Wednesday 1 February 2012

zuhud...


"Zuhud"- sifat yang terpuji



"Sering berpuasa dan suka menderma adalah diantara ubat yang mujarab bagi mengawal diri dari menjadi hamba kepada kebendaan dan harta kekayaan"
"Orang yang dapat hidup bersama golongan miskin dan melihat sendiri bagaimana kesusahan mereka,akan mengajarnya lebih jelas erti keinsafan dengan nikmat yang ada pada dirinya"

"Wahai orang-orang yang beriman,jauhilah dari banyak bersikap sangkaan(yang tidak baik),kerana ada sebahagian sangkaan itu adalah berdosa!" -surah al-Hujarat ayat 12
Ada kata-kata nasihat dari para ulama yang berbunyi:
"Carilah dari saudaramu tujuh puluh sebab dan alasan untuk hindari dari bersangkaan!"
Manusia suka bersangka-sangka!
Orang yang rajin disangka menunjuk.
Orang yang tegas disangka marah.
Orang yang pakai baju baru disangka melawa.
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud atau hina.
Orang bermuzakarah disangka mengumpat.
Orang menawan disangka pakai susuk.
Orang yang tidak hadir disangka sombong.
Orang yang pindah rumah disangka merajuk!
Orang menolong disangka mengampu!
Orang yang tidak tolong disangka pemalas!
Orang baik disangka buruk!
Orang buruk disangka baik!
Orang senyum disangka mengejek!
Orang masam disangka merajuk!
Orang diam disangka menyendiri!
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir.
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa.
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya.
-petikan dari buku"APAKAH amalan bagi menjauhkan kesusahan hidup"oleh al ustaz Haji Ahmad Haris Suhaimi(M.A. Syariah,Mesir) 

No comments:

Post a Comment