Tuesday 24 April 2012

sayu..sebak..itulah aku hari ini...

Hari ini hati aku masih sayu..maghrib semalam aku dan En.Somi ada membuat tahlil untuk dikirimkan kepada mak yang baru berpulang ke barzakh..kenangan demi kenangan menusuk jantung hati aku..teringat saat-saat terakhir dia, penderitaannya menghabiskan sisa-sisa usia...dulu dalam jagaan aku, aku dan anak-anak tidak pernah mempersoalkan apa yang dimintanya, keperluannya..semua yang kami makan itu yang dijamahnya.aku masih ingat jika mak tak berselera makan..aku akan buatkan lempeng kelapa atau ikan singgang buat mak..dah tentu sepinggan habis dia makan...kami tidak pernah sesekali meminta itu ini pada adik beradik yang lain , hatta duit pencennya pun aku tak usik...walaupun ketika itu aku berstatus ibu tunggal..rezeki untuknya tetap ada..tapi yang aku kesalkan sisa-sisa hidupnya agak terbiar ..kesian dia...aku sendiri tidak berdaya..ialah En.Somi jauh..di KL aku bertugas..bergilir-gilir jika ada waktu terluang..macamana aku nak jaga mak..kesian mak..tapi aku sempat menziarahi mak sebanyak 3 kali semasa dibawah jagaan kakak.selama 3 bulan kebelakangan ini...ketara setiap kali aku ziarahi dia..kesihatannya semakin merusut...yang aku mampu hanya mengirimkan wang belanja keperluan makan minumnya..
memuhasabah diri..bagaimana pulak jika aku ditempatnya..disaat-saat terakhir aku sebelum giliran untuk dipanggil pulang..adakah anak-anak ku sanggup memelihara aku.semuanya masih samar-samar..ketika masih wangi dan kuat semua orang suka, tatkala sebaliknya.??...memang pepatah ada menyatakan seorang ibu mampu memelihara sedozen anak..tapi sedozen anak tak mampu memelihara seorang ibu...jika di fikirkan memang....anak itu lambang kasih sayang, najisnya tidak menjijikkan, muntahnya tidak memualkan..semuanya cantik, semuanya comel...tapi bila kita dah tua...semuanya memualkan...sukar nak kita tafsirkan kerana itu adalah kebenaran...
ketika tanah makamnya dikambus..aku hayal mengenangkan mak..jika di BP dah tentu makamnya digenangi air, kotor dan berlumpur maklumlah mak dimakamkan tatkala hujan lebat..guruh petir baru saja reda..tapi aku bersyukur keadaan alam serupa itu membolehkan aku menatap wajah terakhir mak yang mana aku kira aku tak berpeluang menatapinya apatah lagi memandikan dan mengkapankanya buat kali terakhir...syukur pada Tuhan atas anugerah itu..setidak-tidaknya aku tak rasa terkilan...cantiknya tanah merah peroi menutupi makam mak..suasana redup petang ketika talqin dibacakan sungguh menyentuh hati aku...aku dah tak da mak rupanya...  :'-(
Teringat nasi goreng cili kering  berbilis mak setiap kali kami pulang kekampong..itulah sajian sarapan pagi yang hidangkan..selain jemput-jemput bilis..masa tu mak masih kuat..beras wangi sakura ..beras yang amat mak suka...setiap kali kami pulang kekampong kami cukup santai..kadangkala aku dan family menghabiskan seminggu cuti sekolah untuk sama-sama menikmati alam kampong..kini semua dah tak da...sejak hubby pergi aku jarang sekali balik kampong..coz mak juga mulai sakit...kadangkala bila teringat ini semua sebak dada aku ni...dulu bila berlaku satu kematian..aku sedih sekali...kini tak lagi,,kerana aku tahu aku juga akan menyusul mereka semua..cuma aku pinta agar Tuhan beri aku peluang untuk memperbanyakkan bekal untuk kesana..aku dah berniat jika aku tak bekerja lagi aku nak tambahkan bekal untuk kesana...mudah-mudah Allah terima apa yang aku kerjakan..
Dua minggu sebelum mak pergi aku kerap mimpi mak..mak tercari-cari bilik dalam satu rumah besar..semua penghuninya aku tak kenal..mak  ajak aku cari juga..akhir mak dulu yang jumpa bilik tu..aku masih mencari kat mana aku nak tidor, kemudian aku mimpi mak dan nenek juga dalam satu rumah, nenek dah ada bilik tapi mak bentang tikar , tidor di bawah katil nenek..dan sekali aku mimpi nenek marah-marah kat aku..tak tahu mengapa, mungkin aku tak jaga mak..dulu sebelum nenek pergi mak jaga nenek dengan baik..dan neneklah yg jaga aku sejak aku kecil..sebab tulah nenek marah-marah kat aku..dan malam sebelum mak pergi aku mimpi mak lemas dalam perigi..mak minta aku tolong..itulah petanda mak akan pergi..yang hairannya semua dalam keadaan mak masih muda..
Mak..sekarang mak dah tenang kat sana..kata En.Somi..yang! apa yang awak nak sedihkan..mak dah tak sakit, mak dah tak lapar, mak dah ada teman dekat sana...jika awak sayangkan mak..jangan lupakan dia..hadiahkan dia tanda ingatan awak padanya....
Insyaallah mak..sekarang mak dah jumpa atuk balik, bak, baha, abang man, abang ali ,ayong dan orang-orang yg mak sayang..Alfatihah buat mak...

No comments:

Post a Comment