Sunday 11 May 2014

Bila kan ku kunjungi lagi bumi bertuah ini,,,

Air Mata ku tumpah jua di bumi Palestine

24 March 2011 at 00:32


Setelah selesai mengerjakan umrah dan melawat dua tempat suci islam akhirnya kami bertolak ke Jordan untuk melawat ke bumi Palestine bagi menziarahi  rumah ibadat yg ketiga suci didalam islam.Perjalanan mengambil masa 2 jam melalui udara.
Dari Lapangan terbang Queen Alia di Jordan kami menaiki bas kira-kira 45 minit untuk ke Palestine.Mata terpukau melihat keindahan panorama dikiri dan kanan jalan,memang cantik macam dalam cerita Star Trek.Sampai di Imigresen kami terpaksa menunggu hampir 1 jam setengah untuk dibenarkan masuk,memang ketat,kelihatan di sana sini anak2 muda kaum yahudi yg hanya berbaju T-shirt memegang senjata canggih ditangan.Setelah lima tapisan keselamatan dilalui kami dibenarkan masuk ke bumi palestine.Memang seram dan gementar bila lihat senjata sentiasa ditangan mereka, bila2 masa saja peluru bakal menembusi kepala kami,nyata mereka amat hurmatkan kami dari Malaysia.Dalam bengis ada manisnya bila nama Malaysia kami sebut.Kami tidak dibenarkan mengambil gambar di sini.Sana sini cctv dipasang dimerata-rata.
Memang cantik bumi Palestine bisik hatiku.kami dibawa untuk makan tengahari sebuah bandar yg tertua didunia.JERICO.Bandar nabi Adam.Kami dihidangkan dengan pelbagai makanan masakan arab dan barat.Kami disambut mesra.Memang Ketua rombongan kami Hj.Muharrami memang dah dikenali oleh mereka.Selepas makan kami melawat dibeberapa buah masjid dan maqam nabi-nabi antaranya Maqam Nabi Ishak, Nabi Yunus dan isteri,Maqam Siti Sara dan sedihnya kami tidak berpeluang melawat ke maqam Nabi Ibrahim kerana kawasan tersebut telah pun dirampas oleh Puak Yahudi.
kami pulang ke Hotel Holy land,kebetulan bilik saya betul-betul mengadap masjid Majidil Aqsa dan Dome of the Rock.Terpanggil untuk menghadirkan diri untuk berjemaah sama sembahyang ishak tapi disebabkan terlalu letih saya membatalkan hasrat tersebut.Walaupun nampak dekat tapi kedudukan masjid tersebut di kelilingi oleh tembuk yg agak tinggi dan hanya dibenarkan masuk melalui Pintu  khas dan juga kami boleh menaiki teksi dengan bayaran $5 (US).Di sini juga kelihatan ada kawalan tentera Islam memegang senjata ditangan dan sempat menyapa kami.
Esoknya saya bertekat untuk sama solat subuh .Perbezaan waktu 6 jam dengan waktu tempatan terasa agak ganjil bila jam 3 pagi morning call menyuruh kami bangun untuk bersedia untuk solat subuh.Cuaca begitu dingin.tapi keinginan yang kuat mengenepikan itu semua.Ternyata mesjid yang begitu besar tapi kehadiran jemaah tidak sampai separuh masjid.Kami diberitahu kaum islam diluar tembuk tidak dibenarkan solat di masjidil Aqsa tapi saya bangga azan masih bergema di sana.Selepas solat subuh kami berbual-bual dengan imam besar masjidil Aqsa.Orangnya tinggi lampai ,peramah dan para jemaah perempuan memberikan kami minuman panas berupa kopi halia dan biskut.Ternyata kehidupan mereka diselubungi dengan ketakutan dan mereka tetap berjuang mempertahankan bumi palestine dan MasjidilAqsa.Kami diberitahu umat islam tidak sekali-kali meninggalkan Masjid tersebut yang di kuatiri akan dirampas oleh Yahudi bila-bila masa sahaja.
Hari kedua pula kami ke Hebron disana kami ke tempat lahirnya Nabi Isa tetapi malang tempat tersebut telah menjadi gereja yg terbesar di Hebron.keadaan masih sama.Sana sini pemuda berpakaian askar sentisa memegang senjata ditangan.Kami juga dikenakan pemerisaan ketat semasa hendak memasuki Hebron. Selepas itu kami ke Masjid Nabi Ibrahim yg katakan tempat ke empat tempat suci umat islam.Kami sempat solat sunat dimesjid tersebut,dan kami diberi tahu satu ketika dahulu umat islam seramai 29 orang ditembak mati oleh Puak Yahudi ketika sedang sujud menunaikan solat jumaat.Disini masih terdapat mimbar Sallahuddin Al-Ayubi yang asal.Sana sini pengemis yang terdiri dari mangsa-masa keganasan Yahudi mengemis dan menjual barang-barang buatan tangan,ada yg kudung tangan.Menitik air mata saya melihat senario tersebut.Kami sempat menghantar sedikit bekalan makanan di rumah anak-anak yatim dimana ibu atau bapa mereka yang telah dibunuh oleh puak yahudi.sekali lagi air mata saya tumpah bila melihat kedaifan mereka.
Setelah solat maghrib di Masjidil Aqsa ,kami berpeluang melihat Dome of The Rock dimana terdapat seketul batu besar yang ingin mengikuti Nabi Muhamamad SAW semasa peristiwa Israq dan mikraj dan sempat menunaikan solat sunat di bawah batu tersebut.Saya juga berpeluang merasa dan melihat kesan tapak kaki Rasullullah semasa berdiri untuk mikraj.Terharu sungguh.
Esoknya kami dibawa melihat "dinding meratap" puak Yahudi.Rupanya willing wall yang dimaksudkan ialah sebahagian dari tembuk masjidil Aqsa.saya lihat mereka menghadap kedinding seolah-olah meratap dan menghantukkan kepala.Menurut pemandu pelancung kami Hisham,sorang Islam Palestine, mereka akan menulis hajat di kertas dan memasukkan ke lubang-lubang didinding tersebut sambil menangis dan meratap dan ada diantara mereka yang berdarah didahi.Hebat!!.Kaum lelaki memakai tutup kepala seakan-akan kopiah.Tempat tersebut hanya boleh dilihat dari luar sahaja.Seterusnya kami dibawa melawat tapak asal Masjidil Aqsa.Memang luas.menurut Hisham, Puak Yahudi sudah mula menggali dibawah masjid tersebut  mencari tapak kedua kuil asal mereka yang diberitakan terletak dibawah Masjidil Aqsa setelah beberapa harta peninggalan Nabi Sulaiman (solomon) mereka temui.
Menurut Hisham tidak mustahil suatu hari nanti Masjidil Aqsa akan runtuh menyembah bumi dan ternyata umat islam diminta berdoa bagi keselamatan Baitul Mukaddis dalam khutbah jumaat  semasa kami di Mekah tempuhari.

Sepanjang perjalanan di bumi Palestine ternyata ada pemisah dua bahagian. Bangunan yang cantik dan besar semuanya milik kaum yahudi sedangkan umat islam Palestine hidup dalam kedaifan yang menumpang di bumi sendiri,mengemis dan meminta simpati dari kami. Saya terpaksa menyediakan wang-wang kecil US dollar untuk mereka. Disana matawang yang digunakan ialah dalam bentuk US dollar.

Untuk kali terakhir saya memasang tekad jika ada rezeki saya akan berkunjung kesana lagi.Itulah yang amat diharapkan oleh imam besar Masjidil Aqsa dimana ternyata amat berbesar hati dengan kunjungan kami dan juga kumpulan kami sempat mengumpul dana bagi memberi bantuan bagi memperbaiki masjidil Aqsa dan dome of the Rock.

                                        dimakam Nabi Musa A.S
                                       willing wali..

                                       tentera israel yang sentiasa berkawal..
                                     didalam masjid alshakra
                                      didalam masjidil haram
                                      pintu masuk masjidil haram

No comments:

Post a Comment