Wednesday 25 May 2016

Wisata ke Lombok Island 18 till 21 May 2016


Saya terus meneroka bumi Allah yang indah ini..Bandung yang saya lawati Mac lalu masih segar dalam ingatan. Rombongan kami seramai 28 orang dan saya ditemani oleh en.somi berangkat ke lombok jam 4.15 petang setelah flight delay hampir 1 jam. Perjalanan mengambil masa 3 jam dan selamat mendarat di Bandar Udara Internasional Lombok jam 7.20 malam.Kami disambut oleh Fredie dan Linda (pemandu wisata),   mengalungkan kami dengan Kain Selendang yaitu sejenis kain Tenun Khas Lombok sebagai tanda selamat datang sebagai souvenir dan seterusnya kerumah makan dan menikmati masakan ayam taliwang dan kangkung pelecing yang memang terkenal dikalangan masyarakat lombok seterusnya ke hotel untuk berehat.
rombongan kami seramai 28 orang dikalongkan sejenis kain tenun di leher tanda selamat datang
 Linda 


Hotel kami terletak di bandar Mataram (Nusa Tenggara Barat) yang merupakan ibu kota daerah tersebut dan menginap di Fave Hotel yang saya kira masih baru dengan layanan yang cukup memuaskan. Disebabkan keletihan almaklumlah saya bertolak dari Batu Pahat Johor awal pagi dan sampai ke destinasi jam 9.00 malam yang hanya mampu untuk membersihkan diri dan tidor tanpa memikirkan soal yang lainnya.
Fave Hotel Mataram

Selesai sarapan pagi, kami berangkat ke utara pulau lombok ke Desa Senaru (lebih kurang 90 km dari kota Mataram) yang mengambil masa 2 jam perjalanan.yang terletak dikaki Gunung Berapi Rinjani dan Gunung Sembalun. Disini kami dibawa melawat air terjun Sendang Gile dan Tiu kelep . Para pelawat terpaksa menuruni anak tangga yang mengambil masa15 minit untuk sampai kesana dan seterusnya ke Tiu kelep dalam masa 45 minit. Deruan air terjun yang jernih dan perbatuan memukau pandangan kami. disini jamuan makan tengahari disediakan. Mengikut keterangan fredie, air dari kawasan air terjun ini dialirkan ke perkampungan disekitarnya  untuk pertanian., ternyata dikiri dan kanan jalan perparitan dipenuhi laluan air yang deras dan jernih.Terdapat chalet yang cukup cantik disini dan azam dihati ingin membawa anak-anak saya bermalam disini jika kami kesini lagi...kerana cuaca yang dingin dilatari banjaran Gunung Rinjani yang tenang dan damai. Desa Senaru dan pekan Bayan dan sepanjang perjalanan, saya dapati penduduk disini mengusahakan tanaman padi, bawang dan sayur-sayuran. Kehidupan petani yang masih mengamalkan dasar gotong royong penduduk setempat amat mengharukan saya, kerana di Malaysia sudah jarang-jarang diamalkan.














tanaman bawang

makan tengahari





Kami melalui pantai demi pantai disepanjang perjalanan pulang ke Mataram . Perjalanan yang beralun dan berbukit menampakkan air laut yang begitu cantik jauh nun dibawah. Kami singgah dibeberapa lokasi  untuk mengambil foto. sesungguhnya pantai-pantai diLombok cukup cantik berbanding di Bali. Jelas kelihatan gunung Agung di Bali dari pantai Teluk Nara dan Senggigi selain tiga gili yang melambai-lambai kepada kami untuk di kunjungi..Gili air, Gili Meno dan Gili Trawangan... air yang hijau membiru dan jelas kelihatan batu-batu karang serta ombak yang memutih memukul batuan pantai tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata... tertanya-tanya mengapakah Lombok ini agak ketinggalan berbanding dengan Pulau Bali yang lebih gah dimata dunia. Di Lombok yang kebayakannya dihuni oleh suku Sasak yang rata-ratanya berugama islam dan kami tidak merasa syak untuk singgah minum atau makan disana..ada juga kelihatan pura-pura bagi penganut agama hindu tetapi tidak ramai.. sana sini kelihatan masjid-masjid yang dibina indah, sebab itulah lombok dikenali dengan PULAU 1000 MASJID.
antara masjid yang sempat saya snap

 Sebelum pulang ke hotel kami singgah ke rumah makan Raja Taliwang yang terletak di Senggigi. Lombok terkenal juga dengan mutiara air laut dan air tawar..jelas kelihatan dipinggir-pinggir pantai mutiara diternak secara besar-besaran dan disana sini penjual mutiara dan menawarkan harga yang cukup murah.

Perusahaan mutiara banyak terdapat di Pantai Senggigi

 Gili Trawangan dari arah Pantai Senggigi

Gunung Agung di Bali..berbalam-balam

 Teluk Nara






Keesokan harinya jam 9 pagi kami bertolak ke Teluk Kodek untuk menaiki bot ke Gili-gili. Kami menuju ke Gili Air dahulu. Dari pesisir pantai ke Pulau Gili Air hanya mengambil masa 15-20 minit sahaja. Saya mengambil kesempatan disini dengan mengelilingi pulau menaiki kereta Kuda yang digelar ferari 1 horse power, ada yang mandi dan snorkeling dan ada yang berehat santai sahaja.  Pengalaman menaiki kereta kuda dengan bayaran RP 300k berdua, amat menyeronokkan.




Saya mengambil kesempatan disini dengan mengelilingi pulau menaiki kereta Kuda yang digelar ferari 1 horse power, ada yang mandi dan snorkeling dan ada yang berehat santai sahaja.  Pengalaman menaiki kereta kuda dengan bayaran RP 300k berdua, amat menyeronokkan.

menaiki kereta kuda  mengelilingi Gili Air

Mengambil masa 45 minit cukup tidak membosankan. kami dapati cukup banyak pelancung barat menginap di chalet-chalet yang cukup cantik di pulau ini dan disini saya sempat bershopping gelang mutiara yang boleh kita tempah mengikut kesesuaian dan selera kita dengan bayaran yang begitu murah

 

Memandangkan hari tersebut hari Jumaat dan kaum lelaki menunaikan solat jumaat kami meneruskan perjalanan ke Gili Trawangan diantara gili yang terbesar  dan jamuan makan tengahari juga disediakan disana. Saya dapati masyarakat lombok amat gemar dengan masakan sayur kangkung dan ikan talapia.. naik juling mata saya melihat ikan tersebut yang sememangnya saya tidak mengemarinya. Di gili ini kami tidak melakukan aktiviti selain makan ha, solat jama` dan beristirehat menikmati panorama indah..cuaca yang panas tidak mengizinkan kami bersiar-siar menghirup udara laut kerana orang asia ni takutkan panas tidak seperti mat saleh dan minah saleh yang menjemur diri mereka dibawah panas matahari. Seterusnya kami dibawa ke pesisir pantai Batu Layar untuk makan malam.






 Batu Bolong


Keesokannya setelah check out hotel jam 10.00 pagi kami dibawa menyusuri bahagian selatan Pulau lombok untuk ke Pantai Kuta dan Tanjung Aan..Sempat singgah ke toko kain tenun dan craft tangan tembikar masyarakat lombok dan sempat saya membeli buah tangan sebagai kenang-kenangan. Indah tidak terkata ..pantai Kuta dan Tanjung Aan dipesisir Lautan Hindi dan singgah diSengkol bagi melihat rumah tradisioanal kaum Sasak dan cara kehidupan traditional mereka. Seterusnya berangkat ke bandar udara untuk pulang ke Kuala Lumpur. Penerbangan balik ke Malaysia jam 6.40 petang dan sesungguhnya saya belum begitu puas berwisata di Pulau Lombok terutamanya Pantai Pink yang diwar warkan begitu cantik sekali.
 Pantai Tahjung Aan




 batu akik






mencuba alat tenun kain


Lumbung Padi di belakang Bapak 2






terserempak dengan majlis nyongkol masyarakat sasak lombok

No comments:

Post a Comment