Monday 23 April 2012

Perginya seorang insan yang bernama "Mak" dalam hidupku





Gratisan Musik

Pagi itu dalam solat sunatku aku menadah tangan buat sekian kalinya..juga sebelum itu , itu saja pinta ku pada    Allah..Tapi hairan hari ini  hati aku berasa sungguh pilu dan sedih ketika doa ku panjatkan.." Ya Allah ,Ya Tuhan ku..kasihanilah Ibu ku..ku mohon sekiranya hidup itu baik untuknya, Kau panjangkan usianya dan sembuhilah penyakitnya, jika sebaliknya aku redho Ya Allah kerana aku tidak sanggup melihat penderitaannya..Ampunilah dosa-dosaku sekiranya dengan lafaz ini telah mendatangkan dosa buat ku..Ya Allah ,Kau yang maha mengetahui akan penderitaannya...Amin Ya Robblaalamin..air mata ku tak dapat ku tampung lagi..meluncur laju ke pipi ku..memang terlalu sayu rasanya...tak pernah kurasakan sebelum ini ..Jam 11.00 pagi 23.4.2011 ku terima berita yang ibu telah pun pergi menghadap Penciptanya buat selama-lamanya..dua minggu lepas aku dan adik ada menziarahinya ..Ibu telah terlalu uzur, segalanya tidak dapat dapat berfungsi lagi..hubby memotong rambutnya yang memutih bak bunga lalang dan aku bertanya..mak sapa ni?foziah..dalam nada perlahan.dia masih mampu mengenali aku....aku sempat mencium pipi dan tangannya sambil memohon kemaafan dan minta dihalalkan air susunya dan apa yang telah diberikan pada ku.....aku serba salah..bukan tidak mahu memelihara ibu..dengan keadaan aku begini...sukar untuk aku memberi tumpuan padanya..

Walaupun aku tidak dibesarkan olehnya..tapi 1/4 dari usianya banyak bersama aku..semenjak aku di Sabak Bernam-Tapah- Ipoh- Teluk Intan ibu banyak tinggal bersama aku..sejak ayah meninggal 1989 di Mekah ibu tinggal kesaorangan dikampong..setiap kali aku pulang aku akan membawa ibu tinggal bersama ku buat beberapa ketika..jika dia mulai bosan dia akan pulang semula kekampong..aku tidak pernah lupa mengirimkan wang untuk keperluannya..malah aku bersyukur berjaya membantu ibu mengerjakan haji dan membina rumah yang agak selesa baginya dengan wang aku sendiri..kelahiran putri bungsuku yang tidak cukup bulan, ibulah yang banyak mengasuhnya..sejak itu ibu banyak bersama aku..hingga hubungannya dengan sibungsu begitu akrab ..November 2009 ibu mulai sakit bila dia terjatuh dirumahku dan patah tulang pinggul..satu pembedahan telah dilakukan tapi ibu takut untuk berjalan semula..sejak itu dia hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda..disebabkan aku bekerja dan baru kehilangan hubby..aku hantar ibu kerumah kakak ku di Kulai..tetapi bila saja aku pulang..dia mahukan aku memeliharanya..tambahan aku mempunyai maid yang amat baik hati..hasanah..dia meladeni ibuku bagai ibunya sendiri..dalam masa tu aku masih lagi memandikannya dan mengerat kukunya. begitu juga anak-anak ku..begitu menyayangi dia....walaupun dia agak cerewet dan panas baran tapi hasanah  tak hiraukan itu semua....aku hantar semula ibu dirumah kakak ku di Kulai..kami dua beradik dari empat orang yang banyak bergilir-gilir memeliharanya..ingat lagi raya tahun lalu.ibu tersenyum puas bila anak cucu kembali berkumpul dan lepas tu dia mahu mengikut aku pulang ke KL..dan aku penuhi hajatnya..hingga aku bertemu jodoh kembali dan menghantar ibu ke Kulai sebulan selepas itu..  walaupun ibu agak keberatan..tini maid kami juga menjaga ibu dengan baiknya..kadang-kadang ada juga teguran aku pada ibu bila dia marah-marah dan cepat-cepat aku memohon maaf jika ianya berlaku..aku tahu aku berdosa padanya..Allah Maha Mengasihi diberinya aku peluang untuk menatap wajah terakhirnya.ya.. kami dua beradik yang banyak memeliharanya...walaupun aku kira aku tak berpeluang menatap wajah terakhirnya.kerana terlewat sampai...Hanya Allah yang Maha  Mengetahui...
..ibu yang mengandungkan dan melahirkan kita..begitu agung..apa pun yang dilakukan terhadap kita walaupun salah jangan sesekali diungkit..di perlekeh ..kerana setitik air mata ibu yang mengalir kerana kita..akan berenang diakhirat kelak dalam lautan air mata ibu..anak-anak zaman sekarang. agak terlalu manja..apa saja dituruti..sedikit khilaf ibu akan di persoalkan.tanpa menghiraukan air mata ibu yang mengalir kerana kita...tidak seperti anak-anak zaman dahulu..walau segarang mana pun ibu kami tetap menghormatinya..bila rasa bersalah dan telah mengecilkan hati ibu ..cepat-cepat mohon maaf takut jika kita mati tak sempat memohon maaf..betapa besarnya dosa...ya ..kerana syurga itu dibawah telapak kakinya..apa pun yang dilakukan..dia tetap ibu kita..jangan sesekali menjadi anak derhaka...Nauzubillah...!!!kerana sekaya mana pun kita ..kita tidak akan dapat membeli "mak" didunia ini...bila dah tiada mereka esok baru kita tahu betapa bergunanya dia..begitu berharganya dia..tapi..dah tiada berguna...!!!walau menangis air mata darah sekali pun..

No comments:

Post a Comment