Thursday 17 May 2012

Penyesalan?


Hampir sebulan setengah aku menjadi suri sepenuh masa. Seronok juga disamping suami yang amat penyayang saban hari dihiasi dengan gurau senda dan belaian mesra..indah hidup ini rupanya!!dan nun disana anak-anak yang aku tinggalkan dan aku rindukan setiap hari tambahan lagi sekenit dua orang tu yang saban saat terbayang dimata aku, keletah dan matanya yang membulat, kalau aku bersayap dah aku terbang ke KL mencium dan memeluknya....sabar aja le!..aku tidak pernah menyesal...
Kadangkala jika difikirkan akan kehidupan ini adalah jika ia dihiasi dengan kasih sayang dan rumahtangga yang harmoni akan menjadikan  setiap hari itu penuh bermakna..apa saja yang dilakukan penuh dengan kebahagiaan jika dilakukan dengan ikhlas.Masa berlalu pantas..rasa semalam masih lagi terasa..kini hari baru datang lagi...dalam diam tak diam dah setengah tahun kami hidup bersama...saban hari indah. Aku seronok selain menguruskan keperluannya aku banyak mendekatkan diri pada Allah..memperbanyakkan solat sunat, mengaji dan membasahi lidah ku dengan zikirullah dengan bimbingan dia yang aku kira cukup dengan bekalan agama..jika ke surau aku bangga mendengar suaranya bila dia menjadi imam dan mengetuai bacaan doa..pernah aku dengar dia melaungkan azan...asik dan aku terkedu...sempurnanya dia yang Tuhan kirimkan pada aku...semoga amalan aku dan dia diterima Allah dan semoga Allah mengambil kami jika sampai waktu kami dalam keadaan khusnul khotimah, di matikan pada hari dan waktu yang baik..itu saja pinta ku..
.....Merenung dan memikirkan kembali tentang seorang insan...saban hari menalipon aku yang kini beliau dibelenggu rasa dan penyesalan yang amat sangat..dan aku juga bingung memikirkannya..apa yang dapat aku nasihatkan agar setiap kali timbul kekesalan..berilah hadiah pada yang ditangisi itu..semuanya telah terlambat..tika hidup aruahnya dahulu entah apa yang dilakukan pun aku tidak tahu...setelah kematian baru perasaan gundah memburu setiap hari dalam hidupnya..kesian!!!siapalah tidak mengingati pada orang yang telah pergi..lebih-lebih lagi dia rapat dengan kita..tetapi semasa hayatnya..apakah sumbangan yang telah kita berikan padanya..jika baik kekesalan itu tidak akan timbul..biasalah sebagai seorang manusia semuanya tidak sempurna...tapi yang aku hairankan mengapa dan kenapa begitu teruk seorang insan ini memikirkannya , ketara setiap hari dia menangis, kerinduan yang amat sangat sedangkan dulu aku sendiri tahu siapa dia sebenarnya...kini aku mohon padanya supaya banyakkan zikirullah dan sedekahkan Ummul kitab jika perasaan itu datang padanya..semoga aruah sempat memaafkan segala dosa-dosanya dan juga dosa-dosaku...yang pasti aku sempat memohon ampun dan halalkan segalanya sebelum pemergiannya dahulu...dan aku harap aruah menerimanya...semoga Allah mengampunkan dosa-dosa almarhummah dan menempatkan ia bersama roh orang-orang yang beriman dan dimasukkan ke Jannah..amin!!bak kata pepatah..menyesal kemudian tiada guna...ingat 5 perkara sebelum berlaku 5 perkara..kerana dari dulu aku sering mengingatkan diri..hidup ini hanya sekadar singgah minum sebelum meneruskan perjalanan yang abadi...!!

No comments:

Post a Comment