Tuesday 22 July 2014

Malam-malam Ganjil 10 malam terakhir



Tepat jam 3 pagi mata seolah-olah digerakkan oleh satu kuasa ghaib agar bangun dari lena yang nyenyak..penyaman udara dibilik seolah-olah berbisik untuk saya menarik selimut kembali...saya bingkas ke bilik air membuat apa yang patut untuk bersiap-siap kemadrasah..saya menggerakkan en.somi yang lena seperti udang merengkok kedinginan...malam 25 Ramadhan!!! ..seperti tahun sudah 10 malam terakhir ini sepertiganya kami sama-sama mengerjakan solat-solat sunat dimadrasah yang terletak dibelakang rumah kami..memang kalau nak diikutkan mata seperti digam susah nak dibuka..cuma semangat dan kekuatan iman yang membuat kita mampu meninggalkan bantal dan tilam empuk untuk mencari malam al-qadar yang mana satu malam menyamai 1000 bulan..syukur semenjak saya bersara saya banyak dibimbing oleh en.somi dalam pelbagai halehwal keagamaan...terbuka diminda ini dan juga menginsafi diri dimana dulu jiwa saya begitu rapuh..bagi saya siangnya sibuk mencari rezeki dan malamnya berehat dari lelah yang telah saya lalui disiang hari..solat dan puasa bagi saya sudah menjamin diri sebagai seorang muslimah..tapi tidak rupanya..banyak lagi ilmu keagamaan yang tersembunyi tidak saya gali dan betapa indahnya hidup sebagai seorang muslim

Kini saya tahu..ujian yang Allah beri ada hikmah disebaliknya..Allah menguji untuk digantikan sesuatu yang lebih baik pada diri saya..jika tidak begitulah agaknya kehidupan saya seharian...sesungguhnya saya mendapat nikmat yang tidak terhingga bila dapat solat berjemaah di madrasah berimamkan suami sendiri..lunak suara en.somi mengalunkan surah-surah dalam setiap solat berjemaah seolah-olah jauh menusuk jiwa dan kalbu saya..dan tanpa saya sedar air mata jatuh berderai..nikmat yang saya perolehi bila mencium tangan en.somi selesai solat berimamkannya dirumah tidak tergambar dengan kata-kata...kini saya rasa hidup ini lebih bermakna dan lebih bererti...ya indahnya hidup sebagai seorang muslimah..

Kami bergegas kemadrasah..ramai sahabat-sahabat saya telah sampai dahulu rupanya..seperti malam-malam yang sudah jemaah yang hadir agak ramai..bangga rasa dihati kerana mereka juga sama-sama ingin menghidupkan malam lailatulqadar dan ada diantaranya (muslimah) berjalan sendirian dalam kepekatan malam yang dingin menuju kemadrasah tanpa rasa takut.

kami lakukan solat-solat sunat ..dimulai dengan solat tahajjud, tasbih, taubat dan akhir sekali solat hajat...hampir jam 4.45 pagi kami selesai mengerjakan solat-solat tersebut dan kembali untuk bersahur..selalunya en.somi akan membantu saya dalam menyediakan juadah walaupun kami hanya tinggal berdua sahaja..begitulah dia..sangat ringan tangan membantu saya dalam apa jua tugas...semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan umur yang panjang buatnya semoga saya dapat menjadi makmumnya buat sekian kali.

Lailatul Qadar atau Lailat Al-Qadar (malam ketetapan) adalah satu malam penting yang terjadi pada bulan Ramadhan, yang dalam al-Quran digambarkan sebagai malam yang baik dari seribu bulan. Dan juga diperingati sebagai malam diturunkan al-Quran.

Tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Pesan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W adalah malam berlaku pada satu malam daripada 10 malan terakhir (hari ganjil) bulan Ramadhan.

Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama' untuk mencari malam Lailatul Qadar.

Jika awal Ramadhan jatuh pada hari:

Ahad atau Rabu malam Lailatul Qadar dijangka berlaku pada malam 29 Ramadhan
Isnin - 21 Ramadhan
Selasa atau Jumaat - 27 Ramadhan
Khamis - 25 Ramadhan
Sabtu - 23 Ramadhan
Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan Lailatul Qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walaubagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam Qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.

Tanda-tanda Lailatul Qadar

Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
Pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat dan tandanya ialah tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Itu sahaja dapat dikongsi sempena bulan yang baik ini. Insyaallah kita akan bertemu dengan malam tersebut jika diizinkan oleh Allah S.A.W. Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment