Monday 8 July 2013

Ramadhan datang lagi


Ramadhan datang lagi...diawalnya adalah dipenuhi Rahmat, pertengahannya adalah pengampunan dan di akhirnya adalah perlepasan dari api neraka...Bagi mereka yang tidak  mempunyai beban dosa, sejak awal Ramadhan hujan rahmat dan nikmat akan datang mencurah-curah, bagi pendosa-pendosa kecil jika berpuasa sebagai imbuhannya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya dan bagi mereka yang banyak mempunyai dosa setelah sabar menjalani ibadah puasa mereka akan dilepaskan dari api neraka..begitulah cantiknya Ramadhan bagi mereka yang sentiasa rindu dan menanti-nanti akan kedatangannya...
..sejak kecil aku diasuh tentang berpuasa..tahan ke tak tahan ke ibadah ini tetap aku lalui..juga aku didik anak-anak ku sejak berusia 5 tahun lagi supaya mengenal apa itu puasa..sedikit imbuhan bagi mereka-mereka yang penuh sebulan bagi mengembirakan hati mereka..apa jua yang mereka teringin untuk makan dibulan ini,  akan aku tunaikan walau penat sekali pun...
..Nasi adalah menu utama keluarga kami..sejak kecil hingga aku berumah tangga itulah menu utama kami..berkahwin berlainan bangsa dan negeri tetapi sama citarasa..aku akan memasaknya sendiri setelah pulang dari pejabat..seboleh-bolehnya aku ingin cepat pulang..selalunya hubby akan menolong apa yang patut sekiranya pulang awal..tetapi sejak akhir-akhir hayatnya kesibukkan tugas membataskannya untuk sama-sama kedapur...selalu dia tidak cerewet tentang apa yang aku sediakan...baginya sedap belaka juga anak-anak ..bagi aku, lebih suka berbuka dengan apa jua jenis mee dan sedikit pengat..biasanya selepas menunaikan solat tarawikh hubby akan menikmati juadah sampingan ini...bagi anak-anak ku..selepas sahaja berbuka, semua dah jadi ular sawa..kekenyangan...
...Ramadhan 2009 adalah Ramadhan terakhir buat hubby..walaupun berulang ketempat kerja yang agak jauh, sebagai orang kedua kuat di pejabatnya di Ipoh dan dinegeri Perak khasnya..sementara aku bertugas di Teluk Intan dia setiap hari berulang alik.. jika sebelum ini dalam seminggu selama dua malam beliau menumpang tidur dirumah kakaknya di Ipoh, tapi sepanjang Ramdhan itu dia mahu berbuka puasa dengan ku..setiap hari tanpa mengenal penat lelah pasti sebelum berbuka dia akan muncul didepan pintu dan selepas bersahur akan ketempat kerja semula..rupanya kenangan itu amat meninggalkan kesan dihati ini hingga kini..yalah waktu itu aku hanya bersama sikecil dan seorang pembantu rumah..anak-anak yang lain semua menuntut dan bertugas di luar....
..aku ni seorang yang agak penakut..setiap kali bangun sahur untuk menyediakan juadah mesti ada peneman..hubbylah yang sentiasa setia disisi walaupun hanya mampu tidur diatas kerusi malas diruang dapur rumah ku...dikala hujung minggu biasanya anak-anak ku akan pulang kecuali yang kedua bungsu dimana beliau menuntut jauh di langkawi...biasanya waktu-waktu begini, aku akan memasak lain dari yang lain..special!!aku memang suka memasak dan selalunya jiran-jiran tetangga tidak pernah aku lupakan..kemana pun aku pergi.. jiran tetangga akan merasa air tangan ku...dengan itu ukhwah antara kami cukup rapat hatta pernah berjiran dengan bangsa cina tetapi perhubungan kami begitu kukuh..itulah hikmahnya jika kita rengan mulut dan rajin menghulur..biasalah dah memberi pasti menerima..hikmah namanya tu..
...kini semuanya hanya tinggal kenangan..jauh aku tinggalkan mereka, demi sebuah keluarga yang aku bina..kesunyian hidup dan status sebagai IT membuatkan aku mengambil langkah memulakan hidup baru...jauh aku tinggalkan anak-anak tercinta..dan aku tahu mereka memahami ku..kerana mereka semua anak yang baik dan memahami kesunyian hati ini..kerana sejak dulu lagi aku bergantung penuh pada seorang lelaki..kepergiannya membuat aku rebah dan tiada tempat berpaut...
.....Ramdhan kali ini aku harap bukanlah Ramadhan terakhir buat kami..kini sebagai suri rumah sepenuh masa aku berharap dapat menunaikan solat terawikh.bertadarus al-quran..seperti tahun lalu yang diimami oleh suami ku sendiri...dan  10 malam terakhir kami menyambut dan mencari malam lailatulqadar dengan solat-solat sunat selepas jam 4 pagi secara berjemaah disurau...dapat lagi aku rasakan betapa nikmatnya..dan aku mohon Ya Allah berikan aku semangat dalam menjalani ibadah puasa pada tahun ini..dan jika ditakdirkan Ramadhan ini Ramadhan terakhir buat ku...aku telah bersedia ya Allah...kerana aku datang dari Mu dan aku sedia untuk pulang kepada Mu...

No comments:

Post a Comment