Sunday 8 May 2016

Pesanan Buat Anak-anak ku

Dihujung senja nan merah diufuk seiring usia bonda, tidak dapat digambarkan kasih bonda pada kalian..satu persatu putra putri bonda lahirkan..syukur kepada Allah kerana mengurniakan putra dan putri yang sihat, cerdas dan pintar, menghormati ayahanda bonda..bonda ajar mengenal ABC, Alif Ba Ta, bonda ajar mengenal Allah dan Rasul sejak kalian pandai menyebut mak dan abah, bonda rotan jika mengeluarkan perkataan kotor, bonda marah jika bergaduh dan mengadu domba dan bonda tegur jika tak betul...itu semua tanda sayangnya bonda terhadap kalian..bonda tak mahu kalian menjadi hinaan masyarakat, bonda mahu kamu disayang oleh marhain sekalian, bonda mahu kalian tidak menjadi sampah masyarakat.. terima kasih pada almarhum ayahanda kalian kerana meninggalkan kepada bonda permata-permata hati yang begitu bernilai..kalian tidak malu mencium bonda walaupun dihalayak ramai, kalian tidak malu memimpin tangan layu bonda dimana jua...kalian tidak jijik menyua mulut minta disuap makanan walaupun dah dewasa, kalian masih tidak segan silu berbaring dan memeluk bonda walaupun telah berusia..bonda bangga anak-anak bonda berjaya dalam hidup..mampu memiliki apa jua sebagaimana orang yang berada dan kalian tidak sedikit pun lupa menghulur kepada bonda walaupun bonda mempunyai simpanan bulanan...segala pemberian anakda bonda panjangkan buat tambahan pahala buat kalian.. pemberian ikhlas pada bonda sudah Allah gandakan..dan bonda cambahkan lagi benih benih baru yang bercambah menjadi dahan dan ranting yang mengeluarkan biji benih yang bercambah dan terus bercambah tanpa kalian sedari kerana pahala itu mengalir hingga hari kiamat...pesan bonda jika kalian berada ditempat yang tinggi jangan sesekali meludah kebawah, jika kalian berada dibawah jangan sesekali berasa gundah kerana hidup ini seperti roda yang berputar...kerana Allah akan memberi ujian tanda kasihnya pada kita..dan ingatlah segala yang diberi bukan milik kita seluruhnya..dan dalam hidup ini kalian hendaklah pandai menilai yang mana sahabat..yang mana kawan.. bak kata pepatah "berjalan bersama sahabat didalam malam pekat gelita adalah lebih baik dari kesaorangan di dalam terang..sapa tahu dicelah semak terdapat seteru yang cemburu pada kalian dan jika dipekat malam kalian merasa senang jika ada tangan yang menyambut kalian ketika jatuh..harta dunia ini bak gula yang manis..semut kan datang menghurung dan menghirup seadanya dan pergi membina sarang sendiri dan gula akan habis tanpa sisa dan mereka kan melarikan diri entah kemana..begitu juga gula kan larut dan pergi bersama air tanpa kesan...tetapi jika sang lebah mengisap gula kalian..kalian berpeluang menikmati madu yang penuh dengan rahsia tersirat..dan pesan bonda lagi buat baik berpada-pada kerana adat dunia..segala kebaikan kita kan luput hanya sekali kesilapan kita..orang kan lupa segala kebaikan yang diberi tetapi orang akan ingat kerana sedikit kesilapan diri..bukan niat mengungkit tetapi sebagai ingatan buat kalian....banyakkan bersabar jika diuji dan beristifar kepada Allah kerana istifar sangat disukai Allah..sekali istifar..setitik noda hitam kan pergi dari hati kita anakku...
....semalam hari ibu..alunan suara kalian mengalunkan melodi yang penuh bermakna dan sayu membuat bonda tanpa sedar setitik demi setitik mutiara keramat ini gugur dipipi...meresap jauh kelubuk hati bonda...terima kasih kalian atas ingatan ..bonda tidak minta dihargai..bonda tidak minta itu semua..bonda puas dengan apa yang kalian miliki kini..dan setiap doa sejak kalian dilahirkan dan ada yang telah melahirkan.. sebahgiannya adalah buat kalian dan anak-anak kalian.semasa hayat almarhum ayahnda ada, bonda kerap berbohong demi melindungi kalian...bonda tidak sanggup kalian dipersalahkan jika berlaku sesuatu yang diluar jangkaan...itulah bonda..kerana bonda tidak dapat itu semua dari nenda kalian..hidup bonda lebih banyak bersama moyang kalian..sejak seusia 3 bulan..dibesarkan oleh moyang kalian....tetapi bonda bertuah dilahirkan oleh nenda dan dapat menikmati indahnya hidup dimaya ini......
...jika ditakdirkan bonda mengikuti jejak ayahnda..jadilah kalian anak-anak yang berguna..kerana hanya 3 sahaja yang mampu menolong bonda disana..salah satunya..doa anak yang soleh...dan bonda tahu kalian cukup akrab sesama sendiri dan boleh berdikari tanpa bimbingan bonda lagi dan adik-adik dapat berteduh dipayung kakak dan abang ..dan bonda berlapang dada anaknda bonda sudah mempunyai aset masing-masing tanpa menangung beban hutang...dan ucap syukur sekali lagi kepada Allah (Al-Razzaq) maha pemberi rezeki..semoga limpahan rezeki kan turun pada kalian kerana usaha gigih kalian mengusahakan empayar "hjbaha" dan bonda iringi doa agar usaha ini berjaya...kan selalu bonda bergurau semasa hayat ayahanda masih ada,,sapa  tahu ya bang..satu hari nanti satu banguan B&F megah berdiri ....semoga hasil usaha kalian ini kan menjadi realiti..walaupun hanya impian...tetapi siapa tahu jika Al-Mughni ingin mengirimkan rezeki tanpa hijab? pesan bonda selain usaha perbanyakkan doa dan jangan sesekali lupakan Ya Rahman yang Maha pengasih kerana buana ini bukan milik kita..Allah akan memanggil kita bila-bila jua kerana kita semua adalah miliknya dan disana kita kekal selamanya..bonda mahu dialam sana kelak kita masih dapat berkasih sayang seperti didunia ini...dan jangan sesekali membiarkan orang lain menginjak dan menghina kita...bagi bonda mereka itu ibarat serangga bila lampu terang mereka menghurung...bila tiada cahaya mereka pergi tidak peduli...buat baik ada maknanya..betis diberi paha diminta!!

Duhai buah hati bonda...ingatlah..dunia dan kesenangan hanya sementara..akhirat jua kan kekal selamanya.....SELAMAT HARI IBU buat anaknda yang sudah bergelar ibu...dan kepada yang lainnya bakal menjadi ibu dan suami kepada siibu...kepada ibu ibu diluar sana juga..dan aruah ibuku...kerana mak aku hadir didunia...terima kasih mak...!!!

No comments:

Post a Comment