Wednesday 14 March 2012

Dalam Gembira ada sedihnya..

Hari ini dah 15 Mac..bermakna tinggal dua minggu aja aku akan meninggalkan dunia perkhidmatan awam buat selama-lamanya dan aku redho demi suami tersayang..tak sanggup lagi aku nak berpisah dengannya..walapun perit aku gagahi juga..mereka-mereka yang akan ku tinggalkan semakin dihimpit pilu dan kesedihan..rata-rata tidak mahu aku meninggalkan mereka dan JPJ..khidmat aku masih diperlukan..tapi terus terang aku rela meninggalkan ini semua demi dia yang aku sayangi..dah aku janjikan pada diri sendiri
akan berkhidmat bakti untuknya disamping mencari lebih bekalan untuk kesana kelak..aku mahu bila tidak bekerja nanti aku nak tumpukan pada ilmu agama, solat sunat dan mengaji Quran..tak mahu nak fikirkan yang remeh lagi..selain memberi khidmat pada suami tercinta masa inilah aku akan gunakan sepenuhnya untuk mendekatkan diri pada Illahi..dan jika ada masa nak tenangkan fikiran..makan angin.. sebelum diri dijemput...sebab itulah kalau boleh aku tak mahu terlibat dengan kerja-kerja lain dah..selain urusan rumah ..anak-anak dah besar..tak payah nak di ambil pusing..kewangan rasanya tidak menjadi masalah..dan anak-anak aku pun aku lihat sudah mulai cerah dalam bidang perniagaannya..berkat usaha gigih mereka..along, yan dan husaini aku kira sudah mengenal alam bisness tinggal khairul yang tinggal beberapa bulan saja akan tamat pengajian..tinggal yang kecil...bagi aku tiada masalah bagi mereka..budak-budak asrama penuh ni biasanya telah ditanam dengan sifat-sifat positif yang membawa kecemerlangan...husaini minggu depan akan diketahui untung nasibnya..adik hujung tahun ni..aku tahu mereka boleh!!
....memang sukar untuk berpisah dengan dunia perkhidmatan yang telah lama aku ceburi..pelbagai asam garam dan ragam manusia aku temui..sapalah tak sayangkan dunia ini..bila aku pandang sekitar bilik aku ini..dipenuhi keperluan canggih, kondusif dan ketenangan.. aku terfikir sampai bila?hidup bebas bergaul..dan agak sosial antara lelaki dan perempuan tanpa batas akan mendatang fitnah...kesian kat suami aku..aku semahunya tidak mahu menambah dosa yang sedia ada..tekat ku untuk menjadi isteri solehah disamping memberi ketenangan dan kesenangan dihati suami ku..bahagia dan kemesraan antara kami begitu kukuh..seolah-olah Tuhan memberi peluang untuk kami menempuh alam baru..alam percintaan dan sentiasa dipenuhi dengan rasa sayang dan kerinduan ..begitu juga dia suami ku..aku bersyukur ditemukan dengannya..dan berdoa agar kami sama-sama menempuh alam perkahwinan yang di payungi kebahagiaan ini ..Buat suamiku tersayang..doakan diri ini semoga sentiasa disayap kanan mu..memberi senyuman dan ketenangan buat mu..dan sama-sama berdoa jauhi sifat cemburu antara kita..
saling mempercayai...dan sentiasa hidup dalam berkasih sayang..luv you so much dear!

No comments:

Post a Comment