Sunday 11 May 2014

catatan kenangan.....

diary perjalanan dari Jordan dan pengalaman di Madinah

26 March 2011 at 21:42




 Jam 10.30 malam 11 Mac 2011 rombongan kami berangkat dengan Penerbangan Royal Jordan menuju ke Queen Alia Jordan.Terasa gembira pula walaupun diriku cuma seorang diri berbekalkan semangat dan ketabahan.Perjalanan hampir 2 jam ke Bangkok bagi menurun dan menaikkan penumpang disamping mengisi minyak.Sebelum itu kami diberi makanan yang agak berat.Nasi berlauk ayam.
Hampir 1 jam. Penerbangan bermula semula, disini hampir 9 jam dan merentasi malam yg tak sudah-sudah.Teringat saya pelajaran geografi dimana formula BRT (barat rugi tolak) bermakna kami menyongsang arus dan tempoh waktu semakin berkurang.Tak hairanlah kami sentiasa menempuh malam.Kami diberi makanan lagi buat kali kedua.Kali ini saya hanya memesan roti dan kopi panas sahaja.Saya memang bukan yang kuat makan.Tabung perut agak kecil.Semalaman saya tidak boleh melelapkan mata kerana tidak selesa,maklumlah tidur sambil duduk,sejuk saya berselimut dengan selimut yang diberi.Air bus yang agak besar dengan deretan tempat duduk 2-4-2 memang tak terasa bergegar bila pesawat melanggar "air Pocket"
sedar tak sedar dah sampai di Queen Alia Airport lebih kurang jam 5 pagi.Bersolat di Surau AirPort, dan menaiki bas ke Hotel transit bersebelahan Air Port.Sempat mandi dan meluruskan badan untuk program selanjutnya melawat Karak  Castle yang terletak di atas bukit.Perjalanan mengambil masa 40 minit.kami mendaki lurah pergunungan yang agak curam, tetapi pemandangan amat indah di kiri dan kanan jalan.Saya tak berhenti-henti memetik lensa kamera.
Sebelum itu kami di beri makan tengahari.nasi,spagethi ,kari kambing dan berbagai-bagai jenis makanan dan halawiyat(manisan)..biasalah saya..agak memilih tentang makanan dan mengambil sedikit nasi berlaukkan sayur-sayuran kerana saya tak makan daging kambing! setelah itu kami memanjat anak tangga untuk melihat kesan runtuhan castle tersebut dan muzium didalamnya yang  banyak mengisahkan tentang Nabi Luth dan umat nya yang hidup dalam alam berhubungan sesama sejenis.Gay.dan kesan-kesan tamaddun sebelum Allah menghukum puak tersebut.Dari atas menara yang agak tinggi kebiru-biruan air laut mati nun di hujung sana yang dikatakan penuh misteri.
Angin  bertiup kencang.sejuk dan nyaman.Disini saya sedikit pun tidak membeli buah tangan.Seterusnya kami di bawa melawat ke makam sahabat-sahabat nabi di jordan antaranya Zaid bin harithah,yang hairannya kenapa makam-makam tersebut terletak di atas bangunan 2 tingkat? adakah ini simbol semata?















Bila petang menjelma kami berkemas-kemas untuk berangkat ke Jeddah.pesawat Royal Jordan membawa kami buat kali kedua dan mengambil masa 2 jam untuk sampai ke Jeddah. tepat jam 12.30 malam kami sampai.kelihatan begitu ramai jemaah dan dikatakan menyamai musim haji.setelah memperolehi bas kami terpaksa menempuh perjalanan selama 6 jam untuk sampai ke Madinah.Kami ditempatkan di sebuah Hotel yang hampir dengan Masjidil Nabawi dan agak mudah berulang alik setiap waktu untuk solat.

Sampai di Hotel tak sabar rasanya untuk menghadirkan diri di Masjid yang menepatkan jasad Rasullullah.sebak dan sayu hati bila masjid Nabawi saya masuki.Terasa dekat benar dengan Rasullullah Alaiissalam.Disini talipon bimbit dan kamera dilarang sama sekali.Untuk masuk kami diperiksa oleh Polis wanita yang sekelubung serba hitam.Tapi saya bersyukur memperolehi teman seorang bekas akauntan yang agak cergas walaupun sudah berusia. Dia sentiasa memimpin tangan saya, dan diberi kemudahan oleh Allah untuk solat dibahagian hadapan walaupun jemaah agak ramai.kami banyak menghabiskan masa untuk solat sunat, mengaji  dan berzikir.Kata Ustaz Osman Bin Hj Abdullah guru saya semasa kelas tempuhari kita ni ibarat credit card..pinjam dulu kemudian bayar,dan disinilah masanya untuk kita membayar balik apa yang telah dipinjam.
Malam kedua kami diberi peluang untuk melawat ke Raudhah walau pun Maqam Rasullullah tidak dibenarkan bagi kaum hawa.Keadaan agak sesak dan kami secara bergilir-gilir mengikut bangsa di dunia,tetapi bila tiba waktu kami, kami dirempuh oleh satu kumpulan Turki yang berbadan agak besar dan kasar. Saya tersepit di hujung tidak dapat bergerak.Mereka memonopoli Raudhah dan tak mau berganjak, tetapi Allah maha adil.Jarak sehasta lagi untuk saya sampai ke raudhah saya di tarik oleh dua wanita Indonesia untuk solat sunat di Raudhah.Saya hairan sedangkan saya di barisan yang paling kiri.ada orang lain lagi yang layak di tarik.tetapi saya bersyukur dapat menunaikan solat sunat 2 rakaat di Raudhah dan berdoa apa yang dihajati melalui perlindungan 2 saudara senusantara tadi.Setelah selesai solat saya teringat kawan saya yang masih terhimpit di barisan tepi tempat saya tadi.Saya pula menarik tangan sahabat saya dan memberi peluang pula untuk dia bersolat di Raudhah.Disini saya bermuhasabah diri hati tidak mengenal bangsa dan kedudukan.Jika kita berbuat baik disana balasan yang diperolehi akan diterima.

Esoknya saya bertekad untuk menyeludup masuk camera bagi mengambil gambar didalam masjid.Nasib kurang baik.Saya tertangkap dan tidak dibenarkan solat dalam mesjid.Tetapi ada seorang cleaner berbangsa Indonesia sekali lagi menolong saya untuk solat dalam masjid melalui pintu yang berlainan. saya cepat-cepat menunaikan solat sunat taubat bila saya rasa saya bersalah.dan dapatlah saya merakam gambar-gambar dalam Masjid Rasullullah ini walaupun secara curi-curi.Tapi saya di uji.setelah keluar seorang diri(terpisah dengan kawan disebabkan saya di halau keluar) tetapi saya berkongsi beg kasut dengan kawan tersebut.Setelah pasti itu beg kasut saya (tertulis Hotel Meridien berwarna hitam) saya buka, dan didapati kasut sahabat saya sudah tiada dan mengambil kesimpulan yang dia sudah pun pulang ke hotel. saya pulang seorang diri dan beg tersebut saya bawa sama.Tiba di Hotel sahabat saya menelepon dari lobby untuk memastikan saya telah pulang ke hotel.dia bertanya adakah saya berkaki ayam?sedangkan kasut saya masih ada didalam beg hitam yang terpaksa ditinggalkan kerana pada anggapannya saya belum pulang bila didapatinya kasut saya masih ada.Sedikit ketegangan berlaku bila kawan saya bermati-matian mengatakan saya tersilap mengambil kasut. Saya kata ini kasut saya,saiz,warna dan saya benar-benar kenal dan ini beg nya .kedua-dua kami hairan.mustahil beg yang sama didalamnya terisi kasut yang sama. Sahabat saya tak puas hati dan berazam menunjukkan beg yang ditinggalkan tadi. Bila waktu magrib kami pergi melihat,beg tersebut telah tiada.Kuasa Allah Maha besar.Itu baru sedikit sahaja ujiannya.Disana jika kita rasa telah membuat silap cepat-cepatlah mohon secara solat taubat jika tidak Tuhan akan bayar cash setiap kesalahan yang telah kita lakukan.
akibat kemusnahan kaum nabi Luth..karak

No comments:

Post a Comment