Friday 30 March 2012

Hari Terakhir Sebagai Penjawat Awam..


30 Mac 2012..berkuburlah kisah suka duka hidup ku sebagai Penjawat Awam...bermula dengan melapurkan diri di JPA dan ditempat di Unit Operasi Isi penuh, dimana disitu jugalah aku bertemu jodoh dengan aruah suamiku yang pulang mendaftar diri setelah tamat pengajian sebagai seorang jurutera,cinta pandang pertama baginya... seterusnya ke Bahagian Latihan dan Kerjaya disini aku diuji bila bos aku (kini sudah allayarham) jatuh cinta dengan aku hingga aku takut untuk datang ke opis dan memohon bantuan ayah saudaraku untuk bertukar ke bahagian Rekod Kakitangan Kerajaan...ketika itu hidupku seorang diri mengharungi hidup di KL kerana suami bertugas jauh di JKR Terengganu hingga permohonan bertukar aku ke INTAN Wilayah Timur di Kemaman di luluskan..cuma sebentar disana kerana suami ditugaskan di UTM Jalan Semarak KL dan aku di bertugas semula di Unit Pandang Ke Timur JPA hingga suami dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Bangunan di JKR Sungai Besar..lebih setahun aku berulang alik sendirian kerana permohonan bertukar ketika itu agak sukar dan jawatan aku ditempat-tempat terpencil agak terhad..syukur..aku berjaya berpindah ke Sungai Besar di Jab.Pembangunan Koperasi dan aku dinaikkan pangkat disitu..hampir 10 tahun disana...cukup indah..anak-anak ku membesar sebagai budak kampung dan penghidupan disana tenang dan damai...
Rezeki Allah dah tentukan..suami aku dinaikkan pangkat sebagai Jurutera Daerah Batang Padang dan aku bertukar di Mahkamah Teluk Intan..keakraban aku dengan Hakim Mahkamah ketika itu membuat suami meminta aku berhenti kerja walaupun ketika itu aku ditawarkan pangkat di bidang perkomputeran ..bagi aku perhubungan itu cuma sebagai bos dan pekerja semata-mata..ketika itu rumah tangga aku juga diuji...ermmm tapi kerana keikhlasan aku dan tiada niat sebaliknya kami bertemu jalan penyelesaian bila masing-masing tahu akan kesilapan masing-masing...Suami ku berkerja keras berulang alik ke JPA bagi merayu akan pertukaran aku ke Tapah diluluskan..ya..sekali lagi jawatan aku diujudkan (secara KUP) dan ditempatkan di JPJ Tapah..kemana saja aku pergi aku agak disenangi..selain sifat ramah, tidak memilih kawan dan tidak berbangga dengan pangkat suami..aku disenangi...Tuhan memberi rezeki lagi buat kami..suami ditawarkan kenaikan pangkat sebagai JD di Kinta dan bertugas di Ipoh..waktu ini ada special offer bagi isteri-isteri ketua jabatan..aku bertukar secara pentadbiran di JPJ Ipoh..disana aku diberi tugas khas dibahagian maklumat..sungguh bangga aku rasanya..kepercayaan ini bukan calang-calang...satu penghargaan buat ku..selama 3 tahun di situ..aku diuji lagi..aku sakit dan melalui pembedahan aku pulih sepenuhnya...syukur Tuhan masih memberi peluang untuk ku untuk terus hidup...selepas itu suami bertukar ke Teluk Intan sebagai JD disana..dan dihari perpisahan aku di JPJ ini masih memberi kesan..kesedihan mereka-mereka yang aku tinggalkan masih aku rasakan..
Aku bertukar pula ke KPDNKK dan mengetuai bahagian pentadbiran dan sekali gus dibahagian kewangan..disini beban tugas memang menguji aku..dan disinilah juga menjadikan aku pandai dikedua-dua bidang tersebut...aku pernah menangis bila "blance sheet tidak tally" aku ingat lagi, aku membawa pulang kerumah buku lejar yang "lari" hampir RM 70k akibat kecuaian "orang lama" yang tidak bertamadun itu..suami aku membantu aku tanpa jemu hingga bertemu jalan penyelesaian..aku tabik pada aruah..walaupun sebagai seorang jurutera dia begitu cekap dalam hal-hal pentadbiran dan kewangan..aku tersenyum puas..dan memeluknya erat bila punca masalah itu dapat dihuraikan..disini aku dicalonkan pekerja cemerlang..bila segala report2 aku tip top masa itu...tapi kerana aku baru saja disana..pencalonan ini ditolak.(perpisahan ketika meninggalkan pejabat ini juga meninggalkan impak yg mendalam..air mata tak ternilai lagi)...tapi Tuhan memberi peluang dan rezeki lain ada aku..aku dinaikkan pangkat lagi dan bertugas di HTI dibahagian pentadbiran dan dalam masa yang sama suami dinaikkan pangkat lagi sebagai orang kedua terpenting di JKR Negeri Perak..setiap hari dia berulang alik dari teluk Intan ke Ipoh yang mengambil masa 1jam setengah..disini terlihat betapa sayangnya aruah pada aku kerana walaupun penat beliau sanggup menempuhi ranjau berduri, penat lelah demi kasih sayangnya pada aku hinggakan aku menasihatkan agar dalam seminggu jika terlalu penat agar menumpang tidur dirumah kakaknya diIpoh..(sedihnya bila aku mengingatinya kembali..demi pengorbanan seorang suami) terbayang hingga kini kesetiaan ku menghantarnya hingga kepintu pagar jam 5.30 pagi dan menunggu pula aku masuk kembali kerumah..Alfatihah buatnya...dan nantikan aku disana...disini aku berjumpa dengan manusia cukup sadis..tidak berhati perut dan cemburu dengan kelebihan orang lain..tidak aku nafikan kedatangan aku amat disenangi oleh staff disana kerana sifat "bossy" pegawai berkenaan menjadikan mereka semua mengadu pada aku dan amat sayangkan aku...sikap aku yang memang tak suka mengampu bos dan gedik menjadikan pegawai ini semakin marah pada aku...atas hasutannya aku dilemparkan ke unit kewangan dan mengetuai bahagian aset..aku ingat lagi..aku berjanji pada pengarah pada masa itu yang aku akan menyelesaikan tugas yang baru ujud itu dalam masa 4 bulan sahaja...sesungguhnya aku bekerja keras..ya amat keras..bila pada permulaannya aku tak tahu
mana nak mula dulu..stor penuh dengan peralatan hospital yang tidak dilupuskan..beberapa buah kenderaan hospital tersadai tidak diperbaiki..dan kerusi meja lama bertimbun-timbun tak tentu hala..aku memasang strategi sendiri bagi menangani masalah ini...dan dalam tempuh 3 bulan aku berjaya menyelesaikan masalah yang dihadapi...disini aku mendapat anugerah APC bagi tahun itu...
Sesungguhnya kita hanya merancang..aku dan suami berkongsi untuk membeli sebuah bungalow ..dan bercadang akan menetap disitu bila pencen kelak..aruah amat sayangkan rumah tersebut..dengan kedudukan berhampiran masjid memang menjadi idamannya..aku tak nafikan aruah memang sukakan keadaan itu..sifatnya yang sederhana dan suka mengimarahkan mesjid setiap waktu jika terluang menjadikan dia amat disegani..amal jariah memang menjadi minatnya dan hanya berbasikal jika kesurau waima diwaktu subuh...sebab itulah Tuhan mengambilnya dlm keadaan khuznul khotimah..perginya pada waktu subuh hari jumaat dan masih berada diatas sejadah....ketika itu aku berkursus di Penang..itu ujian yang amat berat bagi aku..tapi mereka yang bersifat cemburu bertepuk tangan.aku hilang punca ketika itu..ialah aku cukup dimanjakan oleh suami..semua disediakan..waima mengisi minyak kereta pun aku tak tahu......
dalam kebuntuan itu aku sendirian menghadapinya...anak yang bungsu ketika itu mengikut kakaknya berpindah ke KL...khairul anak kedua ku berkorban menangguh semester semata-mata menjaga aku yang ketika itu tak tentu arah..hingga bos aku di JPJ Ipoh menalipon ku mengatakan KL terdpat kekosongan pos untuk jawatan aku dan hanya 10 minit dari rumah aku di KL yang ketika itu disewakan...Tuhan memberikan Hidayahnya lagi..aku dengan mudah bertukar ke JPJ KL dan ditempatkan di bahagian kewangan dan aset yang ketika itu hampir setebal 2" di Quiry oleh pihak audit...dan disinilah aku menjalankan tugas yang diamanahkan dengan bantuan mereka-mereka yang amat aku sayangi.dan kesihatan aku bertambah pulih atas sokongan orang atasan dan juga bawahan....selain mengetuai bahagian stor hingga 30 Mac 2012 setelah aku membulatkan hati untuk bersara awal setelah bertemu jodoh dengan kawan lama setelah 2 tahun menjadi balu dan kini aku bahagia bersamanya..limpahan kasih sayang yang diberikan membuat aku tak sabar-sabar untuk hidup disampaingnya dimana kami tinggal berjauhan dan terpisah demi tugas masing-masing.kini...yang tinggal hanya kenangan yang tak mungkin padam lebih-lebih lagi buat mereka-mereka...mazian, syahni,iqbal,duan,zakiah,azran,andy,kentang,lan,usop,wak rahman dan yang lainnya...salam mesra buat kalian..............................

No comments:

Post a Comment