengan perabut, seakan kami berada dirumah sendiri..siap dengan bilik sauna di tingkat atas..sebelum itu kami singgah di sebuah supermarket yang menjual barangan makanan dan sayur-sayuran..hehehe admin belanja hari ini..kami memasak apa jua yang kami inginkan..sempat pulak kami masak cekodok bawang pada malam tersebut....mak tuan aii..tak tau nak saya gambarkan disini betapa gembiranya saya dan memasang niat untuk membawa anak-anak dan keluarga saya kesini satu hari nanti. Kami bermalam dua hari disini..tidak puas rasanya.
sesampainya di Obertraun Resort Hallstatt

ladang biri-biri 


Sebelum kembara ke Five finger bermula






sarapan pagi..Nasi goreng Kampung dan maggi goreng


day 2 di Hallstatt:
Terletak kira-kira 8 minit dari hotel kami di Obertraun, kami menaiki puncak gunung ini dengan menggunakan kereta kabel sebanyak dua kali sebelum sampai di stesyen yang terakhir sebelum meneruskan perjalanan ke 5-Fingers Viewing Platform yang terletak lebih kurang 30 minit dengan berjalan kaki dan juga berhenti sekali sekala walaupun penat lelah namun tetap kami tempuhi memandangkan lokasi ini begitu unik dan menarik sehinggakan menjadi idaman setiap pelancong untuk sampai kesini suatu hari nanti, Perjalanan ke 5-Finger Viewing Platform tidaklah begitu sukar, jalan yang yang dilalui agak landai cuma sesekali kami mendaki, terasa diri berada diawang-awangan, awan memutih dan puncak-puncak gunung berada di bawah pandangan mata...sesekali angin sejuk berhembus menggigit tulang belulang..seluas pandangan mata..Allahuakbar! dan kemuncak keriangan yang tidak ternilai bila kaki yang mulai longlai memijak pelantar 5 finger dan......Yes!!! saya berjaya sampai kesini!!!!!....indah..cantik...memukau....itulah yang saya dapat gambarkan disini...keadaan berkabus...nun jauh dibawah berbalam-balam bangunan dan tasik Hallstatt dari plantar viewing..jika hari terang, keadaan dibawah jelas kelihatan..namun saya tetap bersyukur kerana berjaya sampai kesini..bukan calang-calang tu!!!
keadaan 5 fingers viewing Platform ketika kami sampai agak foggy dan berangin
jika keadaan tidak berkabus beginilah kelihatan dibawah platform (ketika ini musim dingin) gambar sahabat yang pergi April lalu



geramnya dak epal ni..










berjalan turun dari platform












































Dipendekkan cerita, kami turun kebawah untuk makan nasi secara berkelah ditepi tasik Hallstatt yang sungguh indah dan mengasyikkan namun bukan khayalan, yang aku berikan, tapi keyakinan yang nyata, kerana cinta lautan berapi, pasti akan ku renang jua...madah berhelah pulak mak ni ya....tapi bila mimpi jadi nyata..hanya hati yang tahu berkata...negara tercinta ku tinggal jua..demi Hallstatt yang kini didepan mata..cewahhh.
tasik hallstatt




gambar-gambar disekitar tasik Hallstat
Selepas turun dari 5-Fingers platform, dan makan tengahri, kami terus ke perkampungan Hallstatt yang terletak kira-kira 10 minit perjalanan. Kami ke Top of Hallstatt dengan menaiki Funicular dan menikmati pemandangan keseluruhan perkampungan Hallstatt dari sebuah platform yang disediakan disitu. Cuaca agak mendung sepanjang hari dengan hujan renyai sekali sekala...disini juga kami disajikan dengan pemandangan yang tersangaaaaatttlah indah...bak lukisan besar terbentang didepan mata...hingga tak tau nak kata...ater bak kata orang perak...ajer yanya yong..naik ghaban teben teman mendakinya...suka bebenornya..

pemandangan dibawah ketika menaiki Funicular







 Kemudian, kami turun dan menerokai Hallstatt ini dengan berjalan kaki. Rekabentuk rumah disini yang berasaskan kayu dengan hiasan bunga dikebanyakan beranda rumah membuatkan kami terpengun dengan keindahan kawasan disini. Benar apa yang saya lihat di You Tube...memang cantik..pohon buah-buahan sedang lebat seolah-olah melekat didinding rumah.
buah pir yang sedang lebat berbuah






 

Esok, kami akan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Grossglockner High Alpine Road.



Day 9: Sept 12 Tuesday


Selepas solat subuh kami sempat memasak sandwich telur dan cekodok bawang untuk sarapan pagi dan makan tengahari dengan lauk ikan trout sweet sour, sambal sardin dan goreng kubis..perggh dahsyat mak kau!

















gambar-gambar disekitar Hallstatt dan obertraun resort

mengikut perkiraan asal kami ke Grossglockner High Alpine Road tetapi kami tidak dibenarkan masuk kerana hujan lebat, Menurut admin, jika ini berlaku, ditakuti salji dibahagian atas gunung mencair dengan banyaknya kerana aliran hujan lebat dan merbahaya selain dari laluan yang licin.Kami bertolak ke Bled, Slovenia dan bermalam di Torok Pension.

bersama bakal menantu..ada yang kena pelangkung jugak hehehe

















cantikkan hotel ni..

 Hari masih hujan...agak lebat..Kami meninjau tasik Bled yang indah..disebabkan hujan kami tidak dapat menaiki gondola yang dijadualkan dan hanya menikmati pemandangan tasik dalam hujan dan sempat jugaklah kami singgah shopping dikedai berhampiran..Pohon-pohon disekitar lake Bled mulai menguning..musim luruh baru bermula..jika sepenuhnya keindahan tasik ini terserlah keindahannya..daun2 oak dan tumbuh-tumbuhan lain berwarna warni sebelum luruh sepenuhnya...ditengah-tengah tasik terdapat satu castle dan juga monastery yang dihias indah..juga bak sebuah lukisan...Admin dan kami berharap agar keesokkan harinya cuaca memihak kepada kami dan daparlah kami keatas bagi menikmati alam dan rahsia Tuhan yang tersembunyi itu....kami tetap berharap dan berharap....dan terus berdoa agar cita-cita kami tercapai.










Gondola Rides tidak dapat kami rasai kerana hujan



Day 10: Vintgar Gorge, Slovenia 🇸🇮

Morning walk at one of the most extraordinary natural wonders in Slovenia.


Seperti biasa selesai sarapan pagi kami meneruskan perjalanan dan singgah ke Vintar Gorge sebelum menaiki pergunungan Alps dimana semalam tidak berpeluang menikmatinya...Syukur pada Allah cuaca begitu baik..saya dapat rasakan betapa bimbangnya admin jika cuaca sama seperti semalam...beliau memang ingin membawa kami menikmati alam yang tersembunyi keindahanya ini..Rezeki kami..matahari pagi muncul dengan ceria dan senyuman..perjalanan menikmati air terjun Vintar Gorge mengambil masa 1 jam perjalanan pergi balik..deruan air dari puncak gunung begitu deras dan berwarna hijau turquiose...cantik dan jelas kelihatan ikan-ikan trout berenang-renang..tidak saya nafikan negara-negara diEropah ini seperti Balkan memang terkenal keindahan alam semula jadi sebegini..Crotia misalnya dan Bosnia Herzegovina keindahan alam sebegini memang menarik perhatian pelancung dalam dan luar negera..selesai mengambil gambar disini kami meneruskan perjalanan ke pergunungan Alpines  untuk ke Grossglockner yang akan menyajikan kami pemandangan yang lebih memukau dan menilai keajaiban dunia.









































Seterusnya kami meneruskan perjalan yang mengambil masa lebih dua jam ke High Alpines Road untuk meneroka bumi Allah diatas sana yang tersembunyi rahsia dan keajaiban yang tersendiri.Dikiri kanan jalan kami disajikan dengan pemandangan yang memukau, puncak-puncak gunung yang diselaputi salji jelas kelihatan dan perkampungan disekitarnya yang indah dan tenang....

Inilah pengalaman thru a spectacular GROSSGLOCKNER HIGH ALPINES and enjoy a refreshing walk...hanya gambar yang boleh berkata-kata...betapa indahnya bumi Allah ini yang akhirnya dengan izin Allah kami dapat menikmatinya dengan mata dan kepala kami sendiri ..SYUKURRRR!!!!!



























dipuncak Alpines Yessss!!! kami dah sampai..anda bila lagi????



Pada sebelah malamnya kami singgah sebentar di bandar Ljubljana City Slovenia dan meneruskan perjalanan ke Zagreb untuk bermalam disana.. Loop hotel untuk kami berehat dan berkemas barangan kami untuk pulang ke tanah air petang esoknya.


Day 11: Zagreb, Croatia 🇭🇷
Selepas sarapan, kami bertolak ke ibu kota Croatia iaitu Zagreb untuk melawat bandaraya ini. Terdapat 2 buah bandar disini iaitu Upper Town dan Lower Town. Kami melawat kedua-dua bandar tersebut. Kemudian kami makan tengahari bersama sebelum bertolak ke lapangan terbang Zagreb untuk pulang ke tanah air.




















menikmati makan tengahari dikota zagreb..calamari dan fries yang cukup enak







Airport Zagreb bye!!!
Jam 100 tengahari kami bertolak ke Airport Zagreb kerana penerbangan kami ke Dubai jam 330 petang..segalanya diuruskan oleh admin hingga selesai..tersentuh rasa hati ketika itu..mana tidaknya admin juga yang kami kenali sebagai Mohd Aswad..cukup tahan dengan kerenah kami..apa jua kami kehendaki dia akan menurut tanpa sebarang rungutan..service yang diberikan cukup baik, begitu juga hotel penginapan yang memang first class..terima kasih Aswad!!
Inilah Sentuhan dari admin kepada rombongan Mak kiah yang menyentuh perasaan .....mana tidaknya dah macam anak beranak kami disana bersama beliau..turut aja apa kehendak kami, sabar melayan kerenah dan keletah kami......

CENTRAL EUROPE AUTUMN TOUR 2017.
Hari Perpisahan: Terima kasih dan jumpa lagi 😊😊.

Setelah 11 hari dan 10 malam kami bersama-sama menjelajah kawasan Eropah Tengah ini, kini tibalah masanya untuk kami mengucapkan selamat jalan kepada masing-masing. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Tempoh pengenalan yang singkat ini bergitu bermakna bagi kami semua. Pastinya kami akan merindui segala kenangan bersama sepanjang berada disini. Suara gelak tawa dan gurau senda pasti akan terngiang-ngiang ditelinga setiap kali bangun dari tidur selepas ini. Apakan tidaknya, celik je mata, senyuman pasti akan terkuntum dikala melihat teman-teman berada didepan mata, penuh dengan gurau senda dan gelagat yang menghiburkan. Kemudiannya, kami saling mengambil berat dan berkasih sayang sesama sendiri sepanjang kami bersama disini. Suasana persis seperti sebuah keluarga yang bahagia. Kebahagian yang dikecapi ini telah meninggalkan seribu satu kenangan yang tersangat indah yang sukar digambarkan dengan kata-kata.


Jutaan terima kasih yang tak terhingga admin ucapkan kepada semua yang menyertai ModTravel MT untuk percutian kali ini. Ini adalah kumpulan kedua yang bercuti bersama kami. Entah kenapa hati admin begitu tersentuh dengan keramahan dan sifat keibuan yang begitu tinggi ditunjukkan oleh semua pada trip kali ini. Manakan tidak, setiap hari kami akan makan bersama-sama secara berkelah dan pastinya hidangan lauk admin yang paling didahulukan. Hubungan yang akrab dan tolak ansur yang tinggi yang ditunjukkan sesama ahli juga membuatkan kami semua betul-betul merasai suasana ini bagaikan percutian sebuah keluarga.

Terima kasih juga admin ucapkan kepada ketua kumpulan Chef de Mission, Pn. Masamah Talhah yang begitu komited untuk menjadikan percutian ini suatu realiti yang indah. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bermula dari peringkat perancangan sehinggalah ke saat perpisahan ini. Kepada yang lain, admin juga berterima kasih banyak kerana memberi peluang kepada ModTravel untuk mengendalikan percutian idaman kali ini. Sokongan yang diterima admin dari semua juga sangat-sangat admin hargai.

Akhir kata, admin mohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kelemahan sepanjang tempoh percutian ini. Semoga dengan perkenalan ini, kita akan berjumpa lagi dipercutian-percutian akan datang.

Selamat jalan semua dan semoga selamat tiba ditanah air dengan selamat. Kirim salam admin kepada ahli keluarga masing-masing.
airport Dubai..jam 330 pagi kami terbang balik ke KLIA, A380 membawa kami.

kami selamat tiba ketanah air jam 230 petang 15hb September 2017 dan disambut oleh keluarga masing-masing semoga dapat bersama lagi di episod akan datang bye!!!

No comments:

Post a Comment