Saturday 31 March 2012

Hepi besday ayong...


Hari ini hati aku sungguh sensitif..entah kenapa..aku cukup benci jika perasaan ini datang...lebih-lebih lagi en.somi tak balik minggu ni..minggu depan...kerana kesibukan dan mesyuarat...aku jadi begitu sensitif..esok husaini akan masuk ke hospital..dulu jika macam ni aruah hubby akan ada bersama..aku jadi kuat..kini aku terpaksa menghadapi sendiri....terasa diri ini dah tak da tempat berpaut...rapuh!!!hati terusik bila aku terlihat gambar-gambar lama dimana seorang demi seorang orang-orang yang aku sayangi pergi mengadap Illahi...dalam pada itu hati sebak bila terlihat gambar ayong yang juga merupakan buah hati aku..hari ini hari lahirnya yang ke 24 tahun..dia pergi terlalu muda...pergi dalam keadaan semua orang sayangkan dia...aku mohon pada Tuhan agar mengambil aku pulang saat semua masih sayangkan aku...aku tak mahu jadi macam mak..aku tak mahu menyusahkan anak-anak waima suami aku sendiri..
Ayong..makndak tak pernah lupakan ayong..setiap solat makndak akan kirimkan doa ,fatihah dan ayt-ayat quran buat ayong dan pakndak..makndak tak pernah lupa..selamat hari jadi ayong..semoga ayong berbahagia dan tenang disana..tunggu turn makndak pulak jumpa ayong ok..


No comments:

Post a Comment