Wednesday 31 October 2012

Hati Terusik lagi


Sehari sebelum hariraya haji kelmarin aku dikejutkan lagi dengan pemergian umi...seorang wanita jika ku renung kedalam matanya penuh sifat-sifat kewanitaan, kelembutan dan agak warak..dari dulu aku amat mengkagumi wanita ini...semua memanggilnya umi waima cucu-cucunya..kepergiannya dalam usia yang muda..akibat kancer usus membuat aku merenung nasib diri..rasa semalam aku berbual bersamanya..seingat aku kali terakhir dia bertandang kerumah aku di DK, Jun lepas semasa hari jadi aimi dan alis..dia masih boleh makan walaupun badannya semakin menyusut..dia amat menggemari daging dendeng dan sambal goreng jawa yang aku masak..penghijrahan aku ke BP mengikut suami tercinta, along pula mengambil tempat aku bila dia ingin merasa masakan ini..anak ku ini banyak mewarisi aku dari segi memasak..dan sifat penyayang dan bertanggung jawab pada adik-adik..sekiranya aku tiada lagi..dialah yang bakal menjadi tempat bergantung adik-adik ..itu harapan aku.
Umi..bila pengkhabaran dari along ku terima mengatakan umi mulai nazak, aku dan En.Somi bergegas pulang ke KL..petang itu aku mengajak khairul pergi melawat umi..sengaja aku membiarkan En.Somi berehat di rumah..seboleh-bolehnya aku tak mahu dia melihat umi kerana aku tak tergamak mengguris hati dan perasaannya kerana peristiwa umi pernah dilalui dan dirasainya..aku pergi sendirian..masa tu umi masih mengenali aku dan menggenggam jemari ku..sebak! air mata ku mulai mengalir tanpa diundang bila aku lihat umi begitu kurus dan  menderita kesakitan..tapi aku bangga umi cukup diberi perhatian oleh anak-anaknya..lusanya aku ke baling kedah kerana majlis graduasi puteri bungsu ku tersayang...aku bangga kerana anak ku ini berkedudukan agak baik di MRSM itu walaupun dia seorang gadis yang amat manja dan telah menjadi yatim ketika usia 12 tahun..beban yang ku galas membesarkan dia dan husaini yang masih dikategorikan "anak yatim" aku redho dengan ketentuan itu..kini aku bahagia bersama suami tercinta.berkongsi apa saja..malah dia dapat menerima anak-anak aku dengan baik..
Rabu..walaupun penat hati aku tergerak untuk melawat umi kerana esok aku akan pulang untuk menyabut Eidul Adha bersama suami tersayang..En.Somi berpesan agar aku membacakan surah yassin disisinya dan mentalkinkannya..aku berdoa padaNya agar penyeksaan umi cukup setakat ini sahaja dan jika boleh sembuh..sembuhkanlah dia..aku usap kepala shaufik dan berpesan..jika sayangkan mak, jangan tinggalkannya" sentiasa mengingatkannya pada Allah..bila aku lihat umi mulai nazak..aku renung hujung kakinya..menunduk..hidung juga melayu dan disisi dahi sebelah alis mata agak melekok..aku pegang kaki umi..sejuk..dan semakin menaik dan menaik..tapi ajal adalah urusan Allah..kita tak dapat menjangkanya..
Sesampai aja aku dirumah..aku dikhabarkan umi dah tiada..kembali kepada SiPencita..mengikut jejak aruah suaminya..kesian shaufik yatim piatu dia...aku dapat menyelami hatinya..begitu sedih kerana dia begitu rapat dengan uminya..
Esok aku bergegas ke rumah umi dan ku dapati jenazahnya sedang diuruskan di surau ..aku tidak peduli apa adik beradik umi nak cakap..aku rempuh masuk untuk sama-sama memandikan jenazah umi..khidmat aku yang terakhir kepada wanita mulia ini..dan turut menghantarnya ke tempat persemadiannya sebelum bertolak balik.
sampai saat ini aku masih tidak percaya umi dah tak da..wanita ini memang aku kagumi..tabah, kuat semangat waima ketika saat getirnya dia tidak pernah mengeluh sakit..dia pasrah...Tuhan sengaja memberi umi sakit untuk membersihkan segala dosa-dosa lalu dan diambilnya ketika dia dah bersih..menurut along umi kerap menanyakan bila hari wukuf..rupa-rupa umi seolah-olah tahu pada hari tersebut dia akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini..Al-Fatihah!

No comments:

Post a Comment